“Meraung mcm kena cubit”. Mika baru 7bulan tapi rasa nak giila melayan ragaman dia

Foto sekadar hiasan. Hai semua. Hari ni aku nak buat sikit confession. Aku, Dania. Seorang mak baru yang berumur 26 tahun. Aku ada seorang anak lelaki, Mikael aka Mika berumur 7 bulan. Confession aku hari ni berkenaan masalah aku menjaga anak aku sendiri.

Aku berhenti kerja sejak usia kandungan aku 6 bulan. Dari Mikael lahir sampai lah sekarang, aku yang jaga. Tapi sejak akhir-akhir ni aku rasa mcm nak gila melayan ragaman Mikael. Sebagai contoh, ini apa yang berlaku hari ni.

Rutin aku bermula sekitar 10 pagi, aku mandikan Mika selepas dia bangun. Bagi dia makan dan apa-apa yang berkaitan. Masalah aku bermula selepas aku siap bagi Mika makan. Aku perlu tinggalkan dia sekejap untuk aku masak. Tapi bila je aku tinggalkan dia, terus dia meraung serupa kena cubit. Tenangkan dia pun tak berguna. Bila aku letak je mesti dia menangis semula.

Ok fine, aku tinggalkan semua kerja rumah. Aku layan dia sorang je. Main-main dengan dia, tengok tv dengan dia. Once dia mcm merengek nak susu, aku terus susukan dia sampai dia terlelap. Alright, dah boleh sambung masak. Aku pun potong bahan-bahan semua, masuk dalam blender, kuatkan tv sikit. On blender! Uwaaaa, dan anak aku pun bangun. Baru masukkan bahan tumis, dia nangis lagi.

Nak tak nak aku tinggal lagi semua kerja dan layan dia balik. Almost 3 jam, masih takde tanda-tanda nak tidur. Perut aku pun dah berkeriut. Sah, gastr1c dan masuk angin. Tapi apa boleh buat, anak aku taknak berenggang. Puas aku belikan mainan, buku dan playpen tapi satu pun tak jalan. Dia cuma nak mak dia apatah lagi sekarang tengah fasa separation anxiiety.

Akhirnya dia tertidur jugak… Aku pun turun ke tingkat bawah nak capai tuala untuk mandi. Baru je aku pakai tuala… β€œBarang lama, barang lama, tv surat khabar.. pon! Pon! Pon!” Uwaaaaaa! Terus terjaga Mika masa tu, korang boleh bayangkan tak carutan dan makian aku yang berbakul-bakul masa tu?

Pukul 5 petang, aku masih belum masak, belum makan, belum mandi, kerja rumah yang lain jangan tanyalah. Satu apa pun aku tak dapat buat. Aku dah lost count berapa kali dah aku mental koyak, br0ke down teruk, marah anak aku sebab aku rasa teramat stress. Dengan laparnya, dengan tak mandinya, dengan penatnya. Semua ada.

Bayang je lah apa nak buat time tengah nak melepas hajat masa tu lah anak menangis tak cukup tanah. Aku takut jiran-jiran semua fikir aku dera anak je, takpun fikir aku tak peduli anak menangis.

Dan sudahnya aku terpaksa tunggu suami aku balik kerja. Penantian itu satu penyeksaan. Kadang-kadang pukul 8 malam pun belum tentu suami aku sampai rumah disebabkan tuntutan kerja dan jarak tempat kerja yang agak jauh dari rumah.

Nasib suami aku faham, dia tak kisah kalau aku tak dpt buat kerja-kerja rumah, tak sempat masak. Tapi aku yang ralat, aku rasa aku tak berguna jadi suri rumah. Takkan hari-hari nak makan luar. Belum lagi time aku dpt order untuk side bisnes aku. Lagi huru-hara jadinya.

Aku penat sangat-sangat. Seriously, aku tak tahu apa yang sepatutnya aku buat. Aku dah cuba macam-macam cara. Aku pernah bangun awal, dan memandangkan Mika tengah tidur, aku turun bawah siapkan makanan Mika dan masak untuk tengah hari. Aku dah kepung dia dengan bantal semua.

Setiap rutin yang aku buat aku macam mandikan anak, angkat anak dan banyak lagi akan buat pergelangan tangan aku sakit yang terlampau sangat. Gendong anak pun aku dah cuba, sampai mandi peluh aku dibuatnya. Semua ni buat aku rasa useless, rasa give up, rasa nak mti pun ada. Nasib aku belum sampai tahap nak pukul anak, tapi aku takut nanti aku terbuat macam tu suatu hari nanti sebab terlampau stress sangat πŸ™ Aku dahlah jenis cepat stress dan nak marah.

