Pagi 1 syawal, Zila dah nekad. Farid melutut merayu di depan mak. Minta diberikan peluang

Sambungan dari part 1

“Suami Pilihan”. Krn dendam, mak halau Zila dan anaknya keluar. Tiba 1 syawal, Zila pulang. Mak menangis mohon ampun

Sementara itu keadaan di Kampung pula berlainan. Emak sudah mula termenung seorang diri hari2. Eka pun risau dengan keadaan mak yang semakin hari semakin susut berat badannya kerana tidak lalu nak makan. Abangnya Haikal dah balik ke Kuala Lumpur. Eka lah yang menjaga makan minum maknya di rumah sekarang. Eka yang sudah tidak tahan dengan kerenah emaknya itu pun bertanya,

“Sampai bila mak nak macam ni, taknak makan hari2?”

Emak: “Entahlah, mak rasa serba salah dengan kakak kau, entah apa dia makan sekarang, entah mana dia tinggal sekarang. Mak menyesal bersikap kasar dengan dia. Dari dulu dia rapat sangat dengan mak, tapi sejak Farid tu datang dalam keluarga kita. Semua dah jadi berubah”. Keluh emaknya kepada Eka.

Eka: “Dah, mak tak payah sedih2 lagi. Nanti hari minggu Eka cuti Eka bawak mak pergi cari Kak Zila ye. Lagipun bulan depan dah start puasa. Nanti baliklah tu kak Zila dekat sini”.

Emak hanya mengangguk tanda paham. Maknya mula menyesali tindakannya terhadap anaknya itu. Sesekali mak lap air mata yang membasahi pipinya itu.

Kini tibalah hari yang di janjikan, mereka berdua pun bertolak menaiki kereta Eka menuju ke skudai untuk mencari Zila. Sepanjang perjalanan emaknya sering bertanya kepada Eka.

“Agak2 akak Zila kau maafkan mak tak? dia masih kecewa dengan mak tak? tanya emak kepada Eka.

Eka: “Entahlah mak, akak Zila tu bukan seorang yang pendendam. Lagi pun masa dia tinggalkan rumah dulu dia ada cakap dengan Eka yang dia tak simpan perasaan dekat mak”.

Emak: “Baik hati Zila tu, tak pernah pun dia salahkan mak dalam semua hal, emak je yang tak pernah paham minat dan perangai kak Zila kau tu”. Sambil menggenggam tangan Eka dan menangis.

Setibanya di Skudai, mereka mencari rumah lama yang didiami oleh Zila dan mereka terus pergi bertanya dengan Pak Kassim jiran sebelah rumah Zila yang terdahulu.

Emak: “Assalamualaikum, boleh saya tanya pasal jiran yang duduk rumah sebelah ni? nama dia Zila, Abang kenal ke?

Pakcik Kassim: “Yang saya tahu dulu dia kena halau dengan tuan rumah. Lepas dari tu tak tahu pulak kami dia pindah ke mana?”

Emak: “Oh, yeke? tak apalah kalau macamtu. Terima Kasih”.

“Kemanalah mereka pergi ye, entah makan entah tidak mereka tu. Kesian cucu aku si Imah tu” Kata Emak kepada Eka.

Mereka berdua pun berlalu pergi, niat mereka untuk mencari Zila hampa. Mereka buntu untuk mencari Zila di mana. Emaknya terlalu sedih sehingga tidak dapat menahan air matanya yang berjurai mengalir.

Kini, telah tiba bulan ramadhan. Hari berganti hari. Maknya tetap menunggu di depan rumah. Berharap kepulangan anak perempuannya itu. Eka yang risau dengan keadaan maknya itu sering menghubungi abangnya Haikal untuk mengadu apa yang patut mereka lakukan. Kerana bimbangkan kesihatan emak yang semakin hari semakin merosot. Haikal berjanji akan ambil cuti 2 minggu bermula seminggu sebelum raya untuk membantu adiknya mencari Zila.

