“Anak derhakakah aku?”. Tak puas merasa duit, time nikah family tempik dan fitnah aku dpn org. Malu sangat

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Saya antara silent reader dalam ni. Tergerak hati nak share kisah saya dalam ni. Maaf jika agak panjang ya. Saya tak pandai dalam menyusun cerita.

Saya adalah anak perempuan sulung dan anak kedua. Yang sulung lelaki, ketiga adik lelaki dan yang terakhir perempuan. (2 lelaki 2 perempuan).

Dari kecil kami adik beradik diajar dengar rotan, tali pinggang, paip, sterika, kayu, hanger dan banyak lagi yang pernah menghinggap di badan kami tak kira lah laki atau perempuan.

Dalam tradisi keluarga kami juga anak lelaki akan dilayan bagai raja dan anak perempuan akan buat semua kerja termasuk tukar paip rosak, pasang langsir, tukar lampu, panjat pokok ambil buah. Haa sebab tu lah saya dan adik perempuan saya agak lasak sebab kami diajar begitu.

Tapi memandangkan saya perempuan sulung segala kerja dalam rumah atas bahu saya. Saya buat kerja rumah sejak umur 5 tahun lagi. Kalau tak bersih memang akan ditengking dan dicaci.

Saya mula memasak pada umur 15 tahun (untuk keluarga). Apabila bangun pagi rutin saya kejutkan adik adik pergi sekolah. Lepas balik sekolah saya terus kena memasak mengemas. Bayangkan saya seorang mengemas yang lain tukang sepah.

Sampai kan kalau rumah tak kemas baju semua tak basuh makanan tak siap masak saya tak dibenarkan tidur atau buat kerja sekolah. Kalau saya marah adik adik lain, ibu bapa saya akan cakap kemas sajalah jangan bising.

Saya tiada waktu main ya. Sebab hidup saya hanya balik sekolah duduk rumah. Disebabkan keadaan begitu saya jadi kurang bercakap, sukar berkawan, kurang makan, cakap sorang sorang. Ibu saya perasan saya macam tu tapi dia tak kisah.

Pada umur saya 9 tahun saya dicbul oleh sepupu saya sendiri. Bila saya mengadu pada ibu dia hanya cakap, “Jangan buat cerita dan jangan malukan ibu”. Saya pendam sorang sorang. Dan saya elakkan berjumpa dengan sepupu tersebut.

Pada Umur 10 tahun hingga 14 tahun saya dicbul diraba pula oleh abang saya sendiri. Saya tak berani nak bagitahu sapa sapa sebab tiada siapa percayakan saya. Disekolah cikgu perasan saya selalu murung dan saya diajak berjumpa cikgu kaunseling.

Saya percayakan cikgu dan saya bagitahu yang saya dicbul. Cikgu tersebut terus menghubungi ibu bapa saya dan mencadangkan untuk membuat laporan polis. Tapi ibu saya maki hamun saya memukul saya kerana bagi dia saya telah memalukan keluarga dan menyusahkan abang saya.

Sejak hari itu saya sudah tidak percayakan sesiapa lagi. Saya menahan malu di sekolah kerana cikgu itu juga menceritakan masalah saya di kalangan cikgu cikgu lain. Saya jadi pendendam terutama dengan lelaki. Bagi saya lelaki semua tak guna.

Saya pernah cuba membnuh diri dengan menelan ubat tidur, cuba untuk lari dari rumah. Tapi Allah swt sayangkan saya. Saya masih survive. Saya uruskan sendiri tukar sekolah kerana tak sanggup lagi menahan malu.

Ibu bapa saya hanya cakap nak tukar sekolah urus sendiri. Saya antara yang paling bijak dikalangan adik beradik saya. Jadi ibu bapa saya akan biarkan saja saya uruskan.

Apabila sudah meningkat remaja saya mula memberontak dan mula mengalami migrain. Saya juga antara yang paling kurus kering dalam adik beradik saya. Kerja rumah tetap saya kena uruskan.

Layanan terhadap kaum lelaki didalam rumah tetap seperti raja. Ibu bapa saya perasan saya mula murung dan selalu sakit kepala susah tidur dan cakap sorang sorang tu bgi mereka perkara biasa. Mereka cuma kata saya giila.

Adik beradik saya mula jadi ego dan cepat marah seperti ibu bapa saya. Semua menyuruh saya buat dan layankan mereka. Saya jadi makin tertekan dan saya nekad belajar betul betul supaya saya dapat lari dari keluarga ni.

