Ditahan oleh penguatkuasa, di bawa ke rumah usang. Konon nak buat “pemeriksaan” badan, menitik mata aku tgk dia perlakukan aku begitu

Assalamualaikum kawan2.

Warning. Confession aku ni panjang, tapi aku harap sedikit sebanyak membantu anak2 kecil tidak menjadi m4ngsa dan membesar seperti aku.

Sedikit pengenalan dari aku, aku perempuan bekerjaya dan belum berkahwin.

Masa aku menaip ni, aku baru lepas menangis. Bengkak mata aku ni. Benda ni selalu jadi, bila aku rasa down, dan cuba duduk berfikir untuk cari akar masalah aku.

Setiap kali aku flashback balik hidup aku, cari mana punca yang buat aku jadi macam ni, aku akan stop pada satu tempoh masa dalam hidup aku. Tempoh umur aku mula menunjukkan simptom2 akil baligh. Yes, dalam lingkungan 10 ke 15 tahun.

Dalam tempoh masa ni, ada sekali aku dica bul lelaki yang aku tak kenal masa aku balik dari sekolah.

Sebelum korang komen macam2, zaman 90an, mostly budak2 balik sekolah jalan kaki, dan jenayah culik dan r0gol masa tu boleh dikira rendah. Jangan salahkan mak ayah aku okay. They are the best parents ever. Im staying strong because of them.

Sekali je terjadi dan aku tak pernah jumpa lagi dah lelaki ni. Sebabnya, aku bagitau mak ayah aku, aku takut balik sorang. Aku langsung tak cerita apa jadi pada aku pada sesiapa termasuk mak ayah aku, sampai sekarang, ni la kali pertama aku luahkan.

Aku tak ingat muka lelaki tu selain susuk badan dia. Dia tunggu tepi jalan dan bila aku jalan dekat dia mula tegur aku.

Mula2 dia umpan aku cakap dia “penguatkuasa”. Aku ni yang selalu tengok gerak khas kat tv terus percaya “penguatkuasa” tu baik. B0doh kan aku. Dia tanya2 aku pasal kawasan situ, dan bawak aku ke rumah usang tepi jalan konon nak tunjuk orang jahat. Dipendekkan cerita dia mula buka baju sekolah aku konon nak buat pemeriksaan. Aku tak selesa jadi aku cakap nak balik. Dia ugut aku nak masukkan aku dalam lokap.

Allahu. Menitik laju air mata aku bila taip ni. Sebabnya aku masih ingat sebijik apa yang jadi hari tu.

Tak payah aku cerita detail walaupun benda tu macam wayang dalam otak aku (nanti jadi kisah 18+). Tapi yang penting, aku still perawan, dan aku sangat bersyukur Allah pelihara aku.

Lelaki tu, dia bagi aku duit dan salam aku c1um tangan sambil mintak maaf berkali2 dan terus pergi tinggalkan aku sorang2. Aku yang tak tahu apa2 ni Allah hadirkan dalam hati rasa j1jik dengan duit tu. Oh ye, duit tu aku buang.

Apa yang aku nak cerita kat sini, kesan kejadian tu pada diri aku.

Korang bayangkan, budak2 lingkungan umur 10 ke 12 tahun tak tahu apa2 pasal seeks. Allah hadirkan rasa ingin tahu. Aku cari2 jawapan apa yang lelaki tu buat pada aku. Masa tu la aku baru tahu aku dica bul. Aku lupa macam mana aku tahu pasal seeks & proses kejadian manusia, mungkin dari pembacaan.

Tapi, yang aku rasa sedih dan simpati dengan diri aku, bila aku dalam umur macam tu, dah serabut fikir kemungkinan aku akan pregnant. Tiap hari aku tengok perut aku sama ada makin membuncit atau tak. Sedih. Padahal aku belum akil baligh. Sorang2 aku runsing. Aku mana tau apa2. Budak lagi masa tu.

Aku baca, aku dapat tahu maximum sperm boleh hidup 3 hari. Baru lah hati aku rasa lega sebab tak mungkin aku akan pregnant. (dah berbulan, dan mana mungkin, no inter course at all. Tapi aku b0doh kan masa tu)

Paling ketara kesan kejadian tu bila aku akil baligh. Badan aku mula membentuk. Aku mula benci dengan badan aku sendiri.

Aku nak jadi lelaki, sebab aku j1jik dengan badan aku. Aku berpura2 jadi kasar, berkelakuan macam lelaki. Aku benci dada aku yang berubah. Semua ni aku hadap sendiri, tak pernah bagitau sesiapa pun. Sedih.

Dan aku still mencari jawapan. Aku cari kat internet, mula la keluar perkara 18+. Kat sini aku terdedah dengan semua tu. Tapi masa tu aku dah mula tahu bezakan baik dan buruk.

