Nenek dah 85. Anak2 ada 11. Msg2 tolak nk jaga. Mentang2 dah nyanyok, anak2 bdohkan nenek pula

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Terima kasih admin approved cerita ini.

Nama aku Sofea. Ini kisah tentang nenek aku yang sudah berusia 85 tahun. Namanya Mawar. Berkahwin di usia 16 tahun dengan datukku Johari, anak orang kaya. Datukku sudah lama meninggal.

Pada awal perkahwinan nenek semua nampak indah. Sehinggalah ayah dan ibu mertua nenek meninggal, nenek terpaksa bekerja kuat untuk membesarkan 11 orang anaknya.

Datukku? Dah terbiasa dengan cara hidup senang, kerjanya menghabiskan harta orang tua tanpa menghulurkan sesen pun buat anak isteri. Belum pun cukup pantang bersalin 40 hari, nenek sudah membanting tulang mencari rezeki. Cukup 4 orang anak, nenek dimadukan pula.

Fast forward, nenek semakin tua dan nyanyuk. Anak anak nenek sudah punya keluarga masing masing. Di fikiran anda bagaimana cerita di hujung usia nenek? Anak anak akan balas jasa jerih perih ibu? Entah mengapa nasib malang tak berkesudahan dalam hidup nenek.

Anak anak nenek jenguk nenek di hari raya semata mata untuk bergambar. Kemudian update Facebook, “kasih ibu bawa ke syurga. Sayangilah ibu.”

Aku yang jadi pemerhati bebas rasa nak termuntah. Benarlah, manusia suka tayang apa yang manusia lain mahu lihat. Hakikatnya tak begitu. Semua orang boleh sebut SAYANG, tapi berapa ramai yang buktikan dengan perbuatan??

Anak anak tak sudi jaga nenek. Bertolak tolak dengan bermacam alasan. Anak anak lelaki nenek yang seramai 8 orang beri alasan, ibu sesuai tinggal dengan anak perempuan. Takkan anak lelaki nak cebokkan ibu?

Whattt? Habis yang cebokkan kamu dulu bukan ibu? Yang berjaga malam saat kamu sakit itu orang luar? Yang susukan kamu itu jiran tetangga? Allahu… Salah di mana, silapnya siapa…

Mak Ngah aku membebel saat suaminya menghulurkan wang RM100 pada nenek, katanya nenek dah tua nyanyuk apa guna bagi duit?? Yelah yelahhh Mak Ngah, nenek sejak nyanyuk ni dah tak makan. Ubat nenek pun tu haaa Sofea kutip dalam longkang.

Tiba giliran Mak Usu aku pula, jemput nenek katanya nak ajak nenek pergi berjalan jalan. Bukan tepi pantai, tapi duduk makan angin dalam pejabat tabung haji.

Baki duit nenek kerja zaman muda ada RM5k. Mak Usu ambil semua. Bila dah kantoi katanya buat modal berniaga. Mentang-mentang nenek dah nyanyuk, anak anak bdohkan nenek pula.

Pak Lang pula beristerikan isteri yang acah acah model. Dari kaki sampai tudung semua tip top. Tapi jaga mak suami, jadi neraka dunia buatnya.

Setiap hari nenek dicaci maki. Kotor tua dan busuk. Kalau nenek terberak, habislah nenek dicaci. Mak Lang tutup hidung satu hari. Update Facebook, “tak lalu masak dan makan, busuk bau tahi orang tua.”

Aaaa betul sangat mak lang, kalau bau perfume mahal baru kita selera makan kan??

Tak habis untuk aku ceritakan semuanya. Kita hidup di dunia untuk lakukan kebaikan bukan? Aku pun tidak baik, penuh dosa. Tapi manusia yang berkira dengan secebis kebaikan yang disebut sebut, aku percaya hidup mereka takkan bahagia.

Saat ibu pergi dari dunia, maka terputuslah nanti satu keberkatan hidup anak anak iaitu doa ibu yang tiada hijab di sisi Allah. Tak sedarkah anak-anak tentang itu?

Nenek, sabarlah nenek. Moga setiap kezaliman itu, Allah gantikan dengan syurga. Hidup nenek pun tak mungkin lama lagi di dunia. Moga anak-anak nenek insaf dengan kejahilan mereka.

“Celakalah seseorang yang kedua orang tuanya berusia lanjut namun kedua orang tuanya tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga (kerana kebaktiannya).”

(Hadith riwayat at-Tirmizi, No. 3545)

Reaki warganet

Rubbiatun Addawiyah –
Elok elok di talkin tepi tepi telinga makcik pakcik kau tu. Nak nasihat or tegur tak jalan dah. Bagi talkin terus. Tak sedar diri agknya.

