Keluarga Cina tiap hari tumpang mandi sblm ke sekolah. Tak sangka ini tindakan cikgu Melayu yg buat ramai kagum

Rata rata dikalangan kita pasti mengenali dengan Cikgu Mohd Fadli Salleh yang acapkali berkongsi kisah penuh pengajaran berkisarkan kehidupan murid murid di sekolah mahupun di rumah mereka.

Tanpa mengenal erti penat dan lelah, bukan sahaja golongan Melayu yang dibantu tapi tidak dilupakan juga buat kaum lain yang kurang bernasib baik.

Sepertimana tular di laman sosial sejak semalam, kisah bantuan yang dihulurkan kepada keluarga Cina ini buat ramai kagum.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian nya telah pun mendapat sehingga 29k tanda suka dan 5k shares di laman FB. Ikuti perkongsiannya dibawah.

“Cikgu. Saya Kak Yati dari PPR xxxx. Ada satu keluarga Cina di sini setiap hari datang tumpang mandi rumah saya sebelum ke sekolah. Boleh ke cikgu bantu keluarga ni?”

“Bak alamat. Kalau kebetulan saya free saya pergi,” balas aku.

Kebetulan akhir tahun lepas sempat aku ke sana. Melihat sendiri satu keluarga dari bangsa berbeza dengan aku, dari agama yang tidak pun sama.

Rumah mereka bagai tongkang pecah. Eh tak. Tongkang pecah lagi elok. Si ayah tak boleh kerja berat, ada beberapa penyakit yang agak kr0nik. Hanya isterinya yang kerja sebagai cleaner di sebuah hotel di Ampang.

Anak-anak mereka masih bersekolah. Comel-comel semuanya. Datang bersalam dengan aku dan kami borak macam ayam dan itik. Haha.

Air rumah dipotong akibat tak mampu nak bayar sewa rumah. Tertunggak hingga beribu bahkan notis keluar rumah pun dah sampai.

Walau mereka miskin, pendidikan anak-anak mereka tak abaikan. Waktu aku sampai, 2 anak mereka tiada di rumah. Pergi kelas tambahan percuma yang dianjurkan oleh persatuan penduduk.

Setelah duduk dan berborak, aku putuskan aku perlu bantu keluarga ini. Keluar dari sampah sarap, bantu agar sekurangnya mereka mendapat bekalan air bersih.

Kak Yati menjadi orang tengah. Tukang runding dengan pengurusan PPR, tukang memberi laporan. Akhirnya kami berjaya deal untuk air disambung semula dengan syarat bayaran sewa rumah perlu berganda.

Air dah settle, tiba masa nak buang semua sampah sarap yang ayah dia sayangi. Semua sampah itu ayah dia kutip, katanya nak recycle. Katanya boleh buat duit.

Tapi itulah, rumah mereka pun tingkat 11. Apa ke gila nak bawa naik turun sampah setiap hari. Dah tu asyik kumpul bertahun tak pernah jual.

Aku terus minta bantuan team gerilla Dana Kita dengan Sir Muhammad Irwan. Dia ramai budak-budak yang boleh disuruh bila-bila masa.

Maka team Gerilla Dana Kita turun padang dua minggu bergotong royong bersihkan rumah uncle ini. 3 lori sampah diperlukan untuk bersihkan tau. Fuh, mujur ada team Gerilla ni.

Dan hari ini, rumah mereka telah ada bekalan air bersih. Bebas dari sampah sarap. Dinding kami cat semula. Tingkap dipasang langsir. Lantai diletak tikar. Bantal dan tilam baru juga diberi.

Sempena Perayaan Tahun Baru Cina kali ini, keluarga mereka dapat menyambutnya dengan kemeriahan yang sangat berbeza. Yang sudah bertahun-tahun mereka tidak kecapi. Yang bertahun-tahun tiada siapa peduli.

Tidak kisah apa agama mereka. Apa pula bangsa mereka. Namun mereka tengah susah, mereka tengah tersepit, mereka tengah memerlukan pertolongan dan bantuan.

Dan selagi mampu, aku dan Dana Kita akan cuba membantu sesiapa sahaja tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

Happy Chinese New Year uncle!

Beginilah kawan-kawan. Ni bukan famili Chinese pertama aku dan team bantu. Dah beberapa keluarga Chinese, Indian dan lain-lain kaum kita bantu.

