Hinggakan cara letak sudu gulai pun jadi isu dpn mertua. Salah suami kerana dia kerap perlekehkan aku

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Hai nama aku Nara, wanita yang sudah berkahwin dengan jejaka idaman time aku study dulu2. Suami aku tua dari 2 tahun. Dia senior aku time study dulu. Dia cinta pertama aku.

Aku berasal dari Negeri sembilan.. yoo den orng nogori. Suami pula dari P.Pinang. Cukuplah intro takat tu supaya korang faham apa yang aku nak sampaikan.

Aku ingin meluahkan apa yang terpendam di dalam hati. Supaya apa yg aku luahkan ini dapat perhatian lelaki diluar sana terutama yg bernama suami dgn cara share luahan ini. Tq semua..

Aku di lahirkan dalam keluarga sederhana. Sumenya baik belaka. cuma aku tidak berniat memburukan ayah aku, hnya srkadar meluahkan. Ayah aku pegawai polis. Kalau korang nak tahu ayah aku berdisplin, tegas, apa yang dia cakap perlu dipatuhi seperti dia bagi comand dekat skuad dia.

Dia terbawa bawa cara didikan sampai dirumah, anak anak perlu wajib dan patuh dengan arahan dia. Tidak boleh lawan tao ayah aku, kalau dia cakap A, kami kena A, tak boleh B. Nanti tali pinggang akan sampai dekat tengah blakang kami adik beradik.

Ayah aku terlalu garang. Seingat aku nak bercakap dengan dia direct memang jarang skali. Dia seorang yg baik dan bertanggungjawab cuma baran. Sehingga lah aku besar aku masih takut dengan ayah. Ya umur aku makin meningkat time tu da menjangkau 20 tahun pun, tapi masih gabra nak bercakap sesuatu dengan ayah.

Kalau korang nak tahu, kalau nk cakap sesuatu dengan ayah, kepala aku mesti tunduk, tak berani nak dongak kepala tengok muka dia. Sebab apa? Sebab dia akan tengok dan renung mata kau sambil berfikir, kalau benda tu ok pon dia akan cakap seperti marah. Ya itulah ayah aku.

Perkara ni terbawa2 sehingga kalau buat sesuatu kesalahan aku kadang menipu untuk tidak dimarahi. Aku juga membesar sebagai seorang yg less self confident dan sensitif. aku takut nk buat sesuatu keputusan, takut menyuarakan pendapat dan sebagainya.

Ujian tersebut memberi impact yg besar dalam hidup aku. Aku selalu rasa rendah diri. Sehinggalah aku kahwin, aku dapat suami yang selalu merendah-rendahkan kemampuan aku.

YES!! Kemuncak less self confident dan sensitif tu terbawa bawa sampai aku dah berkahwin. Disinilah bermula segala konflik yang aku terpaksa berdepan dgn confident level yg rendah. Tambahan pula nasib aku dapat suami selalu memperlekehkan aku.

Dari awal perkenalan, bertunang, hingga jejak ke alam perkahwinan suami selalu mengejek dan memperlekehkan aku. Pada awalnya dia acuh tak acuh meperlekehkan aku, ingat kan skill dia nak mengorat aku. Aku terima je la dia. Tapi aku SILAP!! SILAP SANGAT2!!

Disinilah bermulah kisah aku apabila dia juga merendahkan kemampuan aku di depan mertua. Waktu awal perkahwinan, bila aku ke rumah mentua, pasti ada yang tidak kena di mata suami. Sehinggakan cara aku letak sudu di gulai juga jadi isu.

Bertambah lagi perasaan rendah diri aku. Bila suami selalu merendahkan kemampuan aku di depan mertua, maka mertua selalu pandang rendah pada aku.

Kadangkala suami membandingkan aku dengan biras. Aku betul2 rasa dibuli dari segi mental. Layanan mertua aku dengan biras (perempuan) aku ada perbezaan. Mertua aku bila bersembang atau nak buat keputusan selalu minta pendapat biras aku. Sedangkan biras aku jauh muda dari aku.

Biras aku muda 5 tahun dari aku. Tapi dari segi dia bercakap dengan mak mertua buat orang sekeliling sangat kagum dengan dia. Aku yang tua di anggap seperti dungu tugu ditengah jalan. Takde function.