Hari yang dinanti telah pun tiba, Haikal dan keluarganya sudah pun balik ke kampung. Tapi berbezanya kali ini. Mak dah tak ceria seperti dulu. Emaknya tak gembira walaupun Haikal dah pulang. Emaknya tetap berharap Zila yang pulang. Tak berhenti mulutnya menyebut,

“Mak nak Zila balik, Mak nak Zila balik. Selagi Zila tak balik hati mak takkan tenang”.

Haikal tak termampu melihat maknya dalam keadaan macamtu. Berkaca mata Haikal menahan sebak, Haikal kuatkan diri untuk peluk erat tubuh emaknya itu.

Haikal: “Emak bersabar ye, Haikal janji Haikal akan bawak balik Zila ke sini. Emak sabar ye”. Sambil mengusap air mata mak.

Haikal dan adiknya Eka pun keluar menuju ke Skudai untuk mencari adiknya Zila itu. Hampir seharian beliau dan adiknya keluar mencari di merata tempat. Tapi mereka pulang hampa.

Setibanya di rumah emaknya berlari turun menuju ke kereta dengan harapan ada anak perempuannya itu.

“Mana Zila, Mana Zila? Mak nak tengok Zila”. Kata emak kepada Haikal. Haikal terdiam, Eka yang menjawab “kami belum jumpa kakak Zila lagi Emak”.

Emaknya terduduk di hadapan kereta sambil berjujuran air mata.

“Ampunkan mak Zila, Ampunkan mak. Baliklah nak, mak rindu kamu”.

Semua yang berada disitu tidak mampu menahan air mata lagi. Mereka semua bersedih melihat kelakuan emaknya itu. Haikal cuba memujuk Emaknya “Sabarlah emak, Haikal yakin Zila mesti balik sebelum raya”. Kata Haikal kepada Emaknya sambil memeluk erat tubuh emaknya itu.

Kini hanya tinggal dua hari sahaja lagi untuk umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Selepas selesai menunaikan terawih mereka berkumpul di hadapan rumah sambil berbual mengenai persiapan Aidilfitri kali ini.

Sedang mereka asyik berbual datang sebuah teksi berhenti di hadapan rumah mereka. Mereka semua beranggapan Zila yang datang, semua pun berlari ke bawah untuk melihat siapa yang datang.

Rupanya yang turun dari teksi itu ialah Farid. Belum sempat Farid sampai di tangga untuk naik ke rumah. 1 penumbuk laju datang dari Haikal tepat ke muka Farid. Farid terpinga2 lalu bangun semula. Haikal pun berkata,

“Tumbukan tu untuk balas apa yang kau dah buat dekat adik aku”.

Farid tidak mampu berkata apa2 kerana dia tahu dia telah banyak melakukan kesalahan.

Farid melutut di hadapan Haikal supaya di maafkan salah silapnya.

“Bang, maafkan aku bang, Aku tahu aku banyak salah pada korang sekeluarga”. Kata Farid kepada Haikal.

Haikal pun berkata “tak perlu mintak maaf pada aku, mintak maaf pada mak dan Zila”.

Haikal: “Pukul lah aku lagi bang, puaskan hati kau. Aku tahu aku banyak silap pada korang semua. Aku dah menyesal, aku taknak kehilangan Zila, Aku masih suami dia dan masih sayangkan dia”.

Haikal hanya berdiam diri. Sakit di hatinya masih tidak hilang lagi dengan apa yang Farid dah buat terhadap adiknya itu.

Farid pun meluru mengejar emak mertuanya itu, di hulur tangan untuk bersalaman dengan mertuanya itu. Tetapi emak hanya mendiamkan diri, air mata mak penuh di pipi.

“Farid merayu kepada emak, ampunkan salah silap Farid mak, Farid dah taubat, Farid dah pun jalani hukuman dan Farid dah insaf. Berilah Farid peluang untuk tebus semua kesalahan Farid Mak”. kata Farid kepada Mak.

