8 tahun brcinta. Kahwin sebulan je dah rasa lain mcm. Akhirnya aku nekad lari hingga lafaz taklik terlepas

Foto sekadar hiasan | Single Again. Assalamualaikum semua. Rasa terpanggil untuk berkongsi kisah hidup sendiri. Jika terpilih, terima kasih pada admin kerana siarkan cerita ini. Harap ia dapat menjadi iktibar untuk semua.

Seperti tajuk yang ditulis, aku telah berstatus single semula. Kenapa single semula? sebab sebelum ni dah pernah berkahwin dan sekarang dah bercerrai. Maka jadilah single semula, lebih sedap didengar kan berbanding Janda.

Aku berkenalan dengan bekas suami (N) melalui online chatting iaitu ‘yahoo messenger’, masa itu Facebook dan Instagram masih belum wujud lagi. N adalah teman lelaki yang sangat aku impikan, sangat ambil berat tentang kehidupan aku dan kami bercinta dalam jangka masa yang agak lama iaitu 8 tahun. Makin tahun aku boleh nampak perubahan dia tapi aku masih bertahan memikirkan kami dah lama bercinta.

Masa mula2 bercinta N bekerja sebagai eksekutif chef di sebuah restoran dan aku di tahun 3 pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda. Kemudian restorannya berpindah ke Singapura dan N berhenti kerja sebab katanya tak nak berjauhan dengan aku. Selepas daripada itu N tidak mempunyai kerja tetap.

Dia banyak kali meminjam dengan aku, walaupun masih belajar aku sanggup menggunakan duit biasiswa aku untuk dia. Setiap kali perlukan duit macam2 cerita sedih yang N ceritakan.

Kemudian setelah tamat belajar, aku mula bekerja di sebuah syarikat swasta. Pada masa itu aku tiada kenderaan dan tiada lesen, maka N lah yang banyak membantu aku untuk pergi temuduga atau kemana-mana. Kemudian aku ditawarkan kerja kerajaan.

Pada masa inilah N mula menggalakkan aku untuk membuat pinjaman peribadi dari bank/koperasi. Bayangkan baru sebulan bekerja N dah minta aku buat pinjaman dengan alasan untuk perkahwinan kami.

Dipendekkan cerita aku telah membuat pinjaman peribadi dan kami berkahwin setelah 8 tahun bercinta. Semua persiapan kahwin, barang hantaran dan majlis adalah 100% daripada duit pinjaman peribadi aku dan gaji aku. N? Masih tak mempunyai kerja tetap.

Semasa meminang, ayah aku ada meletakkan maskahwin sebanyak RM1000 dan untuk hantaran tidak dinyatakan, terpulang pada kami berdua. Aku ada menyuarakan untuk N mengeluarkan duitnya untuk maskahwin itu sahaja, yang lain2 aku boleh guna duit aku. Namun, N mula merajuk selepas itu.

Disebabkan malas nak bergaduh, aku abaikan sahaja permintaan aku dan gunakan sahaja duit aku kesemuanya untuk majlis kami dan majlis memang diadakan pada belah perempuan sahaja kerana keluarganya bercerrai dan katanya kedua2 ibu dan ayah N tak nak keluarkan duit dan N pun tiada duit untuk buat majlis lain. Akupun atas dasar nak halalkan hubungan kami tak kisah semua itu.

Seminggu sebelum kahwin kami memang banyak bergaduh atas benda benda yang kecil. Aku sampai terfikir, perlukah aku batalkan perkahwinan ini. Tapi bila memikirkan semua persiapan dah dilakukan aku teruskan juga perkahwinan kami. Semuanya atas dasar aku dah terlalu lama bercinta dengan N, kalau bukan N dengan siapa lagi aku akan kahwin.

Setelah berkahwin aku cuma berasa bahagia sebulan sahaja. Selepas itu aku mula rasakan hakikat perkahwinan di mana walau berapa lama pun kita kenal seseorang itu tapi selagi kita tak tinggal sebumbung dan tidur sekatil dengannya kita memang tak kan dapat tahu perangai nya yang sebenar.

Mungkin salah aku juga sebab aku berkahwin atas dasar dah lama bercinta dan ingin merasa seronoknya kahwin, aku tak luangkan masa aku untuk mendalami ilmu rumahtangga.

Expectation N pada aku sangat tinggi, jadi bila mana aku tak seperti yang N harapkan kami sering bergaduh. Makin tahun kami kahwin makin teruk kami bergaduh dan aku juga dibelengu hutang keliling pinggang sebab setiap tahun bila ada kenaikan gaji akan buat pinjaman baru.

Aku memang tak bahagia. Tambah2 bila dia mula angkat tangan dan pukul aku. Sikap dia macam sikap narsistik yang selalu dikongsi di IIUM Confession. Akhirnya setelah 4 tahun berkahwin aku nekad untuk lari dari rumah sehelai sepinggang dan dapatkan pertolongan untuk bercerrai.

