“Aku jadi yatim piatu sebab d0sa aku. Ayah pergi sebab aku yang buat d0sa”

Foto sekadar hiasan. Aku ada terbaca kifarah berz1na dan balasan berz1na dalam perkongsian ysng lepas. Bagi yang belum baca, Boleh baca confession berkenaan disini, (kifarah berz1na) , (balasan z1na).

Truthfully, memang sangat sangat tepat dan padu bila Allah bagi balasan atas d0sa berz1na. Aku pernah baca antara d0sa yang dibalas serta merta atas dunia ni, adalah d0sa berz1na. Aku tahu benda tu. Tapi kalah jugak. Dan aku juga menerima balasan dari Dia. Ini kisah aku.

Aku tinggal dengan ayah aku berdua. Aku memang anak ayah. Masa aku belajar dulu aku ada kenal seorang lelaki, aku nama kan T. Dan aku hampir kalah dengan nafsu. Beberapa kali setakat ringan2 (d0sa tak ringan pun) aku berhenti dari jumpa dia.

Kebetulan dia pun ada awek baru. So aku pun redha jela. Selepas dia, memang aku takut nak rapat dengan laki. Sebab aku takut aku kalah dengan nafsu. So masa belajar takde couple. Setakat major crush whatever so.

Lepas habis belajar, aku kerja. Met new guy and try to head somewhere. Tapi tak jalan. Takdir temukan aku kembali dengan T. Somehow we manage to pick up where we left before. And tau tau we were going serious.

Tapi masalahnya, dua dua kalah dengan nfsu. Aku confuse why aku boleh control myself with other guys but not with him. And totally my fault. Memang salah aku. Salah aku sebab invite dia teman aku sorang2 kat rumah.

Kami tak sampai tahap berz1na. Tapi almost there. By that time, ayah aku sakit and warded. So home alone. Aku invite dia teman. Dia reluctant. Tapi aku merajuk. Macam bongok kan. Well that happened. Aku kalah dengan diri sendiri.

Dalam masa seminggu, ayah aku masuk hospital and beberapa malam kami tidur bersama, hinggalah pagi tu, nurse call aku… “ayah adik tenat”. Rasa macam nak pecah dada. Rasa menyesal. Rasa separuh jiwa dah hilang. Oleh kerana dia ada dengan aku, dia hantar pergi hospital.

Ayah c0llapsed dan diberikan ubat tidur. Walhal malam sebelum tu dia tersangat segar, nampak sihat dan kuat, boleh gelak gelak dengan aku. Bayangkan perasaan aku, baru malam tadi ayah okay. Kenapa tiba2 c0llapsed. Kenapa ayah jadi tak okay.

Bila family lain dah start datang, semua orang tertanya kenapa jadi macam ni. Aku nak je jerit dan jawab sebab aku dah buat d0sa besar. Dosa paling jjik. Masuk hari ketiga, ayah pergi juga.

Perasaan aku masa tu, aku lah anak paling bodoh, paling derhaka, paling teruk pernah ada kat bumi. Aku rasa bersalah sebab ayah mninggal. Aku rasa ayah pergi sebab Allah nak balas d0sa aku. Walaupun mungkin masa dia dah tiba. Tapi aku tetap rasa aku penyebab dia pergi. Ayah pergi sebab aku yang buat d0sa.

Aku dah jadi yatim piatu sebab d0sa aku. Dan aku tak sempat minta maaf langsung dengan dia. Sebab rosak kan kepercayaan dia. Sebab tak jaga diri baik2, tak jaga maruah diri. Aku tahu aku akan carry rasa bersalah tu sampai bila bila. Sampai hujung nyawa aku.

Kau faham tak perasaan rindu dengan orang tua tapi rasa bersalah tu tersangat besar. Aku selalu berangan andai rezeki dapat berjumpa semula di syurga, aku nak sujud di kaki mereka mohon ampun. Aku selalu fikir, kalau aku tak buat benda2 tu mesti ayah ada lagi kan. Aku ambil masa untuk redha. Aku cuba untuk terima balasan aku dan move on.

