Gaji cecah RM19 ribu sebulan. Walau dulu gagal dalam SPM bukan alasan untuk tidak berjaya

Gaji mencecah RM 19k sebulan. Wow, memang sangat banyak bukan. Walaupun gagal SPM, namun tiga anak muda ini membuktikan mereka mampu berjaya.

Menerusi laporan Sinar Harian, 3 anak muda ini berkongsi kisah mereka. Semoga dijadikan teladan kepada semua. Ikuti laporannya dibawah.

HULU TERENGGANU – Kegagalan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan bermaksud gelap masa depan, asalkan bijak mengambil peluang, kehidupan boleh berubah jauh lebih baik berbanding mereka yang berpendidikan tinggi.

Itulah yang dilalui tiga anak muda lepasan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur, Muhamad Badiuzaman Ya abu Bakar, 33, Mohd Faizal Ismail, 35 dan Muhamamd Qamarul Auji Amran, 32, apabila berjaya dalam bidang masing-masing.

Mereka kini antara pelatih kemahiran dalam bidang kimpalan dan jururegah yang mampu memperoleh pendapatan lumayan antara RM15,000 hingga RM19,000 sebulan sekaligus dilantik sebagai ikon Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Muhammad Badiuzaman berasal dari Kampung Ibok, Kemaman berkata, dia mengambil kursus kimpalan selama dua bulan di ABM pada tahun 2003 selepas melihat arwah abangnya, Muhamad Hasbiallah yang bekerja sebagai jurukimpal mendapat gaji tinggi.

“Saya sekolah fail (gagal), abang tanya kamu tak nak duit banyak ke sambil dia tunjuk wang gaji yang dibayar tunai. Kata-kata abang menyedarkan saya lalu ambil keputusan belajar kemahiran di ABM.

“Masa mula-mula kerja gaji saya hanya RM1,400. Tahun 2010, saya diberi kepercayaan jadi jurukimpal di laut sayaarikat swasta dengan pendapatan mencecah RM19,000 sebulan,” katanya ketika ditemui pada Program TVET Pembinaan Edisi Terengganu dan Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur, Jenagor, di sini semalam.

Dia yang mempunyai tiga anak berusia antara dua hingga enam tahun kini berkhidmat sebagai jurukimpal pelantar minyak sebuah sayaarikat milik Amerika Syarikat di Arab Saudi sejak tiga tahun lalu.

Sebelum Arab Saudi, dia pernah merasai pengalaman berkhidmat di negara China, Hong Kong, Myanmar, Amerika Syarikat, Dubai.

Muhammad Qamarul Auji, dari Kuala Terengganu pula kini mampu berbangga apabila berjaya menubuhkan sayaarikat kimpalan, perpaipan dan fabrikasi di Kemaman dan menggaji lebih 80 pekerja yang majoritinya lepasan bidang kemahiran.

“Keputusan SPM memang saya tidak layak masuk universiti. Biasalah, ada juga rakan yang mengejek saya kerana keputusan SPM teruk tetapi saya tidak marah kerana saya sendiri yang tidak mahu belajar.

“Sampai satu tahap, saya rasa ingin memajukan diri sendiri jadi saya pun mula mencari jalan dan melakukan pencarian di internet sehinggalah saya terjumpa maklumat mengenai ABM dan sambung belajar di sana,” katanya yang mengambil sijil dalam bidang perpaipan.

Suami kepada Nurul Asma Shafie, 31, itu berkata, dia bekerja makan gaji selama lapan tahun sebagai jururegah dengan gaji permulaan RM1,200 sebulan dan kemudian mengambil keputusan membuka sayaarikat sendiri pada tahun 2014 selepas berjaya mengumpul modal secukupnya.

Mohd Faizal yang juga bekerja di Arab Saudi dan pernah memperoleh pendapatan lebih RM20,000 sebulan berkata, bidang kemahiran banyak membuka dimensi baharu kepadanya selepas gagal meraih keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Menurut Faizal, hasil pendapatan itu dia kini mampu menghantar ibunya, Esah Mamat menunaikan ibadah haji dan umrah selain membeli aset dengan tunai.

“Saya tidak sangka, kursus Sijil Kimpalan di ABM mengubah hidup saya dan anak-anak muda yang tidak memperoleh keputusan baik dalam pendidikan harus mengambil peluang ceburkan diri dalam bidang kemahiran,” katanya yang berasal dari Kuala Terengganu.

Perkongsian mereka mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Farid –Gaji RM 19k tu betul, tapi kerja welding dalam air ini sangat berisiko tinggi. Memang patutlah gaji dibayar mahal.

Ia 100% praktikal dan teknikal, bukannya berdasarkan teori semata-mata macam dak-dak Master dan Ph.D selalu fikir tu.

Salman Al-Farisi –Rezeki milik Allah, berusaha untuk menjadi cemerlang itu adalah tanggungjawab setiap individu, jgn encourage orang utak belajar lebih kurang je tapi mengharap dapat peluaang kehidupan yang cerah. Berapa ramai yang kurang pelajaran tercicir dalam arus perdana, dan berapa ramai yang terpelajar mampu menyumbang kepada kemajuan negara.

Siti Fatimah Abu Bakar –Xkira gaji besar or kecil, janji masa dgn Tuhan,Keluarga dan diri kena ada. Jangan sampai tidak ada life dan jadi hamba duit ☺️ dan masing-masing rezeki Allah atur baik. Bersangka baik dgn Allah,hati dan jiwa lebih tenang ☺️☺️☺️

Incik Mijie –ABM mmg terbaik. Kalau rasa malas smbg belajar, masuklah kursus vokasional @ kemahiran. Jangan berhenti smpi spm je.

Saya pun lepasan pelajar kemahiran. Alhamdulillah saya berjaya dan ramai x sangka saya hanya pelajar lepasan sijil. Cuma kenelah bersabar untak dpt gaji tinggi. Timba pengalaman. Kemahiran + pengalaman menjadikan anda bernilai dalam industri sebenarnya. Bukan sijil anda ada..

Nasha –Anak saya tahun ni upsr tak tahu keputusan Dia macam mana. Dr darjah 1 sampi thun 3 kelas pemulihan. Keputusan periksa wajib ada merah biru tu jarang2. Sebagai ibu saya tak Pernh pksa Dia sebb saya tahu setiap anak2 ada kelebihan masing2.

Dengn usia dia 12 tahun sekrng. Kelebihan saya tengok suka baiki brng rosak. Mouse komputer 2/3 biji saya humban buang dalam tong samph dh rosak Dia kutip baiki.. Tkkejut saya Mouse tu boleh guna balik. Sy jual mesin jahit mini Custmer rosak tak hidup return kt saya Dia Baiki brnyawa balik mesin tu. Dr situ saya rasa wau.. Anak saya ni Allah beri kelebihan Dia bahagian lain. Ibu ayah jgn sedih kalau ank kita kurang brjaya dalam pljaran dalam tak sedar kita tak perasan ank kita punyai kelebihan lain.

Sumber : Sinar Harian