“Ada pakcik sebelah rumah ni, dia baling kucing ni lepastu dia sepak”. Menggeletar aku dengar jawapan budak itu

Foto kiri sekadar hiasan. Melalui laman IIUM confession, lelaki ini berkongsi kisah kucing kesayangannya yang mti setelah disepak jiran. Pemergian kucing yang selama ini menjadi peneman, membuatkan lelaki ini sedih. Mereka2 yang yang menyayangi haiwan pasti memahami apa yang dirasainya. Ikuti perkongsiannya lelaki ini dibawah.

Aku sedang membuat kerja di pejabat seperti biasa, dan tiba-tiba aku ditegur oleh rakan sekerja aku. Nama dia Hanif.

“Apesal kau nampak sedih je ni?”.

Memang aku mengaku, aku memang tengah bersedih. Aku tak dapat sembunyikan rasa kesedihan yang berada dalam jiwa aku, biarlah sejauh mana aku cuba sorokkannya. Namun, aku tak sangka mimik mukaku ini diperasan olehnya.

Dengan mata yang bengkak, merah dan air mata yang kadangkala berjurai. Aku menjawab persoalan Hanif dengan suara yang tersekat-sekat,

“Kucing aku mti”.

Dia bagai nak tergelak mendengar jawapan aku. Air mukanya menunjukkan seolah-olah dengan perkataan “Kucing je pun, itu pun nak emosional ke?”. Beginilah apa yang berlaku dan seringkali berlaku, bukan pada kita sahaja yang duduk di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

Beginilah, biar aku cerita mengenai kucing aku yang bernama MokNit ni.

Aku intip perlahan-lahan, dan sekilas pandangan aku kepadanya sahaja, aku sudah jatuh cinta pada kucing ini. Segera aku bawa masuk ke dalam rumah, dan aku mandiakannya. Setelah itu, aku ke kawasan kejiranan rumahku, dan juga menghantar secara online untuk bertanyakan, adakah kucing ini milik orang lain. Aku takut, kerana kucing itu mungkin kucing yang bertuan.

Setelah aku pasti kucing itu hanyalah seekor kucing jalanan ataupun dibuang walaupun umurnya tak sampai 3 bulan, aku keluar semula malam itu untuk membelikannya makanan, pasir untuknya menunaikan hajat serta rantai. Disebabkan tubuh kucing ini gemuk, tetapi dia agak kenit, maka aku panggilnya MokNit.

Adanya MokNit ini betul-betul mengubah kehidupanku. Setiap kali aku balik kerja, aku disambut riang dengannya. Aku usap kepalanya, badannya. Waktu malam pula, dia seringkali tidur disebelahku, untuk berkongsi kehangatan pada malam yang sejuk. Senang cerita, aku agak gembira dan buat kali pertamanya, aku rasa betul-betul komited untuk membelanya sehingga besar.

MokNit aku jadikan kucing indoor. Jika dia mahu keluar sekalipun, aku akan pakaikan dia dengan harness, dan berjalan bersama-sama diluar. Orang kata, dan pada tanggapan aku juga sebelum ini, orang yang bercakap dengan kucing itu adalah orang yang tidak waras. Well, sekarang aku mahu katakan kepada orang tersebut, ianya adalah perbuatan yang normal.

MokNit menjadi sahabat kepadaku, memberikan sedikit harapan dan sinar dalam kehidupan aku yang miserable. Betul lah, at least aku hidup miserable dengan peneman. Sebulan kemudian, kami berdua menjadi sangat akrab. Aku rasakan, betapa bertuahnya aku apabila tuhan menjadikan takdir untuknya untuk terserempak dengan aku dikala aku sedang tiada mood langsung untuk meneruskan kehidupan.

Aku jaga makan minumnya seeloknya, dan kehidupan MokNit hampir kepada 24 jam berada di dalam rumah. Pada satu hari, diwaktu petang, aku sedang sibuk menyiram pokok diluar kawasan rumahku. Tanpa aku sedari, MokNit curi-curi keluar melalui satu lubang udara yang kecil di atas siling, cukup kecil untuk dia meloloskan dirinya untuk keluar.

Aku tidak menyalahkannya, memang naluri kucing itu dipenuhi dengan sifat ingin tahu. Tapi, benarlah, curiosity k1lls a cat. Aku masuk semula ke rumah tanpa aku sedari dia berada di luar. Pada malam tersebut, puas aku memanggilnya, namun tidak dijawab dengan bunyi meow yang cukup menenangkan hati mana-mana insan yang mendengarnya.

