Pakwe tak suka kekasihnya kurus krn tahu ‘dia confirm lawa’, “Kalau macam dulu selamanya pun tak apa”

TRANSFORMASI berat badan seorang gadis yang dikongsikan teman lelakinya menerusi laman Twitter menarik perhatian ramai.

Lebih membanggakan, gadis itu tidak menggunakan jalan singkat dengan mengambil produk sembarangan sebaliknya berat badan ideal itu dicapai dengan cara yang sihat.

Menurut Hariz Haiyyan, gadis yang dikenali sebagai Nik Siti Nur Hidayah itu dikenalinya sekitar empat tahun lalu.

Namun, teman wanitanya itu baru sahaja memulakan proses menurunkan berat badan, sekitar sembilan bulan lalu.

“Dia ada cakap, nak sihat dan cantik. Kalau ikutkan, saya tak bagi dia diet. Kalau dia kurus, confirm lawa.

“Saya lebih suka dia macam dulu. Kalau macam dulu selamanya pun tak apa. Sekarang, saya suruh dia makan dan minum macam biasa tapi dia tak nak, sebab dia memang nak jaga makan untuk kurus,” katanya sewaktu dihubungi mStarpada Selasa.

Namun katanya, dia tetap menyokong gadis itu dalam mencapai impiannya serta menegaskan dia tidak pernah memandang rupa paras dalam menjalinkan hubungan.

Memang dia nak amalkan gaya hidup sihat. Bila dah kurus, excited dia nak pilih baju. Dia dah ada satu kebaya, dah lama dia beli, baju tu jadi dorongan. Sekarang dah boleh pakai. – HARIZ HAIYYAN

Menurut Hariz Haiyyan, Nik Siti Nur Hidayah memiliki berat badan sekitar 125 kilogram (kg) sebelum dia mengamalkan diet atkins dan kini mencapai berat ideal 69 kg.

Malah, gadis itu turut melakukan senaman di gym, jogging dan berenang dalam usaha untuk mengurangkan berat badannya.

Bagaimanapun lain pula ceritanya dengan dirinya sendiri, yang mana pemuda itu mendedahkan dia mengalami pertambahan berat badan sejak tahun lalu.

“Saya pun nak juga kekalkan berat badan, tapi semakin naik jadinya. Dari 70kg sekarang 100kg.

“Berat saya naik sebab dia asyik suruh makan, dia pandai masak. Saya paling suka dia masak ayam kicap.

Hariz Haiyyan mendedahkan berat badannya mula naik sekitar setahun lalu.

Bercerita lanjut mengenai Nik Siti Nur Hidayah, Hariz Haiyyan turut berkongsi kisah mengenai sehelai kebaya yang dibeli gadis itu sekitar tahun 2017.

Tambahnya, teman wanitanya itu sanggup membeli sehelai kebaya bersaiz kecil yang tidak muat untuk dipakai, namun ia dijadikan sebagai pendorong untuk kurus.

“Memang dia nak amalkan gaya hidup sihat. Bila dah kurus, excited dia nak pilih baju.

“Dia dah ada sehelai kebaya, dah lama dia beli, baju tu jadi dorongan. Sekarang dah boleh pakai,” ujarnya lagi yang mendedahkan ada perancangan untuk berkahwin dengan gadis itu.

Transformasi gadis itu yang menarik perhatian ramai.

Dalam pada itu, posting Harriz Haiyyan mengenai gadis itu menerima lebih 8,700 perkongsian di Twitter.

Malah, ramai yang memuji transformasi Nik Siti Nur Hidayah selain meluahkan rasa senang dengan sikap Hariz Haiyyan yang sentiasa menyokong teman wanitanya.

“Mana nak beli lelaki yang macam ni zaman sekarang. Tak pernah pandang rupa,” tulis @cinderela7_.

“Untungnya dapat lelaki yang boleh terima girl tu dalam segala bentuk kekurangan dia. Pleaseyang dapat lelaki macam ni jangan sia sia kan,” tulis @syifaamirahh.

Dah Baca, Jangan Lupa K0men Dan Sh@re Ya. Terima Kasih!

Sumber: mStar via Viral Gempak