“Mana rezeki aku”. Konon kalau bahagiakan isteri rezeki bertambah. Tapi aku 2 hari gaji terus papa kedana

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Amat dihargai jika confession aku ni di publish. I want everyone to read this badly.

Aku seorang lelaki yang dah berkahwin 2 tahun lebih. Belum dikurniakan anak lagi. Umur aku sekarang 30 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta di KL dalam bidang IT. Gaji yang sedang2 ataupon dengan bahasa kasarnye, CIPUT.

Setiap orang mempunyai cabaran dalam hidup, dan cabaran aku adalah dari segi financial. Setiap bulan, rutin bulanan aku selepas dapat gaji adalah untuk survive hingga ke hari gaji seterusnya.

Mula2, aku masih lagi positif, tapi lama kelamaan, aku makin muak dgn rutin ni dan aku mula menyoalkan macam2 perkara. Aku rasa sedih dan rasa useless dengan hidup aku. Aku rasa macam hidup aku ni sangat bodoh dan pathetic.

Setiap bulan lepas bayar segala komitmen, duit aku hanya tinggal berapa ratus je untuk mengharungi hari2 seterusnya. Bila dah setel barang2 rumah, lagi lah sikit duit untuk aku survive.

Kadang kala aku terpaksa pinjam duit kawan sebab terlalu terdesak. Kadang2 aku miskin sangat sampai nak potong rambut pon aku berkira2. Betapa patheticnye hidup aku.

Aku sejenis yang sentiasa memenuhi permintaan isteri aku. Kalau dia nak makan itu ini, aku akan cari atau masakkan. Kononnya orang kata, kalau layan isteri baik2, rezeki bertambah. Tapi, mana rezeki aku? Masih lagi sesak.

Aku sentiasa tolong isteri aku buat kerja2 rumah, aku masak, aku penuhi permintaan dia. Aku bahagiakan isteri aku. Dan aku MASIH sesak. Kadang2 aku sedih kalau aku tak dapat penuhi permintaan isteri aku. Aku rasa useless.

Aku takut kalau ada laki lain yang mampu beri ape yang isteri aku nak. Aku rasa pathetic. Konon kalau bahagiakan isteri, rezeki bertambah. Macam mane aku nak bahagia kan isteri aku kalau aku sendiri tak mampu.

Duit untuk parents setiap bulan aku bagi 100 sorang. Untuk berkat, murah rezeki. Bertahun tunggu, masih sama. Masih sesak. Masih pathetic. Apa salah aku? Aku tak layak hidup senang ke? I need an answer please..

Aku try cari side income. Buat business kecil2. Langsung tak laku. Bukan aku tak usaha. Aku usaha. Tapi semua tak menjadi. Padahal aku cari duit halal.

Jujurnya sekarang, aku tak nampak point jadi baik. Eventhough aku solat, takde ape yang berubah. Aku tolong orang, tapi aku sendiri tak stabil.

Sekarang aku macam acuh tak acuh dengan benda2 wajib. Aku tak rasa macam nak buat semua tu. Sebab aku penat. Aku stuck dgn life aku. Aku kesian dgn istri aku dapat suami pathetic macam aku.

Aku tak paham. Ape masalah sebenarnye. Kawan2 aku semua happy. Berduit. Keje bagus2 gaji ribu2, bonus setiap tahun. Bawak bini jalan2, bercuti. Tapi tak pernah solat, tak jaga aurat bini, gaul bebas. Tapi mereka hidup senang.

Kawan2 ofis aku yang menggatal sana sini padahal dah kawin, gaji tak pernah habis. Aku? 2 hari gaji, papa kedana terus.

Aku buat confession ni sebab aku tak tahan. Aku dah sampai kemuncak aku. Tadi bini ajak makan luar, aku tengok dompet aku, tinggal RM5. Minyak kereta tinggal 2 bar. Akaun bank tinggal berapa belas.

Macam mana aku nak survive? Macam mana aku nak provide untuk bini aku. Mana rezeki aku?

Lihat apa kata warganet selepas membaca luahan lelaki ini.

