“Suami Pilihan”. Krn dendam, mak halau Zila dan anaknya keluar. Tiba 1 syawal, Zila pulang. Mak menangis mohon ampun

Foto : Sekadar hiasan
Tajuk: Suami Pilihan
Penulis: Eddie Dieana

“Ya Allah, Apa lagi yang kau tunggu Zila. Laki gila macam ni pun kau masih tunggu dia. Bukan sekali dia buat kau macam ni, dah banyak kali dah. Tak serik serik lagi ke kau ni. Dah lebih 10 tahun dah. Anak anak kau pun dah sekolah dah!!. Jerit Milah kepada Zila.

Zila hanya tertunduk malu. Malu dengan sikap suaminya yang suka memukul dan mendesaknya untuk memberi wang simpanan supaya suaminya dapat membeli bekalan ddah. Anak perempuannya iaitu Imah (8 tahun) yang kebetulan ada disitu juga berlari ke arah Zila sambil memeluknya.

Imah: “Emak, kakak dah tak sanggup tengok emak kena pukul dengan ayah lagi. Kakak benci tengok ayah. Kakak tak suka ayah ada dalam hidup kita”.

Zila: “Nak buat macam mana kakak, dia tetap ayah kakak. Dia tetap drah daging kakak.
Baik buruk dia tetap ayah kakak”.

Imah: “Tapi emak, Kakak dah tak tahan lagi hidup dalam keadaan macamni”. (Sambil menangis)

“Bersabar ye sayang, kalau kita sabar Allah akan bersama dengan kita”. Kata Zila kepada anaknya sambil mengesat air mata di pipinya.

Milah kawannya yang berada disitu sudah muak melihat kelakuan suaminya Zila yang seringkali naik kaki dan tangan ke atas isterinya itu.

Milah: “Hey Zila, Agaknya kalau aku tak datang tadi dah lama kau mati kena pukul dengan suami kau. Aku dah malas masuk campur lagi, kalau aku nampak dia pukul kau lagi. Aku tak teragak2 untuk call polis!!”

Zila: “Baiklah Milah, Terima kasih sebab sudi datang dan bantu aku. Terima kasih banyak2. Nak buat macam mana Milah, Aku yang bodoh terlalu sayangkan dia.”

Milah: “Ha, Sedar pun bodoh. Cukup2 lah siksa kau anak beranak. Kau lari je lah cari jantan lain Zila”.

Zila: “Aku nak buat macam mana Milah, Baik buruk dia tetap suami aku, lagi pun dia bukannya sentiasa pukul aku, ada hari dia akan belai aku baik2. Ada hari dia akan jadi baik sangat2. Bila dia ketagihan ddah baru dia jadi macamni.

Milah: “Lantak kau lah Zila, Aku malas nak layan kau laki bini. Aku balik dulu lah”.

Milah pun pulang kerumahnya, kini tinggallah Zila berdua bersama anaknya di rumah. Manakala suaminya sudah keluar naik motor ke hujung Taman untuk membeli stok ddahnya.
Sudah banyak kali suaminya itu buat perangai menjadi penagih dan insaf, tak lama lepastu jadi penagih balik dan insaf. Zila tetap sabar menerima perangai suaminya yang disayang itu.

Sudah puas jiran2, keluarga dan kawan2 yang lain bagi nasihat supaya tinggalkan suaminya itu, tetapi Zila tetap berkeras untuk terus hidup dengan suaminya itu. Zila tiada pilihan lain selain hanya perlu mempertahankan rumahtangganya.

Zila perlu buktikan kepada keluarganya yang beliau bahagia bersama pilihan hatinya. Kerana pada 1 masa dahulu Zila berkeras hendak berkahwin dengan Farid (Suaminya sekarang).

Apakan daya kita manusia hanya mampu merancang, Zila juga tak menyangka yang Farid akan berubah seteruk ini. Zila malu jika mereka bercerai dan akan jadi bahan buah mulut keluarga dan kawan2nya.

Hampir seharian Zila menunggu suaminya pulang tetapi tetap tidak pulang kerumah.

