“Mummy…Mummy”. Sahutan anak kecil disebelah myat ibunya undang sebak ramai

Tular sejak semalam perkongsian dari lelaki ini yang membuatkan warganet simpati dan hiba atas kemlangan yang berlaku hingga menyebabkan kemlangan.

Lebih memilukan, tangisan si anak ditepi ibunya yang sudah terbaring kaku dipercayai mavt serta merta susulan kemlangan itu.

“Mummy… Mummy…” panggil si anak pada ibunya yang sudah terbaring kaki di jalan raya.

Motosikal yang dinaiki pasangan itu bersama anak kecil mereka terbabit dalam kemlangan berpunca dari kecuaian pengguna jalan raya lain di mana si bapa cedera parah dan isterinya mavt serta-merta di tempat kejadian.

Menurut Shamsuddin Ismail, kejadian itu berlaku semalam dan ketika itu dia sedang menghadiri mesyuarat di pejabatnya terkejut mendengar dentuman kuat di luar.

“Kejadian berlaku di depan office Damen USJ yang meragut satu nyawa malam ini akibat kecuaian pemandu lain, manakala tiga yang lain cedera parah dibawa ke hospital.

“Ya Allah, apalah nasib anak kecil ini. Dalam sekelip mata dia kehilangan ibu yang tersayang akibat kecuaian orang lain.

“Ayahnya pula cedera parah, ibunya dah terbujur kaku tidak bernyawa lagi.

“Kesemuanya penunggang dan pembonceng motosikal sebelum itu berhenti di persimpangan lampu isyarat sebelum dirempuh sebuah kereta.

“Sayu hati ini mendengar suara anak kecil itu memanggil-manggil ibunya “mummy.. mummy..”. Belum puas rasanya anak kecil ini untuk menagih kasih sayang dari ibunya.

“Semoga anak kecil itu tabah menghadapi hari-hari berikutnya tanpa orang yang tersayang,” katanya.

Cuba mengelak penjalan kaki

Menerusi laporan Harian Metro, punca kemlangan dikatakan berpunca dari cuba mengelak pejalan kaki yang sedang melintas menyebabkan dia hilang kawalan. Ikuti laporan dibawah.

KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun hanya mampu meratap pilu di sisi ayah dan myat ibunya selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover di Persiaran Kewajipan menghala ke arah Subang Kelana, Subang Jaya, malam tadi.

Kejadian 10.01 malam itu, mengakibatkan ibu kanak-kanak yang berusia 36 tahun warga Myanmar itu mavt di lokasi kejadian, manakala suaminya warga tempatan berusia 45 tahun, parah di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, kejadian berlaku di lampu isyarat Persiaran Murni ketika mngsa sekeluarga yang menaiki motosikal Honda Wave sedang menunggu lampu isyarat yang ketika itu berwarna merah.

Katanya, dalam masa sama SUV Range Rover yang dipandu penuntut berusia 20 tahun yang melalui jalan itu cuba mengelak pejalan kaki yang sedang melintas menyebabkan dia hilang kawalan lalu merempuh motosikal yang dinaiki mereka.

“Ia mengakibatkan wanita warga Myanmar itu mavt di lokasi kejadian manakala suaminya parah dan anak perempuan mereka itu cedera di kepala.

“Mereka yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azman berkata, semasa kejadian itu SUV itu turut merempuh sebuah lagi motosikal jenis Honda Future yang dinaiki suami isteri.

“Mereka yang berusia 46 dan 45 tahun itu cedera di bahagian muka dan badan yang mana menerima rawatan di hospital yang sama.

“Mayat mngsa dihantar ke Jabatan Forensik PPUM untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Antara komen warganet selepas membaca laporan ini.

Afendi Othman –Mohon yang langgar tu dikenakan hukuman biayai pembelajaran anak kecil tu sampai dewasa… takziah

Tengku Iskandar –Kalo ikut bacaan dalam berita ni, mngsa menunggu di traffic light. Maknanye lampu isyarat sedang merah. Sekiranye RR tu datang dari belakang, sgt2 mustahil pemandu terpaksa mengelak pejalan kaki sampai terlanggar mngsa, kecuali pemandu dalamm keadaan leka/lalai yang tak menyedari lampu merah atau sekiranye RR tu dtg dr arah bertentangan, kesalahan kes ni terletak pada pejalan kaki yang melintas semasa lampu isyarat pejalan kaki masih merah..

Zaza Sutera –Ye ye pemandu tu mengelak org nak lintas jalan. Padahal nak selamatkan diri. Dia ni kena sabitkan kesalahan kecuaian jugak. Gantung lesen tu. Tak kisah lah kau kaya ke apa ke.

Izy Al-Yahya –Kesian malam tadi. Adik saya berada Di lokasi kejadian.. Saya tengok gambar ada selipar budak dah berderau. Nangis dia kat situ.

Buat driver tu, harap dikenakan hukuman.. Jangan pula terlepas dari hukuman. Kita tgk apa kesudahan Undang2 Malaysia skrg ni.. Dah langgar org sampai mti.. Cedera parah.. Semoga semua mngsa cepat sembuh dan dipermudahkan.

Syah RZ –Sedih dan pilu bila tengok anak kecil meratapi ayah yang cedera dan ibu yang meninggal. Mohon pihak Polis melakukan siasatan menyeluruh keatas pemandu RR tu. Cek sekali mklumat dalam henfon dia kot klu dia ada guna henfon semasa waktu kemlangan.

Memang ramai pemandu guna henfon semasa memandu skrg. Tangan sebelah pegang stereng tngan lagi sebelah dok main henfon. Mata pulak asyik leka pandang henfon.

Sumber: Shamsuddin Ismail, Harian Metro