“Cepat sihat ya Ainul, nanti kita balik Malaysia jumpa kawan-kawan” – ibu Ainul

“Alhamdulillah!”, syukur kepada Allah, adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor telah selamat menjalani pembdahan membuang ketumbuhan di mulutnya hari ini.

Perkara itu disahkan oleh ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 24, menerusi Instagram hari ini.

“Alhamdulillah semua dipermudahkan. Ainul Stabil. Cepat sihat ya Ainul, nanti kita boleh balik Malaysia jumpa kawan-kawan.

“Pertolongan Allah sentiasa ada, teruskan pergantungan pada Allah Ainul, anak mama paling kuat,” katanya.

Selasa, 11 June 19,
11:30pagi, London.

Alhamdulillah. Sampai tak tahu macam mana lagi nak ucap banyak banyak terima kasih pada Doctor2 yang terlibat secara langsung atau tidak, sangat sangat bersyukur dapat kenal dan jumpa mereka semua.

Alhamdulillah, pembedahan membuang ketumbuhan pada Ainul berjaya dan Dr beritahu Ainul berjaya melepasi risiko risiko bahaya semasa pembedahan. Ainul sangat sangat kuat.

Sekarang Ainul dah stabil, tengah rehat dan Dr tengah monitor Ainul. Ainul nampak sangat sangat comel, bibir dia cantik, pipi dia tembam. InshaAllah mama akan jaga Ainul walau apa jua ujian dan cabarannya😊
Sayang Ainul Mardhiah, bidadari syurga mama dan walid❤️

Ainul Mardhiah, jangan risau anak mama. Dah tiada lagi benda yang akan ganggu anak mama lagi. Kita doa sama sama ya supaya Ainul Mardhiah sentiasa dilindungi oleh Allah dan diberikan kesihatan yang baik pada hari hari yang akan mendatang❤️.

Terima kasih atas doa doa semua rakyat Malaysia, sumbangan dan bantuan yang diberikan sangat sangat bermakna pada kami. Tanpa bantuan semua, Ainul tak mungkin akan sampai di London. Kami tak mampu nak balas jasa semua orang yang banyak membantu dan mendoakan untuk kami💕

Alhamdulillah, nikmat Allah paling besar dan paling berharga ❤️

Dalam pada itu, Nurul turut berterima kasih kepada kumpulan doktor pakar yang berusaha merawat anak perempuannya itu.

Sementara itu, Dr. Amalina Che Bakri yang turut terlibat dalam pembedahan selama lima jam itu berkata, dia sendiri berasa gementar sebelum memulakan pembedahan itu.

Mengakui pembedahan itu sangat berisiko, namun beliau bersyukur pembedahan itu berjaya kerana berkat doa dari seluruh rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah, Ainul, awak seorang bayi perempuan yang kuat! Selepas lima jam bertarung di dewan pembedahan, tumor seberat 200 kilogram itu berjaya dibuang.

“Apabila saya keluar dari dewan bedah dan ternampak ibu bapa Ainul, saya tak dapat mengawal emosi saya yang bercampur aduk. Ainul, Wani dan Safi juga seperti keluarga saya sendiri. Doakan untuk kesembuhan Ainul. Terima kasih di atas semua doa anda,” katanya.

Alhamdulillah, Ainul, you’re strong baby girl! 😭 After about 5 hours of battling in theatre, the tumour (weighed 200g) was successfully removed. You could not imagine how anxious I was, whilst in theatre. Such a tiny baby, so delicate, so beautiful — “don’t worry baby, everyone is here to help you”.

Because it was such a high risk operation, a lot of preparations needed to be done before the operation to ensure that baby Ainul would be safe. A lot of planning, a lot of scans, a lot of meetings and a lot of patience. The team included surgeons from various specialties (including craniofacial, plastics and head and neck consultants) led by Prof David Dunway and Mr Juling Ong.

They’re very experienced in their own respective field. I was very honoured to be part of the surgical team. Ainul is currently being monitored post-operatively and she’s stable. When I stepped out from theatre and saw Ainul’s parents, I couldn’t control my emotions. It was a mixed feeling, such an emotional journey and an uplifting experience at the same time.

Ainul, Wani and Safi are like my own family. Let’s pray for Ainul’s recovery. Thank you for all your prayers. 🙏🏽 (Consent was given by Ainul’s parents for this story to be on IG)

Sumber: Harian Metro, IG Nurul Erwani, Dr. Amalina Che Bakri via thereporter