Terkjut baca msj abah dgn wanita lain. Haritu trjumpa ‘sarung’ dlm beg lptop abah. Pelik, mak bukan kerja sama dgn abah

Foto sekadar hiasan. Perkongsian dari gadis ini sepertimana yang disiarkan di laman IIUMC berkisarkan tentang abahnya yang bermain kayu tiga. Ikuti perkongsiannya dibawah.

Abah sangat baik

Saya dibesarkan oleh dua ibu bapa yang penyayang dan sangat bertanggungjawab. Walaupun tidak kaya tapi keperluan saya dan adik-beradik tidak pernah kurang.

Saya anggap abah seorang abah yang sangat baik. Abah selalu kerja keras untuk cari rezeki dan selalu pergi outstation setiap minggu atas urusan kerja. Tapi dia tidak pernah abaikan tanggungjawab dia sebagai abah dan meluang masa untuk anak-anaknya. Sekurangnya itu apa yang saya anggap…

Terbongkar rahsia

Semasa saya di alam persekolahan (mengengah), dalam 10 tahun yang lalu, saya ternampak mesej abah dengan perempuan lain. Bersayang rindu bagai. Remuk hati saya. Mak jenis yang tidak cek handphone atau pergerakan abah. Abah bebas buat apa sahaja. Mak tidak akan pernah mengongkong.

Bila fikir balik, saya terimbas kembali sewaktu saya kecil dalam umur 4 tahun saya teringat kali pertama dan terakhir saya melihat mak dan abah bergaduh dihadapan kami adik-beradik. Sebabnya abah mahu keluar malam tetapi mak tidak setuju dan abah teruk marah. Sejak dari itu mak tidak pernah menghalang pergerakan abah. Malah dibiarkan sahaja jika mahu pulang lewat malam atau pagi. Sudah lali hampir 30 tahun hidup bersama.

Walaupun remuk hati saya lepas baca mesej abah dan wanita lain, saya diamkan sahaja. Saya hormat abah macam biasa. Tidak pernah bangkitkan pasal isu ini. Mesej sahaja. Tak lebih. Alaa… lelaki kan, semua sama sahaja. Saya pujuk diriku. Tetapi saya kasihankan mak. Sampai hati dia buat orang yang saya sayang macam tu.

Terjumpa knd0m

Ada satu tempoh masa dahulu, abah selalu kemana-mana bersama bag laptopnya. Pergi kerja, pergi jalan, pergi keluar walaupun bukan urusan kerja. Satu hari, saya ingin mencari barang di dalam bag laptop abah, dan terjumpa knd0m di dalamnya. Macam-macam bermain di fikiran. Yang paling penting, kenapa perlu bawak knd0m ke tempat kerja. Mak bukan kerja sama abah pun. Saya diamkan lagi…

Satu hari rakan sekerja abah, mak cik B, ada urusan (bukan hal kerja) di luar negeri dan minta abah menemannya sebab abah arif dalam hal itu. Mak pun biarkan sahaja abah pergi bersama B. Tak lama, balik hari sahaja beberapa jam selesai urusan. Saya pulak banyak tanya kepada mak kenapa abah perlu ikut, kenapa tak suruh suami B sahaja selasaikan urusan itu dan berapa lama.

Saya bukak mesej mak dengan abah. Awalnya kata tidak lama. Tapi tiba-tiba abah mesej kata urusan tergendala beberapa jam. Kena tunggu dan mereka pergi jalan di kota untuk membuang masa. Kenapa saya bukak mesej mak…sebab saya nampak abah bawak bag laptopnya. Urusan itu tak memerlukan laptop. Air mata saya jatuh bila nampak abah bawak bag laptop dia pergi jumpa perempuan itu. Tak tenteram hati. Kasihan dekat mak…

Syak mak memendam

Saya rasa mak ada syak atau tahu sesuatu tapi dia tidak akan pernah menceritakan kepada anak-anaknya. Berpuluh tahun hidup bersama mustahil tidak tahu perangai suami walaupun tidak cek handphone. Dia selalu berseloroh, kalau abah mahu kawin lagi kawin la. Saya pulak rasa marah.

Bertahun saya simpan rasa marah kepada abah tetapi tidak pernah tunjuk kepada dia sebab salahnya bukan kepada saya tapi kepada ibuku. Dia abah yang baik tapi bagi saya dia bukan suami yang baik pada pandanganku. Bila saya meningkat dewasa baru saya nampak banyaknya korban ibu sampai abah banyak lepaskan tanggungjawab kepada ibu.