Aku ada rasa sya hwat bila tengok semua tu, tapi rasa j1jik mengatasi segalanya . Mungkin sebab ni, Allah pelihara aku dari melakukan z1na. Aku j1jik dengan seeks. Maaflah, tak ada perkataan yang lain aku fikir selain j1jik.

Aku mula faham sikit demi sikit. Aku belajar sains, belajar biology. Aku mula faham apa yang jadi pada diri aku hari tu.

Dan aku rasa jijik bila aku tengok video kejadian manusia dari dalam kandungan hingga kelahiran (cikgu tayang untuk mudah faham). Aku rasa j1jik bila terbayang aku akan melalui saat2 tu satu hari nanti. Proses indah bagi perempuan lain. Tapi aku tak rasa yang sama.

Aku membesar dengan rasa benci, rasa j1jik dengan badan aku sendiri. Sampai aku terfikir, kenapa aku perempuan? Semua perasaan ni aku lawan sorang2. Aku membesar dengan rasa rendah diri, tak ada keyakinan dalam diri.

Aku pernah bercinta, tapi bila aku diajak menikah, macam2 alasan aku beri. Nak habis belajar dulu, dah habis belajar, nak kerja dulu. Tak dapat kerja nak sambung lagi belajar, dah kerja nak kumpul duit nak berbakti pada orang tua. Tapi orang dah penat menunggu akhirnya menikah dengan orang lain.

Aku patah hati. Tapi aku terima, sebab semua tu berpunca dari aku. Aku takut nak menikah. Aku takut akan hubungan suami isteri. Aku takut mengandung. Aku rasa j1jik bila fikirkan pasal tu semua.

Ye aku tahu. Aku salah fikir macam tu, aku salah sebab aku ada rasa j1jik macam tu. Aku jijik dengan fitrah manusia. Tapi aku nak buat macam mana?

Sekarang aku masih belajar menerima, belajar ubah mindset aku. Aku dah 30 an tapi aku langsung tak fikir untuk menikah.

Aku j1jik dengan diri aku sendiri. Aku perempuan yang j1jik tak layak untuk sesiapa. Aku kesiankan lelaki yang akan memperisterikan aku.

Tipu kalau aku tak ada rasa nak disayangi dan menyayangi. Tipu kalau aku tak cemburu tengok pasangan2 bahagia.

Tapi aku masih tak sanggup hadap hubungan suami isteri. Aku tak sanggup disentuh, aku tak sanggup buka hati untuk berkongsi. Sedangkan isteri adalah sepenuhnya hak suami. Hak suami untuk mendatangi si isteri.

Hari ni aku down sebab fikir hala tuju hidup aku. Pada pandangan orang aku ni perempuan normal. Tapi Allah je tahu apa yang aku rasa.

Aku bersyukur sangat sebab Allah pelihara aku. Apa yang aku baca zaman sekarang, budak2 yang tak tahu apa2 di grooming hinggakan ketagih seeks dan mengandung.

Aku dikira masih beruntung. Kejadian tu hanya sekali, aku tak jatuh dalam lembah zlna dan aku masih perawan. Kalau lah aku bukan lagi perawan, aku mungkin dah lama bunuh diri, entah mana pergi rasional aku. Tapi aku still rasa aku ni j1jik. K0tor.

Aku mintak sangat mak ayah lindungi anak perempuan betul2. Latih anak2 untuk bercerita pada mak ayah apa yang jadi pada dia setiap hari.

Jangan jadi macam aku. Sebab aku tak bercerita pada mak ayah aku, aku hidup membesar dengan rasa insecure, rasa takut dan terexplore yang bukan2. Tapi alhamdulillah, Allah pelihara aku dan kuatkan semangat aku.

Dan kalau aku nak cerita detail, makin panjang pulak. Jari aku pun mogok nanti. Air mata pun tak berhenti mengalir.

Kalau aku boleh mintak sesuatu yang aku pasti dapat, aku nak mintak Allah hilangkan ingatan aku. Kejadian tu macam wayang dalam otak aku ni. Tiap kali mesti aku menangis sorang2 terasa jijiknya diri aku ni. Tak berhenti aku nangis taip cerita aku ni. Mesti korang meluat sebab banyak perkataan j1jik yang aku guna.

Doakan aku dapat hidup berkeluarga macam korang suatu hari nanti. Aku sedang belajar menerima fitrah perempuan, mula belajar sayang diri. InsyaAllah aku kuat. Aku rasa aku boleh diselamatkan lagi ni. Hahah. Doakan aku semoga aku jadi kaya raya, jadi jutawan beriman jugak tau. Semoga dalam banyak2 doa yang baik, adalah satu yang terkena.

– KiwiMango (Bukan nama sebenar) via iiumc by edisiharian