“Aku nak anak”. Peri0d keluar ketul2, tak menentu. 0vari dan rahim terpaksa dibuang akhirnya

Kehadiran cahaya mata merupakan momen yang dinanti nantikan oleh setiap pasangan suami isteri yang sudah berumahtangga. Ada yang mengatakan, cahaya mata merupakan pelengkap kepada hubungan yang telah sah dibina.

Namun, tidak semua pasangan yang bernasib baik. Sepetimana yang dikongsikan oleh wanita ini, setelah 7 tahun menanti, masih belum dikurnikan dengan zuriat.

Lebih memilukan, rahim dan 0varinya terpaksa dibuang. Ikuti perkongsiannya dibawah.

Seronok tengok wall penuh dengan anak2 yang dah bersekolah belaka. Kalau ikutkan usia perkahwinan aku pun. Mungkin patut anak aku dah darjah 1 tahun ni.

Aku nak anak..

Tapi Allah tak mau bagi, dan takkan bagi sampai bila2. Aku malu dan tak nak share benda ni sebab kesian kat Abg Cenge. Tapi sebab dia izinkan, dan dia sendiri minta,

“Kongsilah, mana tahu ada perempuan kat luar sana pun macam awak”

Jadi ok. Aku dah sedia! Panjang ni nak tulis.

Bulan september 2019

Peri0d aku celaru haru biru. Keluar tompok2 warna coklat tak menentu. Sepanjang sebulan sama saja. Aku masih buat tak tahu dan rasa ini benda biasa ni. (Mungkin pregnant) berharap! (Sebab baca di google) dah cek dengan upt pun Negatif. Haha

Bulan oktober 2019

Peri0d yang sebelum ni coklat2 dah jadi makin teruk. Turun drah ketul besar2 dan macam hati ayam. Tebal dan besar. Memang pad tu tukar tanpa henti sampai naik letih. Tidur malam pun tak boleh sebab dia akan turun berlambak2 bila2 masa saja.

Masa ni family semua ingat aku keguguran. Sebab drah turun tu mereka kata macam “tumpah drah” orang keguguran selalu kena. Berharap benarlah preggy bulan 9 tu.

Tapi kali ini tak tahan, aku ke klinik berdekatan dan di bagi pil henti drah dan pil h0rmon. Masa scan kat klinik tu pun doktor kata takda apa2 pun. Semua normal. Bengkak takda dan apa pun ok saja. Preggy pun bukan.

Dan pulanglah dengan hampa (sebab selama ni sangka preggy kan) Ubat tu lepas makan sehari dua memang stop peri0d aku. Ajaib oh! Tapi Legalah juga. Doktor pesan jangan sekali pun miss makan ubat ni. Aku pun ok2.

Bulan november 2019

Aku masih makan ubat dengan sangat berdisiplin. Sampailah tarikh pergi travel Perth. Aku terlupa bawa ubat dalam beg galas, satu hari tertinggal makan ubat terus peri0d aku membuak2 datang masa di perth.

Allahuuu, masa tu berderau juga sebab takda persediaan dan sekali pakej sakit pinggang lenguh kaki dan cramp senggugut. Maka ubat tahan sakit sajalah buat penahan. Sambil makan balik ubat h0rmon. Flow jadi kurang sikit saja.

Tapi masih tak stop macam sebelum ni. Jadi aku travel sambil tak berapa gembira. Banyak kena berehat2 dan tak boleh lincah2 sangat.

Balik saja dari perth, aku terus ke klinik tu semula minta refer letter aku nak jumpa pakar di KPJ klang. Kenapa KPJ? Sebab situ dah ada semua rekod2 kesihatan aku selama ini.

Lepas doktor pakar scan dia kata,

“Kita kena buat D&C (cuci rahim) takda cyst takda fibr0id tapi dinding rahim u tebal. Nak tunggu dinding ni habis runtuh kita takut u kena anemia pula. Sebab tiada tanda2 nak berhenti pun ni. Kita cuci semua dan segalanya akan kembali normal”.

Abg cenge kata buatlah, janji sihat. Lepas dah d&c aku tetap peri0d ketul ketuk cuma tak lah sebanyak sebelum ni. Pelik tapi cuba sedapkan hati. Lambat sikit kot dia stop.

12/12/19 (10 hari lepas D&C)

Kena datang KPJ Untuk tengok report d&c haritu. Masa nilah doktor selamba je bagitau,

“Suhaini, awak ada knser rahim stage 1”

Aku dan Abg Cenge masa tu tak tau nak reaksi macam mana sebab tak tahu nak kata apa dan buat apa. Pegang ja kertas report tu baca banyak2 kali macam tak percaya pun ada.

Dalam hati fikir, takpa ni baru stage 1. Boleh baik macam biasa ni. Tak serius pun ni.

Tapi aku lupa masa tu. ini knser! Kanser woi! Bukan ketumbuhan biasa2. Ini masalah sel.

Rawatan? Doktor bagi pilihan buang rahim segera atau tak perlu buang. Dia minta kami balik dan fikirkan masak2.

Jika buang, knser tu masih belum merebak jauh.

Jika tak buang, bersedialah untuk risik0 lain2 akan datang.

Dalam kereta barulah aku teresak2 menangis. Tak kental manalah kan bila bab2 ini kami di uji. Teriak yang memang sungguh2. Sampai rumah kami berlagak macam takda apa2. Siapa tanya pun kami kata, takda apa semua ok. Result semua ok.