Malam itu Zila terima panggilan dari Balai Polis Skudai, mengatakan suaminya di tahan kerana memiliki ddah dan ujian saringan air kencingnya juga positif ddah. Zila hanya terdiam, tak mampu untuk berkata apa2. Zila hanya mampu menganguk faham dan menangis mendengar berita tersebut. Zila juga tidak mampu untuk pergi melawat kerana tiada kenderaan. Motor pun suaminya dah bawa bersama. Wang di tangan pun hanya cukup2 makan. Bertambah malang lagi, setengah jam selepas itu tuan rumah pula datang ke rumahnya.

Tuan Rumah: “Assalamualaikum”.

Zila: “Eh, pakcik. Jemputlah masuk”.

Tuan Rumah: “Tak apalah, aku datang ni bukan nak masuk rumah. Tapi aku nak ambil duit sewa rumah. Dah 3 bulan tak berbayar ni. Kalau kau tak boleh bayar lagi aku terpaksa sewakan dekat orang lain”.

Zila: “Maafkan saya pakcik, suami saya baru sahaja di tangkap polis. Saya memang tidak mampu untuk bayar”.

Tuan Rumah: “Kalau kau tak mampu lagi lusa kau dah boleh angkat semua barang2 kau. Aku nak sewakan kepada orang lain”.

Zila: “hurmm. baiklah pakcik. Saya faham”.

Lalu tuan rumahnya pun pergi meninggalkan mereka dua beranak di rumah tersebut. Zila semakin buntu, tidak tahu apa yang harus di buat, jika telefon keluarganya minta bantuan kewangan pasti beliau akan dikecam dengan lebih teruk lagi. Lalu Zila pun buat keputusan untuk kemas semua pakaiannya untuk berpindah.

Keesokannya Zila pergi ke kedai telefon untuk jual telefon bimbitnya. Bagi menampung perbelanjaanya dua beranak. Zila semakin buntu, tiada jalan lain lagi buat dirinya untuk meneruskan hidup melainkan pulang kerumah emaknya di Taman Kota Jaya di Kota Tinggi.

Sebelum pulang ke Kota Tinggi, Zila sempat singgah ke Balai Polis Skudai untuk melawat suaminya untuk meminta izin pulang ke kampung. Setibanya di balai Zila pun dibenarkan untuk bercakap dengan suaminya di tempat melawat dan dipisahkan melalui tirai besi.

Zila: “Assalamualaikum, Abang”.

Farid: “Wasalam sayang. Mana Imah anak kita?

Zila: “Ada dekat luar Abang, saya bawak sekali, tapi dia tak nak masuk. Saya nak cakap sikit ni, Saya nak minta izin abang untuk balik kampung, sebab tuan rumah dah halau kita dari rumah tu. Saya dah tak ada tempat lagi nak tinggal dengan anak”.

Farid: “Ya Allah, yeke? maafkan abang sebab tak dapat jalankan tanggungjawab dengan baik. Abang terlalu ikut nfsu abang. Abang malu dengan semua orang”.

Zila: “Dah la Abang, bukan baru sekali Abang macam ni. Saya ni lagi lah malu dengan perangai Abang yang tak pernah nak berubah tu. Kalau abang masih berterusan macamni. Saya tak teragak-agak untuk mintak cerrai”. Zila bercakap sambil menangis.

Farid: “Jangan macamtu Zila, Abang janji. Lepas Abang jatuh hukum nanti Abang akan berubah. Abang takkan hisap ddah lagi. Abang janji, Zila tunggu abang ye. Maafkan abang ye. Farid menangis teresak-esak bila mendengar isterinya meminta untuk diceraikan.

Zila: “Saya dah penat hidup macamni, hidup dengan suami yang tak pernah nak hargai pasangan. Tak pernah nak bertanggungjawab. Tak pernah solat. Tak pernah fikir perasaan saya. Saya dah penat bersabar dengan Abang selama ni”.

Farid: “Ya Allah. Jangan cakap macamtu sayang. Please, bagi abang peluang lagi. Please.”

Zila: “Entahlah Abang, saya berserah pada takdir je. Kalau jodoh kita masih panjang kita masih akan bersama lagi. Saya terpaksa pergi dulu. Sebab tak boleh lama2.

