Suami gntung diri hidap H.I.V krn isteri cvrang.Lps 3 bulan,pelik isteri masuk wad meracau2 sebab nmpak arwh

Foto sekadar hiasan.

Pada awal tahun 2003, aku merupakan salah seorang jururawat terlatih yang baru sahaja memulakan tugasan di sebuah hospital yang terletak di pantai timur. Aku ditempatkan di wad perubatan lelaki, dan pada hari tersebut, sudah genap 6 bulan aku bertugas memberikan perkhidmatan kepada pesakit.

Wad yang aku jaga ini menempatkan pesakit dalam pelbagai lapisan umur. Ada yang sudah tua, ada yang masih muda. Kesemua pesakit ini ditempatkan di wad ini atas pelbagai diagnosis seperti kencing manis yang tak terkawal, angin ahmar dan yang paling ramai adalah pesakit yang dijangkiti dengan penyakit-berjangkit.

Kebanyakkan pesakit di wad ini mempunyai jangkitan kuman seperti human immunodefiency virus (H.I.V) serta komplikasinya dan pelbagai penyakit akibat jangkitan kuman di paru-paru, buah pinggang dan lain-lain.

Apabila seseorang itu mempunyai status H.I.V yang positif, penjagaanya perlu aku lakukan dengan berhati-hati. Bukan itu sahaja, perkataan H.I.V ini merupakan satu perkataan yang teramat sensitif, dan sebagai salah seorang jururawat mahupun sesiapa sekalipun, konsep dan peraturan privacy and confidentiality harus dijaga dengan betul.

Walau bagaimanapun, kadangkala aku perhatikan, sewenang-wenang sahaja seseorang staf kesihatan itu bersembang mengenai pesakit mereka antara satu sama lain termasuk di dalam pantri wad.

Sekiranya perbualan mereka itu bertujuan untuk pembelajaran dan amaran untuk berjaga-jaga dengan sesetengah pesakit, itu tidak mengapa. Tetapi kalau dah cerita dan umpatan serta bercakap buruk di belakang pesakit, itu sebenarnya tidak boleh. Memang kadangkala aku perhatikan, perbuatan mereka ini yang memandang remeh bab privacy and confidentiality ini yang tampak kecil, tetapi sebenarnya amat berbahaya.

Pada awal aku ditempatkan di sini, aku rasa amat bertuah kerana seniorku, Kak Nora (bukan nama sebenar) yang belajar bersamaku di sebuah kolej kejururawatan di Selangor merupakan staff nurse (SN) di wad yang sama dengan aku. Dia sudahpun bekerja awal 2 tahun daripada aku.

Tetapi sebenarnya, sewaktu dia di kolej dahulu pun, aku banyak kali mendengar cerita buruk mengenainya, yang mana ramai orang tidak berkenan dan suka akan perangainya yang suka kepoh, suka menjaga tepi kain orang, dan suka menjaja cerita-cerita buruk orang lain.

Asalnya, aku cuba berfikiran positif, kerana tahu-tahu sahajalah, cerita orang, sudah tentulah ada yang ditokok tambah, diberi perasa dan dibubuh garam dan kunyit bagi menyedapkan cerita fitnah dan umpatan. Tetapi jangkaan aku meleset apabila aku menjadi akrab dengannya. Memang perangai SN Nora ni amat menjengkelkan kadangkala.

Dia menjaja cerita bukan sahaja pesakit, malah sesama staff lain sesuka hati, dan aku sebenarnya buat tidak kisah akan perlakuannya itu. Itulah sebabnya dia agak rapat dengan diriku. Namun, itulah yang aku ingin ceritakan mengenai kesannya apabila seseorang ini suka sangat mengumpat dan suka menjaja cerita hasil operasinya yang suka menjaga tepi kain orang.

Cerita ini bermula apabila seorang lelaki bernama En Osman (bukan nama sebenar) dimasukkan ke wad akibat jangkitan kuman di paru-parunya. Lelaki berumur 34 tahun, yang bekerja sebagai seorang pensyarah itu dipakaikan dengan topeng gas oksigen kerana kadar oksigen di dalam drahnya agak rendah. Suhu badannya juga tinggi. Pagi itu, aku dihadiri oleh 2 orang pakar rawatan penyakit berjangkit (infectious disease specialist), iaitu Dr Lau dan Dr Saliza bersama beberapa orang medical officer (MO) dan house officer (HO).

