Masa mak nikah baru, aku xnaik pun masjid. Tak sampai setahun kawen bapak baru aku mennggal.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Confession ni tak terlalu panjang. Kisah macam mana aku tawar hati nak berkasih sayang dengan mak sendiri.

Aku perempuan, anak tunggal manakala mak aku ibu tunggal dan mak aku merupakan anak bongsu. Aruwah ayah dengan mak bercerrai masa aku masih kecil lagi. Gigi pun aku tak tumbuh lagi masa mak dengan ayah bercerrai. Technically, aku memang tak pernah rasa selayaknya kasih sayang seorang manusia bergelar ayah. Wajah aruwah ayah sikit pun tak ada dalam memori aku.

Mak aku lah yang besarkan aku dari tadika sampailah aku darjah 2. Masa aku nak naik darjah 3, mak tinggalkan aku rumah nenek sebab nak try cari peluang kerja luar negeri. Alasannya, mungkin boleh dapat gaji lebih sikit daripada gaji kerja di kampung.

Lama-kelamaan, mak aku macam lupa nak hantar duit belanja sekolah aku dan kebanyakkannya paklong aku yang tanggung. Setahun mungkin 2 kali je mak aku sempat balik jenguk aku lat kampung. PIBG sekolah selalunya maklong aku je yang pergi.

Masa aku form 3, mak aku bagitahu dia nak kahwin. Dengan pak sedara kawan sekerja dia yang umur lagi tua dari paklong aku. Mak aku kata dia dah penat kerja bawah orang, kalau dia kahwin bapak baru aku mampu tanggung sekolah aku. Masa tu aku marah dengan diri sendiri. Aku asyik fikir aku ni beban ke untuk mak aku? Nasib baik masa tu dah lepas PMR, so benda tu tak ada sampai menggangu pelajaran aku.

Masa mak aku nak akad nikah, aku tak naik pun masjid sebab aku rasa tak boleh nak terima. Kalau mak aku kata dia sayangkan bapak baru aku, aku boleh terima. Tapi penyebab sebenar cuma nak pastikan aku masih mampu terus belajar.

Bapak baru aku tu banyak duit tapi dia jugak ramai anak dengan bekas isteri dia. Rupanya mak aku kahwin pun sebab nak jaga bapak baru aku yang sakit jantung. Tak sampai setahun pun kahwin, bapak baru aku mennggal.

Lepas bapak baru aku mennggal, mak aku balik ke negeri tempat dia pernah kerja. Walaupun paklong aku, maklang aku ramai tak setuju. Aku makan hati lagi sebab yang mendengar segala umpat keji adik beradik mak aku di kampung hanyalah aku. Bermula dari situ, aku makin tawar hati nak bercakap dengan mak aku sendiri. Masa ni nampak sangat makcik dengan mak anjang aku tak sukakan mak aku dan aku sekali terkena tempias.

Kalau dulu aku bahasakan nama setiap kali bercakap dengan mak, bermula hari tu sampai sekarang aku cuma bahasakan aku sebagai “orang”. Masa aku asasi lah baru aku tahu berapa gaji bersih mak aku selama dia bekerja di negeri orang.

Kalau mak aku kerja di kampung, sekurang rumah tak perlu bayar sewa. Mungkin gaji bersih yang mak aku dapt di kampung sama sahaja nilainya.

Jujur aku katakan, aku tak reti dah nak bermanja dengan mak aku sendiri. Aku lebih percaya dan mesra dengan maklong aku untuk cerita apa-apa rahsia. Aku lebih suka masakan cara maklong aku. Aku lebih senang meluah rasa dan memeluk maklong aku berbanding mak aku. Maklong aku cukup tahu apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka.

Selepas aku grad degree dan dapat kerja tetap, mak aku dah tak bekerja dan balik tinggal dengan nenek aku. Aku rasakan aku hanya sekadar jalankan tanggungjawab seorang anak bagi duit bulanan untuk mak aku.

Kalau mak aku datang ke rumah sewa aku pun, aku jarang nak layan mak aku bercakap. Tapi aku cuba tunaikan segala apa permintaan atau hajat mak aku selagi aku termampu.

