Mlm pertama suami dah pesan jgn upload muka sendiri. Dah nak PhD, suami sruh jd surirumah. Hidup lps kahwin, semuanya berubah

Foto sekadar hiasan.

Aku tengah menunggu hari untuk viva voce, sambil sambil tu aku perlu selesaikan dua lagi journal, sebagai janji dengan sv ku. Tapi masa aku tak terlalu lapang untuk kerja akademik, sebab aku seorang stay at home mommy – Ibu seorang anak.

Sebelum pergi lebih jauh, molek aku kisahkan kehidupan aku yang bertemu jodoh dengan suamiku, adalah melalui kenalan rapat.

Dan kami mengambil keputusan untuk berkahwin setelah 3 kali family meetings, face to face interview, dan juga istikharah. Sangat mudah alhamdulillah dan Allah permudahkan urusan kami. Jujur aku cakap aku bersyukur diberi suami yang baik dan bertanggungjawab.

Tapi dalam tempoh hijau perkahwinan kami, terlalu banyak benda dah berubah dalam hidup aku. Aku ringkaskan dalam points lebih senang untuk dihadam.

1. Upload gambar

Malam pertama lagi suami dah pesan, no more upload muka sendiri dekat Facebook atau Instagram. Katanya biarlah jadi tatapan suami semata mata. Aku ok 100%.

2. Rumah

Suami tegas bab berkaitan riba, jadinya aku memang sedia maklum yang sepanjang perkahwinan kami, kami hanya menyewa rumah semata mata. Aku redha dan ok 100%. Hakikatnya seronok tengok deco rumah cantik cantik di Facebook.

3. Bebas hutang

Alhamdulillah rezeki Allah izinkan untuk kami sama sama selesaikan pinjaman bank kereta aku. Oh ya aku memang ada buat loan masa aku belajar lagi, sebelum kami kahwin. Yang terharunya habis tutup akaun tabung haji suami sebab nak selesaikan pinjaman tu. Aku bersyukur dan ok 100%.

4. Drive kereta

Sejak melahirkan anak, aku tidak diizinkan keluar seorang diri, walaupun drive kereta sendiri. Semuanya perlu berteman dengan dia, setia teman ke sana sini. Isteri redha, hakikatnya rindu sebenarnya freedom.

5. Suri rumah

Aku lagi 2 3 bulan insyaallah bakal selesaikan PhD aku. Doakan ya. Selepas ni, suami lebih suka aku jadi suri rumah sepenuh masa, jaga anak dan jaga isi rumah.

Ini adalah perkara drastik di luar jangkaan aku, sebab ia diputuskan setelah lahirnya anak. Parents dan orang sekeliling aku memang harapkan aku boleh bekerja jadi orang besar nanti. Aku dalam denial sampai sekarang, sangat susah. Hakikatnya aku ada impian aku sendiri.

6. Jaga anak

Suami percaya aku orang terbaik untuk jaga, besarkan, didik anak sendiri. Mungkin pilihan home schooling bila dah besar sedikit. Jujur aku kata, ia cabaran besar untuk aku fokus dan produktif dengan kerja ‘writing’.

7. Hidup berjemaah

Point ini terlalu berat bagi aku, aku biasa hidup berjemaah usrah dan lain lain sebelum kahwin. Setelah kahwin, suami tidak izinkan bersama kumpulan usrah dulu. Tapi perlu hidup berjemaah dengan kumpulan sahabatnya, sampai perlu pindah randah berjemaah, yang aku tidak suka.

Aku cuba mencari kekuatan dalam hal ini. Terlalu banyak benda yang rumit dalam ketaatan seorang isteri vs ketaatan suami kepada jemaah nya.

Perubahan hidup aku sememangnya memberi kesan psik0logi dalam dilema aku mencari ketaatan yang hakiki. Siapa tak nak syurga kan. Betapa beratnya menjadi isteri solehah yang perlu redha dengan suami, selagi tidak bertentangan dengan syariat Allah.

Tapi aku hamba yang lemah, aku terlalu banyak nfsu, dan impian duniawi yang ingin aku capai. Aku dalam denial dalam mencari kebahagiaan sendiri, dan perlu sedikit kebebasan.

Sekadar berkongsi.

Reaksi warganet

Zeki Rizz –
Aku takut jadi macam kes kes yang lain. Si suami memang nak ko serba serbi Islamik, berjubah labuh, baju longgar. Later2 dia akan kawen lain. Harap tak laaa, tapi banyak baca kes selalu macam tu. Masa tu ko akan terfikir balik segala pengorbanan ko.