Mereka terkejut apabila melihat X-ray pesakit ini, yang mana menunjukkan jangkitan kuman yang agak teruk, di mana dalam keadaan begitu, diagnosis Pneumocytis carinii pneumonia (PCP) dibuat. Masalah dengan PCP dalam pesakit yang baru kali pertama dimasukkan ke hospital tanpa ada apa-apa sejarah penyakit lain adalah sesuatu yang agak besar dan berat berselindung diagnosis berkenaan.

Kuman dan penyakit sebegini kebiasaanya dihidapi oleh pesakit yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, di mana jangkitan H.I.V, knser drah atau penyakit autoimmune menjadi beberapa jenis penyakit yang boleh merendahkan imuniti seseorang itu. Mahu tak mahu, penyiasatan lain perlu dilaksanakan.

Habis sahaja round pagi di wad berkenaan, aku lihat Dr Hanan, HO di wad ini mengambil drah pesakit tersebut, serta terus dihantar untuk beberapa ujian untuk memastikan diagnosis yang tepat disamping menyiasat sama ada pesakit ini mempunyai penyakit lain (underlying illness) atau tidak, Rawatan antibiotik dimulakan untuk merawat kuman di paru-parunya.

Petang itu, aku lihat Dr Hanan menemubual Encik Osman dibalik tirai bersebelahan dengan katilnya yang terletak di kubikel pesakit yang akut. Dari kaunter jururawat, aku terdengar suaranya yang tenggelam timbul dengan suasana wad yang agak bising akibat kesibukan para doktor dan jururawat lain yang sedang menyiapkan tugasan untuk pesakit.

Sesekali telinga aku menangkap perkataan RVD, iaitu retroviral disease yang mana membawa maksud yang sama dengan H.I.V. Mereka menggunakan perkataan ini kerana perkataan H.I.V itu terlalu sensitif untuk disebutkan diantara doktor dengan pesakit. Dr Hanan menjengulkan kepala di balik tirai sambil memanggil aku. Aku segera ke katil Encik Osman.

“Staff nurse, awak tolong ambilkan saya nasal prong untuk pesakit ni boleh? Boss dah suruh tukar pada nasal prong. Tak perlu dah facemask ni”, katanya.

“Baik doktor”, aku menjawab sambil menuju ke stor perubatan mengambil nasal prong yang diminta.

Aku sampai di katil Encik Osman dan mula memasang dan menukar topeng oksigennya. Sambil aku sedang membuat tugasanku, aku mendengar dengan jelas percakapan Dr Hanan dengan Encik Osman yang ingin menyelidik lebih lanjut mengenai penyakitnya itu.

“Tidak doktor, demi Allah saya tak pernah tidur dengan pelacvr, atau ada hubungan s3ks dengan sesiapa selain isteri saya. Saya tak pernah menerima transfusi drah atau mengambil d@dah sebelum ini”, katanya.

“Tapi Encik Osman, status awak ni positif tau. Sekali lagi saya tanya, adakah Encik Osman pernah membuat perkara-perkara yang saya tanya tadi”, kata Dr Hanan dengan perlahan.

“Saya sumpah doktor, saya tak pernah”.

“Sekarang ini, Encik Osman ada berapa orang anak?”.

“2 orang doktor, kedua-duanya berada di sekolah rendah”

“Diorang di rumah macamana?”

“Alhamdulillah doktor, mereka sihat”

“Isteri Encik Osman ada ke?”

“Ya, ada doktor. Petang nanti dia sampai”

“Baiklah. Staff nurse, awak tolong inform saya ya kalau PAP (waris pesakit) ni datang”

Aku mengangguk. Aku agak tergamam juga apabila terdengar keputusan drah pesakit ini adalah positif dengan H.I.V. Namun, aku cuba juga untuk berfikir daripada mana datangnya penyakit ini sekiranya dia bersungguh-sungguh mengatakan dia tidak pernah membuat apa-apa perbuatan berisiko tinggi.

Tapi, mungkin isterinya pula? Ah, bodoh sungguh apa yang aku fikirkan. Aku tidak boleh menuduh atau menuding jari sesuka hati aku. Negatif sungguh minda aku ini.

Petang itu, jam 3.30 petang, aku lihat isteri Encik Osman hadir bersama dua orang anaknya. Dr Hanan sudah diberitahu, dan dia memberi kebenaran untuk anak-anak Encik Osman masuk di wad menziarahi bapanya memandangkan awal-awal lagi ibunya sudah pesan supaya tidak berlari ke sana dan ke mari di dalam wad.