Aku tahu kematangan can’t be measure by age. Ada juga beberapa hal yang terlalu jelas jika dilihat dengan mata kasar dan mata hati. Bila aku luahkan perasaan kecil hati aku pada suami, dia kata aku ada penykit hati sedangkan aku cuma meluahkan tidak memburukan sesiapa.

Katanya aku tidak pandai ambil hati mertua sedangkan biras aku terlalu bagus. Bagai menambah bara di api, suami menambah rasa sedih aku. Yang aku harap cuma dia tenteramkan hati aku tapi sebaliknya yang aku dapat. Ya aku tidak pandai bagi cadangan pada mertua kerana aku rasa rendah diri.

Aku takut suami marah andai tersalah kata atau pndangan yang aku usul. Jadi aku selalu berdiam diri. Ya aku takut nak masak untuk mertua tapi aku sentiasa menolong dia di dapur.mungkin usaha aku belum cukup baik.

Layanan adik beradik ipar juga berbeza dengan biras aku. Aku sering rasa tersisih. Ya, aku tak pandai bergurau. Sebab pernah aku bergurau dengan adik ipar, aku kata ” alang2 dah iron baju, iron skali baju kakak.hehe”

Lillahi taala, aku bersumpah dengan nama Allah aku cuma bergurau. Tiada niat menyusahkan adik. Tapi bila suami dengar dia kata jangan menyusahkan adik. Pergi buat sendiri. Dari situ mula risau untuk bergurau, nanti suami fikir lain,dan dia akan mrah.

Aku rasa perbezaan layanan keluarga mertua akan bertambah bila biras aku mengandung nanti. Aku tidak cemburu kerana aku yakin rezeki Allah itu adil. Tapi aku pasti berasa sedih. Aku tak sangka sebelum kahwin suami juga menyatakan tidak mahu anak, dan ini benar2 terjadi.

Setelah berkahwin jarang sekali suami berusaha untuk dapatkan anak. Tidak kira lah usaha dari segi mana pun. Sesungguhnya aku tahu azab Allah itu amatlah pedih jika membuka aib suami, tapi aku sungguh tersksa dari segi mental. Aku sudah usaha pelbagai usaha namun hampa dan kini hanya berdoa.

Pada aku keluarga memang memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah diri seseorang. Aku nmpak perbezaan aku dan biras. Biras dilahirkan dengan ayah penyayang. Suami biras juga selalu memuji dia di depan mertua. Jadi dari situ it’s become motivation pada dia.

Disebabkan itu perfomance dia lebih bagus dari aku. Memang betul kata suami dia pandai ambil hati mak mertua. Aku ibarat seorang LOSER. Ketika cuba mendaki gunung yang tinggi terlalu banyak rintangan yang harus dihadapi yang sedikit sebanyak melunturkan semangat diri.

Aku tahu ujian yang Allah beri dari lahir adalah TERSISIH dan SENSITIF. Aku sentiasa mohon semoga Allah buang perasaan sensitif aku,perasaan mudah kecil hati aku. Sesungguhnya ia sesuatu yang amat berat bagi aku.

Hubungan aku dengan suami makin lama makin dingin. Aku tidak pasti sampai bila aku mampu bertahan. Suami aku ada baiknya. Setiap orang pasti ada kebaikan.tidak mensyukuri nikmat Allah itu satu dosa. Cuma kerana beberapa isu hati menjadi smakin tawar.

Akhir kata aku harap sume dapat ambil pengajaran dari luahan aku. Jika korang mempunyai anak, sayangi lah dia. Jgn terlalu keras. Anak tidak hormat tapi takut. Jika ada isteri jangan terlalu keras mahupun lembut. Janganlah memperlekehkan isteri di depan orang lain.

Filem Taare Zamen Par benar2 beri pengajaran. Fahami dengan mata hati. “Di pulau solomon, mereka ingin membuat pembangunan. Pohon tidak ditebang tetapi mereka hanya berkumpul disekeliling pohon lalu mengutuk dan mencaci pohon tersebut.

Akhirnya pohon2 itu musnah kerana semangatnya sudah mti.” Begitu juga dengan manusia akhirnya mti kerana kurang kasih akung dan sifat merendah2kan orang lain.

Sumber : Dunia Kini