Farid merayu kepada Zila sambil menangis lalu berkata.

“Percaya cakap Abang, kalini abang akan betul2 insaf. Percayalah”.

Zila pun terus pergi meninggalkan suaminya itu dan menuju ke perhentian bas terdekat untuk pulang ke kampungnya. Setibanya di Larkin Zila naik bas untuk ke Kota Tinggi. Sepanjang perjalanan Zila menangis tak berhenti.

Ialah, isteri mana yang tak sedih melihat suami yang disayang duduk di dalam tirai besi. Sejahat mana pun suaminya pasti ada perkara indah yang diingati sang Isteri yang membuatkan beliau masih mampu bertahan. Anaknya Imah hanya berusia 8 tahun dan masih tidak tahu apa2 pun bertanya kepada Zila.

Imah: “Kenapa emak menangis, kita nak pergi mana sekarang ni mak?”

Zila: “Kita nak balik kampung sayang, Emak menangis sebab rindukan ayah kau.”

Imah: “Tapi Kakak tak rindukan Ayah. Kakak tak suka Ayah, Kakak suka kita berdua je macam ni, tak ada orang akan pukul mak lagi”.

Zila: “Tak baik cakap macamtu kakak. Baik buruk dia pun, dia tetap Ayah kakak dan dia lah yang akan jadi wali kalau Kakak nak kahwin bila dah besar nanti”.

Imah hanya mengangguk tanda faham, tak lama selepas itu Imah pun tertidur kerana kepenatan.

Perjalanan tidaklah begitu lama. Hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam dari Perhentian Bas Larkin ke Kota Tinggi. Setibanya di Kota Tinggi, mereka terpaksa naik teksi untuk ke Taman Kota Jaya.

Setibanya di hadapan pintu rumah Emaknya, anaknya Imah pun berlari menuju ke rumah emaknya. Zila pun memberi salam dari luar.

Zila: Assalamualaikum, emak! oh emak!

“Waalaikumsalam” Emak nya pun menjawab salam sambil membuka pintu. Zila dan anaknya pun bersalaman dengan emaknya dan adiknya Eka yang tinggal bersama dengan emaknya. Emaknya yang masih musykil dengan keadaan Zila pun bertanya.

Emak: Kau dari mana tengah2 malam bawak beg besar, laki kau mana?

Zila: “Abang Farid kena tangkap polis mak. Dia ditahan sebab memiliki ddah, ujian air kencingnya positif”.

Emak: “Dari dulu lagi aku dah cakap suruh kau kawin jantan lain, jantan tak guna tu jugak yang kau kejar dari dulu. Kau ni datang takde kerja lain, Asyik nak bawa aib kat muka aku je. Nanti kau nak merempat berapa lama pulak kat rumah aku ni? sampai aku mampus ke?

Zila: “Zila tumpang sementara je mak sampai Zila dapat kerja dan boleh sewa rumah lain”.

Emak: “Kalau kau duduk sini lagilah aku malu, lagi akan jadi buah mulut orang. Mesti semua orang akan cakap kau lari dari rumah ke, laki kau masuk penjara lagi ke, aku dah penat nak hadap semua mulut2 orang dekat taman ni lah”.

Zila: “Tolonglah emak, bagilah Zila peluang untuk tinggal dekat sini sementara. Zila janji Zila akan cari rumah Zila sendiri nanti”.

Emak: “Ah, tak ada. esok pagi2 aku tahu kau dah berambus, nanti cucu kesayangan aku nak balik takde tempat pulak mereka nak tidur”.

Zila: “Cucu kesayangan? Abang Haikal balik ke esok mak?”

Emak: “Sebab diorang semua nak balik lah aku tak bagi kau tidur bilik tu, malam ni kau nak tumpang sementara boleh lah”.

Zila: “Sampai hati mak halau saya, saya kan anak mak jugak, kenapa saya tak boleh tinggal dekat sini, apa salah saya dengan mak sampai mak benci sangat saya anak beranak ni”. Tanya Zila sambil menangis.

