Aku izin suami nk kawen lg. Tp dgn syarat. Tak smpai 2 bulan suami merayu sruh balik

Foto sekadar hiasan. Nak share cerita, ni fb kawan saya.

Laki saya mintak izin nak kawin lain. alasan? Sebab saya dah hodoh! Tak style macam dulu. Anak 4 org. All boys. Dulu saya secretary. So selalu siap cantik. Tapi husb suruh behenti kerja, jaga anak. Husb saya lebih dari mampu nak kawin 2 dari segi kwangan. Tapi lain2 saya tak berapa yakin.

Jadi saya bagi syarat, nak kawin boleh, amek cuti 2 bulan, jadi suri rumah. Jaga anak 4 org yang “active” ni. Nak tengok dia boleh urus diri sendiri macam skrg tak. Still smart macam skrg tak. Sedangkan dia pun saya yang urus.

Dia izinkan saya pergi bercuti selama 2 bulan tu. Dia fikir konon amek hati la sbb saya boleh izinkan dia kawin.

Tak sampai 2 bulan, call merayu2 menangis suruh saya balik. Cakap tak mampu nak jaga anak sorg. Meanwhile selama ni saya urus semua sorg diri. Dia tau balik kerja, sambung buat keje kat rumah, tido. Tau tau bangun tido semua siap.

Saya tak nak balik, nak dia betul2 rasa bersalah dan buat keputusan bijak. Gf dia call saya maki maki cakap saya tak bertanggungjawap. Saya gelak kan je dia. Bf dia tu yang baru tau erti tanggungjawap sebenar. Bukan cari nafkah je. Lain tinggal terkongtang kanting kat bini.

Husb hari2 call merayu, facetime saya menangis2 mintak saya balik tolong tengokkan anak. Dia cakap dah putus dgn gf dia dan baru sedar kesilapan dia selama ni. Dia yang salah tak tolong saya. Tak bagi saya ruang utak cantik kan diri.

Selama 2 bulan saya bercuti saya sempat manjakan diri, cantikkan diri. Baru dia sedar, saya hodoh sebab tak ada masa utak diri sendiri. Semua masa saya untuk anak2 dan diri dia.

Alhamdulillah kami bahagia semula. husband betul betul berubah. Husband mula tolong sama2 jaga anak2, jaga rumah. Bawak saya dating. Bawak saya pergi spa. Belikan saya baju baru. Senang cerita. Cantiknya isteri, disebabkan ada suami yang menyokong dibelakangnya.

Jadi suami, kalau isteri tak cantik, tanya diri sendiri! apa je yang awak lakukan utak cantikkan isteri??? jangan tau nak cari lain je! selami apa yang isteri lalui hari2.

Btw saya pun menangis hari2 dalam masa bercuti 2 bulan tu sebab rindukan anak2. 😂

Perkongsian wanita ini mendapat reaksi hangat pembaca. Lihat apa kata mereka

Abdul Hakim –Ni lah silapnye lelaki. Bila wife dah xcantik mula lah nak kawin lain.

Sebelum tu ade tak suami bagi duit belanja kat isteri?. Duit untuk cantik kan diri?.

Ni tau buat anak je. Setahun sekali bagi bini ngandung. Duit belanja pun tak bagi. Macam mana lah bini nak cantik

Zaharah Zara – Ini lah first time saya dengar pengakuan/tindakan bijak seorang isteri. Tahniah, awak buat yang terbaik. Salute awak.

Moga jadi contoh ikutan para isteri kat luar yang mghadapi masalah Sama mcm awak. Tindakan awak yang sgt2 rasional. Tanpa “Latah meluru” sangat Bagus untum ajar lelaki macam ni. Moga awak kekal bahagia sis.

Kimber Khoon –Dalam 2 bulan tu bole jer dia panggil maid temporary jaga budak2 dan kemas rmh, dia mana penat, and you bercuti 2bln mna tahu ade maid tolong.

So, caranya minta bagi sebiji rumah, minta ini itu at least you nampk dia bole ke tak bole buat. Tapi ook juga cara tadi tu…

Elreina Natasha –Puan memang bijak. Maaf saya ckp, sebilangan suami bkn semua ya. Bila dh senang atau selesa lupa jasa isteri dibelakang takbir. Keperluan dia isteri siap sedia, jaga anak2 tunggang terbalik. Bila buruk rupa paras isteri dikatakan hodoh. Tapi masalahnya isteri tak de masa utak diri sendiri semua ala kadar saja sbb hidup dia utak suami dan anak2.

Cuba bg masa utak isteri, suami jaga anak2 kejap2 dh tanya bila nak balik. Anak2 buat perangai bagai. Habis selama isteri jaga tu anak tak buat perangai ke? Suami isteri sepatutnya sama2 menggalas tanggungjawab rumahtangga bersama. Bukan lepas kpd 1 pihak saja. Kalau rasa tak nak, tak payah berumah tangga. Menyusahkan anak orang saja.

Jeffrey Abd Wahid –Yang ni saya sokong 100% untuk memberi pengajaran dan pemahaman kepada suami2 yang tak paham2 dan saja tak nak paham kenapa isteri jadi macam tu.Dah lah sanggup korbankan keadaan fizikal yang lawa kerana mengandungkan zuriat (kadang2 korbankan nyawa), korbankan masa dan tenaga jaga anak dan keperluan suami, kadang2 korbankan masa untuk keluarga sendiri demi keluarga suami dan bermacam2 lagi pengorbanan yang dilakukan.

“SAYANGILAH SEORANG ISTERI YANG BANYAK BERKORBAN UNTUK KITA”

Sumber : Kisah Rumah Tangga Fans