“Bang, jangan sampai abang balik tengok saya dengan anak-anak dah tergntung dekat kipas.”

Foto sekadar hiasan. Dulu, sebelum nikah memang bini aku ada cakap yang dia ada depressi0n. Aku masa tu, iyakan aje sebab bagi aku, aku rasa aku boleh handle. Sampailah bila dah kahwin dan berpindah masuk duduk bersama, baru aku tahu tinggi rendah ‘angin taufan’ bini aku.

Kenapa aku cakap macam tu? Tak, aku bukan nak meletakkan stigma pada sakit mental. Baca dulu.

Aku anggap ni semua ujian untuk aku. Dari awal berkahwin lagi aku nampak betapa barannya bini aku. Dulu, orang yang aku kenal, nampak lembut dan sweet bertukar 180° dengan sekelip mata.

Sungguh, aku tertekan betul. Tipulah kalau aku tak pressure. Bini aku punya baran bukan sikit-sikit. Kalau marah, tinggi suara menengking sampai keluar suara jantan. Banyak kali juga bila amarah dia datang, habis segala barang dia lempar. Tu belum lagi masuk episod meroyan lepas bersalin.

Alhamdulillah bini aku bunting pelamin lepas 4 minggu berkahwin. Aku happy. Siapa tak happy woih nak jadi bapak. Tapi itulah, bini aku alah teruk. Sampai nak bersalin pun masih muntah-muntah. Muntah bukan sikit-sikit, segala jenis isi perut keluar. Masa tu aku memang banyak mengalah dengan dia apetah lagi melayan baran yang tak menentu. Kesian tengok kesan pembawakan budak sampailah saat bersalin.

Aku tengok bini aku makin kusut. Ada satu malam ni, tengah malam, tiba-tiba bini aku kejut aku marah-marah. Pulak tu, dengan baby yang masih kecik ni dia marahkan jugak. Aku ambil baby, peluk erat. Aku tengok bini aku dah lain macam. Marah-marah dia sampai melalut-lalut.

Bukan aku tak nak marah bini aku, kang ada yang cakap aku dayus. Aku tahulah bini aku ni macam mana, kalau aku marah balik pun masalah tak akan selesai. Aku biarkan dia reda sendiri. Kalau dilayan makin menjadi, baik aku diam.

Dah habis pantang, kami balik rumah kami. Macam itulah episod yang sama aku hadap seiring masa dengan baby yang semakin membesar. Bini aku ni, marah-marah dia pun, aku tetap hargai dia jaga makan minum, bela anak aku. Sampailah bini aku mengandung lagi, aku tengok amarah dia dah mula slow down sikit. Sikit je lah. Alhamdulillah mengandung kali kedua ni, dia tak mabuk sangat.

Aku perhati dia dah mula rajin nak keluar rumah cari ilmu. Kau bayangkan, bini aku ni surirumah. Kalau tak hadap anak, hadap dinding. Jadi bila dia cakap nak masuk kelas, aku izinkan. Biar dia keluar, supaya release sikit tensi0n dia tu. Aku perasan bila dia keluar rumah kejap, mood dia happy. Bila dia happy, aku pun happy.

Sebelum ni, hari-hari bini aku mengeluh dia cakap dia tak ada hala tuju dalam hidup. Bila dia tanya aku apa tujuan hidup dia, aku pun tak tahu nak jawab apa. Yelah, tujuan hidup dia sepatutnya dia lah yang tahu kan? Bila aku tak jawab, dia menangis sendiri. Down bukan sikit-sikit, down teruk. Aku pun tak tahu kenapa dia macam ni. Aku tak nampak pun benda yang nak di’down’kan. Aku biarkan dia menangis, biarkan dia lepaskan rasa sedih dia tu. Itu aje yang aku mampu buat.

Satu yang aku perasan, aku tengok bini aku rajin buat kerja amal. Aku support usaha dia sebab aku nampak bini aku bersemangat lain macam bila buat benda alah ni. Yalah, sebelum ni asyik mengeluh menangis je. Bila dia suka apa yang dia buat, aku pun supportlah. Tapi tu lah, kadang aku pun pening.

Buka tabung amal kumpul duit buat dana sekian-sekian, bila duit tak cukup nanti dia topup guna duit dia pulak. Aku bisinglah sebab kita orang pun bukan jenis berduit. Pulak tu, topup bukan sikit-sikit, main ratus-ratus jugak. Bila aku cakap kenapa, nanti dia jawab kesian bang, kesian. Haih lah pening aku, kalau datang dia punya empati tu, tak boleh bawa bincang. Aku macam biasa la, mengalah. Bini kan, siapa tak sayang bini.

