“Terasanya dgn ayah”. Lps ibu tiada, ayah kawen lain. Time raya, ayah lari keluar bila kami balik. Kami mcm yatim piatu

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Sekadar ingin luahkan rasa hati dan rasa rindu dengan ayah. Nama saya Helmi, berumur 30 tahun ada 4 adik beradik (saya no. 2) atas abang, bawah saya perempuan. Ibu saya dah lama meninggal masa saya kecil.

Di pendekkan cerita ayah kahwin lagi selepas beberapa tahun. Selepas ayah kahwin, kami agak kekok dengan mak tiri yang kami panggil makcik. Makcik nampak ok tapi kami selalu tak rasa selesa mungkin kerana lama tiada ibu.

Pada mulanya kami tinggal bersama ayah dan makcik tapi kerana ayah dan makcik kerap bergaduh, dalam seminggu 3-4 kali bergaduh.

Abang tak rasa selesa dan mengajak saya tinggal dengan nenek (nenek tinggal di kampung dekat dengan ayah cuma ayah duk taman). Adik adik saya masih kecil biarlah makcik jaga. Tapi sedihnya ayah bersetuju yang kami semua termasuk adik adik tinggal dengan nenek..

Bermula lah hidup kami berdikari. Bermula kami tinggal dengan nenek, ayah mula kurang amik tahu. Sekali sekala jenguk. Saban tahun, kami beraya tanpa ada pakaian raya atas alasan ayah tak cukup duit sebab kena bayar duit rumah yang baru di belinya.

(Nenek yang banyak support kami dengan guna duit bantuan yang dia dapat). Begitulah seterusnya sehingga kami meningkat dewasa. Makan hati banyak sangat, yang paling kesian adik adik saya. Mereka ni sangat sangat perlukan perhatian dan mengadu itu ini.. Abanglah yang memujuk dan saya hanya banyak memendam.

Untuk pengetahuan semua, saya ada 2 adik tiri (anak ayah dan makcik). Bila kami meningkat remaja sampai sambung study, ayah tak pernah tanya duit cukup ke tak.

Pernah sekali abang masa tu dapat MRSM dan perlukan duit beli buku. Ayah mengeluh sebab tak cukup duit. Makcik mula membebel ini tak cukup, itu tak cukup ini… Patut sekolah biasa dahla and blah blah blah..

Saya pernah tanya ayah simpanan kami semasa dengan aruwah ibu dulu.. Masa tu saya ingat ingat lupa sebab masih kecil tapi aruwah ibu ada tunjuk buku akaun abang dan saya, cuma tak taw jumlah berapa di dalamnya. Ayah berdalih dan alih ke topic lain.

Sebenarnya ada banyak lagi sikap ayah yang kami terasa selain duit yang tak pernah cukup sehingga menyusahkan nenek pulak. Tapi kasih sayang dan perhatian dah hilang buat kami adik beradik terasa sangat..

Kini kami dah meningkat dewasa. Masing masing dah berumahtangga kecuali yang bongsu. Alhamdulillah masing masing ada pekerjaan tetap.

(Lupa nak mention nenek meninggal semasa abang tengah study di UKM dan paling ralat ayah tak bagi abang balik masa nenek meninggal atas alasan takde duit bagi tambang bas ke pantai timur. Masa tu abang merajuk sangat dengan ayah dan kami adik beradik masih tinggal di rumah peninggalan nenek wlupun nenek tiada).

Sehingga kini, ayah seperti tak ambil tahu tentang kehidupan kami. Saya balik kampung tinggal di rumah nenek dan hanya datang jenguk ayah yang tinggal berdekatan. Saya cuba mengeratkan hubungan dengan ayah tapi ntahla ada saja yang ayah buat untuk menyakitkan hati saya.

Adik yang bongsu memang dah lama tak hiraukan ayah selepas kes dia masuk wad (masa tu adik tinggal dengan saya di Kl)

Saya telefon ayah bagitahu adik sakit dan ada sedikit pembedahan kena buat kepada dia. Besar harapan adik agar ayah datang melawat tapi takde pun, adik tunggu ayah fon tanya kabar dia pun takde.

Sampai adik keluar wad, saya fon ayah bagitahu adik selamat kena bedah, ayah cuma respon oklah tu. Sejak daripada itu, adik langsung tak penah tanya tentang ayah. Sampai makcik call tanya kenapa adik lama tak datang rumah or fon ayah..

Masa puasa ni, kami adik beradik plan balik kampung nak berbuka dengan ayah tapi tak bagitahu ayah yang kami nak balik.

Sebab minggu pertama puasa, adik adik tiri balik. Makcik ajak buka puasa sekali (kami plan nak balik juga walaupun makcik tak ajak tapi last minit abang ada hal jadi kami semua cancel balik kampung minggu 1st tu) Disini lah paling kami adik beradik terasa..

Bila melawat ayah dan ajak berbuka puasa. Dia bagi alasan nak berbuka kat surau. Adik memang dah tak kisah tapi sebab fikir ayah.. Kami cuba, tapi hampa. Kami maklum dengan ayah balik ahad tengahari. Keesokannya sebelum balik plan nak jumpa ayah dulu tapi hampa. Ayah bagi alasan keluar ke bandar sebab makcik nak cari baju raya.