Diri pun makin lama makin tua. Makin lemah. Makin sakit. Esok dorang pun tua juga macam nenek kau. Nyanyuk juga. Sakit juga. Takdenye sihat walafiat. Jangan2 esok anak anak dorang pula wat kat dorang balik.

Rahimah Rasyid –
Suatu hari nanti kalau Allah tak ambik nyawa di usia muda mereka2 pasti akan merasai hari tua. Di sisihkan sebagaimana mereka2 melayan ibunya.

Pada orang yang mengabaikan orang tuanya, insaf lah sebelum terlambat kerana balasan di dunia lagi Allah akan balas belum lagi mengadap maut apetah lagi di alam kubur dan hari di bangkitkan kelak.

Nim Rokiah –
Hi Sofea. So Sofea anak sape? Kenapa mak ayah Sofea tak ambil jaga nenek? Aku baca sampai habis, cuba cari ending kot2 sofea ckp “akhirnya nenek dijaga oleh parents dia”.

Umur nenek dah 85, rasanya cucu pun dah besar panjang, kalo anak anak nenek tak mampu, apa kata cucu yang simpati bole tolong jaga nenek. Besar pahalanya tu.

Mohd Faisal –
Jahat macam mana pun, anak anak tak boleh derhaka atau kurang ajar dengan ibubapa. Syurga anak anak dibawah tapak kaki ibu. Bukan saya yg kata, agama yang kata.

Nyanyuk bukan lesen untuk kita ‘buang’ ibubapa. Banyak banyakkan bersabar sebagaimana mereka bersabar melahirkan dan membesarkan kita. “Sesungguhnya putuslah keberkatan doa seorang ibu apabila meniggal dunia”. Jagalah selagi berkesempatan.

Azreen Zin –
Aku tak paham dengan pemikiran kebanyakkan Melayu “mak/ayah kena duduk dengan anak perempuan“. Apa anak lelaki tak perlu bertanggungjawab jaga mak/ayah sendiri ke? Mak/ayah tak berhabis duit, berpenat lelah nak membesar kan kau ke? Pastu dah besar jadi bangang pulak tak reti bahasa nak pikul sendiri tanggungjawab, dok main pass2 ke adik beradik perempuan. Faraid nanti pandai pulak nak ikut agama, tanggungjawab buat buat lupa. Puih.

Anna Kirana –
I have seen the same also. Anak ada ramai tapi masing masing bertolak tolak nak jaga dan asyik mengungkit.

I am an ousider hidup jauh tapi still as anak. My husband has sacrified all he can. Sampai ada satu tahun tu abis cuti sebab berulang alik balik kg. Tak mau berlebih lebih sebab anak perempuan kandung berderet.

Tapi end up menantu yang kena double standard yang sanggup jaga.. Anak sendiri? Ntahlah.. Memasing penuh alasan.. Ujian sebenarnya untuk anak anak dan mak tu sendiri.

Arwah mak saya Allah bagi kami ujian di masa sihatnya. Masa sakitnya tak lama. Dua bulan je. Tak menyusahkan langsung, dia pergi dengan mudah dan tenang. Kekadang saya asik terfikir apalah nasib kita nnti.

Mudahan Allah permudahkan urusan saya nanti. Tak sanggup rasanya diuji dengan karenah yang kadang kadang buat kita sesak nafas.

Noor Asyikin Nordin –
Ada juga yang ibu bapa dah tua. Anak memang nak jaga. Diajak duduk bersama, disediakan bilik sendiri yang selesa dan lengkap tetapi tetap tidak mahu. Ingin kekal di rumah sendiri.

Si anak ada yang mengalah dan sanggup tinggal di rumah ibu bapa demi menjaga mereka walaupun ada rumah sendiri. Mengenangkan kudrat orang tua yang tak sekuat mana utk menguruskan hal diri.

Namun tetap bukan semudah dan seindah dirancang. Tidak semua ibu bapa diusia tua ini mudah untuk dijaga. Walau kita tidak pernah mengeluh jauh sekali menyusahkan kadangkala kehadiran kita dirumah milik mereka bersama keluarga boleh disalahertikan oleh mereka. Punca syak wasangka dan sebagainya. Dianggap memgganggu walaupun niat kita hanyalah untuk membantu.

Apa lagi daya kita sebagai anak. Menahan semuanya dengan sabar sebab sedar kalau dibiarkan mereka sendirian mereka pasti tak dapat menguruskan kehidupan mereka dengan sempurna.

Pada yang tidak pernah merasainya bersyukurlah dan jangan sekali kali menilai mereka yang setia menjaga ibu bapa yang tua ini walau punya tanggungjawab jua pada keluarga sendiri.

Melihat dari luar tak semudah melaksanakan segalanya sendirian dari hari ke hari. Semoga Allah permudahkan segalanya buat kita. Aminn.

Sumber – Sofea (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Moga memberi tauladan dan pengajaran buat kita.