Emak: “Semua dah terlambat Farid, mak dah benci tengok muka kau. Di sebabkan kau kami semua dah hilang Zila”.

Farid: “Apa, Zila dah hilang. Dia kemana mak?” (sambil menangis)

Emak: “Dia dah 4 bulan lebih tak balik sini. Kami cuba hubungi dia pun tak dapat”.

Farid: “Ampunkan Farid mak, berilah Farid peluang sekali lagi. Farid silap sebab ambil ddah. Farid tertekan mak. Farid janji Farid akan bawak Zila datang sini jumpa mak, itu janji Farid mak”.

Emak tidak bercakap apa2. Emak hanya tunduk dan menangis. Eka yang menyaksikan kejadian tu pun berkata.

“Abang Farid tahu tak kat mana rumah kawan dia, Eka rasa dia pergi rumah kawan dia lah, tapi kami semua tak tahu kat mana rumah kawan dia tu. Dah puas kami semua cari”. Kata Eka kepada Farid.

Farid pun berkata” abang Farid tahu dekat mana rumah kawan dia tu, esok pagi2 kita pergi cari ye”.

Mereka tiada pilihan selain bersetuju dengan cadangan Farid, kalau hendak di ikutkan kata hati mereka dah lunyai Farid di kerjakan oleh Haikal kerana perbuatannya terhadap Zila. Mereka pun membenarkan Farid masuk ke rumah dan emak hanya redha tanpa berkata apa2.

Keesokan hari nya mereka bertiga pun keluar mencari Zila. Mereka naik kereta Haikal manakala mak hanya menunggu di rumah. Di dalam kereta Farid mengambil kesempatan untuk menceritakan apa yang terjadi kepada dirinya dan cuba untuk mengambil hati Haikal dan Eka semula supaya menerima beliau kembali di dalam keluarga mereka. Farid nampak benar2 insaf kali ni. Beliau betul2 berubah dari Farid yang mereka kenal dahulu. Farid sudah mula pandai solat dan menghormati orang tua.

Haikal juga mengambil kesempatan di atas keterlanjurannya menumbuk muka Farid semalam.

“Farid, maafkan aku pasal semalam. Aku hilang kawalan. Aku betul2 tak boleh terima bila dengar kau pukul adik aku. Kalau kau nak tahu, aruwah ayah pun tak pernah sentuh atau pukul Zila, Aku pun tak pernah tergamak nak pukul dia. Sebabtu bila aku dapat tahu kau pukul dia aku rasa geram sangat2. Aku mintak maaf lagi sekali”. Kata Haikal kepada Farid.

Farid: “Takpelah bang, aku tak ambil hati. Sebab memang salah aku, kalau bukan sebab aku semua ni takkan jadi”.

Haikal: “Kau kena janji dengan aku. Lepas ni, takkan berlaku lagi perkara macam ni dan aku tak nak dengar kau pukul2 dia lagi. Kau tahu tak Zila tu dah cukup sengsara hidup dia, sebelum dia kahwin dengan kau lagi hidup dia dah sengsara. Dia sering menyalahkan diri dia diatas kematian aruwah ayah.

Farid:” Kenapa dia salahkan diri diatas kematian ayah bang? apa yang berlaku masatu? Zila tak pernah cerita pulak.

Haikal: “Masih segar dalam kepala abang, masatu maghrib, aruwah ayah baru pulang dari kerja naik motor, Zila pulak tahun tu dia nak SPM. Dia sibuk suruh belikan barang2 keperluan dia untuk dia nak pakai masa SPM. Aruwah ayah mintak untuk beli keesokan harinya tetapi Zila tetap berkeras untuk aruwah ayah pergi malam tu jugak”.

