Penat dgn drama suami. Lps nikah, baru sedar ditipu, tp semuanya sudah terlambat. Hanya 3 bulan merasa bhagia

Foto sekadar hiasan.

Assalammualaikum wahai pembaca. Namaku Mawar, usia hujung 20 an, graduan tapi tidak bekerja buat masa ini. Telah berkahwin dan masih tiada anak. Usia perkahwinan kini telah menjejak ke 3 tahun. Suami pula usia 30 an.

Aku isteri yang derita, hanya 3 bulan pertama usia pernikahan aku rasa bahgia, seterusnya hari hari aku dipenuhi dengan cacian, ugut, maki, dan aku juga pernah dipukul.

Aku kerap berkongsi rasa dengan ibuku, kerana rasa terlalu sedih, begitukah rumahtangga? Adakah wanita apabila tidak bekerja, langsung tiada hak bersuara?

Lelaki yang aku pilih, untuk berkongsi hidup, hanya memberikan aku penderaan em0si. Siapa sangka aku jadi mngsa. Beberapa kali aku mendapat tawaran kerja, aku tidak dapat pergi ke temuduga, aku selalu direndahkan, diprovoke.

Sejak berkahwin, aku pindah tinggal di negeri suami, dan hanya beberapa bulan pertama kami menyewa. Seterusnya episod tinggal dirumah mentua dengan ipar duai di sana.

Aku stress kerana aku ada loan PTPTN dan loan kereta yang perlu dilunaskan. Selama ni, ibu bapaku yang membantu aku membayar loan keretaku. Suami ku langsung tidak pernah membantu.

Pedih, tu aku rasa. Aku rasa bagai ditipu, sebelum bernikah suami mengatakan dia mampu menanggung seandainya aku tidak bekerja. Malah dah submit pun loan nak membeli rumah.

Tapi itu semua tipu. Tipu jugak sekali gaji dan kelulusannya. Jauh beza kelulusan dengan aku. Gajinya sebenarnya hanya cukup untuk diri sendiri. Aku dapat tahu, setelah bernikah dengannya, sudah terlambat.

Mungkin kerana sayang, aku sanggup menjual kereta kesayanganku sebelum menikah. Untuk menambah wang belanja kenduri. Majlis kami dibuat selepas beberapa bulan kami nikah, atas ihsan dari mentua.

Menyesal sungguh aku, kereta itu aku modified sedikit demi sedikit hasil kerja part time semasa belajar. Lupakan suami pada pengorbanan ku? Malah aku tinggalkan ibu bapaku di kampung, yang semakin meniti usia berdua.

Suami malah tiada langsung duit untuk wang hantaran, semuanya hasil ihsan dari mentua. Malah, aku membeli cincin yang murah, kerana aku tidak mahu membebabkan suami. Tiada gelang emas untuk batal air sembahyang. Adakah aku bdoh?

Di balik raut wajahnya, siapa sangka suami ku seorang yang panas baran dan malas bekerja, serta suka cakap putar alam. Seperti Ustaz Hamadi dalam Drama Nur.

Semakin hari, aku semakin tidak yakin untuk hidup bersamanya. Kini, suami ku juga sudah jadi penganggur. Lebih setahun, suami tidak bekerja, malah semua belanja ditanggung oleh mertua. Tidakkah suami ku rasa malu?

Sering kali, aku yang disuruh cari duit belanja, dan bekerja. Aku rasa terhina. Aku telah banyak kali cuba mencari kan pekerjaan buat nya, namun hanya sia sia.

Dia terlalu ego dan malu untuk bertanya dengan kawan kawan untuk menolong mencari pekerjaan. Kerja yang datang juga, ditolak kerana dia tak nak kerja yang ada shift, kerja hari minggu, dan kerja berpanas.

Allah, lelaki jenis apa ini? Salah didikan ibu bapa ke? Dia tidak sedar ke tanggungjawab suami? Tak salah pun walaupun kerja potong rumput, asalkan halal.

Kenapa suami tidak berfikiran seperti ketua keluarga. Dengan sewenang wenangnya berhenti kerja tanpa berfikir panjang. Aku jadi takut apabila kami ada anak nanti, bagaimana pula kalau dia ulang sikap lamanya?

Bab anak pula, dari awal perkahwinan, suami ku suruh aku gugurkan kandungan jika mengandung, alasan sebab tidak mampu?

Sedihnya hati, aku ni ibarat macam perempuan murahan. Aku juga jarang dapat pulang ke kampung. Kerana suami ku tidak suka kepada kedua ibu bapa (sebelum kahwin memang mesra).

Dalam setahun, hanya 5 kali. Itu pun paling lama 2 malam. Padahal jarak perjalanan hanya sejam sahaja. Aku juga dimarah jika telefon parents terlalu lama. Sungguh tiada privacy dalam rumah mentua.

Aku menangis tiap kali sujud dan solat kerana aku tidak tahan dengan perkahwinan yang menyeksa jiwa.

Ibu bapa ku di kampung, agak sedih mendengar kisahku, dan beberapa kali meminta aku balik semula ke kampung. Tapi mungkin kerana mereka malu anaknya menjadi janda dan simpati kepada suami ku, mereka masih memberi peluang.

Orang tua sebolehnya ingin menyelamatkan perkahwinan. Aku banyak kali terfikir untuk meminum racvn, kelar tangan dan macam macam lagi. Kerana aku sudah penat dengan drama suami, juga orang sekeliling.

Suami ku juga mengugut jika aku tinggalkan dia, dia akan edit gambar aku dan buat aku malu, supaya tiada siapa ingin berkahwin dengan aku. Ya Allah, begitulah suami?