Saat parti politik sibuk bertengkar bermain sentimen perkauman, saat ada orang Cina menolak Jawi, saat orang Melayu marah tanglung dinaikkan, saat perayaan Pongal menjadi kontroversi, kami tidak peduli.

Kami mara dan bantu bukan sebab parti politik. Bukan sebab warna kulit. Bukan sebab bangsa. Bukan sebab agama. Sebab mereka manusia.

Drah yang mengalir di dalam badan mereka sama merah macam kita.

We are human and we should have humanity. And we all Malaysian brothers!

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

Yang ingin mengirim sumbangan melalui Dana Kita, ini maklumat akaun ya :

Nombor akaun : 564221646925
Bank : Maybank.
Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

#DanaKITA
#MFS

Reaksi warganet

Andrew Seah –Tak sangka ada insan Melayu menolong keluarga Cina bila percaturan politik yang begitu rasis sedang melanda kita.

Terima kasih tuan2 dan puan2. Semoga Tuhan memberkati kamu semua.

Saya amat terharu. Sebenarnya dah nak give up Facebook pasal kawan Melayu saya dok bincang politik dan pasal Jawi. Posting ini adalah yang paling positif saya baca. Terima kasih semua. Perjuangan kamu semua sangat mulia.

Rajinder Singh –Tahniah kepada Team Dana Kita.

Usaha begini, Akan menyerlahkan lagi keindahan Agama Islam. Teladan Dan Contoh yang diberikan harus dipuji Dan dicontohi.

Kalau cerita begini diupkan di media media utama, Aman Harmoni Sentosa Negara kita ini.

Tahniah Dana Kita.

Guiksee Beh –Terima kasih cikgu. Cikgu disanjung tinggi. Pada saat ini, ketika ini, ramai yang pandai mempersoalkan isu perkauman.

Tetapi cikgu unik, lain daripada lain, alangkah baiknya semua insan yang digelar manusia baik hati macam cikgu. Saya berharap negara kita sentiasa aman damai. Kita boleh hidup saling membantu.

Karim Baba –Betul, ini identiti malaysia yang kita perlukan. Kita hidup bersama dah berpuluh tahun. Kalau masih hari2 nak gaduh isu kaum dan agama. Tak ke mana kita nanti.

Sepatutnya, dah hidup bersama berpuluh tahun kita semakin memahami, menghormati dan saling membantu.

Shaz Al Jamalullai –Dulu aku tiap tiap tahun dapat kuih bulan dari kontraktor paling kurang pun dua kotak yang jenis mahal (dalam kotak kayu ada 6 jenis perisa). Jenis ni memang mahal, tak silap dalam rm40-50 jugak la.

Aku duk flat time tu, Jiran duk bawah ada keluarga cina ynag level biasa biasa je (maklum ler duk flat). Aku tak pernah reject bila kontraktor tu bagi sebab aku memang plan nk bagi terus kat jiran aku tu.

Memang seronok ya amat la bila tengok dari air muka Ah So tu. Lagipun aku tak makan sangat, walaupun ianya halal. Tiap tahun macam tu selama 5 tahun. Kadang kadang limau CNY tu aku bagi sebab biasa dapat 2-3 kotak.

Mohd Feroz Zaini –Cikgu, antara perkara yang sering saya fikir dan sekarang saya pun melakukan yang sama ialah konsep – minimalis.

Biar rumah kecil, tapi bersih, kemas dan teratur. Barang yang tidak diperlukan akan dibuang.

Sukarelawan akan membersihkan rumah dengan izin dan kerjasama dari tuan rumah.

Nur Zulaikha Abdullah –Terima kasih cikgu dan team gerilla. Semoga lebih ramai yang cakna seperti cikgu. Sebak baca catatan cikgu ni.

Semoga keluarga ini juga dimurahkan rezeki. Paling utamanya disini, kemiskinan tidak menghalang mereka untuk memberikan ilmu kepada anak-anak mereka. Semoga menjadi inspirasi buat semua. Good job.

Sumber : Mohd Fadli Salleh

Tahniah buat Cikgu Mohd Fadli dan team Dana Kita yang datang membantu. Semoga diberikan kesihatan, dimurahkan rezeki dan terus berbakti buat semua.

Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Kongsikan, moga bermanfaat.