Bila bini aku nak bersalin kali kedua ni, aku trauma kenangkan balik masa dia dalam pantang dulu. Jujur aku cakap, aku takut sebenarnya bini aku marah-marah. Bila asyik kena marah ni, kadang nak buat sesuatu pun aku fikir, ehh nanti bini aku marah lagi tak?

Kisahnya aku terlambat datang hospital teman bini aku. Dia dah selamat bersalin sebelah malam sebelumnya jadi aku balik kejap mandi, makan, tengok anak aku yang pertama. Aku janji nak datang semula pukul 12.30 tengah hari tapi dekat pukul 1 petang aku belum sampai wad. Dalam hati aku dah terdetik, confirm bini aku mengamuk ni. Tapi kali ni bila aku sampai bini aku dari jauh dah senyum. Salam dan sambut aku dengan lemah-lembut. Aihh, keajaiban apakah ini?

Aku support betul bini aku. Aku betul-betul nak dia sihat sebab tu bersalin anak nombor dua ni aku sanggup ambil cuti sebulan tanpa gaji walaupun aku sedar nanti akan effect tempoh perkhidmatan aku. Sebulan ni rutin harian aku sibuk. Penat memang penat, pagi-pagi dah terkejar-kejar nak siapkan breakfast, air rebusan mandi, panaskan tungku, mandikan budak, urus anak pertama, dan macam-macam lagi tapi aku puas hati.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh aku jaga bini aku berpantang, bini aku nampak makin tenang. Dia pun rajin berbengkung, bertungku, berpilis param. Yang paling aku suka, bini aku berjaya susukan anak sepenuhnya sebab sebelum ni dia memang down teruk tak dapat susukan anak pertama kami.

Bini aku sahut cabaran. Bagi aku okay lah sebab dia mahu buat sesuatu dari terus duduk rumah meratap kesedihan dia tu. Dari job baby photography, dia mula ambil job wedding. Bila dia balik rumah, cakap dia tak puas hati dengan hasil gambar-gambar dia, aku tengok dia mula usaha masuk kelas-kelas photography pulak. Takpe, aku support sebab jarang aku tengok bini aku nak buat sesuatu sungguh-sungguh. Alhamdulillah sekarang, bini aku dah buka kelas dia sendiri. Kelas photography, belajar ambil gambar guna henpon je.

Aku ingat semua benda dah okay walaupun baran bini aku tu masih ada. Lepas anak kedua kami umur setahun, ada satu pagi ni bini aku datang, dia cakap “Bang, jangan sampai abang balik tengok saya dengan anak-anak dah tergantung dekat kipas.”

Apa benda pulak ni. Aku pun tak tahu nak buat apa. Aku tanya apa abang boleh buat? Dia cakap dia nak pergi klinik, pagi tu juga. Masa dia cakap tu aku tengah bersiap-siap nak pergi opis. Hari yang sama, lepas rujuk di klinik bini aku kena refer ke hospital jumpa pakar. Masa tu aku ada kerja, tak dapat teman bini aku. Bini aku cakap tak apa, dia angkut anak-anak sekali jumpa pakar. Pakar psykiatri ya.

Tak lama lepas tu aku dapat panggilan, bini aku sepatutnya kena masuk wad tapi sebab katil penuh, doktor bagi ubat high d0se untuk bini aku. Doktor berani lepaskan sebab aku willing tengokkan bini aku.

Masa nilah baru kami tahu yang bini aku menghidap anxiety dis0rder tahap psychosis, yang mana bini aku ni dah mula dengar bisikan-bisikan. Bini aku cakap, dia nak gantung diri tu bukan sebab tak sayang aku atau anak-anak aku, tapi sebab dia dah tak tahan dengar suara-suara dan fikiran negatif berserabut dalam kepala otak dia.

Bila bercakap tentang sakit mental, stigma tetap akan ada. Masa mula-mula penulisan bini aku viral, aku pun turut sama terkesan. Yalah, orang tetap akan bercakap ye tak? Aku mula-mula susah juga nak terima. Bini aku pun tak lari dari kena kecam dengan komen netizen. Aku tengok bini aku down. Aku tanya kenapa dia menulis?