Hanya kakakku sahaja, ajak aku tinggal di KL bersama keluarganya. Dan mencari pekerjaan disana, sekiranya aku bercerrai nanti. Keluarga ku kecil sahaja. Hanya ada aku, ibu bapa dan akak ku sahaja.

Aku semakin lost contact dengan kawan kawan dan sedara mara. Sering kali kenduri kahwin pun tidak dapat aku hadiri. Mentua aku melayan dengan baik. Cuma jika aku cakap mengenai anak nya, pasti mereka menyalahkan aku kembali.

Patutkah aku terus bertahan dengan suami ku? Menunggu dia bekerja semula? Atau kalau aku file cerrai, boleh berjaya ke?

Aku tiada duit nak hire lawyer. Aku ada record perbualan antara aku dan ibu bapa mentua yang menyatakan anak dia tidak bekerja setahun, salinan IC suami, sijil kahwin + taklik + no rujukan EPF suami. Tetapi yang aku masih tidak dapat, kata kata makiannya. Bukan mudah nak record.

Cukup ke bukti aku tu? Sungguh aku tak nak digantung tak bertali. Adakah semua mahkamah di Johor, ada pencerraian Hakam?

Aku menderita, hidup aku ibarat tahanan, selama aku hidup dengannya, aku tinggal di bilik sempit, dan berkatil single. Malah tilam yang berlekuk, suami langsung tiada usaha untuk memperbaiki kehidupan kami.

Sudah lebih 2 tahun aku bersabar. Aku kini wajah semakin kusam dan kurus kerana aku tidak bahgia bersama suami yang dayus. Berbeza dengan rupa aku ketika bujang.

Terima kasih wahai pembaca. Aku perlu pendapat kepada sesiapa yang pernah alami nasib yang sama? Malu ke jika menjadi janda? Adakah suami begini akan berubah nanti?

Aku semakin tawar hati, sudahlah tersiksa zahir, batin juga tersiksa.

Reaksi warganet

Dian Nasha –
Tolonglah keluar dari kehidupan yang macam ni. Awak masih muda, ibu bapa juga bagi pendidikan yang tinggi dekat awak. Percayalah walaupun awak bercerrai sekalipun kehidupan awak kan jadi lebih baik dari sekarang. Tetapkan pendirian, jadi kuat, capai cita cita, bahagiakan diri sendiri. Go for it!

Eita Arif –
Pergi mahkamah terus isi petisyen cerrai sendiri. Tak payah hire lawyer. Kalau dah bersedia, kalau dia ugut, report pada polis untuk rujukan masa depan. Jangan takut dengan apa sahaja ugutan didunia. Allah ada. Semoga Mawar kuat untuk diri sendiri. Awak je yang boleh ubah diri awak bukan kami.

Ain Marjano –
Aduhai adik, sebab tu walaupun cerrai itu tak disukai Allah, cerrai tu halal. Kenapa nak siksa diri, siap berfikir nak bnuh diri. Tak ingat neraka ke? Jangan sebab nak tinggalkan neraka dunia, masuk pulak neraka sana, nauzubillah.

Kita ni tak hidup dek puji, tak mati dek keji. Orang sekarang dah pandai, boleh menilai siapa betul siapa salah (kalau biawak tu nak edit dan sebarkan gambar aib). Ehh geram lah hakak takleh betul pompuan kena buli ni. Tolong lah kuat sikit.

Rose Lyana –
Dah tak bagi nafkah tu layak mohon fasakh. Baguslah ada bukti bukti semua tu. Kalau husband nak sebar gambar tu, report polis jer. Takpayahla takut. Dia tu nak ugut jer supaya tak tinggal dia.

Bab kena pukul tu, report je. Lagi kukuh kes fasakh nanti. Please lah dik, get out from this t0xic marriage. Jangan smpai depressed sampai nak bnuh diri.

Ingat Tuhan dik. Istighfar banyak banyak. Solat minta Allah mudahkan urusan dan lapangkan dada. Ingat mak ayah kat kampung. Jangan duk buat bukan bukan lah kelar tangan bagai.

Haihh, kalao susah sangat lari jer dari situ. Pergi report polis terus kena pukul. Then pergi pejabat agama. Menyorokla kat mana2 dulu.

Wan Amiasyazlia Meor –
Ada hikmah tiada anak. Masih belum terlambat nak file percerraian. Lelaki macam ni dayus ya tuan puan. Gagal jadi pemimpin. Gagal jaga amanah Allah. Dan gagal dalam kehidupan. Semoga confessor dipermudahkan urusan.

Saya dibesarkan ibu tunggal. Adik beradik 6 orang. Segelintir mereka memang pandang rendah pada janda. Tapi lebih baik hidup begitu dari jadi hamba jantan tak guna. Sekian dari saya, graduan kelas pertama kini suri rumah sepenuh masa.

Fiqah Imam –
Keluar lah, jangan terus siksa diri jiwa dan raga. Tolong lah sayang diri sendiri. Buat life baru.

Aku 8 tahun hamba kan diri dengan laki jenis macam ni. Aku bermadu, kena hina kena maki pkul lempang terajang. Tengah mngandung pun aku kena juga. Dapat anak dah umur anak sebulan aku tak tahan. Aku keluar angkat kaki. Aku tak nak anak aku tengok apa ayah dia buat.

Sekarang aku duduk rumah family aku. Anak aku pun dah nak masuk 9 bulan. Sihat ceria dia, ada yang selalu ceria kan dia.

Kalau 1 masa nanti aku tak ada aku tak risau masa depan anak aku sebab dia lebih terjamin dengan keluarga aku.

Lastnya ayah dia tak dapat tengok dia membesar depan mata. Aku harap ayah dia berubah walaupun kami tak berpisah lagi. Cuma duduk asing. Sebab dia dah ada isteri lagi 1.

Sumber – Mawar (Bukan nama sebenar) via IIUMC