Part 2: “Kerana mulut” – Suami gntung diri hidap H.I.V krn isteri cvrang. Lps 3 bulan,isteri masuk wad meracau2 sebab nmpak arwh

Sambungan part 1:

“3 bulan lepas kan suami saya masuk wad. Tapi entah siapa dan bagaimana dia boleh tahu saya cvrang dengannya serta tahu saya pembawa H.I.V juga”, katanya. Aku dan SN Nora memandang mukanya. Dia menyambung,

“Lepas seminggu dia dimasukkan ke wad ini, dia dibenarkan untuk balik. Saya menjemput dia daripada hospital. Dia berdiam diri sahaja, langsung tidak respon dengan kata-kata saya. Saya cuma terfikir dia sedang terlalu penat sahaja. Petang tu saya ke pasar memandangkan dia masih sakit dan tak larat nak berjalan jauh. Saya ke pasar memandu kereta berseorangan dan membeli barang-barang di kedai runcit.

Apabila saya balik rumah, dia tiada di dalam bilik. Saya terus ke dapur. Saya hampir nak pitam apabila saya terlihat dia menggantung dirinya di dapur”, Puan Sofia berhenti daripada bercakap dalam beberapa minit. Aku menghulurkannya sekeping tisu memandangkan dia mulai menangis.

Badan dia dah kejung, keras dan pucat. Di atas lantai juga ada satu botol racun rumpai yang sudah kosong. Dia telan racun tu, kemudian dia menggantung dirinya serta merta. Saya cepat-cepat telefon ambulans walaupun saya tahu suami saya sudah pun mti, tapi saya masih memberi harapan walau sedikit pun untuk dia diselamatkan. Namun, kuasa Allah manalah saya boleh pertikaikan…”

Aku dapat lihat muka SN Nora yang mendegar penerangan isterinya pucat lesi macam myat. Dia terlalu takut, dan aku seakan-akan boleh membaca isi hatinya, yang barangkali menyalahkan dirinya yang memberitahu Encik Osman mengenai perkara tersebut yang akhirnya membunuh pesakit.

“Saya jumpa satu nota di poket seluarnya, inilah dia”, kata Puan Sofia memberikan sekeping kertas yang diambil daripada beg tangannya. Dia memberikan kepadaku. Aku membaca kertas lusuh dipenuhi capukkan habuk dan kesan jari,

“Assalamualaikum wbt. Jika kau terbaca surat ini, bermakna aku sudahpun tiada lagi di dunia ini. Susah senang kita bersama dulu. Kau ingat tak aku buat overtime setiap hari hanya kerana aku mahu mengumpul duit untuk kita menikah. Aku kerja siang malam tak henti-henti, nak dapatkan sesuap nasi untuk keluarga kita dan anak-anak kita, tetapi kau perlakukan aku sebegini.

Aku percaya kau. Aku beri kepercayaan sepenuhnya kepada kau. Aku tinggal kau dirumah sebab aku percaya kau boleh jaga anak-anak kita. Kau boleh jaga harta benda kita. Tetapi kenapa? Tak cukupkah kasih sayang yang aku berikan? Aku tak faham?.

Hati aku remuk kerana kau buat dengan abangku sendiri. Biarlah apa yang berlaku. Hidupku sudah tidak bermakna lagi. Aku cuma nak kau tahu, aku tidak akan memaafkan kau. Selagi boleh, aku pastikan hayat kau di dunia ini sentiasa merana bersama Hamdan. Terima kasih atas hadiah yang kau berikan.

Kau ingat, aku buat perkara ini kerana kau. Kau yang minta. Kau yang mahukan. Aku harap kau tak akan dapat lupakan aku langsung. Bila kau makan, minum, tidur, jaga, kau akan sentiasa ingat peristiwa hari ini. Selamat tinggal”.

Aku mula merasakan linangan air mataku jatuh menitis satu per satu. Aku memberi surat tersebut kepada SN Nora, dia membaca dan tak semena-mena dia jadi kaget dan kaku.

“Saya sorokkan surat ni daripada pihak polis yang menyiasat kemtiannya. Saya tak mahu orang lain tahu mengenai hal ini. Setakat ini polis memang sudah mengklasifikasikan kes ini sebagai mti mengejut dengan cara membunuh diri… Tetapi itulah dia, saya tahu salah saya…” kata Puan Sofia.

