Tak malu mengaku 2 tahun ‘tackle’ model lelaki, gadis ini nampak dia hebat mcm Messi

TIDAK semua gadis mempunyai keberanian dan keyakinan diri untuk mendekati jejaka idaman mereka.

Apatah lagi wujud stigma yang mengatakan perbuatan itu umpama perigi mencari timba.

Namun berbeza pula dengan personaliti media sosial, Nur Shakira, 22, atau lebih mesra disapa Ayra apabila dia berusaha selama dua tahun untuk menambat hati kekasihnya, Bakhtiar Ikhwan yang setahun lebih tua daripadanya.

“Bukan mudah. Kami berkawan sejak 2016 dan saya minat dia sejak dari tu. Sebelum tu saya tak tahu dia seorang model dan hanya dapat tahu setahun kemudian. Kali pertama tengok dia atas pentas masa KL Fashion Week tapi tak sempat tegur.

“Saya tak confess sebab malu tapi saya tunjuk melalui perbuatan. Lama-lama nasib baik dia nampaklah segala usaha saya. Dulu saya rajin komen gambar dalam IG (Instagram) dan selalu reply story dia. Tapi kadang-kadang saya takut juga mana tahu dia rimas. Jadi nak tak nak kena berjumpa dengan dia juga.

Ayra malu mengakui meminati kekasihnya tetapi menunjukkan cintanya menerusi perbuatan.

“Kebetulan dia main futsal dekat kolej saya. Itulah pertama kali berjumpa. Tiga kali saya tengok dia main futsal sepanjang tempoh tiga minggu itu. Waktu tu saya siap bawa air dan makanan untuk dia. Betapa semangatnya saya ketika itu,” katanya ketika dihubungi mStar.

Ditanya apa yang membuatkan dia tertarik dengan jejaka itu, Ayra berkata mereka mempunyai banyak persamaan.

“Saya follow dia di IG pada 2016 sebab dia post gambar Lionel Messi (pemain bola) dan Barcelona. Saya sangat obses dengan Messi dan tak sangka dia pun sama. Kami banyak persamaan.

Bagi saya tak salah kalau perempuan mulakan dulu. Sekarang dah 2019. Kalau zaman dulu-dulu mungkin orang cakap perempuan tak tahu malu sebab mulakan dulu kan tapi sekarang zaman dah berubah.- NUR SHAKIRA/PERSONALITI MEDIA SOSIAL.

“Apabila saya tengok dia main futsal tahun lepas terus semakin jatuh cinta. Saya terbayangkan Messi. Apa yang membezakan mereka cumalah ketinggian. Dia tinggi tapi Messi rendah je.

“Dia sukakan haiwan begitu juga saya. Kami suka post kesedaran mengenai haiwan. Tapi paling penting saya tak pernah jumpa lagi lelaki yang betul-betul minat Messi macam dia,” katanya.

Pada masa sama, wanita dari Kuala Lumpur ini juga tidak bersetuju dengan istilah perigi mencari timba dalam situasi ini.

Ayra dan Bakhtiar sama-sama meminati Lionel Messi dan Barcelona.

“Bagi saya tak salah kalau perempuan mulakan dulu. Sekarang dah 2019. Kalau zaman dulu-dulu mungkin orang cakap perempuan tak tahu malu sebab mulakan dulu kan tapi sekarang zaman dah berubah.

“Dan mana tahu nanti nak kahwin pun saya yang masuk meminang dulu macam Siti Khadijah buat dekat Rasulullah. Sekarang saya tengok lelaki lebih menghargai perempuan yang mulakan dulu semua.

Bila saya tengok dia main futsal tahun lepas terus makin jatuh cinta. Saya terbayangkan Messi. Apa yang membezakan mereka cumalah ketinggian. Dia tinggi tapi Messi rendah je.-NUR SHAKIRA/PERSONALITI MEDIA SOSIAL.

“Lagipun lelaki bukan boleh tahu semua hint-hint yang kita tunjuk. Jadi mengapa tidak kita mudahkan kerja. Jangan tunggu mulakan terus kalau dah suka. Tapi pastikan kenal crush korang dulu betul-betul,” katanya.

Kisah percintaan anak sulung daripada lima beradik itu tular apabila dia buat pertama kalinya berkongsi mengenai hubungan tersebut di Twitternya baru-baru ini.

Perkongsian Ayra yang juga seorang model dengan kapsyen I still can’t believe I’m officially dating my crush now. How does this even happen? mendapat 9,900 ulang kicau dan 28,400 tanda suka.

Posting Ayra tular di Twitter.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen dengan ada yang menyifatkan cintanya diterima gara-gara dia dikurniakan wajah cantik.

Bekas penuntut di sebuah kolej swasta di ibu negara itu bagaimanapun kecewa dengan komen tersebut yang disifatkan sebagai tidak adil.

“Ramai cakap cantik bolehlah dia minat balik. Komen tu bagi saya macam tak adil. Tambahan pula sebelum ini dia tak minat langsung dekat saya tapi lama kelamaan barulah dia nampak usaha saya.

“Saya juga tidaklah secantik orang disekeliling dia. Kalau nak bandingkan dengan gadis lain, ramai lagi model yang lebih cantik bekerja dengan dia. Kawan-kawan dia pun lagi cantik dari saya,” katanya yang menyifatkan Bakthiar sebagai seorang lelaki yang matang daripada usianya.

Sumber : mStar