“Drama anak derhaka”. Mak tak redho dia lumpuh. Ingatkan bila sembuh berubah, tapi rupanya tidak

Foto sekadar hiasan.

Selalunya kita akan dengar kisah anak derhaka. D0sa besar jika kita buat mak sedih hingga jatuhkan air matanya. Tapi tak semua orang bertuah punya mak yang baik, yang akan selalu mendoakan kebahagiaan anak anaknya.

Jika orang tengok keluarga kami pada dasarnya, semuanya indah. Aku tetap bersyukur lahir dalam keluarga ini. Ada abah dan mak yang bertanggungjawab, yang bela dan sediakan keperluan kami secukupnya.

Abah aku seorang kakitangan kerajaan manakala mak jual nasi lemak bagi membantu abah. Aku pula anak ke 3 dari 4 orang adik beradik.

Kami berempat membesar dengan pendidikan yang sempurna, mendapat pekerjaan dan sudah berkahwin. Abah meninggal semasa umurku 23 tahun.

Dari kecil memang dah cukup masak dengan sikap mak. Seorang yang tegas, garang dan tidak ada seorang pon yang boleh tegur kesilapan dia. Selalu juga gaduh dengan jiran jiran. Puncanya suka bawa mulut cerita orang. Namun masa kecil, tak ambil pusing sangat hal hal orang tua.

Dari kecil mak suka bandingkan anak anak. Anak yang pandai, mak akan cakap anak mak. Yang kurang pandai macam aku selalu jadi anak abah. Mak paling sayang kakak sebab masa kecil kakak pandai dan comel. Aku yang agak gempal ni selalu saja makan hati.

Mak pula seorang yang suka bercakap tanpa pedulikan hati sesiapa. Dan mak juga tidak suka komunikasi dua hala. Maksudnya, mak takkan mahu ambil tahu apa perasaan kita. Yang mak selalu pesan, anak anak kena jaga hati mak sebab mak yang lahirkan anak.

Setelah kem4tian abah, mak jaga anak anak aku dan berhenti jual nasi lemak. Sikap mak yang kurang enak sebelum ni aku tak ambil pusing sangat sebab masih ada sikap mak yang baik.

Selama jaga anak anak aku, semuanya terurus dari segi makan dan pakai macam kami kecil kecil dulu. Cuma dari segi emosi, memang stress sebab mak bandingkan pula dengan anak anak kakak aku.

Katanya anak aku tak comel la. Tak pandai la. Macam macam lagi la. Kadang kadang suami pon naik geram dengan apa yang mak cakap.

Rezeki aku dan suami, dapat naik pangkat setelah anak ke 3. Allah buka pintu rezeki dan kedudukan kewangan kami lebih baik dari kakak. Mak tak puas hati bila tengok aku lagi senang dari kakak.

Suami aku pula lebih rajin dan penyayang dari suami kakak. Mak suka benar bandingkan kami. Bagaimanapun, aku dan kakak tak pernah ada masalah. Tak pula kami irihati sesama kami.

Satu hari mak jatuh sakit (lumpuh). Kami berempat bergilir gilir jaga mak. Menantu pon, alhamdulillah semua ikhlas jaga mak.

Tapi, sikap mak makin menjadi jadi. Mak macam langsung tak redho dengan sakit yang menimpanya. Macam macam yang kami kena hadap masa jaga mak. Asyik mengamuk, semua tak kena dimatanya.

Sampai dia salahkan Tuhan sebab bagi dia lumpuh. Hari hari nak bnvh diri. Nauzubillah. Bukannya tak pandai agama, tapi entahlah mungkin tertekan masa tu. Aku dan kakak yang banyak jaga mak masa sakit.

Bila mak dah mula boleh jalan, kami ingat mak akan berubah. Namun mak tetap sama. Suka bercakap yang kurang enak dengan anak menantu, dengan jiran dan dengan siapa saja. Bila cakap hanya dia saja yang betul.

Mak juga suka bangga dengan duit yang dia ada. Amat ketara selepas sakit. Padahal duit yang ada adalah dari pencen abah. Segala harta yang abah tinggal semuanya kami pindah ke nama mak. Kalau tak, bising dibuatnya. Cuma duit insurans abah saja mak bagi kami.

Sekarang ni mak selalu fikir kami anak anak tak sayang dia. Mak set dalam fikiran dia, anak anak tak mahu bela dia sebab dia sakit. Dia buat pula macam dalam drama drama anak derhaka.

