“Tak sampai 2 hari dah ajak kahwin”. Bila wanita berharta ramainya lelaki nak ambil kesempatan

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum all!

Saya nak share kisah pengalaman saya berdepan dengan Lelaki G0ld Digger.

Dunia sekarang memang sudah terbalik, dahulu, bila disebut pengikis, g0ld digger, pasti wajah perempuan bermain di kepala. Perempuan memang tak lari dari perkataan pengikis dan hanya melayan lelaki yang berdompet tebal.

Tapi era zaman sekarang, sudah masuk alaf baru yang mana lelaki lebih dominasi watak G0ld Digger dan keadaan yang lebih teruk dari zaman wanita si g0ld digger dulu.

Saya sendiri pernah mengalami keadaan sebegitu bukan sekali, tetapi 3 kali.

Lelaki pertama, saya kenal dizaman universiti dahulu. Dia datang dari keluarga yang miskin. Dek kerana kasihan, aku sanggup share duit makan aku dengan dia. Mula kerana kasihan je, yelah, tahu struggle stay kat uni macam mana, sampailah kami sama-sama jatuh cinta.

Aku yang tolong dia apply PTPTN dan hinggalah dia ada duit untuk beli motor. Tapi sekupang pun dia tak pernah belanja aku makan. Aku bukan hadap duit dia, tapi apa salahnya air kotak dengan keropok sekalipun sekali sekala dia belanja aku.

Dia kantoi ada girl lain bila aku spy dia dari jauh. Aku ni punyalah percaya cakap dia, duit semua kena hantar balik kampung, so tak boleh nak bayar hutang aku. Tapi rupanya beli rantai bagi kat girl lain. Bila takde duit, mintak tolong aku. So aku bye bye lah lelaki macam tu.

Lelaki kedua aku kenal bila dah start kerja. Aku ni memang dari dulu mudah kasihankan orang. Aku bukan jenis wanita yang pandang harta dan rupa, aku kenal si dia ni bila kereta aku rosak. Dia tolong panggilkan truck untuk tarik kereta aku ke bengkel. Dia kerja technician tapi agak susah sebab yelah bukan senang nak survive di kl ni.

Aku pun berkenalan dengan maknye. Hari pertama kenal terus ajak naik kereta aku pergi shopping. Aku bab orang tua ni memang aku hormat tak kira siapa pun. Bila dah shopping sama-sama, sampai je kaunter, mak dia buat-buat cari duit, gelisah. Aku pun rasa kasihan, hulurkan kad kredit untuk bayarkan semua barang.

Tak henti disitu, hari-hari mak dia call suruh aku datang sebab nak mintak tolong aku ke sana sini. Aku dah pelik. Bukan tak nak tolong, tapi patutnya ada sikit rasa segan apatah lagi baru kenal dan bukannya isteri anak dia lagi, bila aku menolak, mula buat muka. Kononnya macam mana aku nak jadi isteri anak dia sedangkan sikit macam ni pun tak boleh nak berkorban.

Hello! Anak dia tu tebongkang tidur kt bilik, aku lah yang kena bawak mak dia kehulur hilir. Duit minyak makan minum semua aku yang keluarkan. Sampailah mak aku tegur, bila nak berbuat baik pun biarlah ada limit. Ni dah macam hamba kena turut semua sedangkan masih belum ada apa-apa ikatan.

Mak dia pun mulut boleh tahan jugaklah. Bila aku dah mula jarak dengan dorang, mulalah mak dia bawak mulut cakap tak berkenan dengan aku, kerana akulah anak dia dah makin jarak dengan dia.

Aku buat bodoh je bila dia cakap macam tu. Kalau takde kesabaran, memang aku akan balas balik. β€œkau ingat anak kau tu putera raja? Artis? Sampai aku nak kidnap anak kau dan tehegeh-hegeh dengan dia?” tapi orang tua kan, biar je lah.

Mak aku aku pun cakap, nampak sangat keluarga tu nak ambil kesempatan kat aku. Banyak jugaklah duit aku habis belanja makan minum. Apa saja lelaki tu tak demand dengan aku. Sebab golongan lelaki ni ingat kita orang perempuan tehegeh sangat nak kawin dengan dorang? So hati-hatilah dengan tok lebai yang acah-acah alim tapi pandai ambil kesempatan.

Lepas tu terus macam kucing gatal nak berbini ajak aku kawin cepat-cepat. Siap bagitahu mak aku konon nak start business. Mak aku awal-awal lagi reject sebab tahu lelaki macam tu dengan mulut manis akan suruh aku buat loan macam kes yang masuk surat khabar tempoh hari.

Memang aku akui memang susah nak cari jodoh yang betul-betul ikhlas. Aku ada terbaca satu confession dari orang bujang tempoh hari yang menyarankan supaya berhati-hati dan jangan gopoh untuk mencari pasangan. Tak kira lelaki atau perempuan, pasti kita inginkan yang terbaik untuk diri kita.

Aku setuju dengan pandangan beliau yang kita perlu ada persiapan diri untuk ke alam perkahwinan. Aku doakan semoga kawan-kawan bujang, ibu or bapa tunggal akan mendapat jodoh yang baik dan ikhlas satu hari nanti. Cuma aku ingin tekankan, hindarilah pasangan yang kaki kikis.

Bagi aku tak kira lah lelaki atau pempuan, G0ld Digger ni hanya pentingkan diri dorang saja. Kita ingatkan dapat sama-sama susah dengan mereka, tetapi malangnya, kita diambil kesempatan atas kebaikan yang kita berikan

Semoga semua dibawah lindunganNya. Jangan serik mencari dan tawakal kepada Ilahi πŸ™‚

Salam…

Mngsa G0ld Digger Melenia,

Lihat apa kata netizen selepas membaca perkongsian ini.

Syaffaira Dhiya –Mcm kes kakak aku.laki tu keje kerajaan ada muka sket bila time dating ajak makan tmpt best2 pastu buat2 rengek nak makan itu ini.pilih menu yang mahal2 tanak murah2.pastu time nk bayar buat muke seposen. Lps dah 2x terkena kakak aku pon blah je.

Mas Mazratul Humairah –Salah satu cara nak elakkan orang ambil kesempatan dengan kita adalah hidup sederhana.

Orang tak tahu kita kaya.
Kalau orang tahu pun dia tak tahu apa kita ada.
Cara makan,cara pakai dan gaya hidup sederhana.

Nampak miskin lebih selamat dari nampak ‘have2’.

Cik Ros –Patut la tak ada orang ngorat aku pun. Aku pakai keta buruk, cat pun pudar macam kena berus dawai besi. Sampaikan pomen kata kat aku, “you punya keta, tak kunci pun orang tak ambil.” πŸ˜… Rumah sewa. Sewa kat kawasan kos rendah.
Ooo lelaki sekarang materialistik ek. Meh aku lastik dia.

Maisarah Harvard –Tapi hati2 jugak. Sebab husband saya awal2 dulu memang sengaja pau duit saya berkali2. Time tu memang fikir dia ni dah la org sembahyang pandai ngaji keje bagus, nak pau duit saya pulak. Ada jenis macam ni ke dunia ni?.

Tapi rupe2 nya dia nak tau girl jenis saya ni boleh di harap tak. Jenis boleh mintak tolong ke tak. Susah nak tafsir minda orang laki ni. Tapi Alhamdulillah buat solat istikharah, jaga batas InshaAllah Allah mudah kan. Dia rupanya lelaki yang baik.

Yurin Hazara –Sangat2 memahami. Nasib baik i tinggal di negara timur tengah, jadi dah biasa semua lelaki yang buat. Bila balik negara sendiri terkejut SEMUA, semua ok! lelaki yang i kenal g0ld digger. Yang dah tua naik BMW umur 50 tahun pun, tak malu nak pinjam rm5k first time jumpa. Berhati2 la kaum wanitaku. Macam dah jadi trend skrg di msia, lelaki adalah g0ld digger.. πŸ€·β€β™€οΈ

Khairul Azahar –Dari step pertama lagi dah kena betul lah. Dalam alam perkenalan (bercinta) dah boleh tahu semua perkara nie :-

1. Jangan biasakan diri keluar duit belanja untuk lelaki pada fasa perkenalan, nak makan pun perempuan yang belanja. Lelaki yang gentleman takkan benarkan perempuan keluarkan duit dia untuk bayar semua nie (fasa nie pun dah sangkut, apa yang boleh kamu harapkan lepas berkahwin nanti ? )

2. Kalau lelaki dah start nak meminjam duit kepada kamu di alam bercinta nie, kalau boleh elakkan terus dia dari jadi pasangan hidup. Apatahlagi jika terjadi berulang-ulang kali. Boleh jadi, kamu hanya menjadi tempat sandaran untuk dia je..

3. Jangan disebabkan cinta, semuanya jadi kelabu. Lelaki macam nie dah banyak sangat.. betul, memang dah ramai. Tapi tue semua dah boleh nampak masa fasa bercinta. Tetapi jika cinta tue dah mengaburi semua perkara nie.. nak kata apa lagi kan ?

Pilihan di tangan masing-masing, nak pilih derita atau bahagia. Jika kebarangkalian itu tinggi, maka tinggalkan lah. Jika rendah, maka bertahanlah. Takde yang sempurna, cuma akal sahaja yang mewajarkannya… ✌

– Farrah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Apa pula kata anda.