Kereta tiba2 hilang, Mawar nekad lari. Ibu mertua terdiam bila tahu siapa diri Mawar sebenarnye

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Am, seorang suami dan bapa kepada 3 orang anak. Kisah yang aku nak cerita ni bukan kisah aku, tapi kisah ibu dan menantu ke 2, iaitu kakak ipar aku.

Kami dari keluarga biasa2, 5 beradik. Kakak yang sulung dah lama kawin dan tinggal berdekatan.

Abang aku, Ali kira kira sudah 4 tahun kawin tapi masih belum mendapat cahaya mata.

Abang yang ketiga dan aku masing masing sudah mendapat cahaya mata. Adikku yang bongsu, perempuan belum kawin.

Ali merupakan seorang yang biasa biasa sahaja, semua ahli keluarga aku bukanlah berpelajaran tinggi. Dia cuma menjual ikan keliling kampung.

Selepas kawin, Ali membuat extension rumah ibu, dan tinggal bersebelahan. Bumbung yang sama, cuma pintu masuk lain lain. Kiranya adalah privasi untuk dia dan isterinya, Mawar.

Rezeki Ali, selepas kawin rezeki semakin murah. Isterinya bekerja di sebuah kilang, manakala Ali mula berjinak jinak menjual nasi bungkus tengahari. Dari van buruk kepada Axia, kemudian beli MPV, dan sekarang sudah ada sebuah pacuan 4 roda untuk kegunaan bisnes dia.

Kadang kadang isteri aku sendiri pun cemburu, dan membandingkn rezeki kami. Aku cumalah mekanik kampung dengan pendapatan tak seberapa. Aku cuma pekakkan telinga bila isteri aku meminta aku usaha lebih, kerana bagi aku, tak pernah tak cukup keperluan kami. Sentiasa berasap je dapur kami.

Ibuku sangat bangga dengan Ali, dan selalu memuji dia. Cuma satu yang ibu selalu mengomel, Mawar tidak pandai ambil hati ibu. Mawar tidak suka bersembang dengan ibu, dan jarang sekali masuk rumah ibu untuk membantu.

Aku memang lihat Mawar kurang bergaul, mungkin kerana dia berasal negeri yang berbeza adat dan budaya dengan kami. Tapi Mawar sentiasa rajin menghantar ibu ke sana sini hujung minggu jika berkelapangan. Dia rajin melayan anak anak saudara dan tidak berkira pun jika berkenaan dengan duit.

Suatu hari, ibu meminta Ali serahkan kereta Axia kepada adik bongsu kerana adik mendapat kerja di bandar. Ali setuju, dan isterinya mula menggunakan MPV untuk ulang alik bekerja, walaupun asalnya MPV itu untuk kegunaan keluarga jika mahu pergi ke mana mana.

Baru-baru ini, suatu pagi, kecoh di rumah kami, adik mengatakan keretanya sudah hilang. Kunci ada, namun kereta tiada. Dia sudah kelam kabut kerana lewat untuk kerja.

Kebetulan ketika itu Mawar tiada di rumah kerana kursus beberapa hari. Sedang kami berkira kira untuk membuat laporan polis, Ali masuk ke rumah ibu dan marah marah. Aku yang ketika itu baru hendak turun kerja, masuk balik ke dalam rumah.

Rupa rupanya, ada cerita di sebalik kehilangan kereta itu. Beberapa hari sebelum itu, Mawar masuk rumah ibu dan terdengar perbualan ibu, menantu ke 3 dan adik.

Mawar cuma tahu habiskan duit suami, Mawar mandul, Mawar tak pernah bagi jasa apa apa kepada keluarga, itu kata mereka. Mawar berkecil hati dan menipu Ali katanya ke kursus. Pada malam hari dia balik rumah bersama kawan dan ambil kereta adik.

Terbukalah cerita sebenar, semua modal perniagaan Ali adalah dari isterinya, kereta kereta semua milik isterinya, dan isterinya jugalah yang upah orang masak makanan, tugas Ali cuma berniaga makanan. Mawar berpangkat besar di kilang tempat kerjanya, bukanlah minah kilang seperti sangkaan kami.