“Sudahnya malam tu aruwah ayah terlibat dengan kemalangan. Ayah meninggal di tempat kejadian. Sejak dari haritu mak sering salahkan Zila punca ayah meninggal. Sebabtu mak layan dia macamtu. Lagi pulak dia kahwin dengan kau, lagi lah mak benci dengan dia. Sebelum ayah meninggal dulu mak dengan zila rapat sangat hubungan diorang”.

“Mereka sering kemana2 bersama macam belangkas. Setiap kali masak mesti Zila akan bantu mak dan masak sama2. Setiap apa yang mereka buat mereka akan buat sama2. Sebabtu abang ralat bila mereka jadi renggang sampai macam ni sekali”.

Farid: “Ya Allah. Kesiannya Zila. Dah banyak dia berkorban dalam hidup dia. Tak sanggup saya nak lukakan hati dia lagi lepas ni. Saya janji akan jaga dia baik2 bang”.

Haikal: “Baguslah kalau macamtu. Pandai2 lah kau ambil hati mak semula nanti, Abang cuma nak tengok Zila tu bahagia”.

Farid: “Baik bang. Kadang aku terfikir mungkin ada hikmah semua ni berlaku bang, kalau tak. tak mungkin kita bertiga akan berbual macam ni dalam 1 kereta. Sejak aku kahwin dengan Zila kita tak pernah berbual macamni, dan selama aku masuk dalam keluarga ni pun aku tak pernah di beri peluang macam ni. Ada hikmah jugak aku di tangkap. Kalau tak mungkin aku takkan berubah”.

Haikal: “Baguslah kalau kau betul2 dah berubah. Abang doakan yang baik2 je”.

Sedang mereka rancak berbual. Mereka telah pun sampai di hadapan rumah Milah. Setibanya di rumah Milah, Farid pun memberi salam.

Farid: “Assalamualaikum Milah”.

Milah: “Waalaikumsalam, hah. ada apa lagi kau datang rumah aku, tak serik2 nak pukul Zila ke? Dia tak ada dekat sini”.

Farid: “Maafkan aku Milah, aku dah insaf. Tolong bagitahu aku mana Zila pergi Milah”.

Milah: “Entah, aku tak tahu. Kau pergilah cari sendiri”.

Haikal pun mencelah diantara perbualan mereka.

Haikal: “Maafkan saya, saya abang kepada Zila. Kami semua tengah cari dia. Sebab mak dah rindukan dia. Kalau boleh esok raya kami nak beraya bersama dengan dia, nak hiburkan hati mak kami. Boleh awak bantu kami macam mana nak cari dia”.

Mendengar penjelasan dari Haikal barulah Milah bercakap dengan nada yang lembut.

Milah: “Maafkan saya, sebelum ni memang Zila ada tinggal dekat sini 3 bulan. Tapi lepas dia dah ada duit sendiri dia dah pindah menyewa bilik di bandar”.

Haikal: “Boleh kami tahu apa nama tempat dia menyewa tu dan dia ada nombor telefon tak?”

Milah: “Nama tempat tu saya tak tahu pulak sebab dia cuma cakap dia pindah ke bandar yang dekat dengan Singapura sebab dia kerja dekat sana sekarang. Nombor telefon pun tak ada sebab sejak dia jual handphone tu belum nampak dia beli handphone baru”.

Haikal: “Oh. takpelah kalau macam tu kami cuba cari dia. Terima kasih”.

Mereka pun beredar dari situ. Menuju ke bandaraya Johor Bahru. Habis semua tempat mereka tanya berkenaan Zila dan menunjuk gambar Zila jika ada yang kenal. Tapi hampa. Mereka sudah bingung di mana lagi hendak cari Zila. Akhirnya, Haikal buat keputusan untuk ajak semua balik kerana sudah hampir waktu berbuka.

Setibanya di rumah mak, Mak bersemangat menunggu di hadapan pintu dengan harapan ada kelibat anak perempuannya itu. Tetapi hampa lagi kali ni. Maknya hanya mampu menangis kesedihan. Manakala yang lain hanya mampu terdiam melihat maknya dalam keadaan sebak.

