Guru ditemui tidak bernyawa. Suami pangku myat isteri sambil menangis

Seorang guru wanita ditemui mti di kediamannya tengahari tadi. Menerusi laporan Harian Metro, Fauziah ditemukan oleh anak bongsunya dengan bahagian badan di atas katil dan kaki di bawah.

Ikuti laporannya dibawah.

“SAYA lihat lelaki itu memangku myat isterinya sambil menangis, mulut arwh (mngsa) berdrah dan keadaan biliknya berselerak,” kata saksi, Muhd Shukri Zakaria, 24.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari, Muhd Shukri tiba di rumah lelaki yang dikenali Hamzah, 51, itu selepas isterinya, seorang guru, Fauziah Yop, 46, dipercayai mti dibnuh di sebuah rumah di Kampung Banggol, Jeneri di Sik, petang hari ini.

Fauziah ditemui terbnuh oleh anak bongsunya yang baru pulang dari sekolah di bilik rumah itu dalam keadaan menelungkup dengan bahagian badan di atas katil dan kaki di bawah.

Difahamkan, anak bongsu mngsa itu baru pulang bersama Hamzah, namun bapanya itu keluar semula sekitar 12.30 tengah hari.

Muhd Shukri berkata, dia bersama tiga lagi penduduk ke rumah guru berkenaan selepas dipanggil anak bongsu mngsa berhubung kejadian itu.

“Saya ketika itu sedang berniaga ayam di berhampiran rumah mngsa.

“Sampai di rumah (mngsa), saya lihat keadaan rumah berselerak dan ada laci (almari) yang terbuka.

“Apabila masuk ke bilik, saya lihat suami arwh sedang memangku myat isterinya itu sambil menangis,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

POLIS menyiasat kediaman Fauziah yang dipercayai mti dibnuh di Kampung Banggol, Jeneri di Sik. FOTO Ihsan Pembaca

Muhd Shukri berkata, dia bersama penduduk kemudian membantu mengangkat mngsa ke atas katil sebelum meminta bantuan jiran untuk menghubungi polis.

Katanya, dia tidak mendengar sebarang bunyi jeritan sebelum itu, walaupun kedudukan gerainya tidak jauh dari rumah mngsa.

“Cuma saya dan rakan nampak suami arwh baru balik dari menjemput anaknya di sekolah sebelum itu dan keluar semula 12.30 tengah hari.

“Tak sangka kejadian ini berlaku, arwh selalu ke gerai saya membeli ayam. Dia seorang yang baik serta peramah,” katanya yang juga ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berkenaan.

Sementara itu, Hamzah ketika ditemui enggan ditemu bual dan hanya berkata, “Saya tak mahu cerita apa-apa, tak sanggup saya hendak baca berita mengenai kemtian isteri saya,” katanya dalam keadaan sebak.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Setakat ini masih dalam siasatan, sama ada ia membabitkan kes bnuh ataupun sebaliknya,” katanya.

Masih bertelekung

Menerusi laporan Astro Awani, dinyatakan guru terbabit ditemui masih berpakaian telekung.

Menurut Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman, ketika ditemui, myat mngsa dalam keadaan tertiarap di atas katil sebuah bilik dan masih memakai kain telekung.

Mngsa, Fauziah Yup, yang mengajar di Sekolah Kebngsaan Padang Chicak, Jeneri dipercayai sedang bersembahyang sebelum dibnuh.

Jelasnya, kira-kira jam 1.30 petang, suami dan anak mngsa yang pulang ke rumah terkejut apabila mendapati mngsa dalam keadaan tersebut.

Pada awalnya, suami mngsa menyangkakan isterinya sedang tidur. Bagaimanapun sebaik mengejutkan mngsa, suaminya mendapati tiada tindak balas dari isterinya lantas dia terkejut apabila dapati mngsa sudah tidak bernyawa.

Tinjauan di laman komen, rata-rata pembaca meluahkan rasa simpati dan terkejut. Lihat apa kata pembaca.

Zaty Akmar –Nak curi to curi jela. Jangan di ambil nyawa org. Kesian lah anak2 nye kalau masih kecil …

Kwok Aaron –Minta semua waspada semasa berada di rumah. Sentiasa kunci pintu. Jangan biarkan terbuka walaupun rumah kampung. Jenayah datang tanpa kita sedar.

Muhammad Kamal –Innalillahiwainalillahirojiun..inilah Rupa samun. Bukan sekadar harta benda di rompak nyawa orang jadi taruhan. Semuga Allah cucuri rahmat ke atas Rohnya Dan Allah timpakan kecelekaan buat penjenayah Dan pembnuh kejam ni.. Aamiin Ya Rabbal Alamiin

Nazri Ahmad –Salam takziah. Moga pembnuhye dapat ditangkap dan dberikan hukuman setimpal atas perbuatan yang dlakukannye.

Mohd Zamizan –Banyak cerita sedih tentang tragedi kemtian. Semua diluar jangkaan Innalillahiwainnailaihirajiun. Moga arwh di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amiin.

Mohd Fadili –Biarla pihak polis lakukan siasatan. Wahai netizen2 semua, jangan lah duk tokok tambah cerita ok. Hormti lah sensitiviti keluarga mngsa

Sumber : Harian Metro, Astro Awani

Moga roh arwh dicucuri rahmat.