Terkant0i gambar kenangan. Tak sngka dah 3 tahun kahwin suami masih rindukan bekas kekasihnya

Foto sekadar hiasan. Jika boleh diambil iktibar, silakan. Watak dalam cerita ni aku, suami dan perempuan itu, aku namakan Yana. Aku berasal dari utara tanah air dan aku telah berkahwin hampir 3 tahun.

Kisah bermula apabila aku diperkenalkan dengan suami. Aku sejenis yang tidak suka akan perkenalan yang lama sebab aku berpegang pada kata ini, “kau takkan kenal suami kau selagi kau tidak tidur sebantal dengan dia”.

Sebelum kami bertunang suami aku dah ceritakan dari A to Z mengenai kisah hidup dia terutamanya dengan Yana. Dia berjaya meyakinkan aku yang hubungan dia dan Yana telah berakhir kerana dia bukan menantu pilihan keluarga Yana. Mereka telah berkawan berbelas tahun lamanya.

Untuk pengetahuan semua, aku sejenis yang amat tidak suka melibatkan diri dengan cinta bersegi-segi. Jika aku terlibat dengan cinta itu, aku akan mengundurkan diri terlebih dahulu dan akhirnya aku diuji.

Sebelum aku bertunang dengan suami, aku pastikan yang hubungan mereka telah berakhir dengan bertanyakan suami dan rakannya (hanya itu sahaja sumber yang aku ada). Berkali-kali aku bertanya pada suami dan rakannya itu. Jawapan mereka tetap sama hubungan telah berakhir.

Akhirnya kami bertunang selama setahun. 5 bulan sebelum majlis perkahwinan, suami aku wish birthday Yana di Fb. Masa tu hanya Allah yang tahu betapa kecewanya aku dan sekali lagi suami berjaya meyakinkan aku yang hubungan mereka telah berakhir dan tidak akan mengulanginya lagi.

3 bulan sebelum majlis, Yana datang berjumpa aku ditemani suami dan apa yang membuatkan hati aku hancur bersepai apabila panggilan dia kpd suamiku masih lagi “abang-ayang” serta Yana meminta aku untuk memutuskan pertunangan kami.

Masa tu, hati aku dah berbolak-balik untuk meneruskan perkahwinan dan fikiran aku kosong-sekosongnya. Aku tersepit antara air muka ibu bapa dan perasaan kecewaku kerana persiapan dah buat dan jika aku membatalkan majlis ini sudah tentu ibu bapa aku malu 7 keturunan.

Untuk pengetahuan semua, ya! orang2 di kampung aku masih berfikiran kolot dan yang nak tinggal lama di kampung adalah ibubapa ku, aku bekerja di KL.

Masa tu, aku sangat2 buntu sehingga aku mengeluarkan keputusan ini iaitu boleh batalkan perkahwinan tetapi bukan dari mulut aku, yang mana aku berikan keizinan kepada Yana untuk batalkan majlis ini dengan cara dia.

Dengan beraninya, Yana berjumpa bakal ibu bapa mertua aku tetapi mereka menolaknya dan memujuk aku untuk tidak membatalkan perkahwinan ini begitu juga dengan suami aku bersungguh memujuk ku untuk teruskan perkahwinan ini. Akhirnya majlis diteruskan seperti yang dirancang.

Bagaimana dengan hati aku? Hati aku masih kecewa walaupun suami berkali-kali minta maaf dan mengaku tidak menyintai Yana tetapi pengakuannya tidak seiring dengan perbuatan.

Aku akui suami seorang yang bertanggungjawab tetapi selepas kami kahwin dan sehingga kini Oktober 2019 rupanya dia masih rindukan Yana. Gambar kenangan dia bersama Yana di socmed masih berada di situ.

Bila aku bersuara baru dia akan memadamnya dan ada beberapa perbuatan lagi yang jelas menunjukkan dia rindukan Yana. Aku pernah membincangkan dengan suami mengenai hal ini tetapi dia akan mula naik angin.

Kini apa yang menyiksa jiwa aku, setiap kali aku terasa hati dengan suami pasti memori2 dia dan Yana menghantui aku.

Aku sering mengingatkan diri aku yang semua ini terjadi atas kehendakNya dan hati dia bukan milik aku tetapi jauh di sudut hati, aku ingin dia merindukan aku sahaja kerana aku tidak merindukan mana2 lelaki selain dia.

Tolong nasihatkan aku bagaimana mahu melupakan semua ni dan meneruskan perkahwinan kerana memori pedih ini sangat susah hendak aku padamkan. Aku tak tahu hendak minta nasihat daripada siapa kerana dari kecil aku dah terbiasa “sendiri”.

Terima kasih in advance atas nasihat kalian.

Lihat apa kata pembaca.

Hazirah Hj Hamzah –Cuba selidik apa kriteria Yana tu sampai dia suka sangat, contohnya mulut manis, kelakar ke.. lepas tu cuba jadi begitu. Pikat hati suami. Selagi suami masih bertanggungjawab, masih tak curang dengan Yana tu maksudnya suami sayang dan ada hati dengan isterinya. Cuba pikat suami sehabis baik.

Nurfira Hilman –Susah nak cakap. Jodoh tu sudah tertulis diLuh Mahfuz utk awak disatukan dengan suami atas dunia ni.

Saya jgk ada kawan. Berbelas tahun jgk berkawan. Susah senang sama2. Mamabah dan family semua dah kenal.

Dah bukan jodoh namanya. Setiap urusan yang akan melangkah je jinjang pelamin tu susah. Bukan tak berusaha tapi dah bukan jodoh. Kun fa ya kun 😊 Bukan dgn izinNya..

Jodoh saya dgn org lain. Jujur saya cakap bukan senang kite nk lupa seseorang dari dlm jiwa kite sdiri. Tapi doalah pada Allah sebab satu masa nanti insyaAllah doa termakbul ..

Awak baca la surah Al-Insyirah sentiasa untuk suami awak, doalah mudah mudahan dia memahami hati dan perasaan awak, juga hatinya, perasaannya, kasihnya, sayangnya hanya utk awak. Moga bahagia milik awak dan suami satu masa nanti, amin 💪🏻💪🏻

Risha Othman –hmm ntahlah. Laki kalau dah memang sayang perempuan lain dari bini aku malas nak kejor2 lg dah. Kalau kau redha hujung2 nanti dia nak kau redha dimadukan ngan perempuan tu pulak ke? kalau dh mcm2 usaha kau dah buat utk buat laki kau lupakan perempuan tu tapi tak berjaya tanyalah diri sendiri apa yg kau harapkan lgi dr perkahwinan ni. Kau tak boleh jd atau tiru utk jadi spt perempuan tu sbb kau adalah engkau. takkan sama ngan org lain.

Iylia A. Majid –Cuba tanya dgn y sendiri sbnrnye dorg mmg da lama putus or tak sbnrnye. Aku pernah berada di tempat Yana. But im still with him. He said to that women that he already forget about me. But at the same time im still with him. Lelaki mmg pandai menipu mengayat. Cuma hubungan puan da jadi suami isteri. Jadi teguhkn je hubungan dengan berdoa semoga Y bertemu jodoh yang baik. Dan husband awk tetap kan hati dia utk awk.

Aku cuma tak faham kenapa lelaki suka mempermain kn perasaan perempuan. Dia tak tau ke bukan mudah melupakan.

– Za (Bukan nama sebenar) via iiumc