UPSR, PMR, SPM semua result paling baik di kalangan adik beradik saya tapi mereka tak pernah puji. Mereka cuma cakap belajar pandai pandai pun nanti kahwin duduk rumah layan laki ja.

Saya bekerja kedai makan selepas SPM pada malam hari untuk sambung belajar dan membeli keperluan saya. Saya ada duit dan ambil lesen senyap senyap. Balik dari ambil lesen saya ditampar oleh adik lelaki kerana ibu suruh dan saya dituduh mencuri sebab tu boleh ambil lesen.

Apabila saya jelaskan hal sebenar, saya tidak dipercayai sesiapa. Saya tahu keluarga saya bukannya berduit. Ayah saya hutang keliling pinggang ibu saya tak bekerja. Saya tekad nak kerja bagus satu hari nanti.

Tapi setiap kali gaji bapa saya akan minta duit, bukan sikit. Dia nak semua gaji saya. Dia cakap apa guna bela anak sampai besar bila dah besar tak boleh bagi duit. Saya cuma telan air mata.

Kalau saya cakap tak da duit bapa saya akan call majikan saya dan minta duit gaji saya daripada majikan. Saya jadi malu dan sedih sebab kalau majikan saya tak berikan duit ayah saya akan marah marah. Saya sangat malu.

Tapi majikan saya bagi saya peluang sangat cerah. Dia nak tanggung saya masuk UITM dan sambil bekerja dengannya menguruskan perniagaan. Saya sangat gembira tapi bapa saya tak izinkan.

Bapa saya cakap,

“Kau anak aku atau anak dia? kalau kau pergi belajar sana jangan panggil aku bapa lagi. Dan aku dan mak kau mati pun jangan pijak lagi disini”.

Saya jadi sangat sedih tapi kerana tak nak jadi anak derhaka saya tolak dan saya cari kerja lain.

Dalam menunggu panggilan sambung belajar saya dapat banyak tawaran yang bagus. Jadi nurse di Sime Derby, pekerja di pelabuhan, dan banyak lagi. Tapi ibu bapa saya akan sorokkan surat atau koyakkan. Betapa susah saya apply semua tu tapi semua sia sia saja.

Saya dapat biasiswa sambung belajar di Melaka tapi mereka tak izinkan juga. Mereka mahu saya sambung belajar dekat dengan rumah sebab nanti tiada siapa nak kemas rumah dan masak dan mereka berjanji akan berikan saya duit. Bertapa sakitnya hati saya.

Akhirnya saya sambung belajar di IPTA dekat dengan rumah. Bapa saya hanya berikan saya RM50 untuk seminggu. Pada sem 1 perlu duduk asrama. Itu lah duit makan, assigment, beli buku. Saya tak apply PTPTN kerana bapa saya kata dia mampu.

Saya hanya makan nasi seminggu 2 kali selebihnya air suam dan roti kering tapi saya syukur sebab saya keluar juga dari rumah tu. Hujung minggu saya akan balik untuk mengemas rumah dan buat kerja seperti biasa. Memang rumah macam hutan bersepah. Semuanya pemalas.

Pada sem 2 saya duduk rumah sewa apply PTPTN dan part time kerja. Memang struggle gila. Masa terhad terkejar sana sini. Dengan duit tu saya bayar yuran makan dan sebagainya.

Tapi bapa saya dapat tahu saya kerja part time. Dia minta jugak duit gaji dan duit PTPTN saya. Dia mula psik0 saya dengan ayat sedih anak derhaka anak kena dengar cakap orang tua. Saya jadi makin stress dan pointer mula merosot.

Adik beradik saya mula memaki saya kerana saya tak bantu bapa saya jika saya tidak beri duit. Di akhir sem saya berhenti kerana tak mampu menampung kos finale projek dan kos yang saya ambil agak besar belanja (kejuruteraan).

Bapa saya maki hamun saya berhenti belajar dia cakap rugi duit dia habis and so on. Saya memang tak reti nak melawan. Saya hanya diam dan terima sahaja apa dia cakap. Sebab tak nak DERHAKA.

Dengan duit saki baki yang ada saya kerja kilang dan nekad nak ubah hidup saya yang terumbang ambing ni. Saya dah tak balik rumah. Saya sewa rumah dan duduk sendiri.

