Berpntang lps lahir anak luar nikah. Bkal suami ugvt nak lpaskan talak 3 dan btalkan pernikahan

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum readers. Tak tau la nak mula macam mana. Aku rasa celaru kucar kacir hati ni. Aku baru lepas habis pantang melahirkan seorang anak luar nikah dan bakal bernikah minggu hadapan. Dengan ayah kepada anak yang sama.

Terpaksa rela juga aku menerima untuk menikah dengan lelaki itu untuk menutup aib demi menjaga maruah keluarga aku. Kalau kami tak menikah, anak ini akan diserahkan pada keluarga angkat. Mana mampu untuk aku melepaskan anak aku walaupun bukan lahir dalam pernikahan.

Lelaki itu aku kenal sejak zaman sekolah lagi. Dia merupakan senior aku. Dia tua setahun. Menyulam cinta bertahun lamanya membuatkan kami berz1na. Setelah bertahun seronok dalam dosa, tahun lepas Allah tunjukkan kuasanya. Aku hamil pada bulan 11.

Dalam masa yang sama lelaki tu berkenalan dengan perempuan lain satu kilang dia bekerja. Dia tetap berhubung dengan perempuan tu walaupun perempuan tu dah berpunya. Aku pun tak faham kenapa perempuan tu melayan walaupun dah berpunya. Semoga pasangan dia tak curang jugak. Dan aku? Stress sangat. Lelaki tu memaksa aku untuk gugurkan kandungan. Ketika tu baru 2 minggu. Aku hampir juga menggugurkan.

Terima kasih pada sahabat aku yang menyedarkan aku dan menegah untuk aku gugurkan. Sahabat aku pernah bekerja sebagai pembantu klinik swasta dan memberitahu riisiko untuk mendapat knser rahim amat tinggi. Lelaki tu mengamuk dan marah. Katanya dia takkan menikah dan setuju untuk aku simpan anak ini. Sehabis boleh dia memaksa aku, memaki hamun dan menafikan itu anak dia.

Aku tau yang anak luar nikah boleh dibinkan nama ayah kandung jika mereka menikah sebelum usia kandungan 3 bulan. Dalam tempoh tu aku usaha dengan memujuk dia menikahi aku. Memujuk dia untuk jujur pada ayahnya mengenai kandungan aku. Tapi hampa. Katanya ayah dia ada sakit jantung dan tak nak ambil sebarang riisiko. 3 bulan berlalu begitu saja. Dan dia sudah tidak berhubungan dengan perempuan tu. Sehinggalah keluarga aku tahu. Ketika itu kandungan aku sudah 7 bulan.

Abah aku tak marah malah memujuk dia untuk menikah dengan aku. Abah kata aku harus menikah dengan dia untuk menutup malu dan kebajikan anak akan datang. Untuk segala keperluan dia memberi aku duit dan aku beli sikit2 barang bayi secara online. Namun dia sentiasa mengungkit wang yang pernah dia bagi.

Dan bila berlaku salah faham, dia selalu akan menyalahkan aku atas segala salah silap yang pernah aku buat. Katanya aku lah punca dia curang. Aku tak pandai kawal em0si. Padahal aku tengah hamil masa tu. Wajar la aku terem0si dan marah. Sebab aku sendiri pun tak faham diri aku masa tu. Dia sentiasa jadikan alasan yang aku tak matang tak reti jaga em0si untuk dia melakukan perkara yang aku tak suka.

Dia juga suka main game. Aku sangat terganggu sebenarnya dengan sikap kaki game dia ni. Untuk urusan nikah yang memerlukan aku berbincang dengan dia amatlah sukar. Bila aku call dia akan reject sebab tengah main game. Bayangkan aku chat dan call dia dari jam 2 petang sampai pukul 3 pagi baru dia respon dan itu pun bila dia nak tidur.

Itu waktu dia cuti. Bayangkan jika hari dia kerja. Memang takkan dapat bincang. Jadi macam mana urusan nak selesai. Sikap acuh tak acuh dia buat aku tertekan. Ada satu ketika tu dia main game seharian sampai 3 pagi. Esoknya dia ada kursus nikah. Tapi hari pertama dia terlepas kerana terlajak tidur. Tarikh nikah lagi 3 minggu. Dan sebab kes tu borang dia delay dan tarikh nikah kena ubah.

Tu belum kes jumpa perempuan lain dalam game sampai ke whatsapp berhubung. Siap saling hantar gambar dan dia buat folder khas untuk gambar perempuan tu. Masa kes dia menggatal balik ni aku dalam pantang 2 minggu. Bayangkan betapa teruknya em0si aku masa tu. Dengan family lagi yang masih tak dapat terima aku conteng arang di muka mereka.

Aku jadi marah pada anak aku. Malam hari biasanya aku paling nak mengamuk dengar anak aku menangis. Aku pernah pukul badan anak aku. Pernah abaikan anak aku menangis tak bagi dia susu. Pernah terfikir nak ambil pisau dan tkam anak aku. Allahuakbar..

Syukur aku tersedar. Aku tak kuat masa tu. Tapi lepas sebulan gejala baby blues makin lama makin hilang. Tekanan dan support yang kurang buat aku jadi macam tu tapi aku tak salahkan sesiapa. Memang semua tu berpunca dari diri sendiri. Hadap jela kan.

Dan dia.. Hmm macam tu la. Masih menyalahkan aku dan kata aku menyusahkan dia padahal aku buat semua ni untuk anak kami. Tiap kali bergaduh dia mesti akan suruh aku taat sebab dia suami aku. Dan dia juga selalu ugut untuk batalkan pernikahan dan akan mentalakkan 3 bila gaduh masa dah nikah nanti. Belum nikah dah fikir nak talak 3 kalau gaduh. Aku tak tau la apa nasib aku nanti.

