Suami asyik lihat foto selfie gadis lain. Bila ditanya jawapannya langsung tak menyenangkan

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Hai. Saya berumur 21 tahun dan baru setahun lebih dalam alam pernikahan. Disini saya ingin meminta pendapat tentang ikhtilat (batas pergaulan) suami isteri selepas bernikah. Mungkin sedikit panjang, harap sudilah berkongsi pendapat yang dapat melegakan hati saya.

Saya ceritakan latar belakang suami dan saya dahulu. Saya lepasan tahfiz dan mempunyai ramai kawan perempuan dan kawan lelaki hanya beberapa kenalan sahaja. Suami saya juga lepasan tahfiz dan pondok tapi pergaulannya bebas tapi tidaklah liar.

Tapi suami akui memang ramai kawan perempuan kerana suami memang seorang yang mudah mesra serta peramah dan sejurus sebelum hari pernikahan tiba, suami telah memadam semua contact kawan perempuannya, cuma suami masih mempunyai group whatsapp dengan kawan baiknya yang terdiri dari beberapa lelaki dan perempuan.

Alhamdulillah sepanjang pernikahan, suami melayan saya dengan baik sekali. Cuma biasalah alam rumahtangga ada musim pasang surutnya.

Disini ingin saya ceritakan masalah saya pada harini untuk diluahkan untuh meminta pendapat apakah benar tindakan saya ini.

Minggu lepas saya mendapati suami saya asyik melihat gambar2 selfie seorang perempuan yang bergelar kawan baiknya itu di fb. Kalau sekeping dua dimaafkan lagi. Tapi tidak. Banyak juga yang dilihat. Pakaikan kawan baiknya sudahlah menampakkan sosok tubuh yang tidak enak dipandang. Allahu sedih hati saya. Cemburu mungkin.

Isteri mana tidak cemburu melihat suami yang disayanginya memandang wanita lain lagi2 pakaiannya yang menjolok mata. Sejurus mengetahuinya, saya terus bertanyakan pada suami saya, kenapa melihat gambar2 temannya itu. Jawapan yang beliau berikan langsung tak menenangkan jiwa saya.

Beberapa hari juga saya makan hati memendam rasa kecewa, tapi tetap layanan yang baik saya berikan pada suami saya kerana saya tahu itu hanyalah hal yang remeh temeh sahaja tapi tetap menyakitkan bagi seorang isteri.

Namun, hari ini adalah hari ketiga saya dihantui mimpi ngeri, diselubungi rasa sedih nan kecewa kerana terbaca perbualan suami dan kawan2 baiknya di group whtsapp bahawa suatu pagi kelmarin, suami beria2 mengajak kawan baik perempuannya untuk bersarapan bersama2.

Saat saya membaca perbualan itu, hati saya seakan remuk. Saya dirumah langsung tak bersarapan apa2 kerana sibuk menyusukan anak yang masih kecil, hanya menjamah beberapa keping biskut, tapi suami merancang ingin bersarapan dengan kawan baiknya. Siap menyatakan ingin belanja.

Saya berasa amat marah, kecewa, sakit hati dan sedih. Saya bukan cemburu buta. Tapi bagi saya suami sepatutnya tidak boleh memperlakukan seperti itu. Beliau sudah bergelar seorang suami. Bagi saya, agak kurang manis andai berkelakuan seperti itu. Boleh jatuh fitnah dengan masyarakat sekeliling. Bahkan akan ada bisikan syaiitan yang tidak diketahui apa yang akan terjadi.

Ye itu semua perancangan Allah. Tapi kita manusia, Allah beri akal untuk berfikir. Allah beri peluang untuk memilih. Jadi, bende boleh elak kita elak. Fikirkan perasaan orang yang penting yang kita sayang.

Saya bertanya pada suami, andai saya perlakukan seperti mana dia lakukan pada saya, cemburu tak? Ye beliau akui beliau cemburu. Suami saya juga pernah menyatakan bahawa beliau tidak suka saya berkawan dengan mana2 lelaki. Saya akur. Tapi suami?

Sewaktu dahulu, pernah saya menyatakan kepada suami bahawa tidak perlu ada group whatsapp bersama kawan perempuan hatta kawan baik sekalipun. Kerana saya tidak suka melihat beliau rancak berborak kosong dengan lain jantina hatta dalam group whatsapp sekalipun.

Demikian yang kita tahu bahawa (ikhtilat) batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, dibolehkan berhubung andai ada urusan penting seperti urusan kerja atau selainnya yang mustahak kerana tidak mahu hadirnya syaitan bagi merencah rasa seronok.

Dan saya juga pernah menyuarakan pendapat untuk tubuhkan group whatsapp yang baru yang terdiri dari kawan baik lelakinya sahaja. Tapi suami saya tidak menyetujuinya kerana katanya mereka kawan susah senang sewaktu bujang dahulu.

Saya bukan menyuruh terus putuskan hubungan kawan perempuan tu, cuma tidak selalu berhubung sahaja. Dan andai terjumpa di mana2, bukannya suruh bermasam muka. Tegurlah juga tapi janganlah sampai nak keluar makan atau lepak bersama tanpa ada isteri bersama.

Jadi disini, apakah benar tindakan saya ini? Sejujurnya saya kata, saya cemburu melihat suami saya bersama kawan baik perempuannya itu. Ada ke Isteri yang tidak rasa cemburu?

Luahan Jannah mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Shikin Ekin –Bg saya bila mana seseorang itu telah berkahwin, tiada lg istilah kwn baik yang berlainan jantina.

Respect each other.

Noor Latipa Ismail –Awak suami isteri berlatar belakang kan pendidikan agama yang baik. Seharusnya kamu berdua lebih arif bab2 ni. Kami yang biasa2 je ni pun tahu, perbuatan suami tu salah. Ajak kawan bukan mahram keluar sedangkan isteri depan mata tidak diperdulikan…

IsHmah Musfirah –21 tahun girls you are too naive. Buat je lah macam suami anda buat. Baru dia reti sikit ingat diri sendiri hot sangat ke. Lelaki ni memang kena rasa ubat dia sendiri.

Farin Ahmad –Laki n pompuan, takde istilah BFF, adik angkat bagai. Melainkan salah sorang mesti ada hati n perasaan.

Laki ni, lagi kau halang, lagi kau kongkong, lg dia rasa tercabar nak buat. Ha ha.

Solution? Pandai2 dialah . Kau kahwin dgn org ‘beragama’ ni, kau mesti kena ready 24jam untuk dpt madu. Almklumlah, org beragama ni kan tak pandang kacau2 suka2 ni. Dia suka sikit je, terus ‘sudikah anti menjadi zaujah Ana? Kalau anti tak sudi, sudikah dikenalkan ukhti anti kepada Ana untuk dijadikan bidadari Ana?’😏😏😏

Diqq Rezally Said –Yg tinggi ilmu agama ni lagi kuat ujian nye. Allah menguji suami dn menguji puan jugek sebenar nye. Ajak suami berbincang secara berhemah, terus trg dn luahkan pada suami ttng apa yang puan rasa.

Tempoh untuk kita mengenali psgn bkn cukup 5 tahun at least ambik masa hingga 10 tahun itupun belum tentu kita kenal psgn 100% lg. Akak ni dh berkahwin hampir 30 tahun mcm2 dh lalui. Yang penting dalam rmhtngga ni sikap jujur dan telus in shaa allah lalui semua nye dgn tenang

– Jannah (Bukan nama sebenar) via iiumc

Apa pula kata anda.