Haikal pun memujuk emaknya untuk masuk ke dalam rumah dan berehat di dalam rumah..
malam tu suasana di rumah penuh hiba, lagi2 bila alunan takbir raya di masjid berdekatan rumah emaknya berkumandang.

Allahu akbar.. Allahu akbar.. Allahu akbar..
Laa – ilaaha – illallaahu wallaahu akbar.
Allaahu akbar walillaahil – hamd.

Allahu akbar.. Allahu akbar.. Allahu akbar…..

Allaahu akbar kabiiraa walhamdulillaahi katsiiraa,… wasubhaanallaahi bukrataw – wa ashillaa.

Laa – ilaaha illallallahu walaa na’budu illaa iyyaahu Mukhlishiina lahuddiin
Walau karihal – kaafiruun
Walau karihal munafiqun
Walau karihal musyriku

Laa – ilaaha – illallaahu wahdah, shadaqa wa’dah, wanashara ‘abdah, – wa – a’azza – jundah, wahazamal – ahzaaba wahdah.

Laa – ilaaha illallaahu wallaahu akbar.
Allaahu akbar walillaahil – hamd.

Emaknya yang sedang memasak lauk kegemaran Zila iaitu rendang daging dan masak lemak cili api sekali sekala mengesat air mata yang berjurai dipipinya. Emak pun berkata,

“Dulu2 Zila lah yang teman mak masak dekat dapur bila malam raya macam ni, masakan ni semua masakan kegemaran dia, dia suka sangat bila dapat makan masakan ni bila pagi raya” Eka dan Sherin (isteri Haikal) yang berada di dapur juga tidak dapat menahan sebak. Mereka pura2 pandang ke tempat lain untuk mengelak dari mak nampak mereka menangis. Suasana pilu sepanjang malam sehinggalah subuh hari.

Pagi raya semua bersiap macam biasa. Selesai mandi mereka makan bersama dan menunggu untuk pergi solat Aidilfitri bersama. Selesai makan yang lelaki pergi ke masjid manakala yang perempuan menghias rumah dan menyediakan juadah. Haikal dan Farid pun pergi ke masjid bersama2. Mereka sudah mula akrab sejak dari kejadian di tumbuk haritu. Selesai solat Aidilfitri Haikal ajak Farid singgah menziarahi kubur ayah yang berada tidak jauh dari masjid.

Setibanya di kubur, mereka terkejut melihat kelibat Zila dan anaknya Imah. Farid yang turut ada disitu berlari ke arah Zila dan anaknya.

Farid: “Ya Allah, Syukur. Puas kami semua cari kamu sayang. Tapi akhirnya jumpa jugak dekat sini”. Zila hanya mendiamkan diri dan tidak menjawab persoalan Farid. Mungkin Zila masih marah dengan Farid.

Melihat kejadian itu, Haikal pun mencelah, “Kenapa tak singgah rumah mak” kata Haikal kepada Zila.

Zila pun menghulur tangannya untuk bersalaman dengan abangnya itu sambil berkata,

“Zila takut untuk pergi ke rumah emak, Emak dah halau Zila. Zila tak layak untuk ke sana”.

Haikal: “Zila tahu tak dah berapa lama kami semua cari kamu, sejak dari kamu tinggalkan rumah mak sampai lah sekarang, hari2 mak sebut nama kamu dan suruh kami semua cari kamu”.

Zila: “Ye ke abang Haikal? bukan ke mak yang halau Zila. Kenapa dia cari Zila pulak”.

Haikal: “Panjang cerita dia, tapi apa yang abang tahu, sejak kau pergi dari rumah tu. Kami semua tak setuju dengan tindakan mak dan mak mula menyesal dengan apa yang dia dah buat. Kau balik lah rumah mak cepat. Mesti mak dah tak sabar tunggu kau sampai”.