Mak tinggal sorang dirumahnya. Bila kami ajak tinggal dengan kami, dia taknak. Bila bawa makanan dia taknak makan. Sangat cerewet, sudahla taknak makan, complaint pula macam macam. Semuanya tak kena.

Lepas tu cerita pula pada jiran jiran yang kami tak ambil kisah hal dia. Mak langsung tak pernah hargai apa yang anak anak buat untuknya. Terima kasih jauh sekali.

Namun sampai saat ini, anak anak semua masih sayangkan mak. Katalah apapun, kami tetap balik jenguk mak. Call je minta apapun, kami tetap akan usahakan. Maki lah apapun, kami tetap sayang mak.

Sehingga kini mak masih macam tu. Tersilap cakap, sentap dan mula doa yang tak elok untuk kami.

Buat para ibu yang membaca coretan ini, janganla status ibu itu buat kita jauh dari anak anak. Hormatlah perasaan anak anak, hargailah mereka. Selagi anak anak hidup berlandaskan agama maka bersyukurlah.

Terimalah teguran dari sesiapapun kerana selagi ada yang tegur, maka kita dapat betulkan apa yang salah pada diri kita. Sentiasalah doa yang terbaik buat anak-anak kita. Jika kita mahu disayangi maka kita perlu menyayangi semua orang.

Reaksi warganet

Mis NoOne –
Aku ni antara anak derhaka. Selalu kurang ajar dengan mak. Tapi mak aku tu macam saja nak buat aku kuang ajar, buat hati aku panas. Aku ni pon sebenarnya macam terikut sikap kurang ajar die dengan bapak aku.
Betul laa peribahasa kemana tumpahnya kuah kalo tak ke nasi tu.. hmm

Nusra Alyahya –
Suka dengan ayat confesser yang ni: “Buat para ibu yang membaca coretan ini, janganla status ibu itu buat kita jauh dari anak anak. Hormatlah perasaan anak anak, hargailah mereka. Selagi anak anak hidup berlandaskan agama maka bersyukurlah” .

Aku setuju sangat, bila kita terlalu mencari kesempurnaan dan sering mengkritik kadang hanya menjauhkan hubungan yang dekat .

Hasnah Kamal –
Semua sifat ibubapa. Adalah dugaan Allah pada kita. Samada kita boleh atasi atau tidak. Jangan putus doa supaya Allah berikan kekuatan kesabaran dan dipermudahkan segala urusan kamu. Orang tua hidup tak lama. Bila dia dah pergi, hilanglah salah satu punca pahala kamu.

Nicky Adam –
Quote “selalu doa yang tak elok untuk kami”. Sabar sis, Tuhan tu Maha Mengetahui.

Selagi kamu di jalan yang benar kamu jalankan tanggungjawab kamu sebagai anak, doa dia tu tak approve, Tuhan akan reject. Mngkin ini ujian kamu atau Tuhan ingin tunjukkan pada kamu apabila kamu tua nanti selalu beringat untuk tidak mengulangi perkara yang sama.

Ada sebab semua ini terjadi, sama ada kamu orang terpilih kerana Tuhan tahu tahap kesabaran kamu lebih dari yang kamu fikirkan atau di masa akan datang kamu berkemungkinan akan jadi seperti itu. Kita tidak tahu.

Terima Kasih sis untuk pengalaman sis ni sekurang2nya kami sebagai pembaca automatik ambil iktibar dari kisah kamu.

Mohd Hafiz –
Cuba laa kalo ada orang mulut macam diva AA datang lawat umah. Biar orang luar yang tegur dia. Orang macam ni takkan sedar sampai mati atau sebelum mati ada orang mulut laser macam dia tegur dia sampai dia sentap. Itu lawan dia. Sebab dengan keluarga ramai tak berani sebab pangkat dan hormat.

Aku dah tengok kat luar, ramai family kelaut walau ada group whatsaap. Tapi tetap private msj bila ada masalah. Takut kat mak bapak. Agak agak derr. Mereka pun manusia tak kan sempurna.

Nurain Razali –
Susah.. Memang susah jika berada dalam situasi ini. Bila ianya berkaitan dengan mak, yang sudah lanjut usia, sakit pula tu. Apa boleh buat selagi ada masa ini, hanyalah perkataan sabar. Sabar sahaja ubatnya.

Bagi pembaca seperti saya. Mari kita ambil iktibar. Hal pilih bulu, banding2, ungkit2, ngata2, perli2, masih tebal dalam ‘melayu’, sedangkan ianya ditegah dalam Islam.

Sumber : Melati (Bukan nama sebenar) via IIUMC