Part 2: Aku xfaham family sendiri benci aku. Padahal baju raya sampai seluar dlm pun aku yg support. Akhirnya sesuatu terbongkar saat kenduri kahwin di rumahku.

Nak psg 10 khemah, aku x kesah nak psg kat depan umah aku. Tp apa yg aku kesahkan bila brg2 kenduri letak dlm garaj kereta aku… without any permission. Aku balik malam, satu hal x blh park kete dlm umah. Parking jauh, n then aku tanya kenapa letak. Susahkan aku mcm ni… n u guys tahu apa yg dorg ckp kat aku.. biasa la kenduri.

Tumpang letak kejap.. (dalam hati aku, tumpang letak tp tak mintak izin pon nak tumpang) n then dorg ckp aku x reti hidup berjiran.. patot la aku x kawen. Aku andartu.. n alang yg ckp mcm tu kat aku… n yes aku sgt terasa. Aku n alang dah berbaik masa tu n aku sgt sygkan anak alang mcm anak aku. Mcm2 aku dah beli kan utk anak alang. Dr carseat smpai stroller tp aku x sgka dengki dia pd aku masih tgi….

mcm2 dia ckp pd aku. Adik aku yg study kat melaka tu, dia ckp x hidup berjiran, nnt mati golek masuk kubur sendiri. Hurmm aku x tau nak ckp apa kalau dah benda mcm tu keluar dr seorang pempuan yg bertudung labuh dan sering ke usrah… sape dorg nk judge hidup kita… aku sgt sedih. Salah ke aku tanyakan hak aku.. sbb rumah yg dorg letak brg tu, umah yg aku sewa n aku bayar setiap bulan.

Siap pesan, jgn kunci pagar… sbb susah dorg nak kuar masuk amik brg… aku rasa x selamat sbb bila tidur, org keluar masuk umah aku sesuka hati tgh2 malam sbb nak amik brg kenduri…. Org yg buat kenduri tu dah happy2.. tp family kmi masih berantakan…. Disebabkan aku tak puas hati sbb dia letak brg kat umah aku.. semua family aku pulaukan aku n buang aku.. pelik kan.. lebih pentingkan org luar dr family sendiri..

N bru bulan lepas, sekali lg mak aku kuarkan dr mulut dia yg aku ni bukan anak dia. Dia xde anak yg jahat mcm aku.. aku sendiri x tau apa kejahatan yg aku buat. Mak aku n family aku sgt lebih kan org luar dr family sendiri….. jiran2 sgt penting dr mereka lebih dr aku…

n now. Aku balik kepada hidup aku yg dlu. Aku hidup sendiri.. mmg aku hidup depan je umah family aku tp rasanya seperti jauh.. sebelum puasa ni aku dah berpindah rumah lain yg jauh sikit dr rumah aku skrg. Niat aku nak pindah balik ke kl, tp disebabkan aku dah keje kat sini. Officemate aku semua baik2 walaupon aku sorg je melayu dan yg lain cina. Dorg sgt respect n layan aku dgn baik sgt…

aku x tau apa slh aku.

Mcm2 dah aku berikan. Adik aku xde duit aku bg. Tp ni yg aku dpt…. mungkin aku terlalu byk

Memberi smpaikan dorg tak pernah nak hormat aku…

Apa yg aku buat semuanya salah.

Kdg2 aku rasa mcm dorg perlukan aku utk amik

Kesempatan atas aku. Dgn apa yg aku ada.

Aku ingat kawan jer yg akan makan kawan.. tp

Family jugak ada yg mcm ni..

aku x sgka actually ni yg aku dpt atas apa aku dah berkorban. Aku dah korbankan byk benda escpecially aku pindah balik stay dkt dgn dorg…. dalam masa yg sama, aku bersyukur sbb aku ada kwn2 yg tak pernah judge aku.