Emak: “Kau tak ingat ke apa Mak cakap kat kau dulu? kalau kau dengar cakap aku dulu jangan kawin dengan penagih ini kau taknak dengar cakap aku, Kau degil, tetap nak jugak dengan penagih tu. Bukan sekali dua dia buat perangai. Tapi dah banyak kali. Kau jugak macam orang bodoh masih nak terhegeh-hegeh dekat dia”.

Zila: “Sampai hati mak panggil abang Farid penagih”.

Eka adiknya yang kebetulan ada disitu pun masuk campur.

Eka: “Sudah2 lah tu mak, tak baik cakap kak Zila macamtu, mereka kan penat baru sampai. Biarlah mereka rehat dulu”.

Emak: “Dah kau berdua pergilah masuk dulu, aku sibuk nak masak ni”.

Zila dan anaknya Imah hanya mendiamkan diri lalu mengangkat semua barang2 untuk masuk ke dalam bilik sambil di bantu oleh Eka adiknya yang bongsu.

Eka: “Akak Zila rehatlah dulu ye, mak tu biasalah. Kalau tengah marah semua benda dia akan cakap je”.

Zila: “Takpelah dik, akak okay sahaja. Terima kasih tolong angkat barang2 akak”.

Zila dan anaknya pun berehat di bilik kerana kepenatan sejak dari pagi mereka sudah keluar.

Selesai mandi Zila pun tertidur, manakala anaknya Imah yang kelaparan pergi ke dapur untuk mencari sedikit makanan. Setibanya di dapur Imah pun buka tudung saji dan melihat ada makanan. Imah pun ambil pinggan untuk makan, belum sempat Imah menjamah makanan. Imah di kejutkan dengan suara neneknya itu.

Nenek: “Hey, Siapa yang benarkan kau makan? Kau tak tahu malu ke? kalau dah dasar keturunan penagih. Lauk aku pun aku tak bagi kau sentuh la!!!”

Eka yang kebetulan terdengar perbualan tu jadi kasihan kepada anak saudaranya itu. Lalu datang menegur emaknya.

Eka: “Kenapa mak ni, tak baiklah. Budak tu kan nak makan, Biarlah dia makan”.

Emak: “Kau diam, tak payah masuk campur. Aku benci tengok budak tak sedar diri ni”.

Imah hanya terdiam, beliau tersentak dengan apa yang diperkatakan oleh neneknya itu. Terbantut selera anak kecil itu hendak makan. Berkaca air mata anak itu menahan kesedihan yang tak terungkap. Lalu Imah pergi ke ruang tamu untuk menonton televisyen.

Kali ni lebih menyedihkan. Neneknya itu secara terang-terangan berkata.

“Kau jangan sentuh semua barang aku, nanti karang hilang pulak TV tu kau pergi jual pulak, bukan boleh percaya orang macam kau ni. Anak bapak sama je”.

Imah membatalkan niatnya hendak menonton televisyen lalu menuju ke biliknya. Imah menangis teresak2 sambil baring di sebelah emaknya. Zila yang sedang tidur waktu itu terkejut melihat anaknya sedang nangis.

Zila: “Kenapa kamu menangis nak?”

Imah: “Nenek tak kasi makan, nenek tak kasi tengok televisyen. Nenek cakap Imah anak penagih”.

Berjurai air mata Zila mendengar penjelasan anaknya itu, Zila tidak mampu berbuat apa2 selain hanya mampu memujuk anaknya itu.

Zila: “Sudahlah Kakak, esok kita pindah pergi tempat lain ye. Kakak tak mahu sedih2 lagi tau”.

Imah: “Tapi Emak, penagih tu apa? kenapa nenek selalu cakap Kakak ni anak penagih”.

Soalan kali ni betul2 buat Zila buntu untuk menjawabnya. Zila alihkan perhatian anaknya supaya tidak lagi bertanya soalan sama. Zila hanya memeluk erat tubuh anak gadisnya itu.
Betapa terkesan dalam hatinya melihat kelakuan Emaknya terhadap anaknya itu.