Banyak kali dia cakap, ramai orang sakit macam dia tapi semua simpan dalam. Sakit macam ni, lagi dipendam lagi sakit. Dia betul-betul niat nak menulis tu untuk masyarakat tahu betapa seksanya sakit begini dan betapa pentingnya seorang ibu dan isteri sebagai nadi dalam keluarga. Lama-lama aku rasa aku pun okay, aku cakap dengan dia teruskanlah menulis kalau tu buat dia happy.

Siapa sangka, dalam tempoh dekat dua tahun dia menulis sekarang dekat 10k followers dia. Dia pun tak jangka. Aku pun sama kagum. Syukur alhamdulillah Allah mudahkan aku didik bini aku. Aku tak push dia, aku banyak bagi dorongan. Aku tahu bini aku ni keras orangnya. Kalau aku asyik push nanti dia stress. Bila dia stress nanti dia marah. Bila dia marah nanti dia lagi baran. Jadi aku pun sama belajar untuk sama bersabar.

Bini aku banyak belajar untuk cope dengan sakit dia dalam masa dua tahun ni. Sebelum ni aku selalu pesan pada bini aku, kalau ada masalah jangan lari. Jadi bini aku belajar cari ilmu untuk selesaikan masalah-masalah dia. Bini aku belajar control makan, belajar ilmu parenting, belajar untuk terus ubah diri dia dari segi hubungan dengan Tuhan & mak bapak, belajar untuk tak marah-marah lagi. Ehh banyaklah dia belajar.

Sekarang ni aku tengok bini aku lagi tenang dari aku. Kau tahu, bini aku sekarang tengah pantang anak nombor tiga. Dia punya tenang sampai aku pulak yang pening. Rumah sepah – dia rileks. Anak menangis – dia rileks. Makanan belum siap – dia rileks. Baju tak angkat – dia rileks. Kalau dulu mau sepelaung dia dah jerkah menjerit. Sekarang dia pulak pesan dekat aku “tenang bang, tenang.” Sebab tu aku cakap bini aku sekarang dah banyak berubah.

Dalam masa beberapa tahun ni, aku sebagai pasangan sama-sama hadap jatuh bangun sakit mental dia. Aku tak tahu apa yang aku boleh buat melainkan bagi support. Bini aku pernah tanya kenapa aku tak pernah marah dia. Aku jawab kalau aku marah, aku pun sama macam dia. Aku anggap ini semua ujian tuhan untuk aku. Aku raikan bini aku ini sempurna dalam tak kesempurnaan dia.

Yang penting aku untuk terus support bini aku. 3 tahun aku sabar, berbuih mulut aku nasihatkan bini aku, baru aku nampak bini aku nak berubah, sikit demi sedikit sampailah sekarang. Punyalah ramai orang wasap aku luah perasaan (sebab diaorang ingat nombor aku tu bini aku punya) cerita masalah bertalu-talu.

Satu je aku boleh pesan, pesakit tu sendiri kena ada kesedaran untuk ubah dan bantu diri dia. Tak ada siapa boleh tolong diri sendiri melainkan diri dia sendiri. Dan kita sebagai support system, bagi ruang dan peluang untuk diaorang. Mereka sangat memerlukan persekitaran yang positif.

P/s : Aku harap apa yang aku kongsi ni dapat beri manfaat, insyaaAllah.

Lihat apa kata netizen.

Shazudin bin Mat –artikel ni bagus sangat. Ramai je yang ada masalah macam ni, cuma orang sekeliling mereka samaada tidak mahu ambil tahu, atau malas nak ambil tahu, atau tidak sempat nak ambil tahu

Munirah jasamani –Kenapa aku nanges baca cerita ni? Rasa ikhlasnya kau sebagai suami menjaga amanah yg bergelar isteri, sebab tu Allah mudahkan dan kurniakan bnda yang korang tak capai akal pon, sabar kau tu aku admire, moga dipermudahkan segala urusan, moga isteri encik cepat pulih, dan anak2 dalam jagaan dan lindungan allah.

Su zack –Sangat kagum dgn saudara. Tahniah anda satu dalam sejuta. A rare gem. Saya doakan saudara dan wife diberikan rahmah dan dipermudahkan urusan oleh Allah..💪

Salju Kencana –Aku setuju statement kau.

Pesakit tu sendiri kena usaha nak sembuhkan sakit dia dan berubah.

Kadang2 ada pesakit yang ‘keras’ kepala nak dia je betul, orang je kena mengalah dengan dia. Pesakit macam ni memang susah nak sembuh.

Tahniah sebab sabar. Isteri kau adalah lubuk pahala kau nak ke syurga. Tabik spring dari aku.

– Akmal (Bukan nama sebenar) via iiumc