“Saya tak perasan kesan lebam”. Warden terkejut doktor maklumkan terdpt kesan lebam di tubuh aruwah pelajar tahfiz

Kita dikejutkan dengan kemtian seorang pelajar tahfiz yang berusia 7 tahun yang berlaku kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah pusat tahfiz di Lanchang, aruwah disahkan meninggal dunia semasa dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang untuk menerima rawatan pada jam 1 tengah hari. Warden tahfiz pula dikatakan terkejut sebaik doktor memaklumkan terdapat lebam di tubuh badan mngsa.

Ikuti laporan spertimana yang disiarkan oleh Harian Metro dibawah.

Tidak pernah mengadu

“SAYA tidak pernah mendengar mereka (pelajar tahfiz) bergaduh dan selama ini hubungan mereka baik saja,” kata Siti Noor Asilah Samsuri, 39.

Dia adalah warden pusat tahfiz di Kampung Kuala Kaung, Lanchang yang mana seorang pelajarnya meninggal dunia dipercayai dipkul rakan, kelmarin.

Mngsa, Mohammad Aimin Nurul Amin, 7, disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang untuk menerima rawatan jam 1 tengah hari.

Siti Noor Asilah berkata, mngsa tidak pernah mengadu sama ada dia pernah dipkul rakan dan dia menyangka mngsa tiada masalah dengan tiga pelajar lain.

Menceritakan kejadian kelmarin, katanya, dia menjenguk ke dalam bilik asrama melihat keadaan Mohammad Aimin selepas mngsa didapati tidak menyertai rakan ke masjid menunaikan Solat Zohor.

Terbaring atas katil

“Ketika masuk ke bilik saya melihat Aimin terbaring di atas katil dan saya bertanya keadaannya.. Aimin berkata, dia terlalu penat dan tidak larat untuk bangun.”

“Saya memegang tangan, kaki dan leher Aimin dan mendapati ianya sejuk sebelum saya serta suami membawanya ke klinik kesihatan,” katanya ketika ditemui di Jabatan F0rensik, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), di sini, semalam.

Katanya, tidak lama kemudian doktor memaklumkan Mohammad Aimin sudah tiada dan apa yang mengejutkan ada kesam lebam di badan.

Siti Noor Asilah berkata, Mohammad Aimin baru kembali ke asrama Ahad lalu selepas diberi cuti sejak Khamis dan pulang ke rumahnya di Kampung Charuk Puting.

“Saya tidak perasan kesan lebam pada badannya sebelum ini dan terkejut apabila doktor memaklumkan ada beberapa kesan itu pada badan Aimin,” katanya.

Maahad tahfiz itu diusahakan bersama suaminya, Mohd Heesham Mat Yeh, 39, yang turut menjadi tenaga pengajar dan mula mengambil pelajar sejak awal tahun ini.

Pusat tahfiz diarah tutup

MAJLIS Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengarahkan sebuah pusat tahfiz di Kampung Kuala Kaung, Lanchang dekat Temerloh diarahkan tutup serta-merta bermula hari ini.

Arahan itu dikeluarkan berikutan salah seorang daripada pelajar di situ meninggal dunia, Khamis lalu, dengan beberapa kesan lebam dipercayai akibat dipkul.

Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahib Wan Hassan berkata, semakan pihaknya mendapati pusat tahfiz berkenaan tidak tidak berdaftar dengan MUIP dan beroperasi tanpa kebenaran.

Katanya, mengikut rekod, pengusaha pusat tahfiz berkenaan tidak pernah mengemukakan sebarang permohonan untuk mendaftarkan pusat itu sebelum ia mula beroperasi awal tahun ini.

“Saya sudah menandatangani surat perintah tutup serta-merta selepas mendapati banyak perkara berkaitan pusat tahfiz berkenaan gagal diselesaikan.

“Untuk membuka pusat tahfiz, pengusaha perlu mendapat kebenaran dan saya dapati pengusaha pusat tahfiz berkenaan memahami perkara itu namun tidak mengambil langkah sewajarnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, mngsa, Mohammad Aimin Nurul Amin, 7, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lanchang.

