“Buat apa di rumah kami”. Tak jumpa jalan keluar, perompak sesat 3 hari dlm rumah

Foto sekadar hiasan. Saya nak share sesuatu yang saya rasa dapat memberi manfaat. Saya ibu kepada 2 orang anak. Saya dan suami bekerja syif (perhotelan). Kami bekerja nun di atas bukit Genting. Tapi kami tinggal di Batang Kali.

Setiap hari kami berulang 30-35 minit. Cara bekerja di Genting ni lain. Kami bekerja 3 minggu tanpa cuti dan diberi cuti seminggu terus. Tiap bulan begitu.

Saya, suami dan anak-anak memang dah biasa rutin kami memang begitu. 3 minggu bekerja dan 1 minggu cuti. Selalunya cuti seminggu tu, kami akan tinggalkan rumah. Pergi bercuti, sebab tak ada banyak masa dengan anak-anak. Time cuti sajalah boleh nak spend time.

Ceritanya begini, rumah kami memang ada CCTV, suami pasang sebab kami bekerja syif dan selalu tinggal rumah lama-lama hampir setiap bulan untuk bercuti.

Nak dijadikan cerita, satu hari selepas kami balik bercuti, saya buka saja pintu rumah ternampak ada lelaki dalam rumah dalam keadaan tak bermaya, boleh dikatakan separuh sedar.

Saya berlari keluar panggil suami supaya pegang anak-anak dan saya nak telefon polis. Tetapi suami cakap tak perlu telefon dulu, biar dia jumpa lelaki tu dulu. Suami telefon ibu bapa saya yang tinggal berdekatan untuk datang.

Suami saya bagi air, lepas tu bagi pula makanan yang kami bungkus tadi sebelum balik kepada lelaki tu. Selepas dia selesai makan, suami mula menyoal.

“Buat apa di rumah kami??”

Dia kata dia memang mark rumah kami. Tiap bulan mesti akan kosong lama. So dia tunggu je bila masa sesuai untuk dia masuk dan rompak. Ye, rompak.

Menggigil tangan saya nak telefon polis. Suami tak izinkan. Suami tanya apa yang terjadi dan kenapa tak rompak? Kenapa masih di dalam rumah? Kenapa lemah tak bermaya?

Lelaki tu kata, dia rasa kaki dan tangan dia macam dipasung. Dia cuba mencari jalan nak keluar tetapi tak jumpa-jumpa. Sudah 3 hari dia berada di dalam rumah saya, tak jumpa jalan keluar. Kaki tangan macam dipasung, langsung tak dapat bergerak walaupun untuk mencari setitis air untuk minum,

Suami saya kata, niat di hati memang nak sumbatkan saja dalam penjara tapi dia masih kasihan. Suami kata dia pernah terbaca:-

“Kalau kita nampak seseorang tu susah, dilanda musibah, sebenarnya Allah tu bukan saja sedang menguji dia,tetapi sedang uji kita juga bagaimana kita menangani perkara tu. Suami pilih untuk beri peluang dan memaafkan sebab dia memang tak sempat capai apa-apa barang pun lagi.

Selesai semuanya, suami saya buka cerita. Dengan wajah gembira dia kata, malam ni dia nampak kuasa Allah dan dia ingat pesan aruwah bapanya supaya tiap kali nak keluar rumah walaupun nak pergi makan malam depan rumah, bacalah satu ayat dari surah yasin (ayat 9).

Bukan saja nak keluar rumah, tiap kali nak tidur pun suami akan baca seperti dipesan aruwah bapanya. Anak-anak pun suami saya ajar doa ni. Tersangatlah berguna dan saya rasa terpanggil untuk berkongsi. Di sini saya kongsikan sekali ayatnya. Semoga bermanfaat dan semoga diri kita serta orang-orang kesayangan kita sentiasa dilindungi walau di mana saja mereka berada. Amin.

Kisah 2 : Sesat dalam rumah

Kejadian perompak tidak jumpa jalan keluar pernah beberapa kali tular sebelum ini. Menerusi laporan Harian Metro (2011), kejadian yang berlaku di Kepong itu turut menarik perhatian ramai.

Pelik tapi benar. Itulah ungkapan yang dapat menggambarkan kejadian aneh menimpa seorang lelaki berusia 27 tahun yang gagal mencari jalan keluar selepas memecah masuk sebuah rumah di Kepong, di sini, Isnin lalu (2011).

Apa yang menghairankan, suspek dilaporkan berpusing-pusing dalam rumah berkenaan hampir sejam selepas mencuri beberapa barangan berharga namun gagal menemui pintu keluar menyebabkan dia ‘terperangkap’ dalam rumah berkenaan.

Bertambah malang, apabila suspek akhirnya dicekup pihak berkuasa kira-kira jam 5 petang selepas kehadirannya disedari pemilik rumah berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia lingkungan 20-an yang baru pulang ke rumah itu.

Menurut sumber, ketika suspek memecah masuk rumah berkenaan, kediaman itu kosong kerana mangsa yang hanya tinggal berdua dengan anak lelakinya itu keluar berniaga.

“Sebaik pulang ke rumah, dua beranak itu melihat ada seorang lelaki tidak dikenali sedang berdiri di ruang tamu rumah bersama beberapa bungkusan barang kemas yang sudah dicurinya dianggarkan bernilai RM1,700.

“Dia (suspek) seperti kebingungan sebelum anak kepada pemilik rumah itu menghubungi polis,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, lima minit kemudian sepasukan anggota yang bergegas ke lokasi kejadian berjaya menahan lelaki terbabit yang memberitahu dia bingung kerana tidak dapat keluar dari rumah berkenaan kerana tidak menjumpai jalan keluar selepas memasukinya.

“Siasatan awal mendapati, suspek yang gagal keluar dari rumah mngsa sebenarnya melakukan perbuatan itu bersama seorang lagi rakannya berusia lingkungan 20-an.

“Namun, rakan subahat suspek hanya menunggu di kawasan luar kediaman mngsa dan dipercayai melarikan diri sebaik menyedari pemilik rumah itu pulang,” katanya.

Sumber berkata, hasil soal siasat, rakan suspek berjaya diberkas sekitar Kepong, di sini, kira-kira sejam kemudian.

Sumber 1: My Media Hub
Sumber 2: Harian Metro (2011)

P/s : Yang baik itu kita jadikan sebagai teladan. Moga bermanfaat.