Saya sakit masa belajar atau nak mati pun tak sapa kisah. Mereka cuma call tanya duit duit duit. Mereka tahu saya kerja kilang mereka sanggup cari saya hanya sebab nak minta duit untuk abang sulong saya yang dah besar panjang tuh dari saya.

Masa tu dalam poket saya hanya ada RM25 dan lagi 3 hari nak gaji. Mereka minta RM20 dan cakap adik beradik kena tolong sama sama. Kalau tak bagi mereka akan buat kecoh. Dah la saya menyewa dengan ramai ramai orang. Saya berikan juga dengan hati sedih. Saya dah biasa catu makan..

Tiap awal bulan mereka akan minta duit. Hanya duit. Tak pernah tanya khabar saya. Sedangkan ketika mereka sakit masuk hospital saya saja yang sanggup sengkang mata di hospital. Tapi mereka tetap kata saya giila dan anak kurang ajar.

Saya mula stress dan makan ubat tidur. Kesihatan saya mula merosot cengkung. Ketika itu saya kenal dengan suami saya. Dia bagi semangat dan bagi makan.

Ibu bapa saya tahu saya ada kawan lelaki mereka mula suruh saya berhenti kerja dan duduk rumah. Mereka kata mereka boleh bagi makan. Saya dah muak dengan janji janji palsu ibu bapa saya. Dan suami saya ajak saya kahwin. Saya tak fikir panjang memang saya nak lari dari ibu bapa saya.

Keluarga suami saya masuk meminang. Satu keluarga suami saya kena maki. Saya kena maki kena pukul. Dengan ibu ibu saudara saya memaki hamun menabur fitnah kata saya mengandung, giila jantan, jalang dan macam macam.

Mereka kata mereka tak puas lagi merasa duit saya. Kalau lah saya tak da iman memang dah lama saya mati. Keluarga suami dan suami saya sangat malu.

Tapi entah macam mana datuk saya terima lamaran dan cepatkan pernikahan kami. Majlis kahwin semua datuk uruskan. Hantaran dan mas kahwin 13000. Ibu bapa saya mula tak puas hati sebab sepatutnya mereka dapat duit tu tapi datuk saya yang uruskan.

Semasa proses dan acara berlangsung saya di maki di depan orang ramai, di fitnah di majlis sendiri. Saya hanya diam dan sabar. Mereka kata suami saya kerja entah apa apa, saya mengandung luar nikah, dan macam macam lagi.

Selesai majlis saya dan suami sewa rumah. Dan suami mampu sediakan keperluan rumah. Ibu bapa saya mula minta duit, perli macam macam. Tanya kereta lah rumah lah, ibu saudara2 saya adik beradik saya tetap memaki dan mengutuk saya. Menggangu saya dan macam macam lagi yang menyakitkan hati.

Atas nasihat suami saya blok semua dan tukar no telefon. Saya tahu hal keluarga melalaui FB sahja. Ibu saya mula sakit sakit. Saya sabar dan jaga ibu saya. Tapi ibu saya tak nak ke hospital bapa saya juga tak suka. Tapi ibu saya dah kr0nik saya terpaksa bawa dan check up ibu saya.

Ibu saya disahkan sakit buah pinggang dan hati tahap 4. Perlu dialisis dan masuk wad. Tapi sebab saya bawa ibu saya ke hospital saya dicaci dihina dan diberikan gelaran anak derhaka.

Mereka mahu buat dialisis di swasta dan mahal mahal kerana tak percayakan hospital kerajaan. Tapi mereka tiada duit. Mereka minta duit saya tapi saya tak mampu kerana kos swasta sangat mahal.

Jadi apabila tidak dapat lakukan dialisis ibu saya makin teruk dan keluar masuk hospital dah jadi rutin. Akhirnya meninggal.

Saya dituduh penyebab semua tu kerana saya lah yang mula mula bawa ibu saya ke hospital. Ketika ibu saya meninggal, saya kemalangan dan patah tulang. Mereka cuma datang sekali dan katakan padan muka balasan anak derhaka. Saya cuma mampu diam.

Setelah setahun saya mampu beli motor baru, kereta baru, beli emas dan bercuti. Saya dan suami dinaikkan pangkat.

Abang saya kahwin bapa saya yang tanggung. Dah kahwin tapi masih minta duit bapa saya, masih tiada rumah, tiada kereta, motor lari kedai, hutang keliling pinggang. Adik lelaki saya keluar masuk penjara kes ddah, adik perempuan saya kerja tapi duit selalu habis.