Keesokan paginya, Zila dan anaknya sudah bersiap2 untuk pergi ke tempat lain, Zila pun menuju ke bilik emaknya untuk bersalaman, Emaknya tidak berkata apa2. Hanya menghulurkan tangan. Manakala Zila sempat berkata,

“Ampunkan salah silap Zila mak, mungkin Zila silap sebab pilih abang Farid jadi suami Zila, tetapi itu semua ketentuan takdir mak, masa Zila kenal abang Farid, dia bukan seorang yang macamtu. Dia berubah selepas Ayah dia meninggal mak, Zila pun tak mintak hidup dalam keadaan macam ni mak. Ampunkan salah silap Zila, Zila pergi dulu”.

Emaknya hanya terdiam dan membiarkan Zila berlalu pergi keluar dari bilik. Zila pun datang ke bilik adiknya Eka untuk bersalaman. Adiknya terkejut kerana dengan tiba2 Zila buat keputusan untuk pulang.

Eka: “Eh, kak Zila nak kemana dengan beg besar2 ni”.

Zila: “Akak nak pergi rumah lain dik, rumah yang boleh terima akak anak beranak seadanya. Dekat sini akak tak aman sebab mak tak redha akak dengan Imah dekat sini”.

Eka: “Jangan macamtu kak, mak cakap macamtu sebab dia marah je, mak pun tak tergamak buat akak macamtu lah”.

Zila: “Takpelah dik, akak dah nekad nak pergi dari sini. Akak pergi dulu ye”. sambil menghulur tangan ke arah adiknya itu.

Mereka pun bersalaman dan Eka pun berkata,

“Kalau akak nak pergi jugak biarlah Eka hantarkan sampai perhentian bas”. Zila hanya mengangguk setuju dan mengangkat semua barang2nya masuk ke dalam kereta adiknya itu.

Setibanya di perhentian bas Kota Tinggi, Eka memberanikan diri untuk bertanya.

“Akak nak kemana pulak lepas ni?”.

“Akak akan tumpang rumah kawan akak sementara akak ada duit untuk sewa rumah yang lain dik”. Jawab Zila.

“Kalau macamtu akak jaga diri baik2 ye, akak ambillah duit RM200 ni buat tambah2 duit belanja akak, Eka nak bagi banyak, tapi Eka pun tak cukup. Ini je yang Eka mampu tolong akak”. Kata Eka kepada kakaknya sambil menghulur duit RM200 kepada kakaknya itu.

Zila menangis terharu, Zila malu dengan apa yang dia lalui, tetapi Zila tiada pilihan selain harus terima duit tersebut dan memeluk erat tubuh adiknya itu.

“Terima kasih Eka, Akak doakan kau murah rezeki dan kau jaga diri baik2, tolong jagakan mak untuk akak, cakap dengan mak. Akak Zila tak pernah amek hati dengan apa yang Mak buat pada akak. Akak tahu semua tu berpunca dari silap akak”. Kata Zila kepada adiknya itu. Mereka pun berpelukan seketika dan bersalaman.

Imah pun bersalaman dengan makciknya itu. “Imah jaga diri baik2, dengar cakap emak ya, jangan nakal2”. kata Eka kepada anak saudaranya itu sambil memeluk erat tubuh kecil itu. Mereka menangis sambil berpelukan. Eka tidak tertahan menanggung air mata yang penuh di matanya. Eka kasihan dengan nasib yang menimpa kakaknya itu.
Selepas kakaknya menaiki bas ke Johor Bahru, Eka pun pulang ke rumahnya.

Setibanya di rumah, Eka melihat kelibat emaknya di dapur rumah. Eka pun pergi ke dapur untuk menyapa emaknya. Belum sampai di tangga dapur, Zila dapati emaknya sedang menangis sambil melihat gambar kakaknya Zila. Eka pun memberanikan diri untuk menegur.

“Emak nangis ke tu?”

Emaknya terkejut dengan kedatangan Eka lalu menjawab ” tak ada apa2 lah” sambil mengesat air mata yang berjurai dipipinya.

Eka: “Emak tipulah, kalau mak tak ada apa2 kenapa emak menangis?”

Emak: “Emak menangis sedih sebab mengenangkan nasib kakak Zila kau”.

Eka: “Kalau mak sedih kenapa mak halau mereka semalam?”

