Mlm dicerraikan, aku menangis kegembiraan. Suami nak kawin lg, aku bg. Disruhnya pula berhenti kerja, aku nekad

Foto sekadar hiasan. Aku wanita bekerjaya yang stabil dalam sektor kerajaan bergred S41, manakala bekas suami merupakan seorang pekerja sektor swasta di Kuala Lumpur. Kami telah berkahwin hampir 5 tahun (Sehingga Jan 2019).

Masuk 2020 ini genaplah setahun aku berpisah dengan bekas suami. Ya aku dicerraikan awal tahun yang lalu. Disaksikan anak yang sedang menyusu ketika itu.

Bekas suami aku seorang yang ada rupa, berbanding aku yang biasa sahaja tapi manis tu ada.

Kami mula berkenalan ketika di alam Universiti, kami saling memahami antara satu sama lain.. Sehingga kami mengambil keputusan untuk bernikah.

Benar sebelum berkahwin segalanya indah. Kami berjanji untuk sehidup semati dan saling memahami. Kami berbincang dengan selumatnya perancangan selepas berkahwin termasuk urusan PJJ kami. Ketika itu masing-masing telah mempunyai kerjaya. Dia bekerja di Kuala Lumpur manakala aku di Terengganu.

Episod keretakan rumahtangga kami bermula selepas dua tahun kami menjalani hidup secara PJJ. Untuk pengetahuan semua kami akan berjumpa 2 minggu sekali. Kadangkala aku akan pulang berjumpanya di sana. Atau dia yang akan pulang bertemu aku di Terengganu.

To make it short aku terus list bagaimana konflik ini boleh berlaku.

1) Bekas suami ingin menambah isteri.

Alasannya kerana berjauhan, dia tidak boleh menahan perasaannya apabila aku tiada disisi. Dia telah jujur bahawa dia hampir terlanjur dengan seorang rakan di pejabatnya. Aku agak terkejut kerana aku kenal suami sebagai orang yang menjaga agama dengan baik.

Setelah diselidik lebih dalam, mereka telah pun buat ringan-ringan (berciuman dll). Perasaan aku pastinya hancur. Kepercayaan aku bagai dirobek-robek. Aku berpenat lelah menguruskan anak sendirian dalam masa yang sama bekerja. Namun sanggup suami melakukan perkara terkutuk tersebut dibelakang aku.

Untuk tidak membiarkan suami terus melakukan d0sa, aku redha untuk suami berkahwin lain walau aku sangat sakit dimadukan. Ya aku pernah bertekad tidak akan sesekali mengizinkan diri bermadu dengan sesiapa pun. Tapi kerana kasih dan sayang, akhirnya aku izinkan jua.

2) Dipaksa untuk berhenti kerja.

Namun, langit tak selalu cerah. Rumahtangga bekas suami dan Farah tidak bertahan lama. Hanya bertahan 5-6 bulan. Alasan suami, Farah terlalu kuat cemburu dan minta dilepaskan. Lalu aku yang telah tawar hati dipujuk kembali dengan bersungguh-sungguh. Hati aku lembut kembali. Aku terima kembali ‘cinta’ suami seperti kali pertama kami bercinta. Indah sekali.

Suatu hari bekas suami meminta kepada aku untuk aku berhenti kerja. Alasannya dia masih boleh menyara aku dan anak. Dia takut jika dia kembali kepada perangai lama jika aku tidak selalu bersamanya. Perang besar pun terjadi.

Aku masih ingat kata-katanya bahawa dia mempunyai hak mutlak terhadap isteri. Tempat isteri adalah dirumah melayani suami. Isteri bukan untuk bekerja, isteri perlu menguruskan hal ehwal rumah (memasak, basuh baju dll).

Sangat terkejut sebab kami dah bincang selumatnya perkara ini sebelum berkahwin. Bukanlah tidak ada usaha dari aku sendiri untuk transfer ke Kuala Lumpur namun rezeki masih tidak menyebelahi. Sudah semestinya aku tidak akan sesekali meninggalkan kerjaya aku. Aku mempunyai ibu dan adik-adik yang perlu disara. Aku rela mati demi mereka.

Dengan kewangan sedia ada bekas suami sendiri sememangnya tidak cukup untuk disumbangkan sedikit pada keluarga aku.