Selesai membaca Yassin dan doa di pusara Aruwah Ayahnya mereka pun pulang ke rumah mak.

Setibanya di rumah mak, mak masih tidak sedar akan kehadiran Zila. Mak masih sibuk memanaskan lauk untuk di makan beramai2.
Zila datang dari belakang dan memeluk mak dengan penuh erat, mak terkejut. Mak menjangkakan Eka yang cuba membuat kejutan tersebut. Saat mak toleh kebelakang. Alangkah terkejutnya mak bila melihat Zila yang sedang memeluknya. Mak menangis tak terkata.

Mak: “Ampunkan Mak Zila, Mak tahu mak salah. Mak tak patut buat kau macamtu. Dah banyak kau mengalah dengan mak. Mak rindukan kau, mak rindukan Zila yang dulu. Yang manja dengan mak. Dah hampir 10 tahun kita tak macamtu. Sejak aruwah ayah meninggal kita dah jauh sangat. Ampunkan mak nak, mak sayangkan kamu sangat2”.

Zila: “Mak tak pernah salah dengan Zila, Zila yang tak dengar cakap mak. Zila yang patot mintak maaf dengan mak. Ampunkan Zila mak, Ampunkan salah silap Zila”. Mereka berdua berpelukan sangat lama. Sehingga semua yang menyaksikan juga jadi sebak.

Zila: “Mak, dihadapan semua yang ada ni. Zila dah buat keputusan untuk tak nak bersama dengan Abang Farid lagi. Zila nk bina hidup baru mak. Zila dah penat hidup terseksa dengan Abang Farid. Zila nak hidup dengan mak, Zila nak dengar semua cakap mak lepas ni”.

Farid yang mendengar penjelasan dari Zila terkedu. Farid melutut dihadapan Zila untuk memohon maaf. “Berikanlah abang peluang lagi sekali sayang. Berikanlah abang peluang. Abang dah pun bertaubat. Abang menyesal semua salah silap abang sebelum ni”.

Zila: “Semua dah terlambat abang. Abang bukan lagi suami pilihan Zila. Zila pilih untuk bersama dengan keluarga Zila. Zila nak dengar cakap mak. Zila takut untuk kehilangan mak lagi sekali”.

Farid melutut dihadapan emak, Farid merayu supaya emaknya memberi beliau peluang sekali lagi untuk membetulkan keadaan. Supaya Zila menerimanya lagi. Farid menangis teresak2 dihadapan mak dan adik beradik yang lain.

Emaknya yang tidak sampai hati melihat keadaan Farid pun berkata. “Baiklah Farid, kalini mak bagi kamu peluang terakhir. Tapi kalau andaikata terjadi lagi sekali macam ni. Mak sendiri tak teragak2 untuk telefon polis”. Kata Emak kepada Farid

Farid yang mendengar penjelasan emaknya bingkas bangun dan memeluk mertuanya itu.

“Terima kasih emak, Terima kasih yang tak terhingga sebab bagi kami peluang untuk hidup bersama lagi, Farid janji Farid akan betul2 berubah mak. Mungkin ada hikmah Farid ditangkap dan semuanya menjadi lebih sempurna. Tak sia2 Farid berdoa siang malam supaya Allah bukakan hati mak dan Zila untuk terima Farid seadanya”.

Zila pun datang dari belakang dan peluk suaminya itu. Mereka saling sayang menyayangi. Tapi disebabkan najis ddah membuatkan hubungan mereka jadi tak tentu arah. Mujur Farid cepat sedar dengan kesilapannya.

Raya kali ini adalah raya yang penuh makna buat mereka sekeluarga. Buat kali pertama dalam 10 tahun tempoh perkahwinan mereka. Mereka dapat bersama2 1 keluarga di dalam rumah mak mereka. Selama ni mereka hanya balik beraya berdua kerana emaknya tidak menerima Farid. Benarlah kata orang, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Sekian..

Penulis: Eddie Dieana