“Setelah kehilangan, baru aku sedar yang aku tak cukup memberi pada isteri aku”. Luahan suami ini undang sebak ramai

Kehilangan insan tercinta pasti merupakan momen yang pasti sukar untuk kita hadapi. Jika buat suami, kehilangan isteri disaat anak anak yang masih kecil pasti merupakan dugaan yang sungguh kuat untuk dihadapai.

Terbaru, perkongsian dari Khairul Abdullah mengenai aruwah isterinya yang telah ‘pergi’ pada tahun 2018, membuatkan ramai tersentuh.

Ikuti perkongsian nya dibawah.

Setelah kehilangan, baru aku sedar yang aku tak cukup memberi pada isteri aku.

Biasalahkan, lepas dah tak ada baru kita sedar apa yang kita hilang kan? It’s too late.

Beberapa bulan terakhir, kami ada plan, ambil cuti, hantar anak-anak ke tadika dan kami nak pergi dating, nak tengok wayang, nak makan dengan tenang, dia nak pergi spa serta itu ini.

Kami sempat keluar sekali je, tu pun beberapa jam sahaja, tak sempat tengok wayang pun. Tapi sebab dapat jalan berdua dan pegang tangan tak lepas, seronok kemain.

Lepas tu bila balik ke normal rutin, pegang tangan jadi kurang, nak bersembang pun kurang, gurau senda pun kurang, semuanya kurang. Sibuk dengan kerja dan anak-anak punya pasal.

Tiba-tiba dia diambil Tuhan. Terus aku rindu segalanya, terus aku ingat segala benda yang kecil dan remeh temeh. Ya Allah, kalaulah masa tu boleh undur macam-macam aku nak betulkan balik.

1. Nak selalu pegang tangan dia. Walaupun nampak kecil, tapi dia sangat suka. Aku rasa semua perempuan suka kot bila laki dia pegang tangan sambil berjalan. Sungguh, aku teringin sangat nak buat tu.

2. Nak selalu ucap sayang dan rindu. Kadang bila dah kahwin lama, kita tak ambil endah benda gitu. Alah dah sama-sama faham yang i love you dan you love me. Tapi sebenarnya ungkapan tersebut jika keluar dari mulut sangat lebih memberi makna.

Kalau dia masih hidup aku nak ucap setiap kali bertentang mata. Sungguh.

3. Nak ringankan tugas dia sebagai ibu. Aku sanggup buat semua kerja rumah agar dia tak penat dan dapat tumpu uruskan anak-anak dan juga aku. Dapat dia bergelak tawa dan gomol anak-anak selalu. Aku pun dapat tempiasnya. Sungguh, aku sanggup.

4. Nak selalu bagi bunga kat dia. Dulu sebelum kahwin kemain romantik, asal jumpa jer bagi bunga, asal bagi bunga jer, jumpa. Lepas kahwin jarang-jarang sangat aku bagi kecuali special ocassion.

Aku tahu dia suka bunga, mata dia “sparkling” setiap kali dapat bunga. Tapi tulah, bila dah lama aku rasa macam alah tak perlu lah.

Sungguh, aku nak bagi bunga pada dia setiap minggu. Sekuntum pun cukup asalkan bagi.

5. Aku nak bersembang lama dengan dia. Inilah yang paling aku inginkan. Demi Allah sunyi gila walaupun ada riuh dan hiruk pikuk jeritan dan tangisan anak-anak.

Kalau diberi peluang aku nak duduk dan pandang wajah dia, bersembang lama-lama dengan dia, nak cerita segalanya pada dia. Sungguh.

Begitulah, sesekali rindu datang, aku pun mengenang. Acapkali aku kesal kerana tak berikan sepenuhnya pada dia. Kau yang belum kehilangan, hargailah apa yang kau masih ada. Belajarlah dari kesilapan aku.

(Petikan dibawah adalah posting Khairul Abdullah pada 1 August 2019)

Mungkin rezeki aku, untuk menemani isteri sehingga ke hujung nyawa.

Ketika tetamu masih ramai beratur untuk berziarah, aku dipanggil masuk seketika ke bilik ICU. Aku mohon diberikan masa untuk aku bersama isteri.

Pada ketika itu juga masa seakan terhenti.

Aku pegang dan belai tangannya yang dirasakan semakin kaku, sejuk dan kebiruan. Aku bisikkan syahadah di telinganya dan aku mohon semoga Allah permudahkan untuknya.

Aku bermonolog saat kami mula bertemu dan saat-saat kedukaan serta kebahagiaan kami. Aku bisikkan yang aku amat mencintainya.

Aku berjanji akan menjaga amanahnya dan anak- anak. Aku akan berikan yang terbaik seperti yang dimahukannya. Aku mohon maaf atas semua kesilapan yang aku lakukan selama hampir 20 tahun kami bersama, dari zaman bercinta hingga ke alam rumah tangga.

Aku juga maafkan dan halalkan segalanya. Aku berdoa agar kami diketemukan lagi.

Akhirnya aku ucapkan selamat tinggal.

“I sayang you sangat-sangat. Anak-anak sangat rindukan you, I juga sangat rindukan you.”

“Tapi I reda dan pasrah. I kena lepaskan you pergi.”

“Pergilah sayang, pergilah. Jangan risaukan kami.”

“Selamat tinggal sayang, selamat tinggal.”

Bisik aku dalam penuh getar dan esakan.

Suasana senyap dan kaku. Dada aku bagaikan ingin meletup.

Alarm monitor berbunyi tiba-tiba dan di skrin, garisan rata (flatline) muncul dengan bunyi beep yang panjang. Seperti sahaja adegan dalam sebuah drama TV atau filem.

Dia telah pun pergi menghadap Tuhannya.

Aku hilang.

Tenggelam dalam nostalgia serta bayangan 3 anak kecil yang sedang menunggu ibunya.

#DiariSuperDaddy

Seorang isteri dan ibu kepada 3 anak kecil, Marleena Abdul Manaff telah meninggal dunia pada 1 Ogos 2018 jam 11.58 pagi di Hospital Putrajaya akibat jngkitan ku man dan kegagalan 0rgan.

Beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 Putrajaya.

Genap setahun pemergiannya hari ini (1/8/2019).

Hanya doa dari seorang suami dan 3 jiwa kecil yang sering merindui menjadi hadiah setiap hari.

Al-Fatihah.

Sumber: Khairul Abdullah

Buat Khairul Abdullah dan keluarga, moga kekal tabah menempuh hari yang mendatang. Buat yang telah ‘pergi’, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.