Anggota polis dan isteri mavt kmlangan. Bedah siasat dedah isteri hamil anak kembar

Menerusi laporan Harian Metro, suami seorang anggota polis dan isterinya mavt dalam kemlangan yang berlaku pagi tadi. Lebih memilukan, hasil bedah siasat mendapati isteri tengah hamil anak kembar. Ikut laporannya dibawah.

“BARU dua hari lalu mereka sekeluarga datang ke rumah kami di Taman Pelangi, Sentul namun tak masuk kerana mahu cepat,” kata Ramzi Ibrahim, 40.

Ramzi adalah abang ipar kepada Nurul Ashikin Kamarudin, 28, yang mavt bersama suaminya Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30, dalam kemlangan jalan raya ketika ke tempat kerja di Jalan Raja Laut.

Kejadian 8.30 pagi itu dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang Muhammad Syakiran yang juga anggota polis di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam merempuh belakang lori di susur keluar Jalan Syed Putra.

Nurul Ashikin mavt di tempat kejadian manakala suaminya disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 10.40 pagi.

Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki, Arfan Zikri, 2.

Ramzi berkata, adik iparnya itu sering menziarahi keluarganya pada waktu lapang.

“Namun dua hari lalu dia tak naik ke rumah dan memberitahu ingin cepat kerana suaminya perlu bekerja.

“Apa pun kami sekeluarga reda dengan pemergiannya. Setakat ini penjagaan anaknya masih dalam perbincangan keluarga dan akan diputuskan nanti,” katanya ketika ditemui hari ini.

NURUL Ashikin dan Muhammad Syakiran.

Menurutnya, jnazah pasangan itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Rekang, Melawi, Bachok, Kelantan iaitu di kampung suami isteri itu hari ini sejurus selesai proses bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki melanggar bahagian belakang sebuah lori.

“Siasatan mendapati mngsa menaiki motosikal jenis Yamaha 135 LC ingin mengubah laluan ke lorong tengah bagaimanapun gagal mengelak lori sebelum merempuh belakang lori berkenaan.

“Ketika kejadian keadaan trafik sesak menyebabkan lori itu perlahan dan berhenti,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menzahirkan ucapan takziah kepada mngsa.

Menerusi laman Facebook rasmi PDRM, Abdul Hamid turut menitipkan nasihat buat warga PDRM agar sentiasa berhati-hati terutama ketika bertugas di lapangan.

“Semoga roh Allahyarham Lans Koperal Muhammad Syakiran dan Allahyarhamah Puan Nurul Ashikin dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama solihin,” katanya.

Bedah siasat dedah Nurul Ashikin hamil kembar

NURUL Ashikin Kamaruddin yang meninggal dunia dalam kemlangan bersama suaminya, Muhammad Syakiran Shamsuddin di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur, hari ini mengandungkan anak kembar.

Menurut Nur Azmawati Shamsuddin, 37, berita kehamilan itu hanya diketahui mereka sekeluarga selepas bedah siasat ke atas myat Nurul Ashikin selesai pada 1 tengah hari.

Kakak kepada aruwah Muhammad Syakiran itu berkata, mereka sekeluarga sangat terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku, apatah lagi kandungan aruwah sudah berusia dua bulan.

Katanya, pasangan itu mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Arfan Ziqri yang berusia 22 bulan.

“Keluarga memang terkejut sebab kami belum dimaklumkan mengenai kandungan aruwah, mungkin kerana usia kandungan masih awal.

“Namun, saya dimaklumkan oleh adik-beradik yang berada di Kuala Lumpur, mereka menemui buku merah jambu (buku pemeriksaan kandungan) dalam beg tangan Nurul Ashikin,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nur Azmawati berkata, aruwah Muhammad Syakiran juga mempunyai kembar iaitu Muhammad Syakirin, 30, yang tinggal di Bachok, Kelantan dan sudah berumah tangga serta ada dua anak.

“Lebih memilukan apabila kami baru berkumpul di rumah aruwah beberapa hari lalu kerana berjalan-jalan di Kuala Lumpur dan aruwah juga menghantar adik bongsu (Muhammad Nazrul, 19) di stesen bas malam tadi (semalam) untuk pulang ke Kelantan.

“Nazrul pun tiba pada 7 pagi tadi (hari ini). Tiba-tiba kami terima pula berita mengenai mereka kemlangan,” katanya yang memberitahu jnazah kedua-duanya akan dihantar pulang hari ini dan dijangka tiba malam ini.

Katanya, jnazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Repek Hilir, Bachok.

Warga kuarters masih terkejut

Hingga ke saat ini kami warga kuarters polis sec 20 shah alam masih menangisi pemergian mengejut ahli keluarga kami di kuarters ini pagi tadi. Kemlangan mavt di Jalan Syed Putra pagi tadi meragut nyawa pasangan ini dalam sekelip mata. Yang lebih menyedihkan pasangan suami isteri ini meninggalkan seorang anak yang berusia 2 tahun. Allahuakhbar!

Jnazah telah dibawa ke kampung halaman keduanya di Kelantan. Tidak dapat kami bersama2 mereka di saat2 akhir menuju kediaman yang abadi.

Anak kecil itu telah dibawa oleh anggota yang bertugas mengiringi jnazah kedua ayah bonda ke kampung halaman. Anak yang masih tidak mengerti apa2. Yang masih terlalu mentah untuk menerima sebuah kehilangan untuk selamanya.

Semuga Allah mengampuni dosa2 allahyarham Lans Koperal Muhammad Syakiran dan allahyarhamah isterinya Nurul Ashikin dan ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan solehah.

Salam takziah dari kami untuk seluruh ahli keluarga keduanya. Kami juga turut merasai sebuah kehilangan.

Al Fatihah.

Antara komen warganet selepas membaca laporan ini.

Kamal Husain –Sedih nya baca kisah pasangan sehidup semati ni.. Tiba2 aku rasa sebak sebab tak sangka lepas sekeluarga berkumpul dirumah mereka, tiba2 mereka dah tiada.. Takziah buat semua keluarga. Moga di permudahkan segala urusan.

Cty Ayda –Allahuakbar sedihnya berita nie skli pg 4nyawa rupanya anak kehilangan ibu bapa dan adiknya. Semoga arwah suami isteri ditmptkn disyurgamu ya allah. Salam takziah bt keluarga aruwah.

Ayusnita Zaimey –Baby kembar dalam perut dpt bersama mak ngn ayah dia tanpa abg…tggu ye nti jumpa abg kt syurga nanti..abg membesar kt dunia dulu.

Ct Nor –Ya Allah kau rahmati la tempatkan la kedua pasangan ini bsama zuriat mereka d syurga, lapangkan lah kubur mereka ampunkan la dosa mereka,, aminn

Amizah Jahaya –Innalillahiwainailaihirojiun utk kedua suami isteri ni. Semoga keduanya ditempatkan bersama golongan org2 yg beriman… In shaa Allah… Dan smoga anak arwah yang berusia 22 bulan dijaga dgn baik dan diberikan ksh syg sepertimana ibu dan ayah dia. Smoga anak ni membesar dgn baik dan jd anak soleh. 😔

Sumber : Harian Metro , Ita Rossi Baharudin

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.