Jamaliah Moh Jamal –I feel u. Sbg isteri sy suka klu suami jujur dan telus dgn sy. Terutamanya ttg kewangan rumhtga. Carilah masa utk bincang hati ke hati dgn isteri. Luahkan segala2nya.

Semoga dpt cari cara terbaik dan seterusnya menjalankan tanggungjwb dan kewajipan sbg suami dgn baik dan lapang dada.

Wan Mazaziman –Problem dia ko pandang kawan2 yang ada lebih daripada ko. Cuba pandang mereka yang tiada apa2, nescaya ko akan bersyukur.

Cuba bawa bincang dengan bini pasal kewangan keluarga. Jangan memanjang merajakan bini sampai tak tinggal apa. Nak jimat, gi keje bawa bekal. Komitmen bulanan kaji balik. Internet, astro (kalau ada) perlu ke tidak, dll.

Rafidah Zainon –Buat baik jgn harapkan balasan. Sebab bila harapkan balasan. Dah jd x ikhlas. Definisi rezeki luas. Rezeki bukan takat wang ringgit. Dpt kawan2 yg baik, isteri/suami yg baik, sihat antara rezeki yg kita x sedar. Kat luar sana bersepah ibu tunggal n ibu tinggal yg keje tunggang terbalik nak sara anak2.

Nazilawati Nasary –Pernah dengar kuasa bersedekah? Dalam pada kita tak dew duit. Masa tu kita bersedekah. Hati ikhlas bersedekah akan murahkan rezeki. Cubalah, menangis, merayu padaNYA pemegang rezeki itu sendiri. Muhasabah diri. Husnuzon pada Allah. Semoga Allah permudahkan dan perluaskan rezeki adik dan isteri..Allahumma Aamiin.

Aizuddin Harun –Aku dulu kerja dalam bidang IT jugak. Pernah lalui apa yg ko rasa ni. Hujung tahun lepas, aku resign dan jobless sampai sekarang. Aku resign atas tujuan nak jaga mak ayah aku.

Alhamdulillah sampai sekarang Allah murahkan rezeki. Kau kena ingat, Allah takkan sia-siakan hambanya.. Allah adalah sebaik-baik pertolongan. Jangan pernah mengeluh dengan apa yang kau dapat. Belajar mensyukuri apa yang kau dapat. Rezeki bukan dalam bentuk duit semata-mata..

Mohd Fauzi Ellias –Yg mewah tp x solat n jg aurat tu takut istidraj je.. bab tu kena hati2 sb biasanya org terlanjur ckp tgk aku x solat tp mewah, rezeki melimpah ruah. Pastu mula pandang hina org yg berbuat baik, bsolat dan sebagainya.

Ini bahaya sbb diakhirat x bole claim apa2 da sbb didunia Allah da bg rezeki walau x diredaiNya- kata tok guru dulu. Teruskan istikhamah saudara di dalam beribadah yg wajib, teruskan berbuat baik, berbakti kpd org tua, solat dhuha, ayat 1000dinar insyaallah ada la jalan keluar n rezeki yg x disangka2. Check balik apa kekurangan kita dimana2. Terutama dlm bkerja..

Myza Ahmad –2 tahun berkahwin itu adalah pengalaman anda untuk menguruskan kewangan. Jangan cakap awak gaji ciput, husb sy gaji 5-6k pun tak cukup masa mula kahwin ? Kenapa ? Pengurusan wang lemah.

Hampir setiap hari makan luar, salah satu punca perbelanjaan bertambah. Beli barangan kehendak bukan keperluan. Dua perkara ini yg sy sgt nampak . Beli baju baru walaupun baju lain masih elok dipakai contohnya.

Confessors dah boleh start buat list barang bila nak shopping barang dapur. Atau bg wife awak buat berserta anggaran harga. Nanti lama-lama wife awak akan belajar mana barang penting mana barang tidak. Simpan resit shopping, dah hujung-hujung bulan ce tgk balik barang yg awak beli. Awak akan nampak yg mana barang keperluan atau tak. Sekian serba sedikit pengalaman dari sy ; manusia boros..

– I Give Up (Bukan nama sebenar) via iiumc

Apa pula kata anda.