Emak: “Emak buat macamtu supaya kakak kau sedar Eka, Akak kau tu masih tak sedar diri lagi, dia masih menunggu jantan tak guna tu. Sebagai mak, mak dah tak sanggup tengok dia hidup dalam keadaan susah macamtu, dengan mata lebam2. Mesti dia kena pukul lagi dengan si Farid gila tu. Emak mana yang sanggup tengok dia kena macamtu. Kalau mak berlembut dengan dia anak beranak, nanti kakak kau takkan faham. sebabtu mak terpaksa berkeras. Tapi jauh dalam sudut hati mak, Mak sayang sangat2 kakak Zila kau tu. Dia banyak mengalah dalam semua hal dalam hidup dia”.

Eka: “tak baik mak buat akak Zila macamtu, kesian dia terpaksa bawak diri dalam keadaan serba susah. Emak terlalu ego sebabtu mak tunjuk sikap keras kepala mak”.

Emak: “Biarlah, mak lebih tahu apa yang mak buat. Mak buat semua ni nak bagi pengajaran pada dia. satu hari nanti kalau anak dia Imah tu dah besar dan tak dengar cakap dia. Pasti dia akan dapat rasa apa yang mak rasa sekarang. Mak tak minta banyak, mak cuma suruh dia tinggalkan Farid dan cari laki lain yang lebih berguna”.

Eka: “Entahlah mak, Eka pun tak tahu nak buat apa. Kemana lah kakak pergi sekarang. dah la dia tak ada telefon. Nak contact dia pun susah”.

Sedang Eka dan emaknya leka berbual, Abangnya Haikal dan keluarganya pun sampai dari Kuala Lumpur. Emak pun bangun ke ruang tamu, dengan riak wajah gembira emaknya memeluk erat tubuh anaknya itu. Emak terlalu rindukan anak lelakinya itu. Sungguh berbeza layanan emak terhadap Haikal dan Zila.

Haikal sejak dari kecik sentiasa mendapat kasih sayang yang penuh dari emaknya.
Manakala Zila sering menjadi bahan paksaan untuk membantunya di dapur dan mengemas rumah. Setelah Haikal, isteri dan anak2nya masuk ke dalam bilik untuk menyalin pakaian.
Eka pun bertanya kepada emaknya.

“Emak, Eka nak tanya mak sikit boleh? Kenapa mak layan abang Haikal dengan penuh kasih sayang, tapi mak layan akak Zila lebih kurang je, apa salah kak Zila?”

Emak: “Kau tak tahu cerita, kau kecik lagi masatu. Mak dah halang kakak kau dari kawan dengan Farid tu, tapi kakak kau degil. Kakak kau hari2 main balas surat dengan Farid tu. Tapi mak dah dengar macam2 perkara buruk yang Farid tu pernah lakukan. Sebabtu mak tak kasi dia kawin dengan Farid. Tapi kakak kau degil. Dia tetap tak dengar cakap mak. Sampailah sekarang, rasanya dah berpuluh kali mak tengok mata dia lebam. Mesti kerja si Farid tu lah. Siapa lagi kalau bukan dia”.

Terdengar kecoh2 di dapur, Haikal yang sudah siap salin baju pun menyampuk perbualan dua beranak tu.

“Apa yang kecoh2 ni mak, kenapa dengan Farid? Dia buat perangai lagi ke?”. Tanya Haiqal kepada Emaknya.

Emak: “ye Haikal, Farid tu buat perangai lagi, dia kena tangkap sebab ada ddah dengan dia. Lepastu muka adik kau Zila habis lebam2 kena pukul dengan si Farid tu”.

Haikal: “Ya Allah, tak berubah2 lagi si Farid tu. Habis tu, Zila nya dekat mana sekarang mak?”.

Emak: “Entahlah, emak dah malas nak ambil tahu. Hati mak sakit sangat tengok dia kena pukul lagi dengan muka lebam2. Tadi dia ada sini, tapi mak dah halau dia dah keluar. Mak pun tak tahu dia pergi mana. Sebab yang mak tahu dia dah kena halau dari rumah dia sebab tak bayar rumah tu. Mungkin dia pergi rumah kawan dia lah kot”.