Tak percaya lelaki

Bertahun saya bergolak dengan perasaan saya sendiri. Saya tak percaya lelaki. Saya marah abah tapi dia tidak salah kepada saya dan sentiasa ada untuk kami sekeluarga. Saya sayang abah sangat. Hari ganti hari saya cuba redha. Saya buat keputusan untuk lepaskan hal ini dan biar dia dengan rahsianya. Saya tetap akan sayang dia macam biasa. Biarlah tidak konvensional, sekurangnya dia tidak tunjuk depan-depan. Saya pujuk diri…

Pelik B datang lawat abah

Sampailah satu hari, abah masuk wad… Tidak serius pun sakitnya, mak beritahu saya supaya tidak perlu tergesa pulang. Saya pulang pada hujung minggunya dan mak pun ceritalah perkembangan abah. Tiba-tiba mak cerita, B datang bawak bubur untuk abah. Lantas saya bertanya semula kepada mak. Kenapa dia perlu datang? Suami dia tidak ikut ke? Mak jawab pendek dan terus alih topik. Saya syak dia tahu saya marah B ni. Mak bukan bodoh cuma dia tak nak besarkan hal.

Yang buat saya marah, makin berani B ni datang depan mak saya. Nasib bukan depan saya. Sampai sekarang saya tak pernah jumpa B. Saya tanak. Kalau saya nampak dia depan-depan saya akan kurang ajar. Dah ada suami tapi sibuk dengan suami orang lain. Memang kurang kasih sayang pun sebab dia isteri kedua suaminya.

Kadang-kadang saya jeling phone abah saya nampak dia masih lagi mesej abah sampai sekarang pada waktu malam. Normal kah isteri orang bermesej dengan suami orang pada waktu malam. Lagipun mereka sudah tidak kerja di pejabat yang sama lebih bertahun sudah.

Lelaki tetap lelaki

Bagi saya lelaki tetap lelaki walaupun dia abah saya. Saya banyak baca kes curang sekarang tapi sikit pon saya tak terkejut. Lelaki… kalau ada peluang takkan dia lepas. Beza halal haram je.

Kalau yang nak halal dia kawin lain. Kalau haram, buat lah perempuan simpanan macam abah saya. Hahahaha… Paling baik pon akan terfikir perempuan lain jugak cuma tidak bertindak. Dah lali. Jangan lah percaya lelaki bulat-bulat. Dan jangan lah harap banyak sangat daripada mereka ni. Nanti merana…

Antara komen netizen :

Zulieya Zulkifli -kot B tu madu mak awak…tpi sngaja mak merahsiakan…demi mnjaga nama baik abah awak pd kluarga…

Nadia Mohd Ali –Moga kpts 3thn lps yg saya buat tidak disia2kn..moga ank2 saya trus syg serta memandg tggi pd papanye..btul lelaki tetap lelaki..yg membezakan mereka hnya iman dlm diri..moga ibu confessor dirahmati serta diberi ganjaran syurga insyaallah

Shohaida Ahmad –Perkahwinan adalah satu perjudian hidup.semat d hati ibu2, berkerjaya tak kira d mana generate ur own money.ada rumah sendiri dan pandai urus kluarga dan kewangan.jodoh berpanjangan alhamdulilah jika separuh jalan anda bolih berdikari.hidup mesti berpihak kpd jln yg selamat utk diri dan anak2

Fiza Saja –That why until now saya pun x brp nak percaya kat lelaki. Tambah2 lelaki zaman sekarang ni ramai yg culas bab tanggungjawab. Semoga Allah bukakkan jalan utk saya berjumpa dgn lelaki yg baik2. Aminn

Nur Abdullah –Moga Allah memberi hidabah buat abah awak dan utk saya juga..
Dik..sebolehnya jgn biarkan abah awak terus hanyut dgn perangai buruk dia..
Banyakkan doa..dan jgn berhenti berdoa..
Sedih sgt rasa klu org yg kita syg terus hanyut dgn maksiat..

Oya Alya –setuju dik.. bagus adik pandai berfikir dgn matang. mmg lelaki tetap lelaki, baik mcm mana pun, tak pernah hanya satu perempuan dlm hati dia. msti ramai. dan isteri dia tu cuma org yg dia rasa selesa utk dibodoh2kan.. tp sebenarnya mak adik x bodoh pun.. sbb dia tahu hala tuju hidup dia ke mana. bkn nk seronok je mcm mkcik B tu. salute dgn mak sis.. jangan pernah jadikan kesetiaan seorang lelaki sebagai ukuran kebahagiaan. sbb kesetiaan seorang lelaki takka pernah wujud

Azy Muda –Tak nak komen asalnya, ishh gatal juga jemari ni.

Ginilah adik, jangan tsayat untuk berkahwin kelak. Jangan fikir yang bukan2. Doa baik2. Future adik masih belum berlsaya. Tak semua lelaki macam abah awak. Masih ada yang baik. Doalah kata kuncinya.

Bab mak adik tu, akak rasa dia bertahan pon sebab anak2, rasa cinta mungkin dah takde, dia tahu baik buruk suami. Tengok mak adik pon x burukkan suami cuma nasib adik terjumpa aib si abah.

Biarlah dosa abah tu dia tanggung.

Yang penting awak bahagiakan mak dik tau.

– AA (Bukan nama sebenar) via IIUMC