Lagipun, sebentar nanti, isteri Encik Osman akan ‘dipinjam’ buat sementara waktu untuk ditemubual oleh Dr Hanan dan Dr Lau, jadi sekurang-kurangnya buat sementara waktu, 2 orang anak kembar itu bolehlah duduk bersama ayahnya.

Aku menghampiri doktor pakar, Dr Lau memberitahu bahawa isteri pesakit sudah pun tiba. Dr Hanan pun sudah perasan akan isteri Encik Osman sudah berada di situ. Dia mengambil fail pesakit serta mengiringi isteri pesakit dan Dr Lau untuk ke sebuah bilik tertutup di wad berkenaan.

Bilik tersebut sebenarnya merupakan bilik pegawai perubatan (MO) tetapi kadangkala digunakan untuk berbincang beberapa perkara yang amat sensitif, contohnya seperti kes ini.

Dr Hanan melambai-lambaikan tangannya kepadaku. Dia ingin aku masuk sekali ke bilik berkenaan sebagai saksi dan peneman. Dr Lau sudahpun menunggu di bilik berkenaan dan dia duduk di atas kerusi menghadap komputer dalam bilik itu. Aku masuk ke dalam bilik berkenaan dan diarahkan untuk mengunci pintu dari dalam.

Aku melihat perwatakkan dan gaya isteri Encik Osman yang bernama Puan Sofia ini. Wajahnya cantik, tubuh badannya langsung tidak menunjukkan yang dia merupakan ibu kepada dua orang anak.

“Puan Sofia ya, saya Dr Lau, pakar yang merawat suami puan”, kata Dr Lau.

“Ya saya doktor, terima kasih saya ucapkan.” katanya

“Sebelum saya nak bertanya soalan, adakah puan nak beritahu kami apa-apa informasi berkaitan suami Puan Sofia? Atau apa-apa maklumat yang kami boleh gunapakai untuk merawat Encik Osman?”, Dr Lau berkata.

Puan Sofia melihat sekeliling, memandang muka aku dan Dr Hanan, kemudian dia memandang muka Dr Lau kembali sambil berkata,

“Begini doktor… bolehkah saya beritahu doktor satu perkara ini, dan doktor berjanji tidak akan memberitahu Encik Osman dan mencatat apa-apa di dalam fail pesakit?”, katanya menyebabkan semua antara kami terdiam.

“Baik, saya boleh bagi jaminan. Dr Hanan, awak jangan tulis apa-apa di fail pesakit ya”, kata Dr Lau. Dr Hanan mengangguk. Puan Sofia berkata,

“Saya cvrang dengan suami saya doktor’, katanya menyebabkan drahku berasa berderau.

“Tidak mengapa, apa yang puan boleh beritahu?”, kata Dr Lau.

“Suami saya selalu outstation. Pihak kolejnya sering menghantar dia untuk memberikan syarahan di kolej-kolej lain. Dalam masa seminggu, kadangkala hanya sehari dua sahaja yang dia dapat balik ke rumah. Saya tidak bekerja, saya merupakan suri rumah sepenuh masa”

“Abang suami saya tinggal selang 2 rumah daripada saya. Dia selalu mengunjungi saya untuk bermain-main dengan anak saya. Tetapi, pada suatu hari, semuanya tampak berbeza. Saya sedang berada dalam tekanan apabila cikgu sekolah anak kami sering membuat aduan mengenai anak-anak kami yang tidak cemerlang dalam akademik. Saya sedang bersedih, dan pada satu malam, selesai saya tidurkan anak-anak saya, saya ke rumah abangnya”, kata Puan Sofia.

“Abangnya sudah berkawin? Kerja apa?”, tanya Dr Lau.

“Abangnya dah bercerai 5 tahun lepas. Saya selalu tidur dengannya, sehingga ke tahap beberapa kali dalam seminggu. Tetapi 3 bulan lepas saya tak datang ke rumahnya lagi”

“Sebab apa?”, kata Dr Hanan pula.

“Sebab saya baru dapat tahu dia seorang penagih d@dah. Saya terus langsung tidak menghubunginya, tetapi dia sering mengugut saya, meminta wang dan s3ks. Katanya, jika saya tidak menuruti kemahuannya, dia akan cerita segalanya pada suami saya”, kata-kata berkenaan menyebabkan aku hampir nak pitam kerana ceritanya amat teruk sekali untuk mindaku yang kerdil ini.