Bahkan akulah yang paling banyak mengeluarkan duit sepanjang kami berkahwin. Sewaan rumah suami di KL akulah juga yang membayar. Aku sendiri memang berkeras tidak mahu berhenti kerja berdasarkan banyak justifikasi yang ada.

Malam itu pertama kalinya suami memukul aku. Dia mengatakan aku isteri derhaka. Sepanjang berkahwin tidak pernah sekali pun aku meninggikan suara kepadanya. Jika mempunyai masalah akulah dahulu yang akan meminta maaf kerana aku tahu syurga isteri pada suami. Konflik berkenaan kerja ini berterusan setiap kali aku pulang berjumpanya.

3) Suami kembali curang.

Bahkan lebih teruk dari sebelumnya. Beliau telah menjalinkan hubungan dengan seorang janda. Hubungan mereka berterusan sehingga ke atas katil. Hati aku begitu retak. Aku mengambil keputusan untuk dilepaskan juga walau apa cara sekalipun. Aku sangat terluka.

Setelah pelbagai cara dibuat untuk aku dilepaskan akhirnya dia mencerraikan aku. Malam itu aku menangis penuh kegembiraan dan keinsafan kerana menyesali segala dosa yang mungkin ada aku sebelum kami bernikah. Dan Allah turunkan ujiannya pada fasa perkahwinan kami.

Kini, aku sangat bersyukur dengan kehidupan Aku bersama anak. Dialah penawar dan penyejuk hati aku. Bekas suami? Pastilah terus-terusan menganggu dan meminta untuk dirujuk kembali. Tapi hati aku telah tawar. Tiada lagi peluang kedua dalam kamus hidup aku berkenaan rumahtangga kami.

Aku bersyukur menjadi seorang wanita yang mempunyai visi dan wawasan aku sendiri. Dan masih mampu berdiri di atas kaki aku sendiri untuk menguruskan urusan anak dan keluarga aku.

Nasihat ikhlas aku buat golongan wanita. Binalah diri sebaik mungkin supaya apa-apa yang jadi dalam hidup kalian suatu hari nanti kalian masih boleh mandiri. Tinggalkan sahaja mereka yang tidak menghargai kalian. Kalian berhak bahagia.

Jangan biarkan maruah wanita dienjak-enjak. Wanita perlu ada wawasan dan jati diri walau setahap mana pun tahap pembelajaran kalian. Paling penting kuatkan ikatan dan tanggungjawab terhadap keluarga walau kalian telah berkahwin.

Akhir sekali belajarlah mencintai diri sendiri dengan sebenar-benarnya sebelum mencintai yang lain. Buat yang belum berumahtangga pilihlah bakal suami yang benar-benar baik untuk kalian, agama kalian dan anak-anak kalian. Kalian berhak memilih sebelum melangkah lebih jauh ke alam seterusnya.

Salam Sayang.

Reaksi warganet

Luahan wanita ini ternyata mendapat sokongan daripada pembaca. Ternyata pilihan yang dipilihnya tepat. Lihat apa kata pembaca.

Faridatul Akmar –Sedih baca tapi dalam masa sama tetap bangga kerana puan membuat keputusan bijak. All the best puan. Semoga puan sentiasa di rahmati allah selalu.

Usah peduli bekas suami walau di pujuk dengan air mata drah sekalipun. Bagi saya lelaki buat lah apa dosa dan salah pun isteri boleh beri peluang kedua kecuali berziina. Tiada peluang bagi suami sebegini. Minta dijauhkan dugaan begini pada kita semua, Amiin.

Zuraini Din –Bukan sebab PJJ kalau hidup bersandar nfsu syahwat, itu lah jadinya. Hingga sampai berzIina. Dalam kepala asyik fikir tuuu je. Takde belas ikhsan, kasih sayang kepada isteri yang mengurus diri dan anak bersendirian. Elok jugak tak berhenti kerja. Kalau tak lepas tu asyik kena sepak terajang je lah.

Nain Aziz –Salah satu confession yang bagus untuk di baca. Saya tak menggalakkn pencerraian. Tapi kalo dah jenis suami macam yang di ceritakan ni memang patut ditinggalkan.

Biar Allah mmbalas segala perbuatan dan penganiayaan yang die lakukan terhadap diri sndiri, isteri dan zuriatnya. Moga confessor dipertemukan dengan jodoh yang baik dan beriman di masa hadapan.

– Cik Puan Bunga (Bukan nama sebenar) via IIUMC