Tuduhan khalwat, pihak JHEAT tampil berikan penjelasan. Namun pelbagai teka teki masih menjadi persoalan netizen

Pagi tadi kita dikejutkan dengan berita penangkapan Siti Rohayu atas dakwaan berkhalwat.

Menurut penjelasan Siti Rohayu, ialah adalah fitnah semata yang dicipta individu2 lain yang tidak senang akan dirinya. Turut dikatakan, insuran suaminya yang OKU sejak kemalangan menjadi persoalan individu terbabit.

Boleh tekan link dibawah untuk artikel terdahulu.

“Mereka nak singkirkan aku”. Ditangkap khalwat ketika bersama suami di rumah sendiri. Dakwa difitnah, posting Siti Rohayu undang sebak ramai

Terkini, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah tampil memberikan penjelasan mengenai serbuan khalwat yang dilakukan malam semalam.

Ikuti penjelasan JHEAT dibawah sepertimana dipetik dari Harian Metro

Pihak JHEAT tampil beri penjelasan

BAHAGIAN Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) kesal dengan penyebaran berita yang mendakwa jabatan berkenaan menganiayai seorang wanita dengan tuduhan berkhalwat.

Isu terbabit menjadi perhatian dalam kalangan warganet sejak pagi selepas wanita terbabit mendakwa ditahan atas tuduhan berkhalwat dengan seorang lelaki di rumahnya di daerah Besut, semalam.

Wanita terbabit mendakwa dituduh berkhalwat dengan lelaki yang mengaku ahli keluarga sedangkan ketika kejadian terdapat suami dan kakaknya serta empat kanak-kanak termasuk dua anaknya.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Syariah JHEAT Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya sedia maklum dengan status dibuat mangsa di Facebook pagi tadi dan mengesahkan melakukan serbuan jam 11.20 malam.

Katanya, serbuan dilakukan hasil aduan dan risikan terdapat seorang lelaki yang kerap keluar masuk di rumah berkenaan.

“Ketika serbuan, terdapat lapan orang termasuk empat kanak-kanak di dalam rumah berkenaan dan kita menahan dua wanita yang juga pasangan adik-beradik dan seorang lelaki yang didakwa adik angkat kepada dua beradik itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Adnan berkata, pihaknya sedia maklum penahanan wanita berusia 30 tahun bersama adik lelaki angkatnya berusia 28 tahun menimbulkan pelbagai reaksi memandangkan suami wanita terbabit turut berada di rumah sama selain terdapat kakaknya yang berusia 40-an.

Katanya, pihaknya melakukan serbuan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) JHEAT sendiri dan penahanan itu dilakukan dengan mengambil kira pelbagai faktor.

“Wanita dan adik angkat itu ditahan atas kesalahan khalwat manakala kakak kepada wanita terbabit pula ditahan kerana bersubahat.

“Kita tidak nafikan suaminya ada di rumah berkenaan dan mereka mendakwa lelaki terbabit anak angkat kepada keluarga mereka namun ia tetap menjadi kesalahan kerana mereka bukan mahram apatah lagi suami wanita terbabit mengalami masalah kesihatan,” katanya.

Dalam hal ini, Mohd Adnan berkata, masyarakat tidak boleh menganggap ia tidak menjadi kesalahan sekiranya di dalam rumah berkenaan terdapat ahli keluarga yang ramai.

Katanya, apabila terdapat lelaki yang bukan mahram, ia juga menimbulkan syak yang menjadi kesalahan.

“Dalam kes ini, JHEAT sudah membuat risikan sebelum mengambil tindakan dan bukannya sewenang-wenangnya mengambil tindakan sedemikian.

“Kes ini masih dalam siasatan dan kita harap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dengan kes disiasat mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu khalwat dan Seksyen 55 enakmen sama kerana penyubahatan,” katanya.

Siti Rohayu diminta berdiam seketika

“Buat masa sekarang, Arahan pihak lawyer aby dan beberapa orang lawyer mahkamah syariah, mereka nak umy diam buat seketika. Supaya mereka dapat membantu membuat kerja mereka, Ada rezeki, umy akan fight habis habisan demi keluarga dan demi maruah diri.

“Penghinaan itu… kami akan balas, Terima kasih kepada semua netizen dan juga follower umy, andai kalian masih ada pertanyaan dan ada jawapan yang belum dijawab oleh umy, bersabar lah… umy akan jawab 1hari nanti.”