Awalnya, pada tanggapan aku mungkin dia sedang menyembunyikan dirinya di dalam rumah. Namun, keesokan harinya, aku mulai bimbang setelah dia tidak muncul-muncul. Kebetulan hari tersebut pula cuti. Jadi aku mula berjalan ke belakang rumahku mencarinya. Entah bagaimana, akhirnya aku nampak dia di balik sebatang pokok turi.

“Ada pakcik sebelah rumah ni, dia baling kucing ni lepastu dia sepak”.

Aku menggeletar mendengar jawapan budak itu, yang menceritakan bahawa MokNit dibaling sebelum disepaka, ibarat seorang goalkeeper yang menyepak bola. Masa itu, aku dah hilang kawalan. Mana taknya, sepanjang aku memelihara MokNit, tak sekalipun aku memkulnya, mahupun memarahinya, inikan pula menyepaknya dengan begitu kuat pada bahagian kepala dengan sedemikian rupa.

Aku cuba bertenang, dan membawa MokNit berjumpa dengan doktor haiwan di klinik haiwan kerajaan. Katanya, terdapat drah yang beku pada otak belah kanan MokNit, namun doktor tersebut mengatakan, tiada apa yang boleh dilakukan pada waktu itu. Kena bagi masa otaknya kurang bengkak, dan kemudian barulah boleh dibedah.

Balik sahaja daripada situ, aku terus ke rumah orang tersebut. Lelaki berumur 40-an itu seboleh-boleh tidak mahu mengaku pada awalnya. Jadi, aku tarik budak yang nampak segalanya, dan bertanya secara direct kepada budak itu di hadapan pakcik tersebut.

Serta-merta dia menukar jawapannya, dan menyatakan bahawa MokNit mencuri ikan dan seringkali berak di kawasan rumahnya, walhal, kucing tersebut hanya keluar pada petang semalamnya, mana mungkin dia yang budat sedemikian. Entah bagaimana, perbincangan menjadi pertengkaran. Tiba-tiba dia mencapai penyapu untuk memkul aku.

Aku ni pun bukan pandai sangat berlawan mahupun bergaduh, tapi aku tahu di mana sasaran untuk menumbuk jika berhadapan dengan penyerang. Sama ada di bahagian kemaluan ataupun di bahagian dagunya. Entah bagaimana, mungkin nasib baik sahaja sebiji tumbukan aku tepat terkena pada dagunya, yang menyebabkan dia terbaring serta merta.

Aku susuli dengan sepakan demi sepakan saat nafsu amarah teringatkan apa yang dia lakukan kepada MokNit. Pakcik itu menjerit,

“Berhentilah oi, anak aku OKU. Anak aku OKU. Kau tak kesian ke?”.

Aku peduli apa. Bukan anak dia yang OKU tu yang mencederakan kucing aku, tetapi dialah yang membuatnya. Keadaan juga jadi kecoh, dan makcik pakcik bawang mula ke arah kami berdua.

Mereka menasihati aku untuk menyelesaikannya di balai polis. Aku pun bersetuju, dan membawa budak yang menjadi saksi itu sekali ke balai polis. Pakcik itu mengarahkan isterinya untuk memandu kereta ke balai polis bersamanya.

Aku meletakkan kenderaan di ruang parking balai polis tersebut, dan aku lihat, dia juga meletakkan kereta bersebelahan dengan aku. Dia keluar dengan muka tidak berpuas hati, tetapi tiba-tiba isterinya berkata kepadaku supaya membatalkan sahaja apa-apa perbincangan yang melibatkan polis. Ini kerana dia tahu, suaminya itu yang bersalah, dan membawa polis dalam urusan ini hanya akan membuatkan hal ini semakin rumit.

Aku bersetuju sahajalah, memandangkan pada awalnya, dia yang beriya-ria nak membawa kes ini sehingga ke balai polis. Aku pun balik semula, dan menjaga MokNit seeloknya sehingga dia menjadi agak normal, walaupun pergerakkannya sedikit abnormal. 2 bulan kemudian, bengkak di matanya sudah mulai susut, dan aku rasakan inilah masa yang sesuai untuk aku membawanya untuk pembedahan itu.

Aku ke klinik swasta memandangkan aku perlu menunggu lama untuk MokNit mendapatkan rawatan. Doktor tersebut yang diberi ujian skan dan Xray MokNit segera menyediakan tempat untuk melakukan pembedahan. Namun, malangnya pembedahan itu gagal. MokNit maut di atas meja pembedahan kerana pendarahannya tidak terkawal.