Haikal: “Dalam banyak2 hal, benda ni Haikal tak setuju dengan mak. Kenapa mak halau dia, kesian dia, dah la tak ada rumah. Laki pulak kena tangkap. Mana dia nak pergi. Sepatutnya masa dia dalam kesusahan ni kita lah yang tolong dia”.

Emak hanya terdiam. Emak tahu emak telah melakukan kesilapan besar. Haikal pun berkata lagi” tak apalah, biar Haikal telefon dia pujuk suruh balik sini. Eka adiknya pun mencelah.

“Kak Zila dah tak ada Handphone, dia dah jual sebelum datang ke sini” kata Eka kepada Abangnya Haikal. Mereka semua buntu untuk mendapatkan cara menghubungi Zila.

Zila yang sedang berada dalam bas juga buntu memikirkan nasibnya. Zila bimbang jika kawannya itu tidak sudi menumpangkan beliau dan anaknya. Zila betul2 nekad kali ini.

Setibanya di Johor Bahru, Zila pun sekali lagi menaiki bas menuju ke rumah kawannya itu yang tidak jauh dari rumah lamanya. Setelah hampir 30 minit menaiki bas akhirnya Zila pun sampai ke rumah kawannya Milah.

Zila: “Assalamualaikum Milah”.

Milah: “Waalaikumsalam. Eh, Zila. Kau dari mana ni?”

Zila: “Panjang ceritanya Milah, aku dari rumah mak aku”.

Milah: “Kalau macamtu masuk lah dulu nanti aku buatkan air”.

Zila: “Terima kasih Milah”.

Zila dan anaknya pun masuk ke dalam rumah sambil mengangkat semua barang2nya. Sementara itu Milah terus ke dapur untuk membuat air. Setelah siap menyediakan air, Milah pun sambung bertanya kembali kepada Zila.

“Apa ceritanya Zila sampai kau anak beranak datang bawak beg ni”.

Zila: “Aku nak tumpang rumah kau sementara dalam sebulan dua sampai aku ada duit nk sewa rumah dan pindah dari sini, boleh tak Milah?”

Milah: “Aku tak kesah kalau kau nak tumpang, pasal aku pun tak ada siapa2 dekat rumah ni. Anak2 aku yang dekat Universiti tu pun jarang balik. Boleh la kau teman aku dekat rumah ni”.

Zila: “Terima kasih Milah, sebab sudi bantu aku anak beranak. Tuhan je yang mampu balas jasa kau. Dah banyak benda kau tolong aku”. Zila pun memeluk Milah dengan erat sambil menangis.

Milah: “tak apa lah Zila, hari ni hari kau. Mana tahu lain hari, hari aku pulak jadi macam ni. Nasiblah aku dah tak ada suami lagi. Kalau tak hidup aku pun huru hara macam kau. Dah, pergi angkat barang2. Aku tunjukkan mana biliknya”.

Zila dan anaknya pun mengangkat barang dan tinggal sementara di rumah Milah itu.
Keesokannya, Zila pun keluar untuk mencari kerja manakala anaknya tinggal di rumah bersama Milah. Mujurlah anaknya sudah 8 tahun, sudah boleh bawa diri di rumah orang dan tidak nakal.

Zila pun pergi ke City Square untuk mencari agen untuk mendapatkan kerja di Singapura.
Alhamdulillah rezeki memihak kepada Zila, beliau di terima bekerja di salah sebuah syarikat elektronik di Singapura yang menyediakan pengangkutan ulang alik ke Johor Bahru. Zila boleh mula bekerja pada minggu hadapan.

Setelah 3 bulan bekerja dan menumpang dirumah Milah, Zila pun nekad untuk menyewa bilik di sekitar bandar Johor Bahru dengan kadar RM300 sebulan. Ini kerana Zila tidak mahu lagi menyusahkan Milah dan bergantung harap selamanya dengan Milah. Zila dan anaknya berpindah ke bilik tersebut dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Milah yang telah banyak membantunya.

Part 2 (Tekan link dibawah)

Pagi 1 syawal, Zila dah nekad. Farid melutut merayu di depan mak. Minta diberikan peluang

Sementara itu keadaan di Kampung pula berlainan. Emak sudah mula termenung seorang diri hari2.