Hasil pemeriksaan awal oleh pegawai perubatan menemui beberapa kesan lebam di badannya dipercayai akibat dipkul.

Wan Abdul Wahid berkata, pusat tahfiz berkenaan hanya mempunyai seorang tenaga pengajar, namun pihaknya meragui sama ada dia mempunyai kelayakan untuk mengajar atau sebaliknya.

“Kita tidak tahu sama ada tenaga pengajar berkenaan mempunyai sijil kebolehan tahfiz atau tidak, dan jika dia adalah guru hafaz al-Quran sekali pun, tidak semestinya dia layak menjadi tenaga pengajar.

“MUIP amat bertegas dalam isu pusat tahfiz kerana banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum kelulusan untuk menjalankan pusat itu diberikan,” katanya.

Beliau berkata, selain faktor keselamatan premis, pihaknya turut mengambil kira sukatan pelajaran, silibus pengajian dan sebagainya.

Katanya, banyak kejadian yang tidak diingini berlaku membabitkan pusat tahfiz seperti kebakaran dan pihaknya bertegas dalam isu berkenaan serta tidak mahu mengambil risiko.

Ditanya mengenai program pemutihan pusat tahfiz yang dilakukan MUIP, Wan Abdul Wahid berkata, pihaknya memberi tempoh sehingga 31 Disember ini untuk pusat tahfiz yang beroperasi tanpa kebenaran untuk mendaftar.

“Selepas tempoh itu, mana-mana pusat tahfiz yang tidak berdaftar akan diarahkan tutup,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata, pusat tahfiz dan sekolah agama adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam negeri, menyebabkan pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

“Kita tidak ada kuasa (soal sekolah agama dan pusat tahfiz), begitu juga dengan sekolah swasta persendirian… namun kalau ada kejadian yang tidak diingini berlaku di sekolah terbabit, orang akan mencari kita.

“Apabila isu ini berlaku, Jabatan Pendidikan yang dipersalahkan, sedangkan bukan bidang kuasa kita,” katanya.

Bagaimanapun, pihaknya memandang serius isu berkaitan pusat tahfiz yang tidak mempunyai kelulusan.

Lihat apa kata warganet selepas membaca laporan ini.

Yoga Malar –Bermain main laa kau disana dik. Rakan rakanmu sedang menanti di syurga sana dik. Didunia ni bukan tempatmu lagi. Mahluk mahluk yang berhatikan sya1tan telah meningkat untuk memusnahkan insan yang lemah sptmu. Salam takziah buat keluarga aruwah. Alfatihah!

Nurhabsah Md Diah –Jiran saya anak dia sekolah tahfiz dulu. Kena bvli dengn senior, dorang angkat anak dia acah nk buang ikot beranda tingkat atas Lepas kejadian tu, dia stopkan anak dia dri sekolah tahfiz tu, sebab anknya travma skali.

Che’ Wan Azhar –Jangan kata tahfiz, depan mata kat sekolah biasa pun ada. Berani bvli rakan2, pkul macam dalam tv. Bila tegur bersurai dan sambung bila kita pergi, pernah maklum bapa budak tentang anaknya. Katanya orang yang mula kacau anak dia, korang sambung la sendiri.

Zha Iza –Pada ibu bapa, tolong ajar anak anda supaya jadi anak yang baik! sentiasa pesan kat anak2.

JANGAN BVLI ANAK ORANG!!! Jangan sokong perangai anak yang suka begaduh ni. Ajar juga anak2 untuk sllu mengadu kat kita mak ayah dan cikgu sekiranya ada orng yang bvli dy. Jangan biarkan anak terlalu bebas begaul, nanti jadi samseng.

Airmie Jailani –Aruwah zulfarhan pun tak sempat bagi tau beliau di bvli dan di dera inikan lagi budak umur 7 tahun. Masalah bvli dan dera di asrama takan abis kat sini wajibkan cctv di setiap asrama yang ada

Sumber : Harian Metro

Sama samalah kita doakan aruwah yang telah pergi. Moga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah buat anak syurga.