Aku menerima sahaja myatnya, nak sebut bangkai pun aku rasa tidak patut. Aku perlu membayar juga wang walaupun MokNit sudah tiada. Aku membawa pulang MokNit, dan menanamnya di belakang rumahku. Sebatang pokok bunga aku letakkan berhampiran dengan kuburnya, dengan harapan aku tidak akan melupakannya selamanya selagi pokok itu masih hidup.

Aku rasa, waktu aku menanamnya, mengusapnya buat kali terakhir, hati aku hancur luluh. Ibarat dit1kam-t1kam dengan duri. Aku memasuki rumah, dan apabila aku ternampak bekas makanannya, dan rantainya, aku menangis. Aku juga tak sangka, betapa mendalamnya kesan kemtian kucing ini pada diri aku. Hari-hari kemudiannya, semuanya kelam.

Tiada lagi peneman dalam hidup aku. Tiada lagi bunyi mengiau meminta-minta makanan mahupun ingin dibelai. Kemtiannya mengubah hidup aku. Kemtiannya memberi pandangan daripada perspektif yang baru terhadap haiwan yang aku sangka selfish, arrogant dan sentiasa kelaparan. Aku tak pernah rasa kesedihan sedemikian rupa.

Akan tetapi, beginilah pengakhirannya. Orang lain tidak tahu bagaimana rasanya, dan mereka ketawa taktala mendengar kesan kemtian haiwan peliharaan ini membuatkan seseorang itu menangis. Tetapi, apa yang boleh dilakukan? Mereka tidak faham apa yang berlaku. Mereka tidak faham kasih sayang yang aku curahkan kepada sesuatu makhluk, dan impaknya apabila tiba masa ajalnya kepada aku.

Kini, aku dah pun meng-adopt dua ekor kucing yang baru, dan salah seekornya baru sahaja melahirkan 4 ekor yang lain. Memang aku sayangi mereka semua, namun, apa yang pasti, parut akibat kehilangan MokNit yang berada di dalam hati aku tak akan hilang buat selamanya.

Lihat apa kata warganet selepas membaca perkongsian Ilzanno Sharky.

NurSyuhada –aku bela kucing, pastu dia mti kena rcun jiran jahanam, seminggu aku demam sebab menangis teruk. Since then, taknak dah bela. takut kehilangan lagi

Mira Liyana –Sedihnya baca. Rasa sebak sebab sy pun pencinta kucing. Dekat 20 ekor. Memang penyejuk hati walaupun kadang2 geram bila dorang buat perangai. 😹
Berhabis duit, cut expenses untuk shopping pun takpe sebab nak beli ubat kucing. By the way, awal2 baca ingatkan perempuan yang tulis.

Khairun Nadiah –Maaflah. Aku tak boleh abiskan baca cerita kau ni sebab tetiba mata aku kabur, lepastu ade air meleleh di hujung mata.

Eh? Aku nangis ke? Taklah. Cuma sedih je. Sebab aku pun sejenis macam kau juga. Boleh kemurungan bila kucing2 aku mti / hilang.

Aku doakan manusia kejam tu kena strok je 1 hari nanti. Sebab aniaya makhluk Tuhan.

Dan kau, jangan lah sedih lelama. Nanti mesti akan ade lgi kucing baru datang, nak mintak kau jaga dia.

Zuraini Din –Kucing akak baru mti. Sedih sangat wlpon ada 10 lagi. Seorang teman pernah bercerita tentang kucingnye yang dipkul teruk oleh jirannya.. matanye tersembul keluar manakala rahang nye pecah. Tak mungkin dia mampu bertahan. Nak makan n minum pon tak boleh.

Oleh kerana tak sanggup melihat penderitaan kucingnya itu, dia mintak ayahnya bawa ke vet dan diberi suntikan utk menidurkannya buat selama2nya. Kawan saya n keluarga berpindah ke tempat lain. Tak sanggup merenung dan mengingati kezaliman manusia kepada kucing kesayangan.

Sipelaku yang zalim, dengar cerita dah meninggal dilanggar kereta dan keadaannya hampir sama kucing yang didera. Sebelum itu pon ada kucing2 jiran yang lain diseksa dan didera dgn pelbagai cara. Mendengar cerita teman itu pon akak sudah menangis, inikan pula yang mengalami sendiri. Alhamdulillah doktor dah dpt gantinya, ye..

– Ilzanno Sharky via IIUMC