Aku percaya nanti ada yang kata kenapa aku tak bangun awal. Badan aku terlampau penat weh, setiap malam bukan aku dapat tidur lena pun. Mostly, anak aku bila nak susu dia meraung terus, bukan sikit-sikit punya nangis. The struggle is real!

Aku harap dengan luahan aku ni, ada lah yang dapat bagi cadangan untuk aku tackle masalah anak dalam nak menjaga anak aku ni. It feels like my insanity is on the edge, barely surviving. I wish masa lahirkan anak tu, keluar sekali guide macam mana nak jaga anak tu huhuhuhu. Nak tanya mak aku pun, dia macam tak helpful sangat sebab dia working mom dulu.

I will appreciate kalau ada mommies yang nak share jadual anak seharian or any tips. Hopefully it helps. (I did search on youtube, but mostly mat salleh mommies je banyak). And please, jangan lah cakap jadi surirumah ni kerja senang. It hurts you know. Last but not least, please keep your harsh words to yourself. I’ve had enough negative vibes already. Spread love, not hate.

Thanks in advance πŸ™‚

Struggling to be a decent mom,

Antara komen pembaca selepas membaca perkongsian ini.

Asyikin Aziz –Entah la. Masa anak 1 umo 25 tahun, den pun menggila macamni juga. Ada anak 2 baru ceredik sikit. Mungkin kena tambah anak lagi πŸ˜…πŸ˜….

Emirul Nor –Ibu terlalu paran0id kalau anak nangis. Bila anak slalu nangis , dia tau ibu dia akan pujuk. So di sini lah bermula nya masalah. Kalau letak tempat selamat , takde jadi masalah pun kalau anak nak jugak nangisss. Jangan paksa diri untuk menjadi ibu sempurna. Anak sihat dan selamat , okayyy la tu. Chill je. Jangan stresss.

Mushaibah Fauzi –Cadangan saya, kalau dah tak boleh coop sangat, hantar pengasuh atau taska. Hantar pengasuh atau taska bukan bermaksud kita tak sayang anak ye. Hantar halfday pun okey, sementara kita boleh settle kerja rumah sikit dan ada masa rehat kejap. Boleh latih anak untuk berdikari jugak.

Izrin Hariri –Masa saya anak sorang, macam awak lah Dania. Terkejar-2 semua benda nak buat. At one point, saya bawa je highchair ke dapur. Haaa duduk lah kau situ tengok mama tungtangtungtang dekat dapur. Kita bagi lah dia finger food (steamed carrots ke, ubi ke, biskut beras baby tu ke) dan of course buka kartun.

Then ada anak dua orang (anak sulung 3 tahun, baby baru 11 bulan), selagi anak bongsu tak melalak, haa kau duduk lah dengan kakak kau. Tapi their morning routines are- light breakfast (buah/cereal) tv wajib on Cocomelon dah happy semua I prep for lunch and terus masak. Selalu breakfast saya makan je roti ke atau whatever saya buat untuk husband (breakfast dia before gj kerja). Kalau sis nak tahu jadual saya, pm je la. Saya sudi share and tolong. Sebab saya faham sangat stress jadi surirumah macamana 😁

Sha Shahimi –Saya tak kahwin lagi, and ofc belum punya anak. Tapi saya keja taska. Ada 3 baby yang umur around 7-12 bulan. Sorang around 3 bulan. 6 orang umur 12months – 24 months. And 25 orang umur 2-5 tahun.

First, tidurkan dekat atas tilam dekat bawah lantai. Alaa, tilam budak tu, yang nipis tu.
Second, ajar dia bangun pagi. Tak kisah la subuh ke apa ke, asalkan bangun pagi.

Then dalam pukul 7am, boleh start tepuk bontot dia slowly. Bagi dia tidur dalam keadaan mengiring. Sambil tepuk tu, bagi dia minum susu. Dalam pukul 9am, kejut bagi dia bangun. Bagi dia makan pulak. Then dalam pukul 10, bagi mandi. Biar dia main dulu dalam tempoh sejam.

Pukul 11, bagi dia minum susu. Then tepuk bagi tidur. Bila dia dah tidur, boleh laa keluar buat keje apa yang patut.

Dalam pukul 2pm, kejut suruh bangun pulak ya. Bagi makan lagi. Then terus mandikan. Buat mcm tadi jugak, biar dia main dalam sejam. Pukul 4 bagi susu pulak, and tepuk bagi tidur lagi. Untuk petang ni susah sikit diorang nak tidur.

Goodluck ok 😊. Ni jadual dekat taska. Alhamdulillah baby tidur nyenyak. Maybe sebab kita orang didik dari awal macam tu. Sekarang kalau bagi susu lewat sikit je, dah mengamuk πŸ˜‚

– Dania (Bukan nama sebenar) via iiumc