“Doakan Iman”. Tulang sum sum belakang diambil. Benjolan kian membesar selepas terjatuh biasa

Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat keadaan anak yang dikandung selama 9 bulan jatuh sakit. Tambah memilukan apabila doktor mendapati terdapat ketumbuhan di bahagian kepala hadapan dan belakang bola mata anak kecil itu.

Perkongsian dari Facebook Nursasabila Kamarulzaman ternyata menyentuh hati ramai warganet apabila berkongsi kisah anak lelakinya yang tiba-tiba jatuh sakit selepas kepalanya terhantuk akibat terjatuh.

Muhammad Iman Al Khausar Bin Ismail seorang kanak-kanak yang sangat riang dan petah berkata-kata. Namun ketentuan Allah sudah tertulis, mama dan papa redha akan ujian Allah ini.

Kami terima ujian ini dan percaya ada hikmah disebalik dugaan yang diberi. Pada mulanya Iman hanya terhantuk biasa sahaja. Iman bukan jatuh di tempat yang tinggi atau terhantuk yang menyebabkan dia cederra luka.

Hanya terhantuk di kerusi dan benjol biasa sahaja. Kami membawa Iman ke hospital untuk periksa keadaan kepala Iman. Selepas ujian X-ray dibuat, keputusan X-ray menunjukkan memang ada kesan benjol tapi tiada kesan retak atau kecederraan serius. Kami pulang ke rumah dengan hati tenang, selepas seminggu Iman demam on off.

Kami bawa Iman ke klnik swasta biasa untuk ambil antibi0tik, seminggu Iman ambil antibi0tik Iman masih lagi demam on off. Jadi kami ambil keputusan untuk bawa Iman ke hospital semula untuk follow up kes iman jatuh tu.

Kepala Iman pun naik benjol besar sikit dari mula-mula dia benjol. Sampai di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Iman terus dibawa ke bahagian kecmasan dan diletakkan di zon kuning.

Selepas diperiksa drah hem0gl0bin Iman rendah dan CT scan dibuat. Hantukan yang dialami Iman terkena betul-betul di saraf drah di kepala nya. Hasil Ct scan Iman menunjukkan memang ada pendrahan di dalam kepala Iman.

Luluh dan remuk hati mama mendengar apa yang pihak hospital katakan. Iman terus dimasukkan ke wad dan bantuan drah diberikan, semasa di wad doktor ada memanggil kami untuk memaklumkan hasil ct scan yang dibuat. Ada juga dijumpai ketumbuhan di kepala bahagian hadapan dan dibelakang bola mata Iman.

Ketumbuhan itu terjadi dari kelenjar yang aktif dan semakin teruk bila Iman demam dan drah dijangkiti kuman. Seminggu Iman di wad diberi antibi0tik untuk membnuh kuman yang ada, tapi Iman tetap demam.

Jadi pada hari ini(16 Oktober) iman disarankan untuk ambil sum-sum tulang belakang. Tujuannya diambil untuk mengenalpasti jenis kuman dan penyakit yang dialami Iman. Kami akan menunggu keputusan dari pihak hospital atas ujian sum-sum tulang Iman.

Mama dan papa berharap agar keputusan yang diterima adalah keputusan yang menggembirakan dan Iman akan dirawat dengan secepatnya.

‘Cepatlah sembuh anakku Iman…’

Menerusi laporan Harian Metro, Nursalsabila Kamarurulzaman nyata terharu dengan keprihatinan warga Malaysia selepas perkongsiannya tular. Ikuti laporannya dibawah.

MUHAMMAD Iman Al-Khausar Ismail dilahirkan normal, namun insden terhantuk kepala di kerusi mengubah nasib kanak-kanak itu yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, sejak dua minggu lalu.

Kisah Muhammad Iman, 2, mendapat perhatian warganet dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati selepas membaca luahan ibunya, Nursalsabila Kamarurulzaman, 28 , yang berkongsi cerita sebenar di Facebook, baru-baru ini.

Nursalsabila berkata, Muhammad Iman terjatuh sebelum kepalanya terhantuk ketika bermain di rumah pada 17 September lalu dan insiden itu menyebabkan kepalanya benjol.

Katanya, keesokan harinya, dia dan suami, Ismail Mohd, 31, membawa Muhammad Iman ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut dan hasil ujian imbasan X-ray mendapati tiada kecederraan serius dialami kanak-kanak berkenaan.

“Mulanya saya rasa agak lega kerana tiada kecederraan serius atau keretakan dikesan, sebaliknya hanya benjolan pada bahagian kepalanya.

“Namun, kelegaan itu hanya sementara kerana Iman demam seminggu kemudian dan saya membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut selepas melihat keadaan demam masih sama.

“Hasil pemeriksaan CT Scan (pengimbasan tomografi berkomputer) mendapati terdapat ketumbuhan pada bahagian hadapan kepala dan belakang bola mata Iman yang terjadi disebabkan kelenjar aktif serta jangkitan kuman pada drah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Nursalsabila berkata, buat masa ini, dia dan suami masih menunggu hasil keputusan ujian terhadap sum sum tulang belakang anaknya dan berharap perkhabaran diterima nanti tidak mengecewakan.

“Semalam (16 Oktober), doktor sudah mengambil sum sum tulang belakang Iman untuk mengenalpasti penyakit dialaminya dan pada awalnya, saya diberitahu ada kemungkinan Iman mengalami brah drah dan levkemia.

“Luluh hati ini apabila diberitahu mengenai kemungkinan itu, tetapi perasaan saya kembali lega selepas doktor mengesahkan Iman bebas kedua-dua penyakit berkenaan pagi tadi (17 Oktober)

“Cuma kini kami perlu menunggu keputusan lengkap ujian yang dijangka diketahui beberapa hari lagi.

“Kiranya, doktor belum memberitahu tarikh pembedahan atau prosedur rawatan seterusnya secara terperinci cuma saya sedih melihat kepala Iman semakin membengkak dari hari ke hari memandangkan usianya masih kecil untuk menanggung kesakitan itu,” katanya yang menetap di Kampung Tok Haron, Manir, Kuala Terengganu.

Nursalsabila berkata, dia bersedia dengan kemungkinan akan berlaku dan berusaha untuk memastikan anak tunggalnya itu kembali sihat seperti sedia kala, walaupun perlu mencari wang seandainya kos pembedahan atau rawatan tidak ditanggung sepenuhnya.

Katanya, selain suami, dia mendapat kekuatan daripada keluarga dan orang ramai yang tidak henti memberi kata semangat dan mendoakan walaupun hanya mengetahui kisah anaknya itu di laman sosial.

“Sebenarnya, saya hanya berkongsi kisah itu di Facebook peribadi, tetapi ia jadi tular selepas ada saudara mara menyebarkannya di ruangan lain.

“Terima kasih kepada semua yang prihatin dan maaf sekiranya saya tidak dapat membalas semua kiriman mesej dihantar.

“Namun jauh di sudut hati, saya terharu dengan sokongan serta sumbangan diberikan walaupun rata-ratanya tidak mengenali kami dengan rapat.

“Diharap, Iman kuat dan kembali sihat seperti dulu kerana saya rindu melihat gelagatnya yang petah bercakap serta menceriakan kami sekeluarga,” katanya.

Sumber: Nursasabila Kamarulzaman, OhBulan, Harian Metro

Semoga adik Iman kembali sembuh seperti sediakala. Moga dipermudahkan segala urusannya.