Kata makian tak perlu cakap la. Banyak sangat. B0doh bebal dan binatang dalam hutan tu memang makanan dia kalau tengah marah aku. Solat kelaut. Aku tegur kata aku ustazah. Kata aku bajet baik. Tapi bila datang ke rumah aku elok pulak solat. Katanya nak tunjuk baik depan abah aku. Yela nak nikah kan. Bila aku tanya nanti nikah nak solat tak? Laju je jawab tak. Haih hip0krit.

Aku sebenarnya kesian kan anak aku. Waktu di klinik untuk ccuk sebulan anak aku menagis nak susu semasa tunggu giliran. Aku minta dia ambil bekas susu dalam kereta tapi masa tu dia sedang main game. Aku terpaksa dodoi anak aku satu klinik sebab dia tak hirau nak berhenti dan ambilkan susu dalam kereta. Lebih rela terus main game takut mti dalam game. Rela tengok anak lapar. Kesian anak aku.

Adakah aku betul untuk menikah dengan dia? Aku ada terbaca satu kata2 ni. ‘Pilihlah ayah yang baik untuk anak2 mu kelak kerana anak2 mu tak dapat memilih ayah mereka’. Akan terdidik dengan baik ke anak aku nanti?

Entah lah.. Kadang aku terfikir untuk sekadar menikah dan rela jika ditalakkan. Biar orang tau anak aku tu berbapa dan aku dah dicerraikan pun dah cukup. Biar anak aku selamat dari cacian orang walaupun aku tak bahagia. Kadang aku berangan akan ada lelaki yang sanggup untuk menikah dengan aku dan terima anak aku seadanya tapi tu semua mimpi je. Mana wujud lelaki yang nakkan anak selain anak dia nak2 lagi anak tu luar nikah.

Aku tertekan sangat. Aku jadi murung fikirkan nasib aku kelak lepas nikah. Dalam masa sama aku kesiankan abah dan keluarga aku. Aku buntu. Maaflah andai korang semak baca sebab panjang sangat. Aku tak tahu nak luah dimana. Orang menanti hari nikah penuh debaran. Aku pula tak bahagia dan bagai hilang harapan. Kalau inilah balasan yang dapat kikis dosa2 z1na aku, aku redha. Tolong doakan aku lapang dada dan kuat untuk anak aku pada hari akan datang.

Terima kasih sebab membaca.

Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Hayati Su Mi –Tak perlu kahwin. Contoh, kalau kamu duduk di negeri A, pindahlah ke negeri B. Di mana takde orang kenal kisah silam kamu. Bertaubat lah, dan besarkan anak tu baik baik..

Haiyani Mohd Hasyim –Anak tu tak kan jadi anak sah taraf pun tak kira lah berapa pun usia kandungan tu. Cuma undang2 Malaysia je yang mengizinkan untuk anak tu dibin/bintikan pada ayah bi0logi kalau parents kahwin dalam tempoh kandungan tertentu.

Dah. Selamatkan diri dan anak. Jaga anak tu elok2. Student saya ada je terlanjur, dapat anak. Tapi kami ni, family, guru, sekolah, kawan2, semua nasihat tak payah kahwin. Yang dah lepas tu, lepas. Yang penting masa depan. Kalau dah kahwin, silap2 ngan anak tu yang rosak sekali kat tangan ayah dia.

Nurul Wahidah Goners –Dik, ada someone yang akak kenal pun lalui benda sama. Siap lelaki tu banyak buat perempuan lain pregnant n mak bapak back up. Dia terpaksa kawin sebab kawan akak ni parents dia paksa untuk sahkan taraf anak. Lepas kawin cerrai terus. Skrg kawan akak tu dah kawin lain dengan lelaki yang betul2 sayang dia dan anak dia. Mentua pun sayang anak dia tu. Kahwin siap buat grand baju saje 70k. Lelaki tak guna macam tu, tak leh buat laki dan susah nak cakap boleh jadi ayah ke tak.

Anis Syafira –Saya rasa tak perlu pun nikah. Anak pun dah lahir. Kalau sebelum anak lahir pun haram nikah, walaupun untuk berbinkan nama dia. Sebab wanita mengandung haram dinikahi (sementara). Lebih baik sendiri daripada bernikah dengan org yang salah. Lain lah kalau dah kahwin, baru kenal perangai dia. Ni dah kenal, tahu dah macam mana. Boleh bayang kan nanti kahwin macam mana?

Fokus untuk besarkan anak cik. Berilah didikan yang terbaik. Kalau taknak orang mengata, pindah ke tempat baru, mulakan hidup baru. Kalau nikah dengan dia pun, bukan anak tu boleh berbinkan nama dia pun. Saya harap cik kuat

Emirul Nor –Jangan tambah beban yang ada. Nanti anak jadi mngsa kau pun jadi mngsa. Kau jaga je sorang anak tu. Usah di fikir soal takde bapa. Benda dah lepas , biarkan lepas bertaubat dan fikir masa depan. Sekarang kau mesti dah insaf kan, doa banyak2 insyaAllah Allah tunjuk jalan.

Aku yang baca pun tak rela bersuamikan lelaki macam tu. Nanti dah kawen dia buat perangai jugak. Dia takkan berubah, silap2 kau jadi punch beg dia. Percaya la cakap aku. Nanti kawen, beranak lagi masalah tak selesai jugak. Sementara sorang ni, senang lagi handle jika nak di bandingkan anak berjujut.

– Star Anise (Bukan nama sebenar) via iiumc

Apa pula kata anda.