Kami kelu tak tau nak sampaikan kat keluarga macam mana. Bagi masa kat diri masing2 juga untuk terima kenyataan.

Selang beberapa hari baru kami umumkan hal ni pada keluarga. Itu pun lepas Abg Cenge tengok aku dah lebih positif dan lebih redha. Dah tentu ahli keluarga pun menangis2 tapi masa ni aku buat rilek ja.

Sikit pun tak teriak dah cuma berkaca2 yang masih boleh kawal. Sambil ketawa2,

“Lahhhh, nangis pasaipa ni. Rilek2, buang rahim saja pun. Belum nak mati lagi ni…” makin teresak2 pula diorang 😅

Kami bertimbang tara itu ini sebelum mencapai keputusan yang dipilih. Bukan tak pergi untuk 2, 3, 4 opinions lain. Pergi, jawapan tetap sama malah tiada pilihan lain diberi pun ada.

Tidur malam tak lena, tidur siang tak boleh juga. Apa kami buat ni, apa betul ke jalan ini. Kenapa tak try yang tak payah buang. Jom try alternatif dulu. Macam macam dalam kepala otak bersimpang siur. Semua kami serah pada Allah. Solat dan doa.

Serba salah pada Abg Cenge macam pikul gunung besar atas kepala dan bahu. Aku dah bagitahu Abg Cenge,

“Jika kita ambil jalan ini, awak jangan ungkit2 pula satu hari nanti”.

Abg Cenge kata..

“Takkan, inshaallah. Kita ni dah berdua almost 7 tahun lebih tanpa anak pun. Kita ok kan, happy kan. So apa bezanya kalau tetap tak da untuk tahun tahun seterusnya. We have each other. Itu pun dah cukup untuk saya.. “

Itu kata Abg Cenge nak pujuk hati ke apa tahla.. 😅 Tapi sebak juga. Haish!

26 Disember 2019

Aku 0perate buang rahim dan 0vari. Now
Im officially perempuan yang tidak boleh mengandung. Kesian Abg Cenge. Macam2 rasa ada bila tengok muka dia, muka mak, muka acik bulat, muka ahli keluarga semualah.

Betapa mereka tahu kami ni 7 tahun menanti dengan sabar kot2 ada sekali peluang untuk ada baby sendiri. Tapi itulah, Allah tu sebaik baik perancang kan. Kami redha sehabis redha.

Beberapa hari lepas 0perate ni emosi aku pun dah makin stabil. Walaupun kadang tewas juga. Haha

“Minta maaf mak, Haini tak dapat nak tambahkan lagi koleksi cucu2 mak”

“Minta maaf mak. Su tak dapat nak bagi sorang pun cucu dan anak pada anak mak”

Ini benda yang aku sampai sekarang tak boleh luahkan secara depan2 kepada mereka berdua (mak dan mak mentua aku). Speechless!

Jadi untuk semua perempuan kat luar sana. Kalau rasa peri0d tu ada yang tak kena dan luar biasa dari kebiasaan. Jangan biar, jangan sedapkan hati, “Takpa2”. Pergilah cek. Taknak swasta pergi saja kerajaan.

Dan paling penting ambillah insurans ikut kemampuan poket. Mana tahu saat saat perlu, ada juga perlindungan dari segi kewangan yang tiba tiba nak pakai untuk kos 0peration atau rawatan yang macam2.

Jangan takut pergi cek kalau rasa ada simpt0m pelik2. Ada orang pernah pesan kenapa nak takut cek, sedangkan lebih takut kalau tiba2 tahu dah kr0nik dan tak boleh buat apa2. Jadi jangan simpan, dapatkan khidmat nasihat orang yang lebih arif.

Jangan percaya google, jangan sedap sedapkan hati sendiri. Sakit orang berbeza2. Simpt0m aku mungkin begini, simpt0m fighter cncer yang lain mungkin lain pula. Apa2 pun pergilah cek sebelum terlambat☺️

Aku sedang berpantang atas arahan doktor. Tak boleh makan,

1) Haruan atau gamat.

2) Makanan berasaskan soya.

3) BBQ.

4) Daging merah.

5) Makanan atau minuman manis.

6) Processed food (macam fast food).

Ohhh tapi aku belum kurus. Jadi jangan risau ya. Masih gemuk ni 😅😅

Lepas ni siapa tanya aku,

“Bila nak ada anak?” Aku suruh Abg Cenge tumbuk muka kau! Haha

Doakan kami kuat selalu ya! ☺️

Dah boleh bagi oranglah kot semua koleksi UPT belum pakai yang kami simpan dalam laci ni (setiap bulan selama 7 tahun lebih tak pernah miss test.. test.. dan test) 🤦🏾‍♀️

Terima kasih sangat sangat pada keluarga yang tak putus2 datang bagi semangat dan makanan! 😅

Sumber : Suhaini Mohd Yusof

Kami doakan semoga Puan Suhaini dan Abang Cenge tabah dalam menghadapi ujian dariNya. Semoga dengan ujian ini lebih mengukuh dan mengeratkan lagi hubungan mereka.

Buat diluar sana, wanita khususnya. Jika rasa terdapat kelainan pada tubuh diri anda, segerela berjumpa doktor untuk dapatkan nasihat dan pandangan yang jelas.

Semoga perkongsian Puan Suhaini memberi manfaat buat kita semua.