“Aik Habil, apa buat ni”. Terkjut lihat pekerja masak nasi di lantai. Saat ditanya mengapa terus sebak rasa hati

Syukur Alhamdulillah, rezeki seorang ibu mendapat anak yang baik seperti Habil di mana dia sanggup memberikan gajinya kepada ibu agar dapat digunakan untuk berbelanja untuk diri dan adik-beradiknya yang lain.

Cerita yang dikongsikan oleh Azri Walter di Facebooknya semalam benar-benar membuatkan ramai netizen yang terkesan. Ada yang terus menghubungi ibu bapa masing-masing.

Semoga satu hari nanti, Habil dan Azri menjadi seorang jutawan dan sentiasa dipermudahkan urusan di dunia mahupun di akhirat.

SAYA sengaja naik office tadi. Ingat nak lepak dengan budak-budak team. Buka je pintu, tengok tak ada sesiapa. Lampu terbuka, saya pun melangkah masuk.

Saya pandang kiri, saya pandang kanan. Nampak di bawah meja seperti ada kelibat. Bulu roma mula meremang, tangan kiri saya masih standby pegang pintu kot ada apa-apa senang nak lari huhu.

Bunyi macam ada aktiviti di bawah meja. Saya tak puas hati, saya cekalkan hati. Apa nak jadi, jadi. Saya masuk menjenguk.

Saya pandang dia, dia pandang saya. Habil rupanya, tengah duduk sebelah rice cooker.

“Aik Habil. Apa buat ni? Masak nasi ke apa lauk?”

Dengan wajah takut, dia menggelupur berdiri sambil capai kopiah. “Eh tuan sori Tuan, saya masak nasi, tak makan lagi”

Saya hairan, “Habil, bukan minggu ni income dah seribu lebih ke? Kenapa tak makan dekat kedai bawah?”

Dia garu garu kepala. “Duit saya Tuan. Cuma minggu ni nak bagi mak. Mak tak ada pun minta, cuma saya kesian dekat mak. Kalau saya bagi duit, mak boleh guna beli baju ke, makan ke, boleh pakai untuk adik-adik sekali”

Habil ni saya tahu, ayahnya sudah mennggal dunia beberapa tahun dulu. Habil baru berusia 19 tahun datang merantau dari Kuala Lipis.

Sebak pula hati. Saya peluk dia. Saya cakap “Takpe, saya join Habil makan. Kita makan sama-sama okey! Saya turun bawah, beli lauk dan kami makan sama-sama.

Ayat paling saya terkesan waktu Habil cakap “Bukan apa Tuan. Saya pun tak tahu sampai bila mak ada. Sementara mak ada ni, saya nak bagi mak hepi. Saya takpe tak ada tanggungan. Lagipun saya dah pandai nak cari duit setiap hari”

Tergamam.

Antara saya belajar malam ni:

1. Kita ni, usah lokek dengan mak ayah terutama sekali mak. Kadang tu kita takut sangat tak cukup duit kalau bagi mak. Sedangkan, rezeki Allah bagi. Lagi banyak kita buat baik dekat mak, insyaAllah hidup kita diredhai.

2. Betul juga kata Habil. Waktu kecil, apa kita nak mak sedaya upaya tunaikan. Kadang tu benda yang kita tak minta pun mak bagi. Bila dah besar, kalau nak tak minta kita tetap kena bagi. Moga moga, mak redha kita, Allah pun redha dengan kita.

Jom kita sama-sama buat baik dekat mak dan ayah. Jika mereka sudah tiada, kita bantu dengan doa anak yang soleh okey.

Perkongsian Azri Walter mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Azri Walter –Ternyata, tulisan ini membuatkan mereka yang masih ada ibu terus call ibunya.

Yang ibunya sudah tiada, pasti dia terus menadah tangan memanjatkan doa.

Nurhusnah Husin –Terharu membacanya. Tapi sayang hanya sekejap je saya merasa memanggil omak dan ayah ni ..
betulah kata habil tu. Entah smpai bila dia ade ibu. Semmentara ade ibu tu berbaktilah kamu..

Diyana Zuhdi –Sejuk perut mak yang dpt anak macamni.. Alhamdulillah Habil.. Hargailah ibu yang masih ada..
Kenanglah jasa sayangilah sebaiknya. Bila dah takda, takda gunanya lagi nak menyesal..
Jangan bagi dia kecik hati jangan bagi dia kuarkan air mata, jujurlah dengan ibu sayangi sepenuh hati.. Habil bhgia dunia akhirat..

Kapten Airol Hasan –Kepada sahabat yang ada org tua… Ni la masanya… Ambik la peluang ni banyk2 selagi ada mereka. Jgn risau. 100% benar. Kalau awak mulia kan org tua awak.. Awak akan rasa lapang Dada..

Dil Jamal –Ade jgk pengubat hati amarah dengan cerita si anak tglkn mak smlm. Moga adik habil terus berjaya dunia sampai akhirat. Moga ibunya terus sihat, begitu jugak mkcik yang ditinggalkan anknye. Moga mkcik terus beri keampunan untuk anaknya..😢😢😢

Noor Wahida –Bro ni mampu buat aku pandang mak aku, aku pandang suami aku.. Yg mak penat besarkan aku, sampai skrang mak dduk dengan aku.

Alhamdulillah. Boleh hari2 tengok mak. Yang suami penat dia cari duit untuk kami semua.. Yala aku tak dapat kerja sbb sakit kronik.. Hanya mampu tenangkan dia kat rumah..

Sumber: Azri Walter via thereporter

Sejuk perut ibu mengandung. Tidak rugi jika kita berbakti kepada orang tua. Moga kisah Habil ini memberi pengajaran kepada kita.