Aku meminta izin untuk keluar dari bilik rawatan sambil menarik tangan SN Nora yang kaku dan seolah-olah terdiam. Aku lihat wajahnya semakin muram dan duka, terus aku berkata kepada dia.

“Kak, okay ke ni?”

“Entahlah, ni mesti salah akak yang terus…”, aku memotong percakapannya.

“Tidak, jangan begini. Saya yakin akak tak buat salah kerana lagipun akak tak tahu perihal kes ni kan?”

“Tapi…”

“Tiada tapi-tapi kak. Kalau kakak tak beritahu pun, lambat laun dia akan tahu juga. Kerana ini bukanlah sesuatu yang boleh dirahsiakan lama-lama”.

Aku cuba menenangkan Kak Nora walaupun jauh di sudut hatiku, aku berasa aku yang patut dipersalahkan kerana aku gagal memberitahu mengenai rahsia hal ini, dan yang kedua, andai kata aku boleh memberi nasihat atau bimbingan dalam bentuk kata-kata kepada Encik Osman, saat dia bertanyakan aku soalan mengenai cara dia nak menghadapi isteri dia semula, sudah tentu ada kemungkinan nyawanya dapat diselamatkan.

Aku meneruskan tugasan seperti biasa walaupun apa yang bermain di dalam kotak fikiranku membuatkan aku sedikit berasa celaru, resah dan gelisah. Kerja sebagai runner memang pada orang lain tidak memenatkan, namun dikala pesakit yang terlalu ramai di dalam wad, yang mana menyebabkan aku sering turun naik tangga untuk mengambil ubat daripada farmasi dan memulangkan mana-mana botol ubat yang telah kosong memang sesuatu yang amat memenatkan.

Aku baru sahaja nak melabuhkan punggung di kerusi yang terletak di balik kaunter jururawat, aku disuruh oleh jururawat lain untuk mengambil drah sebanya 3 pint di unit tabung drah. Aku bergegas pergi kerana ada seorang pesakit yang memerlukan drah dengan cepat memandangkan kes pesakit itu agak kritikal di mana dia mulai muntah drah akibat penyakit pembuluh drah yang membengkak di saluran esofagus pesakit.

Aku membawa buku yang diperlukan untuk aku mengisi data pesakit dan jumlah drah yang aku ambil, Sesampai sahaja di wad, aku terus serahkan kepada Dr Hanan, yang membuat pemeriksaan supaya drah yang betul diberi kepada pesakit tadi. Aku kembali ke pantri wad untuk minum sedikit air bagi melegakan tekakku yang haus. Aku melaui bilik Puan Sofia, dan secara tiba-tiba, aku terdengar teriakkan daripada bilik tersebut.

Aku mula menjengah dan kelihatan Puan Sofia sedang baring dan mengerekot. Dia meletakkan bantal di atas kepalanya seolah-olah cuba menyembunyikan dirinya daripada sesuatu. Aku segera masuk, dan memegang tubuh Puan Sofia yang panas akibat suhu badannya yang tinggi kerana demam.

“Misi! Tolong saya misi! Abang Osman di balik tirai ni tadi. Tolong saya!”.

Aku jadi gelabah, pada awalnya aku tidak tahu apa yang perlu aku buat, tetapi aku ternampak SN Nora di luar bilik pesakit, dan aku menarik tangannya dengan segera untuk ke bilik Puan Sofia. Dia masih lagi berada dalam keadaan yang ketakutan, menyembunyikan diri sambil merintih dan menjerit-jerit nama arwah suaminya.

Tak semena-mena dia mengambil gelas di atas rak di sisinya sambil membaling ke arah dinding.

“Prang!”, bunyi gelas kaca tersebut saat terkena pada dinding.

“Berambus kau! Berambus kau! Kau dah mti, kau dah mti!”, jeritnya.

Aku cuba mengawal dituasi, walaupun ditepis-tepis dan ditendang kuat. SN Nora memanggil Dr Hanan saat keadaan mula tidak terkawal. Dia mulai merentap keluar jarum di tangannya, membuang topeng oksigennya sera meracau nama arwah suaminya,

Dr Hanan hadir membawa ubat untuk menenangkan pesakit. Dia jadi gelabah kerana kedua-dua jarum yang tertusuk pada tangan kanan dan kiri Puan Sofia sudah direntap, menyebabkan dia tiada cara lain memberi ubat tersebut melainkan dengan cara cucukan secara intramuscular di punggung pesakit.