“Bila kali terakhir awak buat perkara tu?”

“Sebulan lepas doktor”

“Ada buat apa-apa ujian drah tak?”

“Tiada doktor”

Dr Lau dan Dr Hanan masing-masing memandang satu sama lain.

“Begini, kami akan ambil drah, dan hantar satu ujian drah untuk periksa sama ada awak ada jangkitan kuman RVD atau tidak, serta beberapa penyakit bawaan s3ks yang lain”, kata Dr Lau.

“Doktor, saya nak pesan sekali lagi, tolonglah simpan rahsia ini. Saya tak mahu apa-apa berlaku dalam rumahtangga kami lagi”, katanya sambil berjalan meninggalkan bilik tersebut.

Pintu ditutupi semula. Suasana jadi sunyi sepi selama beberapa minit. Masing-masing masih memproses pengakuan Puan Sofia tadi.

“Hanan, you don’t need to write anything in the BHT. Please just send few screening test, H.I.V, Hepatitis B, Gonorrhea, Syphilis and so on. Put it under anonymous”, kata Dr Lau kepada Dr Hanan.

“Boss, the H.I.V can be ordered anonymously, but other test needs patient’s name”, kata Dr Hanan mengatakan ujian drah H.I.V sahaja yang boleh dibuat tanpa nama, tetapi ujian-ujian lain memerlukan nama pesakit.

“Its fine, that other test, just put the wife’s name. Just don’t write anything on the BHT okay”, kata Dr Lau. BHT (bed head ticket) merupakan singkatan yang digunakan oleh doktor dan staf kesihatan untuk fail yang mengandungi maklumat pesakit.

“Yes boss. Kak Di, tolong register nama pesakit ni ya”, kata Dr Hanan.

Aku mengangguk dan kami semua meninggalkan bilik tersebut. Dr Hanan memanggil Puan Sofia, dan mengambil drahnya di bilik tersebut. Sememangnya, kami ingin rahsiakan perkara ini daripada Encik Osman.

Ujian drah dihantar, dan pada hari tersebut, Encik Osman nampak sedikit baik daripada hari kemasukkannya di wad. Dia dipindahkan didalam bilik isolasi di katil bernombor 27. Keputusan drah isterinya nanti akan sampai didalam sekeping sampul surat, yang menunjukkan status H.I.Vnya sama ada reaktif atau tidak reaktif. Keputusan drah yang lain pula dihantar menerusi sistem komputer di hospital.

Rawatan Encik Osman dijalankan seperti biasa, dan pada keesokkan harinya, aku bercuti selama 2 hari kerana ada urusan nak dibuat di kampung. SN Nora pula menjaga kubikel yang menempatkan katil Encik Osman pada hari-hari berikutnya.

3 hari kemudian, aku kembali bertugas seperti biasa, dan pada syif pagi berkenaan, aku bertugas sebagai runner sahaja.

Memang dah jadi tradisi di sini yang mana semua pesakit dikehendaki duduk dan bangun awal pagi, kerana mengikut doktor pakar wad ini, dia tidak mahu pesakit terperap dan berbaring sahaja setiap hari. Dia nakkan semua pesakit ada di atas kerusi, kecuali jika pesakit tersebut tidak boleh bangun.

Idea ini amat bijak memandangkan pada setiap pagi, kami, jururawat di wad ini perlu mengemas katil pesakit. SN Nora menemani menjaga katil Encik Osman pada hari itu, jadi, aku dan dia terus mengemas katil tersebut. Dalam masa kami sedang mengemas, Encik Osman sedang duduk di atas kerusi memandang ke luar tingkap.

SN Nora keluar daripada bilik untuk meletakkan cadar dan sarung bantal ke bilik linen. Aku sedang memasang cadar yang baru dan bersih.

“Adik misi, saya nak tanya pendapat sikit?”, Encik Osman bertanya secara tiba-tiba.

“Pendapat apa encik?”

“Bagaimana saya nak hadap isteri saya apabila saya sudah sembuh? Mengapa dia buat saya sedemikian? Sampai sungguh hati dia”

Aku terkedu dan terpaku. Ah, bagaimana pula dia boleh tahu pasal perkara ni? Bukankah segalanya tidak tertulis pada BHT pesakit. Aku mendiamkan diri sahaja tanpa membalas apa-apa jawapan.

