Adik demam pnas,mak call ayah xangkat. Kantoi ayah dlm kelab tgh bjoget. Mak kasi penampar smbil menangis

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua pembaca. Ini kisah aku dan keluarga, yang mana tak kuat, jangan baca, onak duri turun naik dalam keluarga. Aku tak tahu nk luah dekat siapa. Mungkin dekat sini je aku boleh coretkan bagi hati aku puas.

Saya adalah anak perempuan Bongsu dari 8 orang adik beradik. Seawal usia 4 tahun ibubapa bercerai dan ibu meninggalkan kami 8 adik-beradik di kampung bersama ayah dan mak tiri. Alhamdulillah Allah itu Maha Pengasih, walaupun kami dibesarkan dalam keluarga yang bercerai-berai kami adik-beradik mampu berdikari seawal usia saya 4 tahun.

Saya hanya bertemu ibu ketika saya berusia 19 tahun ketika itu saya melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma. Alangkah terkejutnya saya bertemu ibu dalam keadaan kurus kering kerana bergelumang dalam najis dadah. Ayah pula ketika itu masih bergelumang dengan gaya pergaulan sosialnya yang bebas bergirlfriend, berkahwin dan cerai.

Ayah jumpa ibu di kelab malam. Ibu mmg kaki enjoy ketika zaman muda. Keluarga sebelah ibu memang berharta. So, takde masalah bg ibu nk spend duit banyak mana pon. So, kehidupan ibu bermula dgn menghisap rokok. Apa yg aku paham sebelum ibu bertemu dgn ayah, ibu pernah putus cinta dgn kekasihnya.

Sejak dari situ ibu mula frust dan ibu mengambil barang terlarang. Ayah kenal ibu mmg da kaki lalok di kelab malam. Ayah cuba bawa perubhan pada ibu ketika itu. Ayah bimbing ibu bwa ke jalan yg benar, bimbimg ibu tinggalkan barang terlarang semua tu.

Alhamdullilah ibu berubah ketika itu, ibu da jarang pergi kelab malam dengan keadaan lalok. Bnyak masa ibu dihabiskan bersama ayah melepak di warung minum, tasik. Akhirnya ayah ibu selamat diijab kabulkan.

Ya ibu berubah 100%. Ibu jadi seorang isteri yg mithali taat dan patuh pada perintah suami. Tapi ayah? Walaupun ayah berjaya bawa keluar ibu dari lembah durjana itu. Tapi dia terlupa, ayah masih berkunjung ke kelab malam tanpa pengetahuan ibu. Ayah tak mabuk, tak ambil barang terlarang. Sikap ayah kaki perempuan, mesti nk bertukar tukar perempuan.

Hampir 5 tahun perbuatan dan tindak tanduk ayah tidak dapat dihidu oleh ibu. Memang ayah licik. Kata nk pergi solat la qiamulalail la. Tapi ayah tipu, ayah pergi ke disko jumpa perempuan, jumpa awek dia. Ayah pandai sembunyi kejahatan dia.

Langit tak sentiasa cerah. Ada satu malam ibu call ayah tak dapat2 disebabkan adik aku demam panas. Nk kena bawa ke hospital. Ibu frust sgt mlm tu sbb call ayah tak berangkat. Ibu start kereta dan pandu sendiri ke hospital. Sampai di pertegahan jalan betul2 dekat traffic light, ibu nampak kereta ayah bersama perempuan lain. Memang s3ksi. Memang gadis kelab malam la senang cerita.

Tak kira apa yg jadi ibu nekad pergi ke hospital dulu hantar adik utk checkup dan ambil ubat. Lepas tu ibu hantar kami semua ke rumah atuk. Ibu drive sorang2 pergi ke kelab malam yg sebelum ni ayah selalu lepak.

YESS!!! Tebukti memang ibu nampak ayah tgh berjoget dlm kilaaun lampu warna warni. Dalam tangisan ibu penampar ayah dekat situ juga, ” Jantan tak guna, kau tipu aku hidup2″.

Ibu heret ayah balik rumah time tu juga. Mlam tu ayah mengaku dari A-Z apa yg dia buat selama ni. Dan malam tu juga detik besejarah bagi kami sekeluarga. Ayah ceraikan mak malam tu juga. Malam tu juga mak keluar rumah tinggalkan kami adik beradik terkontang kanting.

