Adik ipar tak ikut sekali beraya sbb peri0d dan berkurung dlm bilik. Tiba2 dia keluar dan minta sesuatu yg aku xboleh terima.

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua.. Terima kasih admin, kalau publish. Tak publish pun takpe sebab aku memang menaip untuk meluahkan saja.

Nama aku Chempaka (bukan nama sebenar). Sudah berkahwin 4 tahun dan bakal dikurniakan cahaya mata hujung tahun ni. Kira baru nak pulih dari morning sickness, selera makan baru nak ada. Alhamdulillah juadah raya aku dapat nikmati tanpa makanan tu keluar balik.

Berbalik pada tajuk, aku tak pasti sesuai ke tak. Tapi apa yang aku nak luahkan, raya baru ni aku stay kat rumah mentua. Adik beradik suami 6 lelaki, sorang perempuan. Apa yang aku nak highlight, perangai pemalas Nauzubillah adik ipar kesayangan aku ni.

Maaf lah membawang pulak sebab aku takde adik beradik nak luahkan. Mak aku pun dah tua. Kesian pulak kalau aku dok meluah kat dia. Ceritanya, masa kat rumah mentua aku ni, adik ipar perempuan sorang ni keluar bilik semata bila kebulur nak makan. Mak mentua aku, abang2 dia, biras2 dengan aku skali yang baru nak elok mabuk ni laa yang ke hulur ke hilir menyiapkan keperluan raya.

Sabtu baru ni family in law aku buat open house. Ipar aku yang 4 orang dah balik umah mentua masing2 (ikut turn). Yang tu tak kisahlah kan. Kita boleh faham. So, tinggallah suami aku dengan adik perempuan and sorang adik ipar lelaki (bujang) ni.

Aku ingatkan bila buat open house ni, mahu laa si bunga kuntum ni menolong apa yang patut.. Paling takde pun, tolong potong buah ke, agar2 ke, cuci pinggan mangkuk ke kan. Ni macam sebelum ni lah, tak reti nak keluar bilik. Alasan sakit perut senggugut dari puasa hari tu. Sakit hati betul dibuatnya.

Maknya pulak boleh back up anak daranya, biarlah kakak nak berehat tu.. So, kesimpulannya memang dari pagi sampai ke malam aku, mak mentua, suami aku dengan adik ipar lelaki tu jelah yang buat A-Z. Anak dara simpan dalam bilik.

Ahad pula (semalam), mak mentua aku pergi beraya rumah sedara mara. Aku tak ikut sebab sumpah penat, perut pun keras je. Lagipun subuh tu ada spotting darrah sikit. So, aku decide nak rehat kat rumah. Husband pun faham takde paksa aku ikut pergi beraya. Anak dara tak nak ikut. Nak rehat kat rumah katanya. Lantak kau lah kan.

Lepas tu menjelang tengahari gitu, aku masak nasi. Aku tengah potong sayur, anak dara keluar bilik, cakap lapar. Aku cakap nasi dah masak, kalau lapar goreng telur dulu, akak tak siap masak lagi. Dia boleh cakap, ehh lambatnya akak masak. Amboiii.. kau ingat aku bibik kau nak masakkan untuk kau ke? Nak aje aku cakap macam tu..

Sekali lagi aku cakap, lapar sangat, gorenglah telur dulu.. Dia cakap adik tak reti lah nak goreng.. Dah tingkatan 5, memang masak nasi tak reti, goreng telur pun tak reti. Duduk dengan mak, bukan duduk hostel ye. Aku diam je, malas nak layan.

Sudahnya dia buat muncung sedepa, masuk bilik. Lantak kau. Aku malas nak pujuk apatah lagi nak goreng telur untuk kau. Pendek cerita, aku siap masak, dia cedok nasi, makan tak mengajak orang keliling, pinggan letak kat sinki je. Bagus kan perangai?

Banyak lagi kisah pasal anak dara sorang ni. Sejak aku masuk dalam family, budak tu Form 1, memang kerja rumah tak pernah nak sentuh. Mak mentua aku mengadu penat buat itu ini, tapi tak pernah nak suruh anak dara dia buat kerja sekali sama2.

