Dlm ward , ayah mcm ‘fly’ , doc nk scan dan bg ubat tidur. Rupanya , lepastu ayah ‘tidur’ buat selamanya.

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Thanks admin kalau siarkwn luahan aku. Pertama sekali mintak maaf sebab aku Tak pandai bercerita. Aku nak cerita sikit pasal ayah aku meningal pada Hari jumaat kemarin. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.

Namaku Haz, lelaki. Keluarga kami berasal dari Tg Malim, dalam 2 jam dari KL, dan aku bekerja di KL. Sedikit intro tentang aku . Aku Ada 7 orang adik beradik adik yg paling kecik darjah 3 n aku Ada sorang mak tiri.

Kiranya kalau anak ayah aku dgn mak aku, aku yg kelima.aku last. Mak aku mennggal 11 tahun yg lalu. Masa aku darjah 3. Mak tiri aku ok, takde masalah di antara kami adik beradik mungkin kami masing2 da besar dan dah boleh bawa diri masing2.

Panjang pulak intro aku, aku tau setiap yang hidup pasti merasai kemtian. Tapi cara ayah aku meningal susah aku nk terima. Aku sampai sekarang masih belum move on dan masih terngiang ngiang apa yg doktor tu cakap punca ayah aku menggal. Nanti aku ceritakan dekat bawah ni ok..

Ayah aku sempat admit ward 8 Hari sebab jngkitan kuman dekat kaki. Kaki blah kiri. Kaki sebelah kanan kena sikit je, itu pon doktor sahkan yg krtkl sbelah kiri je dlu. Hasil x-tray jangkitan kuman just atas kulit. So aku lega.

Jngkitan kuman atas kulit. Korang ingat point ni tau. Doktor sahkan atas kulit, takde seserius yg lain bila keluar laporan perubtan.

Alhamdulillah aku sempat jaga ayah aku sepanjang ayah aku masuk ward. Ayah aku jenis tak boleh stay ward lama-lama dia fly (cakap mengarut-mengarut) aku anggap tu benda biasa sebab sebelum ni pun ayah aku macam tu kalau masuk ward banyak Hari.

Contohnya mcm ni..

Ayah: Ayah da tak lama ni.. korang adik beradik jaga la mak tiri kau elok2.. Jgan gduh2.. ( Ni da biase sgt kalau aku dgr )

Ayah: Korang ni suka tengok ayah mcm ni kan, tu la msukkan ayah dlm bilik ni lagi.. Aku nk balik bg ayam itik aku makan.. Aku nk balik.. Aku nk balik.. ( Padahal ayah tak pernah bela ayam itik lagi lepas mak aku tiada lg, mak tiri mmg tak suka bela ayam dan itik dekat kwsan rumah.

Disebabkan ayah aku macam fly, doktor nak scan kepala ayah aku kot2 Ada masalah otak ka apa n doktor sahkan Tak Ada. Alhamdulillah. Masa lepas ayah aku balik scan kepala tu ayah aku tidur aku ingat biasa ja la yala mungkin letih kan.

Sebab sebelum hari scan kepala ayah aku dh p x-ray jantung,buah pinggang n kaki. 4 Hari berturut2. So aku anggap ayah aku tidur lepas scan tu biasa. Tapi pada Hari khamis tula last aku tengok ayah aku.

Lama ayah tidur, walaupun kejut manja pon ayah tetap tak bangun. Mungkin ayah letih lepas xray la kot. Baju seluar ayah aku tukar kan dekat situ juga sebelum balik. Tak sangka tu la last aku tukarkan baju dan seluar ayah.. Sedih sangat bila terkenang saat tu.

Korang nak tahu kenapa lpas xray ayah tidur je?? Tak bangun2?? Rupanya doktor bagi ubat tidur Kat ayah aku masa p scan tu.

