“Mak Cik nak menantu gov servant”. Penangan direject keluarga kekasih, lps 5 tahun ini yg gadis ini capai

SEGALANYA BERMULA DI SINI

My Ex and my Ex family keep pushing me down.

“Mak Cik nak menantu GOV SERVANT” – Mama my Ex

“Awak tu asal family susah, jangan berangan nak beli VolkSwagen, tak mungkin dapat”

Tular di laman sosial Twitter, perkongsian dari seorang gadis yang berkongsi kisah sadisnya semasa bercinta dengan bekas kekasih nya dahulu. Sewaktu artikel ini ditulis , perkongsian nya telah mendapat sehingga 23K retweets daripada warga Twitter. Ikuti perkongsian nya dibawah.

Kenal dia daripada sekolah lagi, umur 16.
Everything ok, support each other sampai SPM dapat results “ok ok lah”. Saya dapat 6A, dia dapat 4A.

Saya masuk matrikulasi, dia masuk UiTM, seorang ke Utara seorang ke Selatan, semua going ok, tapi masa dia kat UiTM, dia kantoi dengan saya sekali dia ada perempuan lain, tapi perempuan tu dah kahwin sekarang.

Saya masuk degree UiTM, ingat lagi saya jumpa mama dia, mama dia ok, tapi kakak dia cakap saya bukan daripada family selevel dengan dia.

YA SAYA ANAK PENIAGA TEPI JALAN! MAK AYAH SAYA MISKIN!

Tapi kiteorang berkawan lagi, saya masuk degree UiTM, dia decide keluar UiTM, masuk SPA study diploma ape ntah, tapi medical assistant sekarang.

Ingat lagi saya share dengan dia,

“Nanti habis degree, saya nak kerja keras, saya nak beli volkswagen”

Tapi dia jawab, “HAHAHA, kereta tu mahal, awak tu family susah, beli myvi mampu lah”

Tahu tak saya rasa ape? Weyh kau tak support aku pon!! Tapi b0doh sebab sayang. Sampai lah dia kat “Kolej Sains Kesihatan….” dia kantoi dengan Nurse.

Masa UiTM, saya komander kesatria, “Saya ada kem ni 10 hari, saya busy taw”

“Awak pinjam RM120, saya nak bayar baju, nanti abah masukkan duit saya bayar balik”- kata my ex.

“Esok boleh ? dah lewat ni, saya takda online banking”

“Saya nak sekarang, tak boleh tolong cakap tak boleh, selama ni saya tolong awak boleh je”

Saya pergi DM salah seorang kat twitter ni, which is my friend ex yang tak pernah tegur,

“Boleh tolong bawa Mimi ke bank, nak cash deposit duit?”

Ya saya pergi, pukul 11 malam bank in duit.

Habis kem, rasa tak sedap hati. Tahap saya mencari sampai saya boleh buka facebook that nurse. Menggigil2 sampai 3am cuba macam-macam.

Buka inbox dieorang, screensh0t. Sebab from facebook my ex tak jumpa.

Duit saya bagi dia buat pergi Bukit Merah dengan that nurse. Yang paling best, habis kem dia janji nak ambil kat bus station ipoh,

“Awak beli tiket turun Ipoh saya ambil taw”

“Ok”

Tapi sampai terowong menora, dapat wasap,

“Saya dekat PD, sorry tak dapat ambil”

Weyhh, aku nak balik naik ape, dah 9 malam, menangis tahu tak dekat bus station.

Esoknya kantoi pergi PD bawak perempuan lain. Ada family dia sekali. Masa ni rasa useless gila.

Sidai aku, pergi bercuti dengan family bawak perempuan lain. Ingat lagi 1st kantoi, mama dia call,

“Kesian anak acik, jangan tinggal dia”

Tapi kali ni, im really give up. Call mama dia, tapi jawapan mama dia,

“Acik memang nak gov servant jadi menantu acik”

I feel useless!! Sumpah!! Aku korban macam-macam tapi itu jawapan akhir aku dapat. Sakit, sumpah sakit.

Terbaca kakak dia PM dia kat facebook,

“Buat ape lah nak kat Mimi tu, dia takda ape pon”.

Im really give up, memang nekad tak nak contact balik, block semua and now dah 5tahun.

Nekad , “suatu hari nanti kau dengan family kau menyesal sebab buat aku macam ni”.

5 years dah single, 5 years dah struggle macam orang gila. First kerja beli rumah, lepas tu settle PTPTN, and now baru beli kereta.

“Awak betullah awak cakap saya tak mampu beli volkswagen, saya mampu Mercedes CLA AMG je”

Masa beli rumah, no one know me, tapi masa beli kereta, balik kampung terus cakap dekat my mom,

“Mama, kakak nak pergi xxxx boleh? , nak lalu rumah xxxxxx” 🀣

I know jahat, tapi sakit hati sangat!

Tak buat pon semua tu, tapi hari tu terserempak setelah hampir 4tahun tak pernah jumpa, tapi masa tu drive BMW abang 🀣

Tapi puas!!

Nothing to say, Just bro, thanks sebab awak and your family push me down, now im here.

Im forgive you but i never forget what your family and you did. Im proud with myself not to proud with what i have now.

Trust me, saat kita jatuh, tolong and tolong bangkit jadi lebih kuat. Jangan jadi lemah sebab ada orang ketawa kan kita kalau kita lemah.

Here myself now πŸ’ͺ🏻

5 years struggle with my working life, now im Financial Consultant. Minat share tentang financial, and nak lebih ramai orang berjaya. Kita usaha kita dapat.

Saya percaya dia bukan yang terbaik untuk saya dan saya bukan terbaik untuk dia. Kalau dia tak buat macam tu, saya tak jadi macam sekarang.

Cukuplah seminggu je menangis dalam bilik kan. Perkara paling penting, please make yourself busy kalau tak nak teringat.

Tahap saya sampai 5-7 appointment sehari, balik tertidur pakai tudung. Pernah sampai tahap termuntah lah lepas settle semua appointment. Usaha Jadi lebih baik. πŸ˜ƒ

Even after breakoff dah 5 years single.

Tapi within 5 years

Berjaya settle PTPTN. Beli kereta sendiri. Beli rumah sendiri. Bekerjaya.

“Awak ni perempuan yang mak awak cakap “Mak cik nak yang kerja gov je”.

Saya tak pernah anggap semua lelaki sama. Yang baik tu wujud, cuma belum jodoh lagi.

I still 25, still young right ? ☺️ Bila taip thread ni, i cry 😭😭😭

Nah tips MoveOn saya share. Jangan simpan dendam, prove without him/her kita masih boleh berjaya.

Habis teringat balik semua macam mana ape dia buat dan macam mana struggle nya saya lawan my anxiety nak jadi sekuat sekarang.

Saya dah lama maafkan dia. Saya dah lama halalkan semua. Saya share sebab saya tak nak perempuan atau lelaki dekat luar sana jadi lemah sebab jodoh takda.

Ya saya boleh terima saya bukan yang terbaik untuk dia,

Saya nak orang buka mata, bila kecewa jadi lebih baik. Jangan pandang belakang.

Saya doakan semua orang berjaya. Saya jadikan semua ni sebagai penguat saya untuk terus berusaha.

Sumber : Mimi @RozmizaRozman