Bila abang2 tegur, mak back up, kakak kecil lagi, biarlah. Yelah mak, kecil lagi lah dah 17 tahun tu. Kalau nikahkan dah boleh beranak tu dalam bahasa kasar. Bila ditegur anak dara merajuk, mak back up memang tak jadi apa. Abang2 pun dah malas kot nak menegur. Mujur ada abang, adik ipar rajin. Biras pun alhamdulillah walau ada anak kecil, masing2 ligat buat apa yang patut.

Maaf kalau luahan ini terlalu panjang dan bosan untuk dibaca. Korang doakan aku terus sabar dan doakan juga anak aku tak berperangai macam mak sedara dia nanti. Risau gak aku kot tetiba terkenan. Nauzubillah minta simpang. Huhu. Doakan semoga segala urusan aku dipermudahkan ye. Thanks admin and readers.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

– Chempaka (Bukan nama sebenar)

P/S : pada pendapat admin EM, anak2 xkira lelaki atau perempuan haruslah didedahkan dengan kerja rumah seawal umur 7 tahun. Didik mereka dengan sapu rumah secara berkala, basuh pinggan selepas makan, buang sampah, cuci tandas dan mengelap dapur selepas digunakan. Lama kelamaan anak2 akan jadi terbiasa dan seronok jadikan tugas itu sebagai rutin harian. Kisah diatas mungkin ibu terlalu manjakan anaknya sehingga sanggup buat kerja rumah sorang2 daripada minta pertolongan anak perempuannya itu sehingga dia naik lemak.

Kisah ini mendapat komen daripada ntizen yg meliahkan situasi yg sama :

Eyra ira : Kisah saya plak kakak ipar pemalas. Duduk rumah mertua, x pernah nampak pun dia masak. Terperap dalam bilik, bila dah siap hidang semua, tiba2 je dia muncul. Pagi raya org sibuk masak, dia tak keluar bilik langsung. Keluar je bila semua dah siap terhidang. Terus ambil pinggan, makan. Takde nak tanya mertua dia dah makan ke belum. Bila ada majlis pun sama, saudara mara tengah sibuk merewang kat dapur, dia terperap dlm bilik. Mcm biasa, keluar bilik bila semua dah siap. Last2 saya sound, sampai hari ni tak keluar bilik. Dah mereput kot dalam bilik tu.

Mia Syakira : Aku paling pantang org buat alasan “tak reti, tak biasa buat”… Tu namanya kau MALAS. Malas nk belajar, malas nk mencuba. Takde org lahir ke dunia terus reti buat semua benda aih! Tu antara kau nak ke taknak buat je. Aku pun kawin banyak benda tak reti buat tapi masa tu la kau nk belajar. Ish dasar pemalas. Didikan mak dia salah… Ayat pertama mertua dia nanti “mak tak ajar ke buat?” 😏

Nurul Afida : Aku da kenal spesis mcm ne, tapi xda la tahap pemalas patah riuk camgini, tahap pemalas dia boleh bawak cebok ag lah.. so so je

Tapi lepas dia kawin, tahap kerajinan dia alhamdlh lebel terpuji.

Mungkin factor usia mengiringinya maka dia pun berubah ke arah ‘solehah bertamadun’

Arriez Fariza : Anak bongsu dia memang ada yang mcm tu, sebab dia dari kecil dah biasa orang buatkan. And masa masih budak, mak dan adik beradik pulak banyak suruh dia duduk dekat depan dari sibuk semak dekat dapur.

Usually dia akan pandai buat kerja bila dah start hidup sendiri, belajar jauh, kena masak sendiri (kena catu duit).

Kena selalu ajak dia buat kerja sama2, jangan menyindir. Ni kadang2 budak tu dah nak menolong tapi tiba2 ada mulut yang sindir “haa, akhirnya nampak puteri buat kerja”, “haaa pandai pun tolong2”. Kalau ada yang cakap macam ni, habis je kerja kat tangan dia, memang dia akan masuk bilik balik. Aku tahu lah. Aku anak bongsu (tapi x semua ya) haha.

Masa orang takde aku buat je kerja tolong2, tapi tu la, time aku buat kerja tu orang tak nampak so orang ingat aku tak buat kerja.

Tapi aku x pernah la makan letak dalam sinki je or mintak ipar aku masakkan untuk aku, sebab aku dengan kakak ipar aku sebaya. 😂

Sumber : edisimalaya