Doktor da tahu ayah aku Ada masalah buah pinggang so ayah aku dh tak boleh terima ubat tu sebenarnya. Hari tu jugak aku balik sebab kakak aku nk jaga. Sebelum balik aku genggam tangan ayah aku.

Aku tepuk-tepuk dia aku bagi dia minum air aku panggil dia “ayah bangun ayah’ dia still boleh cakap dia still boleh respon aku tapi mata dia ttap jugak Tak bukak.

Hari jumaat tu kakak aku call ayah aku dah kritikal dan dihantar masuk zon merah. Luluh hati aku masa tu. Ada sorang doktor perempuan cakap ayah Tak boleh trima ubat tidur sebab buah pinggang ayah Tak berapa nak elok+ubat tidur tu racun.

Dan doktor yg berikan ubat tidur tu pula, doktor praktikal.. mungkin ada kesilapan teknikal disitu.. Atau mungkin dia terlepas pandang mengenai buah pinggang ayah aku. Aku redha mungkin ini asbab yg perlu aku terima dgn hati yg redha dgn terbuka.

Doktor perempuan tu juga telah mengesahkan ayah aku pergi menghadap illahi sebb ubat tidur tu. Ya,ayah meningal sebab ubat tidur. Lpas lebih kurang sejam ayah masuk zon merah ayah disahkan meniggal.

Aku rindu semua tentang ayah. Banyak kenangan aku dgn ayah sepanjang 20 tahun aku hidup. Tambahan pula, aku membesar tanpa sorang mak kandung.

Tiada kata yang dapat digambarkan betapa aku menyanyangi ayah. Secepat ini Ayah meninggalkan aku Dan keluarga. Aku redha. Aku rindu Ayah yg suka mengusik aku.

Mak tiri aku seperti keterharuan time dapat berita ayah sudah tiada. Hilang tempat dia mengadu suka duka lagi. Mungkin hidup dia akan berubah 360 darjah sekali lagi. Adik tiri aku pula baru darjah 3. Mungkin ini tamparan hebat buat kami sekeluarga.

Saat inilah aku paling rindu di mana ayah yg selalu wasap aku. Ayah yg meriuhkan group family. Ayah yg suka buka tv crita cina lama kuat2. Ayah yg eksyen sado. Ayah yg happy. Ayah yang selalu suap kan aku aiskrim tiap kali aku merajuk, frust.

Aku masih teringat zaman kanak- kanak aku, ayah selalu letakkan aku dalam raga motosikal, bawa pusing kampung selepas dia balik kerja. Dia tak pernah missed bwa aku pusing kampung tiap2 petang. Serius aku rindu saat semua itu bersama ayah. I LOVE U AYAH.

Aku just nak meluahkan rasa di hati aku. Sampai sekarang aku masih terbayang ayah. Aku berharap semua ni mimpi. tapi ini takdir yang aku kena terima. Ayah dah tinggalkan aku. Selamanya ayah tinggal kan aku. Hanya doa saja aku kirim kan selepas ini.

Separuh jiwa aku dikuburkan bersama jasad ayah. Aku yang imamkan jnazah ayah, aku yang baca talkin untuk buat kali terakhir. Saat aku baca ” Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat ” . Air mata aku hampir gugur berjujuran menahan sebak..Jujur aku Tak kuat tapi hidup perlu diteruskan.tanpa ayah disini

Aku berdoa ayah tenang di sana. Jika luahan aku disiarkan aku berharap semua readers mendoakan ayah dan mak aku tenang di Alam sana. Al-fatihah kepada arwh ayah dan mak aku. kepada semua pembaca hargai la mak ayah selagi masih Ada.

Jagalah mereka seakan tiada lagi Hari esok buatnya. Hargailah masa mereka masih sihat. Hargai lah perayaan kali ini bersama mereka. Penuhkan hati mereka dengan kegembiraan. Allahu.. Sedih sangat.. Sekian untuk kali terakhir ini.. Selamat Hari Raya buat semua pembaca.

Sumber : Dunia Kini