Tak dinafikan sometimes aku fikir, it he really the one yang sepatutnya jaga aku. Adakah aku kahwin dengan dia, sebab dia dah sentuh aku? Dia pun aku taktau sebenarnya dah bersedia atau tidak. Cuma masa nak kahwin tu, memang Allah permudahkan.

Sekarang ni memang banyak isu yang membuatkan aku tawar hati. Kadang rasa macam tak berkat je perkahwinan ni. Yelah kahwin sebab dah buat d0sa besar.

Setakat ni tidak lagi diuji dengan orang ketiga. Doanya jangan lah ada. Cuma dari segi perbezaan sikap dan cara diri masing2 dibesarkan yang menjadi punca2 gaduh. Aku selalu berdoa, cukup lah Ya Allah balasan d0sa aku yang dulu. Aku tak kuat dah terima balasan lagi.

Jadi bila orang bercerita mengenai balasan berz1na, ya aku setuju. Ada sebab kenapa Allah suruh jauhkan dari z1na. Mungkin juga itu teguran dari Allah tanda Dia sayang aku sebelum aku terlanjur jauh. Tapi yelah, teguran Dia sangat pedih. Sakit wei.

Doakan Aku sentiasa redha. Ingat, balasan itu wujud dan Allah maha melihat dan mengetahui. Tapi Allah kan maha pengasih dan penyayang.

Semoga masih ada sinar rahmat dari Dia buat kami kami yang pernah berd0sa ini. Aku doa anak anak aku dipelihara dari maks1at2, d0sa2 yang aku pernah buat. Semoga Allah ampunkan d0sa2 kami.

Antara komen warganet selepas membaca perkongsian wanita ini.

Firdaus Azmi – Itu bukan balasan z1na sis. Sebenarnya, itu lebih pada Allah SWT nak ketuk pintu hati sis yang nak cakap sis dah buat d0sa besar. If ayah sis still hidup, sis akan cari peluang dan ruang untuk buat terus z1na tersebut. Anyhow, Allah SWT Maha Pengampun. Mohonlah keampunan kepadanya.

Cik Awan –Ayah u mmg sudah ditakdirkan untuk pergi, ajal dan d0sa mksiat tak boleh dicampurkan skli mjd kifarah. Semua org buat d0sa. Cuma aib disimpan rapi oleh Allah taala. But at the same time Allah pertemukan jodoh u dengan dia dan itu mnunjukkan Allah memelihara aib kamu berdua, dan kamu berdua hidup scara harmoni.

Asam garam pkhwinan biasalah siapa x pernah lalui, Allah tk mnjanji kserasian dlm pkahwinan but Allah itu mwujudkan persefahamn antara dua insan yang hidup bersama dibawah lindungannya dsmping mngelak hambanya dri trus melakukan d0sa yang terlarang dan ikhlas untuk kmbali ke pangkal jalan.

Mujahidah Ansarullah –Zina ni, tak jadi terus. Mesti ada perkara2 / perbuatan yang menghampiri z1na.. i.e. berdua2an di tempat sunyi, sangat rapat or close dengan lelaki / perempuan yang bukan muhrim. Once ada buat perkara2 yang atas ni, senang betul syaitan ccuk jarum untuk c0mmit z1na…

Jadi prevent diri dari terjerumus dlm perbuatan yang menghampiri z1na kerana once z1na is c0mmitted, there is no turning back. Dmage is done. The only option left is bertaubat dengan sebenar2 taubat dan tidak ulang perbuatan tersebut. Peringatan untuk diri sendiri dan adik2/anak2 semua…

Utk TT, doakan untuk ibu dan ayah selalu. Tu salah satu ‘talian hayat’ untuk ibu dan ayah kita di alam sana. Semoga tt semakin tenang dan dipermudahkan urusan. Ujian datang dan pergi, just ingat, Allah sayang kita, Allah beri peluang untuk kita sedar dari kesilapan kita…

– Bee (Bukan nama sebenar) via IIUMC