Mcm biasa la. Adik2 aku semua hebat sgt jd stalker. Sampaikan add fren dgn kwn2 aku kat s0cial media aku.. nak tgk aku buat apa.. tpi si alang ni dia takde kawan.. kawan2 dia smeua gaduh ngan dia… kat tmpt keje pon org pulaukan dia… sbb dia rasa dia byk ilmu agama dr org lain. Suka rasa dia plg bagus… dia jugak stalk ex aku n then bgtau aku psl ex aku. Siap ckp aku loser sbb ex aku dah bahagia..

aku x pernah slhkan ex aku kalau dia kawen ngan pempuan lain. Sbb aku tau, aku dgn dia mmg takkan kawen tanpa restu. Jadi buat apa aku still nak pertahan kan hubungan tu..

kadang2 family aku selalu mrh bila aku byk habiskan masa dgn kwn2 aku… sbb aku rasa dorg lg paham aku dr family aku sendiri…

Kalau aku hang out ngan kwn2 aku.. ktrg sama2 spend money. Kalau sorg dah isi minyak ngan tol, yg lain belanja makan, yg lain bayar parking. Tapi kalau aku keluar dgn adik2 aku, aku la keluar minyak, aku la byr toll, makan semua la all in under aku, mcm aritu, mintak byrkan parking rm2 pon ckp aku berkira sbb mintak duit parking sedangkan time tu aku xde duit kecik.. susahkan bila nampak senang di mata family. Aku paham konsep rezeki yg kita dpt ada bahagian rezeki org lain… aku ikhlas nak share rezeki dgn family, tp dorg dah ambil

Kesempatan lebih dr apa yg aku bg.. tah la. Aku buntu bila fikir balik…

Lg 5 ari nak raya. Aku masih sendiri. Dorg pon tak contact aku utk tanya perihal aku. Tapi aku x kesah. Hidup aku pegi keje balik keje. Aku taknak fikir benda yg buat aku stress.. dan bila stress kita akan cepat nampak tua… hahahaha (joking)

Aku bukan ego taknak balik raya tp aku rasa hati aku masih sakit lg dgn apa yg berlaku…. aku x mampu nak telan semua benda pahit tu….

Bukan aku nak derhaka, tp aku penat sgt hadap

Benda ni dr dlu lg….

Aku harap raya kali ni dorg akan sedar la dgn tindakan dorg pd aku… tapi akan keluar dr mulut alang yg, gamak nyaaa aku x balik raya.. hahaha. Sbb takde yg bg duit raya byk utk anak dia… tu aku dah tau dahh…. biarlah. Raya tahun ni pon aku dah beli semua baju raya utk dorg jugak…. tp x tau la dorg akan pakai atau x pd raya first nnt….. zakat fitrah utk diri aku pon aku dah bayar sendiri.

Aku x nak mcm tahun lepas, alang akan pertikaikan, aku dah keja kenapa abah aku yg kena bayar lg… setahu aku la kan, selagi belum kawen, masih tanggungjawab abah kita.. tp biarlah, aku xnak ada apa2 arguments lg… Aku dah penat jaga hati org. Kali ni biarlah aku jaga hati sendiri. Aku cuba happy kan diri aku…

Dah 24 hari puasa, aku sahur dan berbuka sendiri. Kdg2 ada yg tanya knp sorg jer, tp aku x jwb apa2 dan aku harap dorg paham la situasi aku. Kwn2 yg tau kisah aku ni, dorg mesti akan tau sape yg confess ni… ..

Utk pembaca semua, tak kesah la mcm mana hidup yg korg lalui, setiap manusia perjalanan hidup tak sama. Mmg aku ada semua nya. Tp aku takde family yg memahami dan yg supportive utk diri aku.. tu la ujian allah utk aku…..

Doakan aku kuat utk menghadapi hari mendatang…. Doakan jugak aku dipertemukan jodoh yer…..

– ~tulip lavender~ via edisimalaya