SN Nora masuk kembali, menyelesaikan bedmaking bersama aku. Setelah siap, aku keluar dituruti olehnya daripada belakang. Terus aku berkata,

“Eh, macamana patient ni boleh tahu pasal isteri dia yang ada RVD?”

“Oh, semalam dia ada tanya. Masa tu aku baru dapat keputusan drah isteri dia, aku kepilkan dalam BHT dia. Lepas tu, aku terus jawab sahajalah pertanyaan dia”, kata SN Nora.

“Eh, akak tak tahu ke wife patient ni tak bagi beritahu pada siapa-siapa pasal ujian ni?”, aku berkata, menerangkan perkara seolah-olah tidak diketahui olehnya.

“Aku tak tahu pun. Mana ada tulis apa-apa dalam BHT pesakit pasal wife dia tak bagi beritahu tu”, jawabnya.

Aku menerima jawapan tersebut dengan sedikit sakit hati. Kalau dah ada keputusan drah pun, mana boleh sesuka hati sahaja nak dedahkan informasi dan maklumat sewenang-wenangnya pada pesakit. Inikan pula drah isteri pesakit tersebut. Tetapi, aku tak mahu perkara ini berpanjangan. Aku tak suka membesarkan perkara-perkara yang kecil.

Setelah genap seminggu Encik Osman di dalam wad, dia dibenarkan untuk disjac, memandangkan rawatannya sudah selesai. Satu temujanji diberikan bagi dirinya untuk hadir semula ke klinik satu minggu daripada tarikh dia dibenarkan pulang. Keadaan wad seperti biasa, dan hari-hari berikutnya berlalu pantas.

3 bulan kemudian, aku masih bekerja di wad yang sama pada syif malam. Nak dijadikan cerita, seorang pesakit perempuan ingin dihantar dan dimasukkan ke wad lelaki, memandangkan wad perubatan perempuan sudah penuh. Memang tak dinafikan, adakalanya, keadaan di dalam wad terlalu penuh sehinggakan pesakit perlu ditumpangkan ke wad lain.

Kadangkala pesakit lelaki terlalu ramai dan kami perlu menumpangkan pesakit ke wad perempuan pula. Begitulah adatnya. Terpaksa memerlukan antara satu sama lain kerana bilangan pesakit semakin hari semakin ramai, bukan semakin sedikit.

Apabila aku membaca nama pesakit ini, terus aku kenal, dia adalah Puan Sofia, isteri kepada Encik Osman. Keadaannya malam itu sedikit teruk kerana dia memerlukan topeng oksigen. Tekanan drahnya juga tidak stabil, dan rendah. Aku bersama SN Nora menguruskan pemindahan pesakit daripada stretcher ke katil wad.

Keadaan pesakit boleh duduk sendiri, cuma tidak mampu berjalan.

Dia tersenyum melihat aku, kerana aku pasti, 3 bulan bukanlah masa yang lama, dan memori yang tersemat pasti boleh diingatinya. Aku, SN Nora dan pesakit sendiri berada di dalam bilik isolasi, katil yang sama menempatkan Encik Osman dulu.

Aku mencari idea untuk memulakan perbualan.

“Kenapa masuk wad ni kak?”

“Demam dan batuk-batuk misi. Ni mulut pun penuh dengan ulser. Dah ke klinik tetapi tidak kebah-kebah, last-last pergi kecemasan terus”, katanya.

“Oh, siapa yang hantar ke hospital?”, aku bertanya lagi untuk meneruskan perbualan.

“Ambulans misi, terpaksa call 999 tadi”, jawabnya.

“Encik Osman macam mana? Sihat tak dia?”

Saat terdengar soalan itu, tiba-tiba raut wajahnya menjadi sugul. Matanya berkelip-kelip dan mukanya merah padam. Ibarat terpukul dengan soalan aku. Otak aku dengan laju berfikir, takkanlah soalan sedemikian menyebabkan dirinya sedih dan marah tiba-tiba? Apa justifikasinya yang menyebabkan dia sedih?

Sambungan part 2:

Part 2: “Kerana mulut” – Suami gntung diri hidap H.I.V krn isteri cvrang. Lps 3 bulan,isteri masuk wad meracau2 sebab nmpak arwh

Pengalaman sebenar SN Nor*%&^.

– Ditulis dan disunting oleh Ilzanno Sharky via iiumc