“Dalam FB ni ada benda kita boleh share dan ada juga tidak boleh kongsi secara umum, sejarah silam yang lepas tidak perlu diungkit. Siapa kita dimasa lalu tidak penting, yang penting siapa kita dimasa sekarang, sekarang paling penting nak selesaikan Hal ditangkap khalwat itu dulu”.

“Biarkan mereka terus membuka Aib.. sebab mereka sedang membuka aib mereka sendiri, Anak2 umy jangan bersedih, kalian tidak akan terpisah dari umy😭”.

Reaksi warganet

Menerusi tinjauan di ruangan komen page Harian Metro, kebanyakkan warganet tetap meluahkan rasa tidak puas hati atas tuduhan yang dilemparkan kepada Siti Rohayu. Malah pelbagai persoalan masih berlegar legar di kepala mereka.

Lihat apa kata mereka.

Fina Leeya –
SOP baru kot, dulu kalo tangkap khalwat berdua atau berpasangan. Sekarang ni ada 4 kanak2, 2 wanita, sang suami., lelaki bukan mahram. 8 individu da boleh dikira tangkap khalwat.

Shima Zara –
Berhati2 nak pergi beraya lepas ni, syok2 makan ketupat rendang kang kena tngkap khalwat pulak beramai2😆

Nur Haniey –
Aku rasa ni kes someone to. Kalau betul, aku tengok live mangsa, peg jabatan agama tu cakap dia hnya ikut SOP atas aduan orang.

Then, pegawai tu tnya dia “puan ada masalah dengan family mertua ke” . Rasanya kt situ dah boleh nmpak siapa yang report dan menganiayakan menantu sndri demi DUIT .

Nim Rokiah –
Kalo macam tu dalam ofis pun tak bole la duduk bercampur, dikira khalwat jugak tu. Setahu aku khalwat ni time berduaan. Kalo betul buat risikan, kenapa serbu time ada 8 orang? Kenapa tak serbu waktu berduaan? Ke memang tak risik pun, main terjah je. Dan kenapa claim si isteri yang subahat sedangkan si isteri berada dalam bilik dengan suami, si kakak yang duduk luar dengan si lelaki bukan mahram. Pelik alasan JHEAT ye. Memang aim si isteri ni.

Atikah Rosli –
Ni pelik, menurut mngsa, beliau bersama 2 orang anaknya berada didalam bilik bersama suami yang mengalami mslh kesihatan tu. Adik angkat(L) pada waktu tu pula berada di ruang tamu bersama kakaknya dan 2 orang anak kakaknya.

Tapi kenapa yang dituduh khalwat tu mangsa yang dibilik?. Sedangkan kakak yg bersama adik angkat tu diruang tamu pula dituduh bersubahat😅

Che Puan Nora –
Kes khalwat paling pelik pernah aku baca.. ada 8 orang dalam rumah. Perempuan yang dituduh berkhalwat ada bersama suami yang kurang sihat dan anak2 nya dalam bilik..

Dan lelaki yang dituduh berada diruang tamu bersama orang lain.. arghh guek tak paham lorhhh.. So dekat ofis pun dah tak boleh duduk meja sebelah menyebelah la walau ramai. Sebab boleh dituduh khalwat.. gilo

Bintang Hati –
Bagi seorang wanita yang bersuami, ada anak2, besar nya tuduhan berkhalwat tu. Macam batu besar jatuh atas kepala. Faham tak macam mana maruah seorang isteri di mata masyarakat?

Bila anak anak dah besar, orang pulak bagitahu kisah ibu nya pernah ditangkap khalwat. Faham tak perasaan si anak?

Disebabkan masalah keluarga, hal macam ni boleh jadi besar. Apa pun siasatan mesti dilakukan dengan adil dan tulus.

Nmr Roy Harun –
Tak pe la Tuan buat ikut SOP. Jika wanita tu tak bersalah dia akan terlepas hukuman tapi klu dia dianiaya sekali2 dengan tuan pun terpalit dosanya. Tapi klu dia betul2 bersalah maka hukumlah dia.

Kita tak tahu kisah sebenar. Wanita tu pun berusaha untuk membersihkan namanya. Kerana Wang insurans semua jadi busuk hati lupa daratan. Muga penganiaya mendapat balasan setimpal Dari Allah. Jika kamu ikuti fb wanita tu Dari awal kamu tahu siapa dia.

Hidup ini ada kifarahnya. Buat baik balasanya baik buat jahat balasanya juga jahat. Kesian kat suami dia OKU jadi mngsa keadaan. Silap dia adalah membiarkan orang yang tak da pertalian drah dalam rumah. Maka orang mudah ambik kesempatan nak kenakan dia.

Sumber : Harian Metro, Siti Rohayu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *