Cikgu Fadli kongsi kisah bila guru guru menjadi mngsa dendam pelajar

Baru-baru ini seorang guru perempuan hantarkan aku gambar ini. (Gambar pertama)

Sedih sangat dia rasa bila kereta dicalar begitu rupa. Lebih menyedihkan, perbuatan ini dilakukan oleh murid sekolah rendah.

Gambar kedua itu pun kereta seorang guru. Guru disiplin agaknya. Suatu ketika dulu, keretanya disimbah cat hitam. Angkara amarah dan dendam anak-anak remaja kita.

Gambar ketiga itu, seorang ustazah digelar B*bi dan B0doh. Bahkan ada pula yang sanggup ambil batu besar untuk memukul guru.

Gambar terakhir itu lagi biadab. Guru menegur pelajar tidur atas meja. Apa yang guru tersebut dapat? Dia dicrut dan diacungkan jari tengah.

Kalau kalian diperlakukan begini, apa tindakan kalian agaknya? Nak rotan, kuasa hanya pada pengetua dan guru disiplin yang diturunkan kuasa sahaja.

Nak dibuat report polis, kesian kat murid sendiri. Akhirnya guru-guru tersebut berlalu dan redha dengan kekecewaan yang amat.

Guru-guru yang selalu dilawan begini biasanya merupakan guru-guru yang terbaik.

Inilah guru yang paling mengambil berat pelajar-pelajarnya. Pelajar ponteng, dia kejar. Pelajar membvli, dia ambik tindakan. Pelajar merokok, dia rotan.

Sayang sungguh dia pada pelajarnya. Risau akhlak mereka rosak. Risau mereka menjadi sampah masyarakat.

Dia cuba sedaya upaya memanusiakan manusia. Dia tahu ia takkan sesekali mudah, tapi dia tetap tabah.

Tapi guru, selamanya begitu. Marah memang marah. Kecewa memang kecewa, tapi untuk mendakwa pelajar sendiri, sangat payah.

Kasihnya lebih mendalam dari dendam dan amarah. Tapi kalau seringkali harta benda dirosakkan, siapa yang dapat tahan. Duit dipoket pun makin kurang.

Dia hantar keretanya ke bengkel. Untuk dibaik pulih agar seperti sedia ada. Mungkin bertahan setahun dua. Atau sebulan dua. Atau seminggu dua sebelum kejadian sama akan berulang.

Tapi aku pasti, guru ini takkan pernah penat. Takkan pernah mengalah demi sebuah tugas. Ya, dia memikul tugas paling berat di alam maya ini, memanusiakan manusia!

Ibubapa, tolonglah cakna sama. Kita dulu pernah remaja juga. Bukan keluar perut ibu terus ada kerja. Terus janggut panjang berjela. Kita faham jiwa remaja.

Kita tahu mereka mudah memberontak. Rasa gah bila dipandang samseng. Rasa hebat bila berbuat jahat. Aku tahulah. Aku pun pernah remaja juga. Kau pun sama kan?

Cubalah slow talk nak anak-anak remaja. Cubalah nasihat kat mereka. Walau setinggi mana pun amarah mereka pada sang guru, jangan sampai dipecahkan cermin kereta. Jangan sampai merosakkan harta benda. Jangan dibuat sebegini rupa.

Anak kita kan? Pasti kita tahu sedikit sebanyak baran mereka. Pasti kita sedar kenakalan mereka di sekolah. Walau tidak tahu banyak, pasti kita dapat hidu. Kan kita pun pernah lalu zaman itu.

Tolong la nasihat dan bagitahu anak-anak, jangan sampai merosakkan harta benda guru mereka. Walau sedalam mana dendam, ajar mereka tahan. Ajar mereka luahkan dengan cara yang lain, bukan melalui cara ini.

Poket guru tidak setebal poket menteri. Entah duit bajet dapur perlu dikurangkan, atau tabung simpanan kecemasan terpaksa dipecahkan. Fikir-fikirkan. Fikir dalam-dalam.

Ibubapa. Tolonglah cakna sama. Bantu kami memanusiakan mereka. Bantulah walau sedikit. Walau tidak mampu bantu dalam pelajaran, bantulah dengan nasihat.

Tugas membentuk masyarakat ini sebenarnya bermula dari rumah. Kalian yang pertama, kami para guru di sekolah yang menyambungnya.

#MFS
– Memanusiakan manusia itu satu tugasan yang besar –

Perkongsian dari Cikgu Fadli mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Cikgu2 lain turut tampil berkongsi pengalaman. Lihat apa kata mereka.

Sha Rasyid –Zaman saya skolah, Ustazah saya pun pernah kena khianat dengan student. Tapi apa dia cakap saya ingat sampai hari ni.. “Kereta calar, rosak boleh repair boleh cat semula.. Tapi kalau pelajar rosak tak dididik dibetulkan skang, sampai bila2 pun akan rosak..”

Roslina Manab –Saya dulu masa mula2 mengajar memang garang. Almaklumlah drah muda. Pernah sekali tu murid yang bila kita tegur dia boleh bangun, terbalikkan meja dan sebut b*bi. Apa lagi …elok kat tgn tengah pegang pembaris terus rejam budak tu. Lebam jugaklah, dia nangis, saya denda dia berdiri kat belakang.

Sekali mak dia report kat pejabat. Mujur PK1 backup, tolong settle. Sejak dari tu, terus baik budak tu. Dengar kata sikit. Tapi kalau sekarang buat lagu tu, saya dah kena tahan dlm lokap.

Yanti Norafiza Mansor –Kereta saya juga pernah dicalar, double lines belakang ke depan. Pernah diludah pelajar ketika itu saya berjalan di aras bawah pelajar sudah aim dan ludah dari tingkat atas kemudian lari.

Pernah juga kereta dikejar motor dan pelajar atas motor jerit2 di tingkap kereta saya, dihambur dengan macam-macam perkataan kesat itu sudah biasa, bila ditegur, pelajar menjawab, suaranya lebih lantang dari saya. Itu belum lagi berhadapan dengan sikap ibubapa yang menangkan anak, bagaimana anak-anak tak rosak.

Alimi Mikayla –Dulu pernah jadi pengawas,report pasal geng budak ***** jahat pagar keluar sekolah. Esoknya tengah naik tangga, tiba2 lalau seorang lelaki dengan pantas brrlari sambil tarik tudung saya. Sampai nampak rambut saya.

Dulu, pernah jadi cikgu. Diugvt ibu bapa nak saman dan report polis, siap ugvtan bnuh. Sebab baju anaknya koyak, saya tak pandai jaga. Padahal anaknya yang terlajak aktif sangat.

Sekarang, saya bukan cikgu sekolah. Biz online sambil training ejen/stokis buat biz online.

Kenangan sebagai cikgu sekolah. Banyak manis, banyak juga dugaan. Takpe, tak berdendam pun. Tetap sayang kat anak2 murid.

Hakim Rahman –Saya rasa cara nak disiplinkan budak2 ni adalah dengan mewajibkan kelas silat. Hat mana yang degil kepala batu tu boleh jadi demo sparring partner. Tengok penampar guru silat keras tak keras nak pecahkan ‘batu’ dalam hati dan kepala budak2 ni.

Cuba cikgu check., budak2 bermasalah ni aktif tak aktiviti fizikal di sekolah samada sukan atau silat.

Smith Jr Ryder –Sebangsat2 aku sebagai murid yang agak bermasalah kat skolah aku masih jaga air muka mak n abah aku. Masih lagi ada rasa hormat cikgu.

Budak sekarang ni aku tak tau la nak cakap macam mana. Muhamad Nasron Nasir mesti tau cikgu2 sekolah vokasional slim river macam mana kepala cikgu-cikgu. Tapi, kami masih hormat dan sampai sekarang masih berhubung.. Mak bapak yang back up anak-anak yang bermasalah ni aku pun tak tahu apa masalah mak bapak macam ni…

Nooradila Hashim –Saya pernah pengalaman kereta di calarkan dan Saya bagitau pentadbir saya nak buat report polis. Then pentadbir kata silakan. So memang Saya buat report polis. Tapi bukan suruh tangkap budak tu just sekadar amaran untuk depa.

Pastu mak ayah di dipersilakan bayar ganti rugi. Dah la kereta baru beli masa tu. Walaupun P sahaja. Tapi bulan-bulan yang membayarnya Kita so tuntut balik la hak yang dipedajalkan itu. Parent bayaq ganti rugi, polis Mai bg warning Kat bdk2 so settle.. Hurmmmm Sabaq jelah. Pastu takdak dah kes macam tu berlaku..😊😊😊

Sumber : Mohd Fadli Salleh

Apa pula kata anda.