Hisyam Jejai Musa –
Sis kuat agama, husband pun kuat agama. Sis nak melawan tapi takut tak cium bau syurga. Sis nak kerja tapi suami tak izin.

From the whole story, sis ni nk sama sama ke syurga tapi pada masa yang sama tak berapa nak setuju dengan tindakan suami.

Apakah jalan terbaik yang sis akan lakukan? saya pun taktau. Sebab saya bukan kaunselor. Saya takmau la buat palatau. Nanti tak elok pulak kan.

Nur Adlin Syafeena –
Andai kata suami takde tiba tiba, sape nak bayar duit sewa rumah? kang tiba tiba kena tendang keluar rumah macam mana?

Apa apa pun, please berterus terang kat suami. Untuk setahun dua, boleh la, redha je. Lagi 5 10 tahun, mesti banyak makan dalam. And its not good for ur mental health.

Semoga dipermudahkan urusan kalian.

Syazue Wanie –
Marahnya sis bila baca fahaman orang macam ni. Hidup zaman bila ni? kalau macam ni letak isteri tu dalam kotak lepas tu seal dengan saletip. Tahap control dia tu, fuhh. Terlalu tinggi belajar agama sehingga menidakkan segala hak dan perasaan seorang isteri.

Nor Syuhada –
Sis macam redho tapi macam bunyi terpaksa pon ada. Kalau sis rasa suami macam extrmist keras sangat, cuba cakap elok elok, sis perlukan masa nak ikut satu satu.

Yelah, faham lah kita isteri kena ikut cakap suami kan. Tapi cuba bincang la. Kite manusia kan macam macam pattern, ada benda yang kita boleh terima, tapi manusia lain tak.

So, Kalau rasa tak selesa, cakap sis perlu masa, perlu sokongan. Jangan cakap tak nak buat. Lagi bekeng laki mung tuh. 🤣 Pastu pelan pelan bagitau harapan sis, impian sis.

Baca doa robbi syrohli banyak banyak sebelum sembang. Biar dia faham. Harap harap lama2 dia boleh lembut hati dengan harapan sis.

Asilah Dandelion –
Setelah membaca kesemua point yang ditulis, maaf, Sangat jelas anda sedang direkrut menjadi isteri yang mundur, hilang hak bersuara, patah kaki dan bakal terkurung di dalam tangannya.

Itupun kalau anda sedar. Buka mata dan lihat pengalaman sekeliling, jenis begini ramai yang akhirnya dimadukan tanpa sedar. Isteri akan hilang hak bersuara kerana tidak punya apa apa (kerjaya, rakan rakan, maklumat, sokongan).

Suami bebas ke mana dia ingini, dan berbuat apa saja di belakang isteri tapi pada masa yang sama dia mengurung isteri agar mundur dan tidak tahu apa apa.

So, saya sarankan anda bertegas dari awal perkahwinan lagi. Kalau dari awal dah lembik langsung takde pendirian, habislah. Silap silap boleh kena d3pressi0n.

Der Btader –
Minta maaf. Sekadar pendapat. Tapi saya rasa suami anda sangat selfish. Dah berkahwin kena hormat lah isteri. Salah satu cara hormat ialah menghormati segala kehendak isteri. Selagi tak melanggar syarak.

Kadang kadang suami bina macam macam ayat cantik. Konon isteri orang ‘terbaik’ jaga anak. Tapi sebenarnya ialah dia taknak isteri yang bekerja. Apatah lagi dengan title Dr. Mungkn suami rasa rendah diri.

So dengan bijak konon guna alasan ‘isteri insan yang terbaik jaga anak’. Saya ada sedara yang jenis macam tu. Si suami sanggup hidup susah merempat sedangkan si isteri ada ijazah. Dah dapat kerja kerajaan pun. Tapi suami tak bagi. Sanggup hidup susah semata mata taknak isteri lebih dari suami. Nasib baik ada ahli keluarga yang ada rumah. Bagi duduk free. Dan si suami kerja tak menentu.

Bila dah kawin, suami tak boleh expect isteri kena ikut semua kata kata suami. Jangan jadi macam Ustaz Hamadi NUR. Cukuplah memperbodohkn wanita atas alasan agama. Respek juga pandangan dan kehendak mereka.

Itulah gunanya berkahwin. Sentiasa bincang apa kehendak masing masing. Kalu satu pihak asyik kena ikut babi buta je pihak yang satu lagi, buat apa kawin. Itu je pendapat saya.

Sumber – Isteri (Bukan nama sebenar) via IIUMC