Sejak dari mlm tu juga mak kembali ke tabiat lama. Mak ambil benda terlarang, mak pinjam ah long nak lepaskan gian. Lepas mak sepi tanpa berita. Ayah?

Ayah dengan hal dia. Da berapa kali kahwin aku tak ingat. Yang pasti ayah suka tuka2 pasangan. Sekajp mak sana. Skejap mak sini. Ikut sempat dia la mana dia nk kahwin. Lepas tu cerai. Kami adik beradik memang terabai.

Alhamdullilah sejak keluarga kami jadi hura hara, kami pula pada usia muda sudah mulai berniaga dan bekerja sendiri demi kelangsungan hidup. Banyak pahit manis kami adik beradik dalam menempuh hidup.

Dalam pengajian ketika diploma, degree dan master dan ijazah kedoktoran (kini) saya ikat perut dan part time di kedai-kedai makan (zaman degree) dan pusat tuisyen pada setiap hujung minggu untuk menampung perbelanjaan.

Kesusahan hidup mengajar saya dan adik beradik untuk survive. Syukur, walaupun payah dalam menyambung pengajian. Rezeki Allah bagi dalam berbagai cara. Saya ditaja penuh kerajaan sehingga kini dalam pengajian.

Banyak onak dan duri, ada adik beradik yang bergelumang dengan perkara yang haram disisi agama. Namun, Segala Puji Bagi Allah. Saya dihindarkan dari perkara tersebut untuk menjadi teladan kepada adik beradik.

Titik permulaan saya berubah menjadi insan yang lebih baik menjadi ikutan kakak dan abang-abang saya. Kini adik beradik telah berubah ke arah yang lebih baik. Walau tidak sepenuhnya. Syukur segala puji bagi Allah. Betul, jika mahu berubah, kita kena mula dulu. Yang lain akan menyusul. InsyaAllah.

Dan saya bersyukur. Alhamdulillah kini ibu dan ayah telah berubah kembali ke jalan yang benar. Merela mulai solat 5 waktu. Ayah yang dulu garang kini mulai menunjukan kasih sayang.

Kuasa doa itu sangat hebat. Setiap hari saya berdoa siang dan malam agar diri saya sendiri dan keluarga diberikan hidayah dan rahmat. Walaupun lambat, ianya datang dengan tepat. Allah Maha Besar.

Dalam hidup ini, saya belajar untuk menerima ketentuan Qada dan Qadar. Jika di sekolah, ibubapa akan menghantar dan melawat anak-anak mereka. Tapi saya tidak.

Sehingga kini, saya yang melawat kedua orang tua dan cuba penuhi keperluan mereka. Namun saya bersyukur atas kekuatan yang Allah beri kepada kami adik beradik untuk berbakti kepada orang yang melahirkan dan membesarkan kami. Manusia bukan semua sempurna, silap salahnya kita jadikan ujian untuk kita menjadi lebih sabar.

Saya juga belajar nilai untuk menerima kelemahan diri dan orang lain. Kita buat dan berubah dahulu, kemudian adik beradik akan ikut. Betul, ianya berkesan. Buat dan lihat hasilnya. Zikir kepada Allah untuk dipermudahkan segala urusan.

Allah menjadi tempat saya meluahkan segala tekanan, kesedihan dan tempat meminta. Dhuha, Tahajjud itu menjadi kemestian. Alhamdulillah, kehidupan saya sentiasa dipermudahkan.

Buat rakan-rakan, yang mengalami nasib yang sama, keluarga yang bercerai berai. NASIHAT SIS, jangan salahkan kedua ibubapa, jangan salahkan takdir. Cuba untuk keluar dari kesusahan tersebut. Jadi anak yang baik. Berdikari sendiri dan buktikan kamu boleh menjadi diantara yang terbaik. Allah menguji Insan yang hebat untuk kita lebih dekat dengannya.

Doakan saya terus kuat ya. Kini sedang bertarung menghabiskan pengajian ijazah kedoktoran dalam masa yang sama sedang mengumpul wang untuk membawa emak dan ayah menunaikan Umrah tahun ini, InsyaaAllah.

Kalau ikutkan hati mahu saja berhenti belajar, atas permintaan kedua orang tua untuk saya melanjutkan pengajian saya turutkan sahaja. Mereka tidak beri wang mahupun kemudahan, tetapi dengan doa mereka menjadikan saya insan bertuah.

Sumber : Dunia Kini