‘Saya Tak Dapat Menahan Air Mata Dari Mengalir…’ – Sah Dicerai Talak 3, Rihana Terharu Terima Sokongan

Baru baru ini teka-teki berita perceraian jelitawan Russia, Rihana Oksana Gorbatenko dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V akhirnya terjawab apabila peguam sultan itu mengesahkan sudah menghantar surat cerai talak tiga terbabit kepada pihak peguam Rihana.

Rihana menerusi muatnaik terbaru di Instagramnya meluahkan rasa syukur apabila menerima sokongan daripada netizen setelah apa yang berlaku.

Rihana juga turut menyatakan rasa bangga apabila cahaya matanya, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra mempunyai drah Malaysia dan menegaskan akan berbuat apa sahaja untuk melihat Ismail membesar.

Saya sangat bangga drah Malaysia mengalir dalam anak saya dan saya akan lakukan apa sahaja untuk dia membesar selayaknya dengan kasih anda semua.

Dalam hidup saya, saya terpaksa menghadapi pelbagai jenis kejahatan, tipu daya dan hasad dengki. Tetapi anda meyakinkan saya bahawa masih ada kebaikan di dunia ini. Kalaulah saya berpeluang, saya mahu memeluk anda semua dengan kegembiraan.

Sokongan dan dorongan anda semua amat berharga bagi saya. Mesej masuk tidak henti-henti, saya akan terus berkongsi kisah hidup saya dengan ikhlas dan jujur.

Semoga Allah memberkati anda semua, kawan-kawanku! Hari ini genap 2 bulan umur Leon. Terus membesar dan bahagia si cilik duniaku.

Sumber: Rihana Petra

Artikel berkaitan: Talak tiga Rihana dibuat depan dua saksi, kata peguam

Cerai talak tiga Sultan Muhammad V ke atas bekas Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko dibuat dengan kehadiran dua orang saksi beragama Islam.

Peguam kepada Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua dipetik Sinar Harian sebagai menafikan dakwaan Rihana yang mengatakan dia tidak mengetahui dirinya sudah diceraikan.

“Baginda bercerai talak tiga dengan Rihana Oxana Gorbatenko dengan kehadiran dua orang saksi Islam yang berwibawa berdasarkan undang-undang syariah.

“Mahkamah Syariah Kelantan telah memberikan kebenaran untuk perceraian serta mengeluarkan sijil perceraian pada 1 Julai lalu.

“Rihana dimaklumkan tentang perceraian yang tidak boleh ditarik balik itu pada 22 Jun melalui peguamnya, Alexander Dobrovinsky & Partners Rusia dan satu salinan sijil perceraian telah diberikan kepadanya melalui peguamnya pada 20 Julai lalu,” katanya dilaporkan sebagai berkata.

Sebelum ini, Koh membuat pengesahan mengenai cerai talak tiga Sultan Kelantan ke atas Rihana.

Menurut Koh firma guamannya sudah menghantar surat cerai talak tiga terbabit kepada pihak peguam Rihana.

New Straits Times (NST) dalam sebuah laporan sebelum ini memetik sumber menyatakan pasangan itu bercerai pada 22 Jun lalu, manakala pemfailan cerai adalah pada 1 Julai di Mahkamah Syariah Singapura.

Rihana bagaimanapun menafikan sudah bercerai dan turut membidas pihak yang menyebarkan sijil perceraian membabitkan dirinya dan Sultan Muhammad V.

Wanita berusia 26 tahun itu menjelaskan dia tidak ke Singapura pada Jun bagi tujuan itu sebaliknya hanya bersama cahaya matanya yang baru dilahirkan di Rusia.

Selain itu, portal berpangkalan di Singapura, berita.mediacorp.sg yang memetik kenyataan Mahkamah Syariah Singapura pada 19 Julai berkata, mahkamah itu tidak mempunyai rekod perceraian difailkan Sultan Muhammad V dan Rihana.

Sebelum ini, media melaporkan Rihana mendakwa dia tidak pernah mendengar sebarang talak dijatuhkan secara bersemuka dengan dirinya. Kredit : nalurikini