Beberapa saat kemudian, pesakit membaring dan terlentang akibat kesan ubat yang membataskan pergerakkannya. Dia tidak tidur, matanya terbeliak keluar macam nampak hantu sambil mulutnya tak henti-henti meracau dan menyebut nama arwah suaminya. Aku disuruh untuk melekatkan wayar yang tersambung pada cardiac monitornya itu.

Dr Hanan memesan kepadaku supaya mengalih pesakit ini ke acute cubicle. Perletakkan pesakit di situ adalah untuk dia sentiasa berada dalam pandangan jururawat atau doktor, kerana dia ditakuti akan meracau tak semena-mena lagi. Aku memindahkan pesakit ke katil 13, yang mana dia agak bernasib baik kerana katil di acute cubicle ini ada satu tempat yang kosong.

Aku melihat wajah dia yang pucat di kala bau mulutnya yang dipenuhi jangkitan kuman di ulser di dalam mulutnya yang berbau busuk. Dia tidak respon dengan panggilan aku, sebaliknya kedua-dua matanya yang terbeliak hanya mampu memandang ke sebelah kanan pesakit. Aku mulai cuak juga, takut-takut ada apa-apa yang memunculkan diri scara tiba-tiba dikala malam yang gelap ini.

Saat aku meletakkan pad di dadanya dan disambung dengan mesin cardiac monitor itu, aku terlihat bentuk gelombang yang ditunjukkan di skrin monitor tersebut sebagai satu garisan lurus sahaja. Aku segera memanggil doktor, dan meminta SN Nora menolak troli bewarna merah dengan ke arahku dengan segera.

“Ya Allah, patient collapse!”, Dr Hanan berteriak sebaik sahaja dia merasakan tiada nadi di bahagian leher pesakit.

Beberapa doktor mula menghadirkan diri, untuk menolong apa yang boleh. Cardiopulmonary resuscitation (CPR) dimulakan dengan pantas. Tiada satu pun jarum yang ada di tangannya, kerana direntap tadi. Doktor mula mencari salur drah yang sesuai untuk dicucuk bagi membolehkan cecair dan ubat-ubatan, tetapi tidak berjaya.

Aku menyambung tekanan dada pesakit kerana aku lihat Dr Hanan pun sudah penat, semput dan lelah. Satu jarum besar dimasukkan ke salur drah yang terletak di leher pesakit. Cecair dialirkan dengan pantas. Para doktor mengambil drah secepat mungkin untuk dihantar ke makmal. Dr Munir, seorang medical officer sampai dan mula melakukan pemeriksaan dengan lampu suluh di mata Puan Sofia. Usaha demi usaha dilaksanakan dengan terbaik, namun, selepas 45 minit yang memenatkan, Dr Munir berkata kepada semua,

“That’s it you guys. Call off the CPR”, yang mana bertujuan untuk menghentikan proses resusitasi saat pesakit tidak lagi mampu untuk diselamatkan.

“Time of death, 8.45 PM. Hanan, let me know if patient’s PAP arrive, I will talk to them” katanya lagi.

“Doktor, kenapa tiba-tiba dia jadi macam ni? Meroyan dan ada halusinasi pula?”, aku bertanya.

“Ni, tengok ni keputusan CT Scan dia. Nampak bintik-bintik bewarna putih ni?”, kata Dr Munir.

“Yalah, ni kes apa sebenarnya doktor? Macamana kita nak talley kan diagnosis sebegini dengan pesakit yang meracau dan tiba-tiba ada halusinasi?”, aku bertanya lagi.

“Yeah, inilah namanya cerebral toxoplasmosis. Mana-mana bahagian dalam otak ni kalau affected akan jadi simptom-simptom seperti halusinasi, mimpi-mimpi buruk dan kadangkala mengalami sakit kepala dan boleh lumpuh, bergantung kepada berapa banyak otaknya yang telah rosak dan bahagian mana yang affected juga”, kata Dr Munir sambil menulis di atas BHT seorang pesakit lain.

Aku pernah dengar kes yang dipanggil cerebral toxoplasmosis, yang mana penyakit ini agak eksklusif untuk pesakit-pesakit RVD. Kuman penyebabnya adalah Toxoplasmosis gondii, yang mana untuk orang yang mempunyai imuniti yang normal, jangkitan ini tak akan berlaku, dan sebaliknya kalau imuniti badan terlalu rendah, seperti dalam kes ini, dengan mudah kuman tersebut masuk di dalam otak memandangkan hampir tiada sel drah putih untuk menyerang mana-mana bakteria yang memasuki dalam badan pesakit.