Pada hari aku melarikan diri, semasa N mencari aku dia melafazkan lafaz cerrai taklik melalui kawan aku. Kawan aku sampaikan pada aku dan aku bawa kes itu ke mahkamah, dan 2 minggu kemudian kes kami dibicarakan dan hakim mengesahkan lafaz taklik tersebut adalah sah, maka jatuh talak 1. Pada masa itu satu perasaan lega muncul sebab aku dah lepas dari genggaman N dan alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku.

Sekarang aku telah single semula selama setahun lebih. Untuk makluman kami tiada anak, mungkin itu hikmahnya Allah tak berikan kami anak supaya aku dapat putuskan terus hubungan dengan N.

Sekarang dah hampir setahun setengah aku single semula. Alhamdulillah aku rasa sangat bahagia, aku rasa aku dapat peluang kedua untuk menikmati hidup. Aku dapat peluang kedua untul berbakti kepada ibu bapa aku yang telah aku abaikan selama aku berkahwin. Doa aku buat mereka yang masih struggle dalam perkahwinan, semoga kamu semua diberikan jalan penyelesaian yang baik.

Banyak drama yang berlaku dari masa aku melarikan dirikan diri sehingga diputuskan jatuh talak. Namun terlalu panjang untuk aku ceritakan. Apa yang aku nak sampaikan, biarlah hidup sendiri daripada berdua tapi menderita.

Terima kasih kerana sudi membaca, semoga bermanfaat dan dapat dijadikan teladan.

Isu perkahwinan Nor mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Hanim Halim –Mas kawin adalah mahar yang wajib bagi pihak lelaki. Jangan sesekali ambil tugas lelaki tang tu. WAJIB. Hantaran tu terpulang. Sila ambil iktibar.

Jaja Aimin –Alhamdulillah. Yes! Kahwin tu tak indah seperti dalam drama tv..! Aku sampai fobia dah ya tak boleh blah bila sokmo kena siram air panas bru mengelegak. Bagi aku biarlah susah senang sndiri. Penat dah!

Abbey Orchard –Selalunya lelaki jenis biawak akan berkira2 nak keluar duit untuk majlis perkahwinan, kebanyakkan gunakan agama untuk melepaskan diri, untuk perempuan jika berhadapan lelaki begini x perlu lah proceed lagi, bila dah kawin kau akan bertambah meluat dan akhirnya bercerrai juga, move on cari lain yang lebih bertanggungjawab.

Fazila Hakim –Teringat satu ayat ni dulu. “kahwin memang susah tak kahwin pun susah.” Tapi daripada susah sorang2, lebih kahwin untuk susah sama2..

Tapi dalam kes ni, bila kau sorang yang bersusah susah walau dah berkahwin, sorang lagi bersenang lenang bahagia dpt duit free, better kau susah sorang2 je. Hati dan jiwa pun tak sakit hadap prasit

Norasilah Hj Ali –Lelaki kalau komplen duit hantaran dan mas kahwin (mahal atau murah), lepastu suruh perempuan buat loan dan tanggung semua, better tinggalkan jelah. Kongsi duit separuh2 pun dia tak mahu. Dah banyak kes macamni.

Kononnya kahwin biar mudah jangan susah, yang penting nak halalkan body pompuan tu je. Benda kalau boleh dapat free, buat apa nak berusaha kumpul duit?

Hakikatnya itulah ciri2 lelaki malas dan tak bertanggungjawab. Perempuan patut sedar ya!

Azira Azman –Tahniah, cuma nak pesan pada pasangan2 yang bakal berkahwin, igt, hantaran tak wajib, tapi mas kahwin wajib dari duit lelaki itu sendiri.

Banyak dah kisah2 keliling aku ni ya ambil enteng tntg mas kahwin, sudahnya rumahtgga berantakan. Ada yang lepas nikah, terdesak, dia mintak balik duit mas kahwin kt isteri, disebutnya pinjam dulu, bila isteri persoalkan “hutang” yang itu dikatanya berkira, duit tu beli keperluan untuk sama2 pkai jugak. Igt, mas kahwin hatta rm20 sekalipun, tetap hak mutlak isteri. Bila isteri tak redha, tak selamat rumahtgga tu.

Last story, someone yang pernah “bergelar kawan baik” aku suatu masa dulu, nsk kahwin pinjam dari bakal husband aku rm500 and dari mak aku rm800, igt ye sbbkan kawan baik mak and suami aku sanggup bg pinjam, nak mudahkan urusan org nak bina masjid. Dgn duit tu lah dia byr beli cincin kahwin, upah kadi dan mas kahwin, aku tau exactly sbb dorg tkda buat majlis pon, cuma akad nikah shj.

Bila masa tuntut hutang, dengan bakal laki aku sampai bergaduh, dengan mak aku difitnahnya aku ni kata dah byr duit hutang tu kat aku, tapi aku yang mkn duit tu belanja sakan, sampai mak aku ragu2 dengan aku. Sbbkan tu kami putus kawan. Aku akui memang aku sangat sakit hati dengan kejadian tu, aku down. Tak lama pon, 2-3tahun lepas tu aku dpt tau dorg bercerrai jugak. Boleh buat muka tak bersalah pon terserempak ke apa boleh tegur aku macam masih member, sakit tu sampai ke skrg, bukan sebab tak byr hutang, tapi sbb kena khianat.

– Nor (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Apa pula kata anda