Ibu ketika itu kaku, terdiam tidak berkata apa apa. Adik pula menyalahkan Ali, kerana berlagak semua hartanya, sehinggakan Mawar dituduh macam macam. Ali cuma membalas,

“Pandai pandailah kau beli kereta sendiri, sebab tak tahu bersyukur”.

Aku cuma menjeling isteriku, yang ternyata terkejut juga. Sebelum keluar kerja aku sempat bisikkan pada isteriku,

“Nah nampaknya semua harta Ali dari isteri, kenapa isteri abang tak boleh bagi macam tu juga”. Aku cuma tergelak ketika menghabiskn ayat itu.

Kata Ali, semasa merajuk, Mawar tinggal di rumah baru, yang dibelinya. Masih dirahsiakan lokasi dari Ali. Mawar akan pulang lewat petang untuk mengelak dari bertembung dengan kami sekeluarga sehingga ke hari ni.

Hujung minggu juga dia tidak lagi membawa ibu ke mana mana. Keret Axia pula sudah diberikan kepada stafnya untuk sambung bayar. Meskipun dipujuk Ali, Mawar tetap tidak mahu berikan kereta itu semula kepada adik. Semua yang mengutuk dirinya, sehingga ke hari ni tidak ditegurnya.

Ibu juga mengatakan wang bulanannya makin berkurang, nampak sudah Mawar juga menyumbang sebelum ini meskipun tidak pernah memberitahu ibu. Adik pula sudah tidak bekerja di bandar, kerana jarak terlalu jauh. Hanya bekerja di kampung, kedai runcit dengan menaiki motor.

Aku berharap, mereka boleh berbaik semula. Puasa dah dekat, lepas tu raya. Aku pun tak suka melihat ibuku bersedih lagi. Cuma aku juga tahu, sedih hati ibu, sedih lagi hati Mawar, menantu yang tersakiti.

Reaksi warganet –

Snahwah Aafifi –Jadi aku senang, suami aku nak bagi duit dekat mak ayah dia, aku yang ambil bagi 😂

Pastu aku cakap aku yang bagi walaupun aku tak keje pun 😂. Pastu aku menjadi menantu yang disayangi sebab anak dia sendiri pun tak bagi duit HAHAHAHAHAHAHA 😂😂😂 #selfmarket

Nur Sabrina –Bangga sangat dengan Mawar. Ini yang kita mahukan, orang yang ambil tindakan bila dipijak. Bukannya bila dipijak, lembik leher lepastu menangis sambil tulis confession. Moga moga lebih ramai lepas ni jadi segagah Mawar.

Julie Anme –Nampak sangat famili Ali ni orang susah yang tak sedar diuntung. Kaduk bila tak ada junjung memang bersepai ke tanah lar.

Sekian lama baca kisah isteri dizalimi menyerah pasrah, kali ni Mawar macam mengangkat darjat semua wanita teraniaya yang pernah meluahkan rasanya di sini.

Semoga semua mereka mencontohi Mawar. Fight for your life. Jangan anggap esok sudah mti.

Wan Lily –Padan la dengan muka korang sekeluarga. Orang dah menolong bawak berjalan hujung minggu pon bersyukur la.

Daripada die buat keras tido jek dalam bilik bile cuti tak keje. Itu pon dah check ke sape yang mandul tu. Buatnye Ali tu yang bermasalah benih tak subur, family Mawar nak kena cakap Ali laki tak gune sebab mandul ke camne. Sorry. Sis emo. 😫

Atika Ariana –Bersyukur dan hargai lah. Once orang da tawar hati jangan harap yang tinggi tinggi dah.

Sedarlah diri memasing. Keluarga macam jenis ni memang wujud ya. Yang tak paham takyah sibuk ikut campur, memandai.

Satu lagi please respect cara orang. Orang tu tak dilahirkan untuk ikut cara kamu. Tolong tolong sangat hormat orang. Tak kiralah siapa pun. Dan jangan paksa orang ikut cara kita.

Macam Mawar di kata tidak pandai bergaul. Mungkin memang itu cara dia. Terimalah kekurangan memasing. Setiap orang punye cara yang berbeza. Lain negeri lain pulak adat caranya. Jangan pakse orang ikut cara kita. Itulah nama nya saling hormat menghormati.

– Am (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Walau apa pun semoga hubungan kekeluargaan mereka kembali pulih seperti sediakala. Kita doakan yang baik baik sahaja.