Dr Hanan mulai duduk di sebuah kerusi untuk mengisi borang-borang kemtian yang memerlukan tandatangan Dr Munir sebagai pengesahan. Aku mula mengemas katil tersbut yang bersepah seperti tongkang pecah. Aku tertanya-tanya juga di manakah PAP pesakit? Tetapi tidak ada di wad berkenaan.

Tanpa disuruh, aku lihat Dr Hanan telahpun membuat panggilan kepada waris pesakit berdasarkan nombor yang terdapat dalam fail. 30 minit kemudian, seorang lelaki berbadan kurus dan cengkung hadir untuk menuntut jenazah serta mendapatkan borang kemtian. Aku lihat sebentar wajahnya, dan terus bertanya,

“Awak ni nak tuntut jenazah ya? Apa pertalian awak dengan pesakit?”

“Saya abang ipar dia”, katanya.

“Oh, awaklah yang duduk berdekatan rumah pesakit ni ya? Abang Encik Osman?”, aku bertanya lagi.

“Ya, saya lah tu”

“Anak pesakit ni sekarang di mana?”

“Arwah Sofia ni hantar mereka ke sekolah madrasah. Saya sahajalah yang tolong buat apa yang patut memandangkan Arwah ni tak terjaga anak-anak dia sendiri. Lagipun, semakin hari sakitnya bertambah teruk. Saya suruh dia dapatkan rawatan tetapi dia tak mahu. Saya sendiri pun on treatment lama dah”

Kata-kata dengan muka selamba dan tidak menunjukkan apa-apa kesedihan atau penyesalan menyebabkan aku terlalu berang. Aku menggenggam kedua-dua tanganku. Bibirku jadi ketap, jantung aku berdegup dengan pantas dan telinga aku berdesing.

Aku terus berlari ke tandas staf wad ini. Aku terduduk di lantai tandas yang basah. Titisan air mata pantas mengalir, dan aku menangis teresak-esak kerana tidak dapat mengawal emosi aku yang terlalu marahkan abang kepada Encik Osman. Aku terlalu geram, dan terlalu sakit hati memikirkan apa yang berlaku.

Sial punya jantan, puaka. Celakalah kau wahai jantan tak tahu malu. Kaulah punca segalanya. Engkaulah! Aku ibarat nak menjerit, dan melepaskan segalanya dengan memaki hamun sekuat-kuat hatiku kepada dia. Namun, aku tahu, aku tidak boleh berkelakuan sedemikian atas dasar profesional. Aku tahu, ini lebih kepada personal, bukanlah apa yang dilakukan sebagai tugas.

Aku mendiamkan diri sahaja. Kepalaku ibarat nak pecah. Tekanan drahku ini pasti meningkat secara mendadak. Setelah aku lepaskan dan luahkan sepenuhnya dalam tangisan, aku berasa sedikit lega. Aku keluar daripada tandas, dan aku ternampak SN Nora baru sahaja keluar daripada bilik sister di wad berkenaan.

Dia hanya memberikan senyuman hambar kepadaku. Aku tahu, itu bukanlah senyuman gembira, sebaliknya adalah satu senyuman untuk berfungsi sebagai topeng, menyembunyikan rasa sedih, marah dan resah gelisah.

Itulah kali terakhir aku melihat SN Nora di wad berkenaan. Hari-hari selepas kejadian, dia tidak muncul untuk datang kerja langsung. Namanya juga tidak kelihatan saat jadual jururawat yang baru dikeluarkan.

Seminggu selepas itu, barulah aku perasan dia telahpun meletakkan jawatan kerana kata sister wad ini, dia mengaku bahawa orang sepertinya tidak layak bertugas sebegini. Dia merasakan perbuatannya yang suka kecoh dan kepoh tidak sesuai diletakkan di dalam satu pekerjaan yang berurusan dengan manusia lain.

Permintaan aku untuk berpindah juga disahkan 2 tahun selepas itu. Kini, aku menjaga pesakit di klinik ibu dan anak sahaja. Kenalanku bernama SN Nora itu langsung tidak kelihatan selepas berlakunya peristiwa hitam yang meragut 2 nyawa. Inilah apa yang orang kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut, nyawa (badan) binasa.

TAMAT…

Pengalaman sebenar SN Nor*%&^.

– Ditulis dan disunting oleh Ilzanno Sharky via iiumc