“Aku di yatimpiatukan semasa parents masih hidup. Sesen harta pun aku xnak berikan jika mati kelak”

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum WBT Admin dan rakan netizen sekalian.

Nama aku Firaz. Aku terpanggil untuk mengarang disini kerana terbaca kisah viral sekarang ini mengenai pecah belah keluarga kerana harta si abang yang telah meninggal dunia.

Sebenarnya ada hikmah mengenai isu ini, dan kita perlu berwaspada dan membuat wasiat dari awal walaupun baru berkahwin. Dan ini menyebabkan aku juga menjadi risau sekiranya aku meninggal awal dan meninggalkan seorang balu dan anak yang masih kecil.

Aku ingin bercerita sedikit mengenai latar belakang keluarga aku. Aku ini bukan anak emas keluarga, maksudnya anak dibuang keluarga. Aku tidak mahu cerita lebih demi mengawal trauma dan depresi aku sekiranya aku luah lebih-lebih.

Cuma aku highlightkan disini, aku di yatimpiatukan semasa parents aku masih hidup. Ini kerana aku tidak pandai dari kecil, masa depan pun kelam sampailah aku berhenti sekolah selepas PMR. Aku masuk Giatmara kerana aku minat memasak.

Semua aku lalui dengan sendiri. Family memang ketawakan aku sebab low class. Yelah jadi tukang masak. Lepas Giatmara, aku ditawarkan biasiswa untuk teruskan pengajian aku. Aku terus bekerja sebagai assistant chef di Star Cruise.

Dipendekkan cerita, segala penat lelah aku berhasil. Aku dilantik sebagai ketua chef sekarang. Aku memang minat memasak. 10 tahun aku kesana sini mencari pengalaman. Menjadi chef di atas kapal memang selalulah aku keluar negara.

Mula-mula memang family aku tidak tahu, tetapi apabila adik aku melihat slip gaji aku secara tidak sengaja, tanggapan mereka terus berubah.

Aku tahu mereka melayan aku dengan baik hanya kerana duit. Tetapi aku malas nak gaduh, aku tetap melayan mereka normal as a family. 7 bulan lepas alhamdulillah aku selamat bernikah dengan gadis pilihan aku sejak sekolah dulu.

Oh ya, lupa nak bagitahu, Nadia ini lah yang menjadi pemangkin semangat dan setia dengan aku sejak aku susah. aku ni dari budak PMR je sampailah jadi chef macamni, hanya dia yang ada dengan aku.

Dulu pernah terkantoi aku lupa diri, curang dengan dia, bercinta dengan pramugari. Biasalah bila lelaki baru nak up, duit banyak, lupa diri.

Tapi alhamdulillah aku tidak jauh tersasar dan kembali kepada Nadia walaupun payah dia untuk menerima aku kembali.

Okey, habis kisah cinta aku dengan Nadia, yang aku ingin tekankan sekarang, aku ada rumah, aku beli sebelum bernikah dengan Nadia. Alhamdulillah Nadia pregnant 5 bulan sekarang, aku ada simpanan bersama di akaun bank, dua buah kereta dan sebidang tanah aku beli di kampung.

Yang membuatkan aku risau, sekiranya aku meninggal esok, family aku pasti akan rebut harta. Aku tidak mahu Nadia dipinggirkan kerana dia pun tidak bekerja sedari bernikah dengan aku.

Bolehkah aku membuat wasiat yang rumah ini akan jadi milik Nadia walaupun aku beli sebelum berkahwin lagi?

Aku juga risau kerana bakal anak kami mungkin adalah perempuan. Dan ini menyebabkan harta aku mesti akan jatuh kepada adik beradik aku juga.

To be frank, aku tidak mahu berikan kepada mereka sesen pun disebabkan trauma yang mereka lakukan kepada aku sejak kecil. Aku hanya ingin berikan duit KWSP kepada ibu kerana berterima kasih beliau melahirkan aku walaupun aku dilayan seperti sampah dahulu.

Aku ada insurance hayat, dan aku mahu berikan kepada anak dan isteri, salahkah aku wasiatkan siap-siap atau aku berd0sa kerana tidak ikut hukum faraid.

Sekiranya rezeki aku ada anak lelaki kelak, mungkin aku tidak perlu risau sangat. Aku plan nak lantik siap-siap lawyer untuk menjaga hak isteri aku apabila aku sudah tiada.

Aku harap ada pembaca yang dapat memberi sedikit idea kepada aku. Aku cuma tidak mahu diseksa di kubur kerana perebutan harta yang takkan boleh settle dalam jangka masa pendek.

Isteri aku pernah berkata apabila terbaca kes viral tersebut, dia takkan rebutkan apa-apa kerana tidak mahu bergaduh. Tetapi aku pasti risau tentang masa depannya apatahalagi kami ada anak.

Kes viral tersebut sampaikan dompet si aruwah pun dirampas oleh keluarga, aku tidak mahu anak isteri aku mati kebuluran jika tidak diberi keadilan. Aku tahu family aku ini perangai tamak macamana.

Harap korang dapat membantu aku mencari idea.

Reaksi warganet

Tinjauan kami di ruangan komen, beberapa komen dari individu mendapat respon hangat dari warganet. Lihat apa kata mereka.

Yaya Samri –Better hibahkan kepada isteri dan pastikan ada hitam putih berserta saksi untuk mengelakkan sebarang pertikaian pda masa hadapan.

Tolong jangan confuse ye semua wasiat tak boleh dibuat kepada waris sebab waris akan dapat bahagian masing masing mengikut hukum faraid. Wasiat hanya untuk orang yang bukan waris kepada si mati saja.

Izzul Aiman –This is a real life. Memang ada keluarga begini, ahli keluarga “terpaksa beli kasih sayang dengan wang ringgit”, dari ibu bapa dan adik beradik sendiri, demi menjaga silaturahim…

Akhirnya hati menjadi jauh dari keluarga sendiri, apabila mereka masih tidak berubah..

Tuan, lakukanlah hibah untuk orang yang menghargai tuan. Islam tidak melarang untuk lakukan hibah. Jangan tangguh untuk lakukan hibah. Sebab mati sentiasa mengekori kita..

Qudwah Hasanah –Sila buat hibah.. Masa kes yang viral aku ada terbaca, hibah pun boleh orang nak fight dapatkan harta kalau cara buat tak ikut process yang sepatutnya, tapi kene tahu process hibah yang macam mana family tak boleh nak fight. So kene hire lowyer yang boleh dipercayailah untuk melakuan process2 ini..

Pergh, disebabkan kes yang berlaku ni menyebabkan aku pun nak pergi mana mana kelas pengurusan harta2 ni.

Junaidah Solehuddin –Seeloknya lantik lawyer. Yang mana nak dihibahkan, yang mana nak difaraidkan. Andai kata anak perempuan yang lahir dulu.,awak mati dulu serta merta adik beradik lelaki awak boleh halang apa yang nak diwasiatkan.

Moga awak panjang umur. Jaga kesihatan dan awak dapat anak lelaki in future. Amin…

Sumber – Firaz (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Apa pula kata anda? Jangan lupa kongsikan pengalaman dan pendapat anda di ruangan komen ye. Moga bermanfaat.