Saya anak yang selalu derhaka ini mereka semua pelik macam mana saya hidup agak senang. Sampai sekarang saya hidup rapat dengan suami sahaja. Adik beradik saya mula berpecah.

Sekarang baru bapa saya nampak siapa yang berguna dan tiada guna. Sekarang dia mula ada perubahan. Mungkin sebab makin berusia. Setelah 4 tahun saya berkahwin baru dia mula menerima suami saya.

Tapi adik beradik lain masih dengan ego mereka. Kesan sampai sekarang saya menghadapi masalah d3pr3ss, selalu ketakutan, trauma. Masih makan ubat dan tiada anak.

Saya sangat takut nak ada anak dengan apa yang saya hadapi dan saya memang tak suka budak budak. Alhamdulillah suami saya memahami.

Yang dah ada anak mohon la belajar ilmu ibubapa. Jangan kerana masalah kita anak jadi mngsa. Jangan bezakan anak lelaki dan perempuan. Dan jadilah supporter yang menggagumkan.

Maaf jika tidak menepati citarasa pembaca semua. Doakan Saya ya.

Reaksi warganet

Hani Osman –
Masa saya membaca ni, hati tertanya tanya ini betul betul terjadi atau rekaan. Masyaallah., Ada ke ibubapa sekejam ini terhadap anaknya.

Confessor, dekatkan diri dengan Allah. Bangun Malam bertahajud padaNya. Insya Allah hati akan tenang dan bahagia.

Suraya Hani –
Saya tak nafikan, maaf cakap lah, ada ibu bapa yang gelar anak mereka ‘anak derhaka’ kalau permintaan mereka tak dipenuhi. Ada juga adik beradik yang bersikap seperti dalam nukilan diatas sebab terpengaruh dengan ibubapa.

Jalan ceritanya sama je. Laluilah ujian ini dengan kesabaran dan jangan berdendam.
Been there.

Aida Fuyu –
Sori la TT, saya tercakap alhamdulillah part mak awak meninggal tu. Please, cukup la buat baik dekat diorang. Percaya lah, diorang takkan berhenti susahkan awak sehingga awak meninggal atau diorang yang meninggal dulu.

Tapi jangan lupa, mak mak sedara awak pun ada peluang untuk susahkan awak jugak memandangkan awak sangat senang dipergunakan.

So beware. Tolong putus kan hubungan dengan diorang. If not, jangan hantar confession kat sini lagi smbung kisah penderitaan awak. The choice is yours.

Nur Lateesya Azizon –
Setiap kali saya baca cnfession yang macam ni, saya tertanya tanya tak ada sikitkah perasaan untuk melawan terutama dengan adik beradik tu.

Ibu dengan bapa, senang nak tuduh anak derhaka. Habis tu, yang dorg derhaka dengan Tuhan, tak fikir ke. Anak tu amanah. Kalau dah sumpah seranah macam2, sampi delpresi, tu tak kira mak pak derhaka ke? Panas hati pulak baca yang macam ni.

Semoga confessor sntiasa dirahmati Allah. Jauhkan lah diri dari adik beradik begitu dan saudara saudara macam tu. And tolong la lawan balik apa yang dorang cakap pasal awak tu. Jangan lah biar orang pijak hina maruah diri kita.

Chrysanthemum Thearaa –
Baca cerita ni. Allahu teringat diri sendiri dulu. Memang perit, dan saya juga alami migrain yang sangat kr0nik. Sampai mata juling ke atas. Teramat sakit dan yess hampir giila dan memang ada niat untuk bnuh diri. Pegi klinik pun sendiri.

Umur 9 tahun dah bangun pkul 3 pagi buat kuih. 12 tahun kerja kat luar sendiri. Adik adik laki memang dilayan seperti raja. Tak pernah kena tali pinggang, hanger, tangan, kayu.

Sekarang dah 10 tahun saya hidup jauh dari famili. Alhamdulillah banyak perubahan yang saya nampk lepas saya keluar. Apa apa pun mereka tetap kluarga saya.

Trauma dah makin berkurang sejak saya decide untuk move on. Lebih matang untuk handle keadaan. Inshaa Allah TT, saya doakan awak bahagia dunia akhirat. Jangan risau, Allah ada.

Sumber – Sha (Bukan nama sebenar) via IIUMC