Aku tak reti nak bergurau senda bermesra dengan mak aku sendiri. Aku dah kaku nak ada sesi pujuk memujuk antara mak dengan anak. Aku cuma janji, selagi aku hidup dan aku mampu, aku takkan biarkan mak aku rasa hidup susah.

Hubungan adik beradik mak aku sekarang dah semakin baik. Aku nampak perubahan yang positif dalam cara paklong, mak anjang dan makcik aku melayan mak aku sekarang. Tapi, diri aku sendiri seolah ada tembok yang perlu dipecahkan kalau aku nak kembali ke zaman sebelum mak aku pilih untuk kerja di luar negeri.

Saya ada terbaca pasal isteri tak dicintai suami tapi suami masih jalankan tanggungjawab dan masih jaga keluarga dengan baik. Mungkin situasi kita tak sama, tapi apa yang saya rasa dan alami dengan mak saya lebih kurang. Percayalah, itu tandanya suami anda semua sayangkan anda dan cintakan anda selayaknya.

Saya sayangkan mak saya, saya cintakan mak saya. Tapi atas sebab tertentu saya dah tak reti nak zahirkan sayang tu dengan kata-kata atau lenggok badan. Saya cuma mampu zahirkan dengan sediakan kelengkapan dan jalan tanggungjawab seorang anak yang sekadar termampu. Aku tahu kami hanya ada satu sama lain sebagai sandaran selain daripa Allah SWT.

Kalau ada yang boleh nasihat atau bagi tips untuk saya bagaimana nak atasi kemarahan atau emosi terpendam dengan mak sendiri, silakan. Aku pun rindu nak jadi anak manja mak aku macam dulu yang boleh tidur berpeluk bawah ketiak mak aku malam-malam.

Lihat apa kata warganet selepas membaca perkongsian Nura.

Hanizah Hassan –Selalulah jengah ibu kamu walaupun hati tidak rela. Cinta dan kasih sayang itu milik Allah, berdoalah agar kasih sayang itu jadi milik kamu dan kamu sempat berkasih sayang dgn ibu sebelum terlambat

Kouru Kanagawa –Sebenarnya diantara adik & mak, ada satu tembok yang adik bina sendiri yang dipanggil tembok ‘kemarahan yang terpendam’. Tembok ini lah yang menghalang adik untuk menerima mak 100%.

Skrg ni apa yang adik perlu buat, beri kemaafan sedikit demi sedikit kepada mak. Pandanglah wajah tua mak. Lihat lah dgn penuh belas. Kenang lah segala kesusahan dan kesengsaraan yang mak sudah lalui sepanjang hidupnya.

Nasib seseorg berbeza mengikut aturan yang Allah dah beri kepada setiap hambaNya. Kehidupan ini dinilai oleh Allah melalui sejauh mana hambaNya kuat, cekal dan sabar dgn ujian2 Nya. Nasib adik sendiri pun dimasa depan belum ada jaminan samada dpt hidup aman tanpa diuji…

Cikgu Nurul –Bagi saya Nura (confessor) bukan ego, tetapi “tak biasa”. Bukan mudah sebenarnya nak tiba2 mesra dengan orang yang kita dah tak rapat, lebih2 lagi kita tahu, kita mempunyai satu pertalian rapat dengannya. Ia seolah2 di”paksa” menjadi rapat disebabkan pertalian itu.

Perasaan marah, walaupun ada, sebenarnya tidak begitu kuat. Jika tidak, pasti Nura lakukan semua tanggungjawabnya secara terpaksa. Tetapi dari hasil tulisannya, dia sebenarnya ikhlas. Ikhlas tapi rasa susah nak mesra semula.

Saya setuju cadangan Huda Taj. Nura kena cipta peluang2 untuk rapatkan lagi hubungan. Ajak jalan2/ cuti, buat aktiviti bersama. Kalau Nura dari jenis lambat mesra, bawa seseorang yang juga mudah rapat dgn ibu Nura sebagai perantara. Semasa orang tengah tu galak berbual dgn ibu, Nura join sekali perbualan sehingga lebih banyak Nura yang berbual dgn ibu.

– Nura (Bukan nama sebenar) via iiumc

Apa pula kata anda.