Kadang kadang terfikir ayah langsung takde rasa kesian dan rasa belas ihsan untuk kami adik beradik. Cucu dia langsung tak pernah ambil tahu. Kadang kadang cucu excited nak jumpa atuk tapi ayah hmmm. Tentang makcik tu biarlah tapi ayah tu. Kenapa ayah buat kami macamni.

Sebenarnya ada banyak perkara untuk diceritakan tentang sikap pilih kasih ayah. Tapi kami adik beradik pilih untuk pendam (banyak adik bongsu yang luah).

Belum lagi kisah masa ayah pencen. Satu duit pencen kami semua tak rasa, tapi bila melawat ayah baru baru tu nampak motor sampai 3 biji and 2 kereta. Tanya siapa punya sebab masa tu adik adik tiri masih sekolah menengah..

Makcik bagitahu tu ayah beli sempena ayah dapat duit pencen (adik menangis dalam kereta sewaktu kami balik dari rumah ayah sebab terasa waktu dia tebalkan muka minta duit nak amik lesen motor ayah tak bagi. Alasan perempuan tak payah naik motor tapi adik adik tiri perempuan ada motor cash pulak tu seorang satu).

Saya pun tak tahu dimana silap kami sampai ayah dah tak kisahkan kami. Masa ayah jatuh sakit, kami semua balik dengan segera tengok ayah di hospital.

Masa ayah susah, kami ada untuk bagi bantuan. Adik adik tiri pergi sambung belajar, saya dan abang tolong bantu sebab makcik minta tolong. Tapi bila kami perlukan ayah. Ayah takde..

Benar, kadang setiap waktu raya agak kurang bermakna. Sebab bila kami balik kampung (rumah nenek) nak beraya dengan ayah. Ayah dan makcik dan adik adik tiri akan keluar beraya dan setiap hari pulak tu sampai kami habis cuti.

Kami seperti orang luar datang rumah ayah sejam dua untuk beraya. Kami ada ayah tapi hidup kami seperti anak yatim piatu… Rindu aruwah ibu, rindu ayah.

Terima kasih baca, sekadar luahan..

Reaksi warganet

Sherri Azmi –
Kau abaikan jelah ayah kau tu. Biar dia rasa dia sakit dah tua nanti. Buat tak tau je. Ni contoh bapak menderhaka kat anak. Aku pulak naik meluat. Toksah nak nasihat sangat,

“Walau macamana pun dia tetap ayah kau”.

Aku dah bosan nasihat jenis macam tu. Elok biar je bapak kau mereput dengan mak tiri kau tu. Masuk nerraka pun elok. Huh

Annie Mohd –
Selagi korang mengejar kasih sayang yang takde tu, selagi tu lah korang rasa kekurangan dan sakit hati. Cuba buat tak tahu, lama lama korang akan rasa biasa.

Bukan korang yang nak buat tak tahu tapi itu yang ayah korang nak kan. Buat aktiviti sesama family, adik beradik dan mentua. Dalam dunia ni kasih sayang bukan dari ibubapa je tapi boleh datang dari orang lain yang Allah pertemukan untuk kita. Banyak cara untuk create bahagia tu dari mengejar orang yang tak peduli.

Ayah kau tu esok2 bila dah tua mula mengadu kenapa anak tak datang jenguk. Cakap terus terang, “Sebab ayah tak pedulikan kami dari kecik, sentiasa larikan diri dari kami, bukan salah kami”. Jangan simpan simpan. Kadang kena ajar juga orang tua ni..

Wai Bee –Jangan sedih. Biarlah ayah buat kita. Tapi dia tak akan lepas dekat akhirat. Saya dulu aruwah mak pilih kasih juga. Lebihkan anak angkat daripada anak sendiri. Tapi saya buat tak tahu walaupun makan hati.

Duit pencen aruwah abah, aruwah mak saya habiskan untuk anak angkatnya itu. Sampai buat loan 40k pun x de bagitahu saya. Bila mak saya meninggal, baru tahu cerita pasal loan tu.

Itupun dah jadi gaduh sebab sampai surat bank. Abang sulung contact saya dan minta saya bayarkan baki hutang bank. Kata abg saya anak angkat mak saya tu cerita yang duit kasi kat saya sebab suami saya bisnes muflis. Allahhu, masa tu memang berat ujian saya. Jadi mangsa fitnah.

Tpi alhamdulillah insurans cover sebab mak saya buat loan tahun 2012. Dia meninggal tahun 2014. Jadi lepas tempoh matang insurans. Kalau bawah 6 bulan memang insurans tak cover. Patutler saya tengok kalau balik kg, adik angkat saya mekap keta viva mak. Bini dia beli barang2 kemas.

Kata mak saya, menantu angkatnya itu dapat duit pusaka bapa dia. Selepas mak saya meninggal, saya tidak lagi keep in touch dengan orang2 t0ksik sebegitu. Kini saya memang hidup jaga famili kecil saya sahaja selepas saya bersara awal pada tahun ni dlm usia 42 thn. Saya bahagia dgn kehidupan sekarang

Sumber – Helmi (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *